Duke of UMNO |
- "THINK TANK" PAS MELATAH DAKWA LEBIH HEBAT DARI ULAMA..???
- PANASSS..!!! GAMBAR MOGOK LAPAR KANTOI MAKAN KAT HOTEL..!!!
- GEMPARRR..!!! POK NIK AJIS TERKENA "PANGGILAN HANGIT" HOT FM..???!!!
- PEDASSS..!!! SIAPA ORANG PAS YANG KOREK TABUNG MEMALI..???
- GEMPARRR..!!! BLOGGER PRO-UMNO KEDAH UNGGULI CARTA TERBAIK 2012..!!!
- TERKINI..!!! HADI MASUK TV MALAM NI..???!!!
- LAWAK PAGI INI..!!! KARPAL SUDAH SEMBUH, TAK PERLU LAGI KERUSI RODA..!!!
"THINK TANK" PAS MELATAH DAKWA LEBIH HEBAT DARI ULAMA..??? Posted: 02 Jan 2013 06:36 AM PST Masih panas diperkatakan mengenai isu amanat Hadi yang terbit dari keceluparan mulut Presiden PAS itu pada tahun 1981 dan meskipun sudah lebih dari tiga dekad dia didesak untuk menarik balik amanat itu, dia masih pening-pening lalat dan terus berdolak-dalih. Sekonyong-konyong dihentam kiri dan kanan, atas dan bawah, depan dan belakang, maka datanglah seorang "think tank" PAS yang paling hebat untuk menyelamatkan "boss"nya… Dia yang saya maksudkan ialah Dr. Dzulkefly Ahmad yang begitu kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal dan dangkal! Terbaru, Dzulkefly meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya jangan melatah terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, setelah badan kerajaan itu mengeluarkan kenyataan dan mendesak agar amanat Hadi ditarik balik. Menurut Dzulkefly, JAKIM tidak faham istilah ijtihad sosio-politik di dalam Islam dan mahu agensi yang dipenuhi oleh para ulama muktabar itu menganjurkan wacana untuk membahaskan isu amanat "sesat" tersebut. Saya tidak pasti sama ada akal Dzulkefly ini berpura-pura tak faham atau dia sebenarnya langsung tak faham apa yang dia perkatakan? Pada saya, segala pertikaian mengenai amanat "songsang" itu sangat jelas dan ia sudah pun "dibayan" dengan baik oleh para Mufti yang bersuara, termasuk salah seorang mufti yang sangat dihormati, Sahibussamahah Tan Sri Harussani Zakaria. Saya berpendapat, sekiranya dianjurkan sama ada wacana, forum, debat atau apa jenis ijtihad sekali pun mengenai amanat tersebut, maka sudah tentu ia akan berakhir dengan kesalahan yang berpihak kepada Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat tersebut. Sudah lebih tiga dekad amanat tersebut dibiar memecah-belahkan umat Islam di negara ini dan di dalam tempoh itu sudah "berbuih-buih" Hadi digesa untuk menarik balik amanatnya itu dari terus merosakkan umat Islam. Mungkin sampai di sini saja kesabaran umat Islam terhadap Presiden PAS tersebut dan umat Islam perlu disedarkan dari kekeliruan yang mengakibatkan lebih 3 juta umat Islam di negara ini dikafirkan, tidak termasuk yang sudah meninggal dunia. Hadi diminta menarik balik amanatnya yang mengkafirkan umat Islam itu kerana dia masih hidup dan ramai lagi umat Islam yang dikafirkannya itu masih bernyawa serta masih sempat untuk dia meminta maaf kepada mereka. Mana-mana umat Islam yang telah dikafirkan Hadi dalam amanatnya itu dan mereka telah meninggal dunia, maka pandai-pandailah Hadi mencari mereka di padang Mahsyar nanti dan pandai-pandailah dia meminta maaf dari mereka. Persoalannya, salahkah JAKIM mendesak Hadi menarik balik amanatnya yang mengkafirkan umat Islam itu? Apakah Dzulkefly fikir JAKIM hanya ditugaskan untuk mengambil tahu tentang soal nikah kahwin, haji, sijil halal, zakat serta solat lima waktu saja, dan langsung tak payah fikir tentang maslahah ummah di negara ini? Seperkara yang Dzulkefly perlu tahu, JAKIM memiliki ramai ilmuan yang berlatar bekalangkan pengajian Islam yang jauh lebih tinggi darinya dan sudah tentu mereka begitu faham serta mengerti tentang selok-belok sosio-politik Islam. Jadi, tak perlulah "think tank" PAS itu mempertikaikan JAKIM dan saya pasti badan kerajaan itu jauh lebih arif berbanding dirinya. Baik pergi sekolah dulu sebelum anda disekolahkan… Sumber: Perak Today | ||||
PANASSS..!!! GAMBAR MOGOK LAPAR KANTOI MAKAN KAT HOTEL..!!! Posted: 02 Jan 2013 04:38 AM PST ![]() Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka. Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam. Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah. Lagi gambar kat bawah..!!! Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit. Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka. Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka. Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan. Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013. Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini). Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu. Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini. Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam. Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini. Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH). Berikut kronologi penemuan kami; Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi. Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar. Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel. Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek. Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama.
![]() dan satu lagi yang bawah ni… . . ![]() eh silap, tu masa pelancaran mogok lapar hari tu, bawah ni gambar terbaru hehehehe . . ![]() BAEKKKK PUNYA 'BALUN!' Sumber: Mynewshub.my | ||||
GEMPARRR..!!! POK NIK AJIS TERKENA "PANGGILAN HANGIT" HOT FM..???!!! Posted: 02 Jan 2013 03:17 AM PST Ni sekadar lawak je la...takde kena mengena dengan yang masih hidup atau yang dah mati... Tapi kalau nak touching sangat tu...lantak hang la wehhhh...!!! Tapi memang lawak bila Pok Nik Ajis kena sergah dengan panggilan hangitttt..!!! Heh! Layannnn..!!! | ||||
PEDASSS..!!! SIAPA ORANG PAS YANG KOREK TABUNG MEMALI..??? Posted: 02 Jan 2013 01:18 AM PST ![]() Saya tertarik dengan tulisan penulis "upahan" PAS, Sayuti Omar, yang menggesa agar umat Islam mengorek kembali peristiwa Memali setelah ramai para ulama di negara ini bersuara mendesak agar amanat "sesat" Hadi ditarik balik. Dia berpendapat, kalau amanat "sesat" itu diungkit dan diminta untuk ditarik balik, mengapa sejarah peristiwa Memali di Baling perlu didiamkan? Kononnya dengan membangkitkan kembali peristiwa berdarah itu, isu amanat Hadi itu mampu di "divert" dan digantikan dengan isu Memali? Tidak semudah itu rasanya… Nampaknya Sayuti hanya lebih mengusutkan keadaan apabila menyebut tentang isu Memali yang sekian lama cuba ditutup oleh puak-puak PAS yang tahu tentang latar belakang dan perkara sebenar mengenai peristiwa tersebut. Bagi mereka yang mengenali Allahyarham Ibrahim Libya, sudah tentu dapat menerima dengan redha tentang apa yang berlaku ketika peristiwa yang turut menyaksikan seorang anggota polis maut ditetak parang anak buahnya… Meskipun menyedari dan mengambil risiko dituduh zalim, pihak kerajaan mampu mengawal keadaan dan segala onar yang terjadi telah pun "dibersihkan" secara aman tanpa menimbulkan sebarang pertikaian di kalangan mereka yang terbabit. Namun apa yang saya pasti, ramai di kalangan keluarga dan sanak saudara pengikut Ibrahim Libya yang terbabit dengan peristiwa itu tidak puas hati dengan satu pihak yang konon-kononnya membela mereka. Mengapa mereka tidak puas hati? Sila pergi ke Baling dan carilah seorang lelaki pemegang amanah tabung Memali yang cuba "dibisukan" oleh puak-puak PAS, khususnya Mat Sabu yang jelas menyimpan rahsia di sebalik tabung kontroversi itu. Lelaki itu dikenali sebagai Zainon, atau Cikgu Non, atau CN Al-Afghani dan dia adalah pengarang buku "Airmata Memali" dan saya yakin mereka yang pernah membaca bukunya itu sangat jelas tentang penyelewengan yang didalangi pak-pak lebai PAS itu. Cikgu Non pernah diugut puak-puak PAS dengan pelbagai ancaman. Kalau setakat diancam belasah sampai lembik, itu sudah biasa. Hatta tergamak puak-puak PAS mengancam untuk membunuhnya dan Cikgu Non terpaksa membuat laporan polis mengenai ancaman tersebut. Menariknya, Cikgu Non begitu berani untuk menjual CD dan buku itu diperkarangan ceramah PAS satu ketika dulu sebelum dihalau, dihalang dan diancam dengan kasar oleh "PAS for All Jews"! Jelaslah disitu bahawa episod Memali itu cuba disembunyikan oleh PAS dan kini Sayuti mahu memeningkan kepala PAS dengan mengorek kembali "pekung busuk" yang akan "mengkantoikan" PAS? Cukuplah kali ini Hadi dilihat begitu "pucat lesi" bila ramai pihak termasuk para Mufti yang menggesa agar dia menarik balik amanatnya itu. Hadi sudah cukup pening memikirkan cara untuk dia berdolak-dalih atas keceluparan mulutnya dulu. Dia tahu dia silap. Dan jika dia menarik balik amanat tersebut dan memohon maaf atas fatwa serta keceluparan mulutnya itu maka ia akan menjatuhkan ego air muka serban sebakulnya. Mana mungkin Presiden PAS silap buat fatwa, bukan? Dia sedar dia tersalah langkah. Namun untuk mengaku salah dan menarik balik segala dosanya itu, sudah tentu dia dan PAS akan jatuh maruah serta dipandang sebagai sebuah parti "ajaran sesat" yang berselindung di sebalik politik! Persoalannya, mampukah Hadi menelan segala dosa yang tercetus akibat amanatnya itu dan saya kira sudah ramai di kalangan rakyat negara ini lihat betapa ramainya umat Islam yang keliru dek kerana amanatnya itu. Sampai bila Hadi mahu mempertahankan egonya? Sampai kiamat? Kalau begitu, tanggunglah dosa sampai hari Kiamat dan nanti sila berjumpa dengan umat Islam yang pernah dizalimi amanat tersebut di depan Allah kelak… Sumber: Mykmu.net | ||||
GEMPARRR..!!! BLOGGER PRO-UMNO KEDAH UNGGULI CARTA TERBAIK 2012..!!! Posted: 01 Jan 2013 10:17 PM PST Tahniah aku ucapkan kepada beberapa blogger Team Media Kedah (TMK) yang telah berjaya mengungguli carta ranking blogger pro-UMNO terbaik pada tarikh berakhir 31 Disember 2012. Siapa sangka blogger pro-UMNO Kedah hebat begitu, kan? McTheory berjaya menempatkan diri pada ranking kedua, selepas blogger sahabat kami, Media Permatang Pauh di tempat pertama. Menariknya, McTheory dilihat sebagai seorang blogger yang benar-benar memainkan isu politik sahaja...Tahniah Mc..!!! Begitu juga dengan blogger TMK iaitu Pisau Kedah (unitmediakedah.blogspot.com) yang berjaya mendaki hingga ke tahap 20 blogger terbaik ranking Alexa. Sapa kata Pisau Kedah tak cukup tajam? Heh! Dan blogger MedanTempurKedah yang berada di tangga ke-21 juga membuktikan bahawa blogger pro-UMNO Kedah sememangnya berbisa...heh! Aku? Hahahahahaa...aku tak perlu untuk berada di kedudukan begitu. Lagipun aku tak pernah pikiaq pun pasal ranking ni. Aku puas menulis dan puas meluahkan apa yang aku rasa dalam bentuk penulisan yang jitu, benar, masuk akal dan berfakta... Satu lagi, mulai hari ini aku berazam untuk tidak lagi menulis perkara karut marut yang tiada kaitan dengan politik.. Harap semua puas hati..heh! | ||||
TERKINI..!!! HADI MASUK TV MALAM NI..???!!! Posted: 01 Jan 2013 07:16 PM PST SUDAH diludah, kini PAS bersahaja menjilat kembali ludahnya apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang beriya-iya mahu "glamour"kan dirinya dengan satu slot siaran langsung di RTM1, RTM2 dan TV3 untuk menjelaskan "dosa"nya mengenai amanat "sesat" 1981. Terkini, Abdul Hadi berkata bahawa dia memerlukan selama satu jam untuk bersiaran langsung di media-media arus perdana itu bagi menjelaskan amanatnya yang mengkafirkan umat Islam yang menyokong UMNO. Hadi mendesak agar Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim agar membenarkan "muka tak seberapa hensem"nya itu untuk dilihat berucap di kaca televisyen untuk tontonan seluruh negara di waktu puncak. Persoalannya, bukankah pada muktamar yang lepas PAS begitu bongkak menganjurkan agar seluruh komrad-komradnya untuk memboikot media-media arus perdana seperti RTM1, RTM2, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa media yang kononnya tidak menyebelahi PAS? Jadi, apa perlunya kini Hadi "menjilat" kembali "kahak hijau" yang "diludah" PAS pada muktamar tersebut? Mahu satu slot selama satu jam khas diberikan padanya di media-media yang diboikot PAS? Tak malu, kah? Lagipun, saya yakin bahawa PAS kini memiliki "stesen TV"nya sendiri iaitu "TV PAS". Apakah TV PAS itu belum cukup berpengaruh untuk digunakan bagi memperjelaskan amanat sesatnya itu? Takkanlah pula TV PAS tergamak untuk memboikot Presidennya sendiri? Panggil saja para pencacai PAS yang suka memutar belit berita itu membuat liputan khas. Pakailah sampai 24 jam pun tiada siapa yang nak larang! Sebetulnya, Hadi tidak pun memerlukan tempoh selama 1 jam untuk menghuraikan kekusutan yang dia lakukan terhadap umat Islam di seluruh negara. Hadi hanya perlu mengaku salah tentang amanatnya itu dan menarik balik tindakannya pada tahun 1981 dulu yang telah memecah belahkan umat Islam di negara ini sehingga ada di kalangan kita yang bercerai berai dan putus silaturrahim sesama saudara sendiri. Lebih malang lagi, ada anak yang tidak mengaku ibu kandung sendiri sebagai ibu yang melahirkannya dan ada pula bapa tua yang dihalau keluar dari rumah oleh anaknya hanya kerana menyokong UMNO. Itu semua disebabkan oleh keceluparan mulut Hadi! Bukan setahun dua dosanya itu, malah generasi yang lahir pada tahun dia melampiaskan nafsu politiknya itu kini sudah berumah tangga dan beranak pinak di seluruh Malaysia! Pada saya, untuk meminta maaf, menarik balik amanat sesat itu dan bertaubat untuk tidak mengulangi tindakan tidak adil itu hanyalah memerlukan masa dalam lingkungan 5 minit saja dan tidak perlu memakan masa sehingga satu jam pun. Apa yang perlu ialah keikhlasan Hadi untuk membersihkan kekeruhan yang dilakukan puluhan tahun lalu dan bersedia untuk menanggung dosanya jika permohonan maafnya itu tidak dimaafkan oleh umat Islam di negara ini. Persoalannya, ikhlaskah dan sedarkah Hadi tentang keceluparannya dulu? Atau dia hanya mahu meng"glamour"kan diri di kaca televisyen? Sumber: Perak Today | ||||
LAWAK PAGI INI..!!! KARPAL SUDAH SEMBUH, TAK PERLU LAGI KERUSI RODA..!!! Posted: 01 Jan 2013 05:17 PM PST Perghhh..!!! Dengan hanya berkata-kata, Tun M berjaya "pulih"kan Karpal Singh..!!! Karpal kini tidak lagi berkerusi roda... Lepas Tun M suruh beri peluang kat Karpal jadi PM... Karpal terus sembuh dan tak perlu lagi kerusi roda... Tak caya? Tuuuu..tengok kat atas tuuuu... Siap buat "star jump" lagi tuuhhhhhh...!!! |
You are subscribed to email updates from THE DUKE'S BLOG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |