Cucu Tok Selampit |
- Belasan Ribu Hadir Ke Ceramah Yaakob Sapari Sehingga Tenggelam Ceramah Tun Dr Mahathir Di Shah Alam
- Tanah Atas Nama @nikabdulaziz Adalah Merupakan Amanah Kepada PMBK, 13 Lot Tanah Atas Nama Isteri Beliau Bagaimana?
- Ceramah DAP Di Taman Sutera Mengamit 30,000 Rakyat? Ini Buktinya!!! #TolakPR #Lainkalilah
- Bukti Cybertroopers PR Gagal Mengedit Gambar Ceramah Untuk Menunjukkan Kebangkitan Rakyat #TolakPR
- @anwaribrahim Sekali Lagi Cuba Memfitnah SPR Dalam Isu Penyimpanan Peti Undi Awal #TolakPR #TolakPeliwat
Belasan Ribu Hadir Ke Ceramah Yaakob Sapari Sehingga Tenggelam Ceramah Tun Dr Mahathir Di Shah Alam Posted: 01 May 2013 09:16 AM PDT Gambar di atas adalah gambar ceramah Calon PGayR Kota Anggerik, Yaakob Sapari berdekatan 7Eleven, Bukit Subang. Menurut adik CTS yang hadir dalam majlis berkenaan, kehadiran adalah sekitar 50 orang. Itu termasuklah pengikutnya dan kebanyakan yang hadir hanya duduk atas motor sahaja. Mat-mat motor adalah berbelas orang. Tajuk ceramah "Tawan Putrajaya". Memang tawan sungguh Putrajaya dengan bala tentera seperti ini. Nun di sebalik sana, di Seksyen 6, Shah Alam, calon-calon Yang Berhormat dari Barisan Nasional diperkenalkan kepada Rakyat Shah Alam. Calon Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin memulakan ceramah yang berapi dan bersemangat. Ini disusuli dengan tetamu kehormat yang disayangi Rakyat, Tun Dr Mahathir Mohamed berbual mesra dengan pengundi-pengundi Shah Alam menyampaikan amanat beliau menjelang PRU-13. Kehadiran tidaklah seramai ceramah Yaakob Sapari. Adalah melebihi 10,000 orang. |
Posted: 01 May 2013 01:00 AM PDT Kita menerima dengan hati yang tenang kenyataan akhbar di atas bagi membuktikan bahawa kezuhudan Menteri Besar Kelantan masih tidak terusik. Beberapa persoalan berikut perlu dijawab oleh juak-juak PAS bagi menjernihkan keadaan: 1. Kalau Nik Aziz Nik Mat dikatakan memegang amanah, bagaimana pula dengan tanah yang dinamakan atas nama isteri beliau, Tuan Sabariah Tuan Ishak, yang turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak milik keluarga? Isteri beliau memegang tanah atas kapasiti PMBK juga kah? 2. Apa itu PMBK? Perbadanan Menteri Besar Kelantan!!! Kenapa bukan Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan? Atau kenapa bukan Perbadanan Kebajikan Rakyat Kelantan? Atau kenapa bukan Perbadanan Negeri Kelantan sahaja? Kenapa kena ada Perbadanan Menteri Besar Kelantan?Ramaikah MB Kelantan dan kenapa kebajikan MB saja diperbadankan? 3. Bukti secara terperinci surat Ikatan Amanah bertarikh 05 November 2007, yang ditandatangani oleh Menteri Besar dan Ahli Lembaga Pengarah PMBK, perlu diwartakan untuk tatapan Rakyat. Setakat teks kenyataan akhbar, siapa sahaja boleh lakukan. Tambahan lagi kalau diteliti senarai yang menduduki Ahli Lembaga Pengarah PMBK, yang terdiri daripada kroni dan anak beranak, status kedudukan tanah-tanah berkenaan untuk kepentingan Rakyat Kelantan masih boleh dipertikaikan. |
Ceramah DAP Di Taman Sutera Mengamit 30,000 Rakyat? Ini Buktinya!!! #TolakPR #Lainkalilah Posted: 30 Apr 2013 10:00 PM PDT DAP telah mengistiharkan di dalam laman sosial Twitter bahawa kehadiran Rakyat Johor ke ceramah DAP di padang letak kereta Sutera Mall semalam melebihi 30,000 orang. Seorang rakan yang berada di sana sejak 8.30 malam memberitahu bahawa kehadiran adalah tidak melebihi dari 3,000 orang. Hanya terdapat dua tiga orang Melayu di situ termasuk beliau dan rakannya serta seorang lagi mamat yang menjaga tandas mudah-alih yang diorang sewa itu. Bab spin dalam internet memanglah kepakaran "paid cybertroopers" DAPig!!! Biar gambar sendiri yang berbicara. |
Bukti Cybertroopers PR Gagal Mengedit Gambar Ceramah Untuk Menunjukkan Kebangkitan Rakyat #TolakPR Posted: 30 Apr 2013 08:19 PM PDT Ini adalah gambar di sebuah ceramah yang diedit oleh Cybertroopers Pakatan Haram untuk menunjukkan sokongan dan kebangkitan Rakyat. Sayangnya logik akal tidak dipakai dalam mengedit sesuatu gambar. Tambahan lagi, banyak perisian percuma di internet yang membolehkan kita mengenalpasti sesuatu gambar yang tulen dan gambar yang diedit. Lihat gambar ini, mana logiknya gambar orang semakin jauh semakin besar? Bandingkan dua bulatan merah berkenaan. Yang ini cara yang paling mudah untuk pembaca-pembaca CTS faham. Gambar ini disimpan dalam bentuk format JPEG. Error Level Analysis (ELA) menunjukkan banyak tompok-tompok putih. Dalam bahasa mudah ianya bermakna banyak pengubahsuaian telah dilakukan. Faham Bang Non? Sekian, terima kasih. |
Posted: 30 Apr 2013 05:30 PM PDT Bapa Pembohong Negara ini sekali lagi buat fitnah ke atas SPR. Katanya akan berlaku manipulasi ke atas peti undi awal yang disimpan di balai polis yang kononnya dibiarkan bebas tanpa pengawasan. Buat pengetahuan pembaca CTS, peti undi awal telah dan sedang disimpan di lokap polis yang berhampiran tempat pengundian dengan pengawasan rapi. CTS pernah hadir taklimat untuk petugas-petugas SPR. Sekiranya juak-juak Pakatan Haram ragu-ragu akan berlakunya manipulasi ke atas peti undi awal yang disimpan di lokap itu, pihak polis tidak mempunyai bantahan sekiranya wakil calon ingin tinggal di lokap sehingga tarikh pengiraan undi pada 05 May. Dengan syarat duduk di dalam lokap sebelah. Jangan risau, makan tidur pihak polis akan tanggung. Tambahan lagi, setiap kotak/beg/ peti itu telah ditandatangani dan di "seal" oleh wakil calon-calon yang bertanding. Jadi, tidak akan berlaku penipuan. Semasa membuka kotak/beg/peti tersebut, wakil-wakil calon dan parti mestilah berada bersama semasa membuka kotak/beg/peti tersebut. Ini sepatutnya tidak menjadi sebarang isu. Faham Bang Non? |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |