DIMENSI |
Omegay13: Diplomat asing ramal BN menang besar...Anwar makin kecik! >:] Posted: 01 May 2013 02:00 AM PDT Pilihanraya Malaysia kali ini nampaknya bukan sahaja penting untuk rakyat Malaysia, tetapi entah kenapa negara-negara asing juga begitu teruja menunggunya. Rata-rata, pilihanraya yang dikatakan 'ibu segala pilihanraya' ini dianggap sebagai ketibaan di dua persimpangan bertentangan di mana salah satunya akan mengubah segala-galanya, iaitu daripada landskap dan struktur asas negara ini. Dari satu segi pula, pilihanraya ini hanyalah salah satu dari beberapa pilihanraya yang perlu dilalui oleh Barisan Nasional, iaitu pertandingan untuk mengekalkan kuasa. Dalam kata lain, PRU hanyalah satu platform untuk parti BN meneruskan khidmat tidak kira siapa pun pemimpinnya. Namun, bagi PR ia adalah lebih dari itu. Bagi pemimpin-pemimpin PR, pilihanraya adalah sesuatu yang peribadi. Ini kerana, jika pemimpin BN bersilih ganti, pemimpin PR pula menyaksikan muka yang sama sejak berpuluh tahun dahulu. Maka, pemimpin-pemimpin PR ini bukan lagi bertanding kerana parti tetapi sebenarnya mempertaruhkan 'hidup' mereka sendiri. Memandangkan mereka masing-masing sudah mencapai usia senja, maka slogan 'Ini Kalilah' dengan sendirinya memaparkan keterdesakan yang tidak tertahan-tahan lagi seolah-olah jika kali ini kalah juga, maka 'matilah' mereka. Malangnya, kita mempunyai berita buruk untuk pemimpin-pemimpin PR ini iaitu berita yang didapati dari sumber dalaman mengenai ramalan PRU kali ini. Nampaknya, lima dari kedutaan asing percaya bahawa BN akan menang sekali lagi dengan majoriti yang lebih besar dari PRU2008. Pihak asing yang berkata demikian ialah Kedutaan China, Taiwan, Indonesia, Jepun dan Amerika Syarikat. Kita tahu bahawa pihak gereja Jerusalem di Israel ada menghantar perutusan khas dalam bentuk video sebagai pembakar semangat untuk PR menghadapi PRU. Malah, pihak gereja itu tampak begitu yakin dengan kemenangan PR dan telah meraikannya lebih awal dengan 'menerima' Malaysia kedalam 'jemaah' mereka untuk sama-sama menuju cahaya keberkatan 'the Lord'. Namun, mengambil prinsip demokrasi, ramalan satu pihak sahaja tentulah tidak boleh dipakai jika dibandingkan dengan ramalan 5 pihak kedutaan asing tadi. Lagipun, selalunya ramalan pihak kedutaan asing boleh dipercayai kerana mereka tidak terlibat dengan sentimen rakyat Malaysia. Pihak asing juga tidak perlu membuat atau menyebar ramalan palsu kerana maklumat yang tepat adalah penting untuk mereka mengatur langkah seterusnya dalam hubungan dengan Malaysia terutama dari segi dagangan. Justeru, kita harap pemimpin-pemimpin PR bersedia untuk menerima kekalahan ini dengan baik. Kita tidak dapat membantu memujuk hati mereka dengan menukar slogan kepada 'Lain Kalilah' kerana kita tahu dalam usia mereka kini, ungkapan 'lain kali' tentu saja tidak relevan. Anwar sudah berkata jika beliau kalah, beliau akan bersara dan mengajar di Perancis, mungkin kerana Perancis baru sahaja meluluskan undang-undang kahwin sejenis. Manakala, Lim Kit Siang pula telah menyatakan bahawa beliau bersedia menerima 'kematiannya' sendiri di Gelang Patah. Nik Aziz pula….mungkin beliau akan 'terbersara' sendiri tanpa sedar, sekiranya beliau kalah di kawasannya kali ini. Maka tinggallah Hadi Awang. Tetapi Hadi Awang juga katanya rela menjadi nelayan sahaja asalkan Islam menang. Dan kita pasti, Islam akan terus menang di bawah BN dan tiada siapa yang akan mampu mengganggu-gugat Kalimah Allah lagi sekiranya PR terkubur. Dengan jaminan ini, kita harap Hadi Awang tidak begitu gusar dengan ramalan kedutaan asing tersebut. Anwar, Kit Siang dan Nik Aziz bagaimanapun terpaksa terus melayan kegusaran masing-masing sementara menunggu 'hari perhitungan'. Seperti yang dikatakan tadi, kita faham betapa pentingnya PRU kali ini untuk mereka. Maklumlah, seluruh hidup telah dihabiskan untuk mengabdikan diri kepada perebutan kuasa sehingga tidak sempat menikmati keindahan dunia. Saban hari terasa diri dalam neraka walaupun dihiburkan oleh China Doll, jambu-jambu atau anak-anak ikan, dan walaupun wang sudah berkoyan-koyan. Entah kenapa tiba-tiba menjelang PRU ini, hidup terasa seperti sia-sia, bukan? -Beruang Biru |
Omegay13: Anwar makin tenat...al-fatihah Posted: 01 May 2013 12:00 AM PDT Ramai yang sudah mengambil langkah untuk menjauhkan diri dengan Drama King terhebat Malaysia, Anwar Ibrahim. Turut mengambil pendekatan yang serupa, bekas pengasas PKR dan sekutu rapat Anwar, Dr Chandra Muzaffar yang turut meninggalkan Anwar beberapa tahun yang dulu. Beliau memberitahu pengamal media sebab beliau meninggalkan Anwar dengan mendedahkan sikap sebenar individu itu. Menurut Dr Chandra beliau mula meragui keperibadian Anwar selepas Anwar mendakwa ada cubaan menyuntik beliau dengan darah HIV+. Keyakinannya terhadap Anwar juga semakin menipis selepas wujudnya perasaan curiga beliau ekoran Anwar yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan pro zionis dan Amerika Syarikat. Chandra turut menambah, segala siri pembohongan yang dilakukan Anwar bermatlamatkan untuk meraih simpati rakyat. Dan dengan cara itu, Anwar merasa jalannya untuk menerajui Putrajaya dipermudahkan. Beliau turut menyelar sikap Anwar yang dilabel sebagai hipokrit dan menyifatkan dia seperti 'sesumpah' yang pandai berlakon bagi menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan bagi tujuan membohongi rakyat. Kalau nak diingatkan, Anwar juga pandai buat kejutan kepada seluruh Malaysia. Pada mulanya dia dikatakan ingin bertanding di Perak. Namun, setelah keputusan dibuat, dia kembali ke Permatang Pauh untuk mempertahanka kerusinya di sana. Ini adalah salah satu lagi lakonan Ketua Umum Pakatan Rakyat. Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, beliau sedikit pon tidak percaya dengan kata-kata Anwar yang mengatakan bahawa dia akn bertanding di Perak. Malah beliau yakin Anwar tidak akan diterima rakyat jika dia bertanding di negeri itu. Tambahnya, itu hanya sekadar scene tambahan bagi pelakon Bollywood Malaysia. Manakali Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobala turut bersetuju bahawa Anwar merupakan kaki temberang. Gobala berkata, beberapa pemimpin tertinggi parti PKR yang dahulu 'hidup mati bersama' Anwar turut angkat kaki meninggalkannya. Seramai 30 orang pemimpin tertinggi yang mengasaskan parti Keadilan telah meninggalkan Anwar kecuali dua orang yang masih lagi bersamanya. Turut disokong berkenaan Anwar kuat membohong ialah rakan rapat Anwar ketika di universiti, Ismail Mina yang sekarang merupakan presiden Muafakat. Beliau berkata, terlalu banyak pembohongan yang Anwar sudah lakukan, dan beliau sendiri berharap agar Anwar tersedar dalam mimpin indahnya dan mula berpijak di atas bumi yang nyata. Percayalah, ini baru beberapa kerat sahaja yang dapat ditonjolkan, sebenarnya b anyak lagi penipuan-penipuan Anwar didedahkan oleh rakan-rakan yang bosan dengan sikap ketua umum Pakatan Rakyat ini. Sebab dia memang kaki kelentong!!!!! -Beruang Biru anuwar dah pun bercita2 nak jadi pensyarah jika pkr tewas pru13 kali ni. tapi sebelum tewas dia dah pasang angan2 menggunung nak ke putrajaya. bekas kawan karib anuwar dah lama angkat kaki dari PR terutama dalam peegayyar sendiri di sebabkan tak tahan tengok gelagat lucah dan kepale 'weng' bekas ketua mereka. bukan saje ahli peegayrar malah seluruh rakyat dah jelak tengok perangai antik anuwar. namun anuwar yang terkenal dengan 'muka tembok' masih nak pertaruh nasib dengan menjadikan rakyat sebagai kambing hitam untuk capai cita2 dia nak jadi perdana menteri gay yang pertama. maka rakyat fikir ler sama ada wajar ker kita angkat angan2 dia sebagai pm kita? huhuhuhu |
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |