PEJUANG BANGSA |
- HOT ! ANWAR SAKIT DADA BILA TUN M DEDAH PENIPUANNYA DEPAN PULUHAN RIBU RAKYAT SHAH ALAM ! #LainKaliLah #PRU13
- HOT ! GAMBAR PENGUNDI CINA TAK MAHU SALAM CALON DAP #LainKALILAH #PRU13
- BIADAP ! DAP BAGAN SELEWENG AYAT AL QURAN UNTUK FITNAH UMNO #TOLAKPR @dzainalabidin
- Manifesto BN lebih terperinci dan tahu mentadbir berbanding Pakatan - Dr Maszlee Malik
- Jom ke JAMUAN RAKYAT BN Permatang Pauh malam ini !!
- HOT ! VIDEO DOA YAHUDI LAKNAT UNTUK ANWAR TUMBANGKAN KERAJAAN MALAYSIA ! #PRU13 #TOLAKPR
- EKSKLUSIF ! LUAHAN HATI SEORANG ANGGOTA POLIS SELEPAS MENGUNDI KELMARIN ! #TOLAKPR #BN4MALAYSIA
- CALON PKR SEBERANG JAYA HANYA PANDAI TABUR JANJI SEPERTI ANWAR #TOLAKPR
Posted: 01 May 2013 10:07 AM PDT Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab menerima kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam UMNO sehingga membolehkan pemimpin parti pembangkang itu mendaki ke jawatan Timbalan Perdana Menteri disifatkan sebagai seorang penipu besar. Bekas Perdana Menteri berkata, orang seperti Anwar nyata mementingkan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup memburuk-burukkan parti yang pernah mengangkatnya sehingga menjadi pemimpin nombor dua dalam parti dan negara. "Dia penipu besar kerana berjaya tipu saya. Sebab saya tidak mudah ditipu tetapi (Anwar) adalah manusia yang pandai. Kata hendak masuk UMNO, saya tengok dia warak, boleh jadi imam dan baca khutbah dan ada janggut sedikit. "Saya hairan dia cukup warak nampak mirip keIslaman tentu pilih Pas bukan UMNO tetapi minta masuk UMNO, eloklah bagi imej baik kepada parti,'' katanya ketika berceramah dalam program Amanat Negawaran Tun Dr. Mahathir Bersama Rakyat Shah Alam di Seksyen 6 di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE |
HOT ! GAMBAR PENGUNDI CINA TAK MAHU SALAM CALON DAP #LainKALILAH #PRU13 Posted: 01 May 2013 08:01 AM PDT Zairil Khir Johari atau lebih dikenali sebagai Christopher Ross Lim benar benar ditolak oleh pengundi Parlimen Bukit Bendera. Insiden pengundi tidak mahu bersalaman bukan sekali sebaliknya beberapa kali kejadian yang sama turut berlaku. Sudah menjadi buah mulut dikalangan jentera DAP Parlimen Bukit Bendera usaha mereka kali ini untuk menarik sokongan pengundi amat mencabar kerana saingan sengit dari BN yang sudah kembali mendapat sokongan rakyat, ternyata dengan slogan "Ini Kalilah" dijawap "Lain Kali Lah"oleh pengundi adalah benar, rata rata pengundi cina sekarang ini sudah buka mata di Pulau Pinang sekarang, ini sentimen penolakan kepada DAP semakin bertambah apatah lagi dengan sentimen ubah kepada BN semakin hebat diperkatakan. War room DAP sasarkan mereka hanya menang tipis di Pulau Pinang dengan 21 kerusi DUN dan 19 kerusi memihak kepada BN. Adakah selepas ini akan berlaku penambahan kerusi kepada BN? Sama sama kita tunggu laporan sulit dari war room DAP selepas ini. Zairil dimenangkan secara penipuan semasa pemilihan CEC DAP baru baru dikatakan menghadapi saingan sengit dari calon BN Teh Leong Meng . Menurut sumber DAP kedudukan culaan terbaru di Parlimen Bukit Bendera BN 53% berbanding DAP 47% !! SUMBER : PISAUT.NET |
BIADAP ! DAP BAGAN SELEWENG AYAT AL QURAN UNTUK FITNAH UMNO #TOLAKPR @dzainalabidin Posted: 01 May 2013 04:24 AM PDT Memang kurang ajar betul cina DAP bangsat ini .. menggunakan ayat Al Quran untuk menyerang & memfitnah orang Islam dalam UMNO Ini lah hasil ajaran PAS yang diketuai Nik Aziz . Sebelum ini Nga Kor Ming boleh mempergunakan ayat Quran untuk tujuan politik PKR - PAS - DAP dan Nik Aziz lah yang telah memberi "green light" kepada puak DAP dan PR kafir harbi menggunakan ayat Quran untuk berkempen politik. Kalau PAS sendiri dah jual kalimah Allah kepada DAP & politik mereka , GPB yakin PAS akan diam dan membiarkan DAP Bagan boleh sewenang-wenangnya seleweng jangan ayat Al Quran. GEORGETOWN: DAP bertindak melampaui batas apabila menyelewengkan ayat al-Quran dengan membuat terjemahan palsu untuk kepentingan politik. Berita Harian semalam melaporkan DAP menerusi blog dapbagan.blogspot.com dikesan memaparkan terjemahan ayat al-Quran yang berbeza daripada terjemahan sebenar. Blog berkenaan berperanan sebagai lidah rasmi DAP, khusus untuk penyandang kerusi Parlimen Bagan, Lim Guan Eng. Menerusi tajuk artikel 'Umno, jangan berlagak seperti Tuhan!' tulisan ahli DAP seumur hidup, Viktor Wong, pada blog itu didapati menterjemahkan ayat 56 Surah al-Baqarah berbeza daripada terjemahan asal. Firman Allah SWT dalam ayat 56 surah itu diterjemahkan Viktor sebagai: "Wahai Umno dan kesemua NGO-NGO yang diperhamba olehnya, janganlah berlagak-lagak seperti Tuhan. "Siapakah kamu-kamu semua untuk memberikan satu ketetapan ataupun sejenis 'fatwa' untuk mensabitkan seorang itu bersalah oleh kerana beliau hanya memberikan kenyataan itu berpandukan apa yang tertera di dalam ajaran al-Quran." Semakan BH mendapati terjemahan firman Allah SWT yang sebenar dalam ayat 56 Surah al-Baqarah ialah: "Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur." Artikel yang disiarkan pada 13 November tahun lalu itu, turut disiarkan dalam blog Viktor, viktorwong-socialaffairs.blogspot.com dengan tajuk yang sama pada 11 November tahun lalu. Dalam blog itu dipaparkan Viktor bergambar dengan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, selain gambar penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng dan penyandang kerusi DUN Bagan Dalam, A Tanasekharan. Difahamkan, Viktor adalah Pengarah Inter-Research And Studies (IRAS), sebuah badan pemikir berpusat di Pulau Pinang. Beliau adalah ketua pengarang bagi blog itu bersama seorang lagi ahli DAP, Richard Lim. |
Manifesto BN lebih terperinci dan tahu mentadbir berbanding Pakatan - Dr Maszlee Malik Posted: 01 May 2013 03:00 AM PDT Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik menyifatkan manifesto yang ditawarkan oleh Umno Barisan (BN) Nasional lebih terperinci berbanding manifesto pakatan pembangkang. Katanya manifesto tersebut menggambarkan identiti kerajaan pemerintah yang tahu dan arif untuk mentadbir negara. "BN begitu terperinci (manifestonya), tapi dalam itu masih tunjuk identiti, mereka tahu untuk memerintah. "Pakatan Rakyat tidak terperinci (manifestonya). Tapi beri keuntungan kepada semua. Rakyat dapat layanan sama rata." Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Wacana Sinar: Manifesto PRU anjuran Sinar Harian di Shah Alam petang ini Menurutnya, manifesto BN juga banyak beri manfaat kepada rakyat khususnya berpendapat rendah dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan pelbagai lagi. "Rakyat di luar bandar lebih mendapat manfaat ini, cuma adakah pemberian tersebut dapat selesaikan masalah mereka. Ini kerana pemberian itu bukan bersifat berterusan. |
Jom ke JAMUAN RAKYAT BN Permatang Pauh malam ini !! Posted: 01 May 2013 02:07 AM PDT Kepada rakyat Permatang Pauh ..anda dijemput hadir beramai-ramai ke Jamuan Rakyat Menepati Janji Membawa Harapan pada jam 8 malam di perkarangan padang Tmn Arowana , Permatang Pauh . Selain calon Orang Kampung BN Prmtg Pauh bersama dalam jamuan ini , Pengerusi BN negeri Sdr Teng Chanh Yeow turut hadir . |
HOT ! VIDEO DOA YAHUDI LAKNAT UNTUK ANWAR TUMBANGKAN KERAJAAN MALAYSIA ! #PRU13 #TOLAKPR Posted: 30 Apr 2013 11:30 PM PDT Punya lah kemaruk nak kuasa nak menjadi Perdana Menteri Malaysia, Anwar & PKR sanggup minta sokongan doa /ramalam daripada Yahudi Laknatullah agar kerajaan Melayu Islam yang pertahan kalimah Allah ini pimpinan Datuk Seri Najib tumbang di PRU13 . GPB tak terkejut dengan doa negara Israel ini kepada Anwar & PKR untuk menawan Putrajaya ini kerana sememangya ini yang mereka mahukan selama ini. Entah berapa juta dana Yahudi telah dilaburkan kepada pembangkang dan media mereka seperti Malaysiakini bagi menghasut rakyat negara ini menjatuhkan kerajaan BN . Bayangkan kalau Anwar & Pakatan menang , sudah tentunya fahaman Pluralisme agama akan berleluasa serta akan lebih ramai umat Islam akan murtad disebabkan kalimah Allah sudah boleh digunapakai gereja seperti yang mereka janjikan . Tapi Anwar harus ingat , doa bangsa YAHUDI laknat ini tak boleh lawan KUASA ALLAH SWT. Sudah berapa kali PRU , Allah masih lagi sayang kerajaan BN dan terus menjaga negara ini bukannya pembangkang . Malah jangan kita terkejut , doa orang Permatang Pauh diketuai Dr Mazlan Ismail dalam perjuangannya merampas kembali Permatang Pauh mungkin diberkati Allah sekaligus menumbangkan Anwar di PRU13 kali ini !! . DOA ANAK ISTIMEWA DR HJ MAZLAN UNTUK PERJUANGAN BAPANYA OLEH : FLYING KICK Video pembakar semangat yang ditujukan khas kepada Pakatan Rakyat oleh pihak gereja Jerusalem di Israel terus menjadi perbualan rakyat. Akibatnya, jenuhlah penceramah-penceramah PR menepisnya dengan berbagai alasan konon diedit atau dan 'dicipta' oleh UMNO. Mereka juga mula memainkan kembali isu APCO secara besar-besaran bagi mengalihkan isu tersebut. Jelas, PR sudah panik! Video tersebut sebenarnya bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk sebahagian kecil pemimpin tertinggi PR saja. Namun, dengan kuasa Allah SWT ia tetap terlepas dan terdedah kepada umum. Mungkin juga kerana berkat doa solat hajat yang memohon agar kebenaran ditunjukkan. Bukan sekali rakyat Malaysia dipertontonkan dengan bukti jelas mengenai siapa PR atau Anwar atau DAP mahupun PAS, tetapi sudah berkali-kali dan sudah bertahun-tahun. Walaupun mereka yang berdoa itu sendiri nampaknya enggan menerima kebenaran, tetapi kita bertuah kerana majoriti rakyat mampu menilainya lalu menolak mereka-mereka ini. Ini sekali gus membawa kita kepada satu kesimpulan tentang kenapa pihak Israel begitu beria-ia dengan pilihanraya di Malaysia iaitu kerana Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang masih tidak mampu dikuasai mereka. Sudah berpuluh tahun mereka mencuba dari berbagai arah, namun kita kekal sebagai negara yang bebas dan berdaulat dalam ertikata sebenarnya. Kita tidak perlu bergantung kepada kuasa besar secara keterlaluan dan kerana itulah kita mampu menghulurkan bantuan kepada Palestin dan saudara-saudara Islam kita yang tertindas. Kita juga tidak perlu bertoleransi dengan fahaman-fahaman liberal barat atau melonggarkan undang-undang yang berteraskan agama Islam semata-mata untuk 'diterima' oleh barat. Maka kerana itu, Israel amat berdendam dengan Malaysia dan bersungguh-sungguh mendoakan kemenangan PR. Bukankah Allah SWT telah mengingatkan bahawa mereka tidak akan senang selagi kita tidak 'bersama' mereka? Tidakkah kita musykil dengan seruan mereka di dalam video tersebut turut berbunyi: 'Malaysia bersama mereka'? Bukankah segalanya sudah terlalu amat jelas kini? Masihkah kita ingin menafikannya? Benar, video tersebut memaparkan sekumpulan Kristian, dan bukan Judaism iaitu agama kaum Yahudi. Namun, sedarlah bahawa kumpulan Zionis ini bergerak dalam berbagai bentuk. Bayangkan, berapa ramai sahaja yang mampu ditarik oleh mereka sekiranya mereka bergiat atas nama 'Judaism'? Sudah tentu ramai yang lari jika mereka mendakwahkan agama Judaism. Kristian adalah agama yang paling ramai penganutnya selepas Islam dan pertembungan Islam dan Kristian adalah sesuatu yang azali. Memandangkan Islam dan Kristian terlalu dekat dari segi sejarah dan kepercayaan, maka tentulah lebih mudah untuk dikelirukan. Memandangkan Injil dibenarkan diubahsuai mengikut keadaan tempat dan zaman, maka ia terdedah luas kepada hasutan syaitan yang membisikkan kesesatan sehingga akhirnya agama itu menjadi sesat sama sekali. Namun, beberapa pihak Kristian orthodox masih lagi berpegang kepada asas murni kemanusian, kemasyarakatan dan institusi kekeluargaan dan mereka inilah yang kuat menentang penerapan nilai-nilai liberal yang dipromosi oleh sekumpulan manusia yang dilaknat mengikut Al-Quran yang berasal-usul dari puak Yahudi. Seperti juga Islam, Kristian turut menghadapi masalah dengan puak ini yang menyerap masuk ke dalam komuniti mereka lalu memusnahkan teras pegangan agama mereka dari dalam. Penganut Kristian sendiri menghadapi masalah dengan kesesatan yang dibawa oleh pihak ini melalui berbagai-bagai cara atau ajaran baru. Oleh itu, kita melihat bagaimana penganut Kristian serata dunia turut bangun menentang fahaman liberal yang cuba diterapkan ke dalam masyarakat mereka. Di Eropah sendiri telah berkali-kali mereka berdemonstrasi secara besar-besaran menolak LGBT. Malah, di Amerika juga mereka bangkit mempersoalkan sikap beberapa pihak yang mengaku Kristian tetapi menterjemahkan Injil dengan menggantikan nama Tuhan mereka dengan kalimah 'Allah'. Maka, bukankah jelas terdapat satu usaha terancang secara besar-besaran untuk melagakan umat Islam dengan Kristian di samping menerapkan fahaman liberal kepada manusia sejagat? Malaysia adalah bumi yang dilimpahi rahmat kerana Islam telah dirangkum sekali ke dalam perlembagaannya. Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang benar-benar memahami apa itu 'kesederhanaan' iaitu kita tidak terlalu ekstrem dan tidak juga membenarkan kebebasan yang keterlaluan. Malaysia juga berlaku adil kepada bukan Islam. Kesemua inilah yang membantu melonjakkan negara ini sebagai negara Islam yang sebenar, dan dihormati di seluruh dunia. Dan inilah yang ingin diubah oleh Israel melalui Pakatan Rakyat. Justeru, kemenangan PR adalah kemenangan Israel. DOA YAHUDI LAKNAT UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN MALAYSIA & KEMENANGAN ANWAR |
EKSKLUSIF ! LUAHAN HATI SEORANG ANGGOTA POLIS SELEPAS MENGUNDI KELMARIN ! #TOLAKPR #BN4MALAYSIA Posted: 30 Apr 2013 10:09 PM PDT WARKAH SEORANG ANGGOTA POLIS. Hari ini aku telah menunaikan kewajipan maha besar sebagai seorang warganegara dalam sebuah negara demokrasi untuk memilih kerajaan yang sah dan berwibawa. Aku sebagai anggota keselamatan sangat teruja dan berbangga dapat mengundi awal pada 30/4/2013. Aku bangun seawal pagi untuk solat subuh dan bersiap siap untuk ke pejabat. Aku lihat diri di cermin sambil tersenyum puas betapa segaknya aku. Sampai di pejabat terus ke pusat mengundi dengan harapan biarlah aku orang yang pertama dapat mengundi...rupa rupanya sudah ramai yang beratur terlebih dahulu. Di wajah mereka tergambar semangat yang amat tinggi dan begitu segak sekali dengan uniform BIRU. Proses mendaftar diri dan di calit pewarna unggu gelap sedikit kemerahan di jari telunjuk kiri berjalan lancar sehingga diberi dua helai kertas undi, satu untuk Parlimen dan satu lagi untuk DUN. Aku sudah bertekad parti mana yang akan dipangkah. Sebaik sahaja aku hendak menunaikan tanggungjawab...tiba tiba sahaja hati ini begitu sebak dan tanpa disedari air mata menitis di pipi....ketika itu aku terbayang rakan rakan ku yang telah terkorban demi mempettahanksn negars tercinta ini...lebih lebih lagi yang terkorban di LAHAD DATU. Mereka telah terlepas peluang untuk mengundi memilih kerajaan...betapa walaupun anggota keselamatan dihina sehinanya aku tetap reda mempertahankan negara. Hati ku semakin sebak mengenangkan bangsa ku di hina di tanah air sendiri...agamaku dicaci oleh si kafir dan umat Islam sendiri yang mendakwa mereka lebih Islam dari orang lain...Ya ALLAH ya Tuhan ku... kalimah suci Mu yang maha agung dijual beli dan dihina sehinanya....tidak takutkah mereka azab pedihmu di akhirat nanti....demi kuasa dan kerakusan harta mereka sanggup menghina tuhan mereka sendiri. Nauzubillahiminzalik.. Tanpa ragu ragu...dengan kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim...aku tunaikan kewajipan memilih kerajaan yang berwibawa yang boleh mempertahan Agama, Bangsa dan Negara tercinta ini. Wahai saudara saudara ku sekelian buatlah pilihan yang betul sebagaimana aku sedia berkorban untuk negars. JIKA PUN PATAH PARUH AKAN KU TONGKATKAN KUKU....Negara ini tetap ku pertahankan. PILIHLAH KERAJAAN YANG ADA INI YANG TELAH TERBUKTI MEMAJUKAN NEGARA... Bukan puak puak yang hanya mampu menghina Islam, Melayu dan sanggup menjual Negara. Berfikirlah secara matang. Sebarkan kepada saudara saudara yang lain supaya sama sama dapat merasai rasa hati ku ini. ** GPB minta mohon sebarkan kepada semua pengundi melayu. Insyallah undi anggota keselamatan negara setiasa bersama BN |
CALON PKR SEBERANG JAYA HANYA PANDAI TABUR JANJI SEPERTI ANWAR #TOLAKPR Posted: 30 Apr 2013 06:43 PM PDT Semalam GPB mengikuti ceramah Dr Afif , calon PKR Seberang Jaya di Taman Pauh ... Orang PKR kata dia ni anak muda kesayangan Anwar , ye la baru je 2009 aktif berpolitik terus dapat jadi calon . Dia bukan anak kelahiran Permatang Pauh tetapi berasal dari negeri Selangor . Memang diakui dia memang pandai bercakap seperti bosnya , tapi apa yang disampaikan dalam ceramahnya banyak sangat penipuan , memburukan calon BN serta menabur JANJI ! Apa yang ditipu Dr ini ?? Dr Mazlan dikaitkan insiden Anwar di Masjid Teluk Bahang GPB nak tanya apa kena mengena nama Dr Mazlan Ismail dalam kejadian Anwar dihalau kariah di Masjid Teluk Bahang ? Mengapa dikaitkan beliau dalam kejadian menimpa Anwar ?? Dr Mazlan bukan orang Teluk Bahang dan dia adalah anak tempatan Prmtg Pauh . Mungkin Dr Afif seolah -olah sakit hati bila melihat banner besar calon BN ini adalah " pemimpin paling berakhlak" , "pemimpin paling BERSIH" , " Membawa suara Islam " terpampang di Permatang Pauh yang tidak boleh dibuat oleh PKR . Harga Barang naik , minyak mahal , kos sara hidup tinggi , rumah mahal , pendidikan mahal Calon PKR Seberang Jaya ini semalam menjaja kepada macai2 PKR bahawa sekarang ini RAKYAT di negara ditindas dan ditekan kerana Harga Barang naik , minyak mahal , kos sara hidup tinggi , rumah mahal , pendidikan mahal . Jika PR dan menang dan memerintah pada 6 hb maka semua benda akan jadi murah dan rakyat akan tidak ditindas lagi . Nampak sangat la la cuba memperbodohkan rakyat dan selama 4 tahun Najib menjadi PM , apa yang tidak dibuat dibuat oleh kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat. Contohnya seperti terus memberi subsidi minyak , barang keperluan harian ( tepung, gula,gas ) , pembukaan lebih banyak KR1M , membina rumah PR1MA , memberi duit BR1M , menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa untuk pelajar yang cemerlang dan lain-lain lagi . GPB nak tanya Dr Afif , selama 4 tahun kerajaan DAP memerintah ..apa yang DAP buat untuk mengatasi harga rumah mahal di P.Pinang ?? Untuk pengetahuan beliau .. 1 buah rumah kos rendah pun Guan Eng tak bina di Permatang Pauh dan negeri ini sejak berkuasa ..cukup-cukup la nak menipu orang pasal rumah mahal .. Janji PKR untuk rakyat Seberang Jaya Calon PKR ini berjanji jika berjaya menjadi wakil rakyat DUN ini , beliau akan menjadikan Bandar Seberang Jaya ini adalah BERSIH dan SELAMAT . BERSIH bermaksud beliau berjanji mahu membersihkan longkang , parit dan sampah yang membelenggu penduduk perumahan di Seberang Jaya . Jika ini janji oleh calon PKR Dr Afif , maka terbuktilah selama 4 tahun, penduduk DUN Seberang Jaya dipinggirkan kerajaan DAP disebabkan kawasan ini dimenangi BN . Hari ini wakil calon kerajaan DAP datang untuk berjanji lagi kepada penduduk Seberang Jaya lagi . Apakah kita mahu percaya lagi kepada wakil calon kerajaan DAP ini ?? INGATLAH MANIFESTO PEMBANGKANG ADALAH BUKAN JANJI ... TOLAK PR UNDI BN !! |
You are subscribed to email updates from Generasi Pejuang Bangsa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |