Apa Yang Tersirat |
Posted: 01 May 2013 11:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pegawai tentera yang dikaitkan dengan dakwaan parti pakatan rakyat bahawa dakwat kekal yang dicalit ke jarinya hilang selepas mengundi awal semalam, hari ini berkata beliau bukanlah orang yang dimaksudkan. Mejar Azmee Buang, 41, dari Unit Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, berkata dakwat yang dicalit dijarinya masih kekal hingga hari ini. Beliau bagaimanapun tidak menafikan beliaulah orang yang menaiki sebuah kereta berwarna merah sambil menunjuk jarinya yang dicalit dakwat, yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook semalam oleh pihak yang tidak dikenali. Azmee berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Kementerian Pertahanan di sini hari ini bersama beberapa anggota tentera untuk memberi penjelasan mengenai dakwat kekal. Menurutnya gambar itu diambil semasa beliau berhenti di Taman Koperasi Polis selepas mengundi di Kem Perdana Sungai Besi tengah hari Selasa, dan ketika itu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar yang berada di situ memintanya menunjukkan jari yang dicalit dakwat. Pada masa itu terdapat beberapa orang yang tidak dikenali bersama Nurul Izzah, mengambil gambarnya. Azmee berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah mencemar namanya jika mereka tidak mengambil tindakan membuat pembetulan atas dakwaan tersebut. "Saya nafikan yang saya adalah anggota tentera yang mendakwa dakwat kekal yang dicalit ke jari saya oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, hilang. Selain itu, Azmee turut menafikan bahawa beliau bersama Naib Presiden PKR Tian Chua membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang di sini, semalam berhubung dakwaan kononnya penggunaan dakwat kekal tidak kekal. Pada Selasa, Tian Chua dilaporkan mendakwa beliau terpaksa membuat laporan polis berseorangan setelah anggota tentera yang dikenali sebagai Azmi hilang sebelum Tian Chua sempat membawanya ke balai polis untuk membuat laporan mengenai dakwat kekal itu. Azmee turut menafikan bahawa beliau adalah anggota tentera yang dimaksudkan oleh Tian Chua dalam laporan polis itu. Sementara itu, beberapa anggota tentera menafikan dakwat kekal itu telah hilang setelah dibasuh beberapa kali. Staff Sarjan Anismah Tapa, 36, berkata dakwat yang dicalit ke jarinya kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam masih kekal sehingga kini, walaupun dicuci beberapa kali. Perkara itu turut diakui Mejar Zulkifli Mohd Zabidi, 50, dari Markas Tentera Darat dan Rossu Indera Busu, 27, dari Markas Tentera Laut (Pembangunan). -BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |