Cucu Tok Selampit |
- Magika Yang Dibuat Tokong Joseph Lim Guan Eng Di Dalam Keputusan CEC Gagal Mengubah Kenyataan Zairil Anak Cina!!
- Terkini!! "Chah Keting" Mula Melanda UMNO Kelantan?
- Promosi Penipu Rakyat Oleh Pasaraya Tesco
Posted: 04 Jan 2013 10:00 PM PST DAP membuat lawak antarabangsa apabila mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti yang dilakukan pada pertengahan Disember lalu. Lebihan hampir 500 undi yang diterima oleh Zairil Khir Johari selepas pengiraan semula dibuat merupakan satu keajaiban dan magika terbaik yang pernah dibuat oleh Tokong Joseph Lim Guan Eng. Jumlah undi yang dikira semula itu amat tidak munasabah. Bagaimana Zairil yang mendapat undi awal sebanyak 305 boleh naik mendadak kepada 803 undi? Apakah dengan menipu sebegini DAP berjaya memasukkan seorang "Melayu" di dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP? Orang-orang lama di Kampung Kanchut, Alor Setar, Kedah memang mengetahui bahawa Pak Khir Johari mengahwini Che Tom Abdul Rahman (Puan Seri Kelsom) pada tahun 1943. Che Tom meninggal pada 20 September 1994. Umum juga mengetahui bahawa hasil perkahwinan Che Tom dan Pak Khir Johari mempunyai 7 orang cahaya mata. Selepas Che Tom meninggal dunia, Pak Khir Johari berkahwin semula dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996. Jika Zairil di lahirkan pada 1996 atau 1997 maka Zairil sekarang berumur 17 atau 18 tahun. Sebaliknya, umur Zairil sekarang 30 tahun. Maka sahlah Zairil bukan anak kandung Pak Khir! Beliau adalah anak Chistine Lim bersama bapa kandung asalnya yang berbangsa Cina. Ini ula bukti kukuh. Nombor kad pengenalan Zairil Khir Johari adalah 821017-71-5183, maknanya dia lahir tahun 1982 bulan Oktober 17 haribulan sedangkan mak dia Christine Lim berkahwin ngan Pak Khir pada tahun 1996. Melayu mai kot mana??? Kenyataannya, walau bagaimana banyak sekalipun pembohongan yang cuba dilakukan oleh Tokong Joseph Lim Guan Eng untuk memasukkan Zairil Khir Johari sebagai ahli Melayu di dalam CEC, hakikat yang tidak boleh beliau ubah adalah Zairil Khir Johari bukan berbangsa Melayu sebaliknya berbangsa Cina. Ada faham? |
Terkini!! "Chah Keting" Mula Melanda UMNO Kelantan? Posted: 04 Jan 2013 07:54 PM PST Hari ini UMNO Kelantan menerima "kocakan" apabila sekumpulan yang mendakwa ahli-ahli Bahagian Pengkalan Chepa membuat demontrasi di Lapangan terbang Sultan Ismail pagi tadi. Mereka mendesak agar Ketua UMNO bahagian berkenaan merangkap Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dali Hussin meletakkan jawatan segera. Tidak diketahui apa sebabnya namun sikap chah keting yang amat terkenal di kalangan orang-orang Kelantan harus dielakkan dalam UMNO Kelantan sedang menghadapi PRU13 yang bakal tiba bila-bila masa. Bukankah Datuk Dali sebagai Ketua Penerangan UMNO Kelantan dilantik oleh Datuk Seri Mustapha Muhammad sendiri. Kenapa Datuk Dali yang dikatakan "winnable candidate" mendapat tentangan ahli-ahli bahagiannya sendiri? Tidak cukup di Lapangan Terbang Sultan Ismail, kumpulan ini mula berkonvoi dengan menaiki lori. |
Promosi Penipu Rakyat Oleh Pasaraya Tesco Posted: 04 Jan 2013 06:48 PM PST Ini adalah gambar promosi sebuah pasaraya terkenal yang dikirimkan kepada CTS pagi tadi. Harga promosi ikan merah ini diambil daripada pasaraya besar Tesco, Taiping, pagi tadi. Untuk makluman pembaca, kita tidak mempertikaikan harga ikan merah berkenaan per kg iaitu sebanyak RM36.98. Apa yang kita marah adalah penipuan kepergunaan yang cuba dilakukan oleh pasaraya berkenaan. Bukan masalah harga mahal. Itu semua orang sedia maklum. Tapi promosi tipu yang dilakukan. Letak sajalah berapa harga yang hendak dijual. Tidak perlulah meletakkan penjimatan (save) yang pengguna perolehi iaitu sebanyak RM0.01!!! Diandaikan kita hanya membeli ikan merah ini sebanyak satu kilo berharga RM36.98. Semasa membayar nanti setelah digenapkan harga pembelian (round up total price), kita kena tambah 2 sen pulah dan membayar dengan harga RM37.00. Mana penjimatannya? |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |