Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


Tadika KEMAS berjaya tarik minat budak Cina ini bertudung !!

Posted: 02 Jan 2013 06:13 AM PST




Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama," kata Lee Jing Hwa, 7, yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini, semalam.

Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu, hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai tudung seperti pelajar perempuan Islam.

Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir.

Menurutnya, walaupun ada tadika Cina dekat rumahnya, dia memilih menghantar anaknya itu ke Tadika Kemas bagi membolehkannya bergaul dengan kanak-kanak Melayu.

"Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum.

"Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung kerana baginya nampak lebih comel," katanya yang tidak kisah dengan penampilan anak kelima daripada enam beradik itu.


Menurutnya, semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan supaya mereka menguasai bahasa kebangsaan menerusi pergaulan dengan rakan Melayu.

"Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan.

"Sebelum ini, ramai rakan termasuk keluarga mempertikaikan keputusan saya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, tetapi akhirnya mereka faham dan kagum kerana semua anak saya termasuk Jing Hwa dapat bercakap bahasa Melayu dan Cina dengan baik," katanya.


Komen GPB 

Terharu sungguh GPB bila membaca berita ini ... ini yang puak-puak chauvinis DAP cukup takut hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana bimbang takut anak mereka jadi Melayu .

Di P.Pinang ..Contohnya yang  tinggal di Penanti , mereka lebih rela hantar anak untuk  bersekolah di  pekan  Bukit  Mertajam yang majoriti budak Cina  walhal  sekolah kebangsaan  lebih dekat .

Memang GPB respect la bapa nya kerana lebih suka hantar anak perempuan ke tabika KEMAS  agar bercampur dengan anak Melayu .  Kesannya budak ini bila besar akan lebih faham budaya dan agama yang kawan-kawanya berketurunan Melayu .

Baru lah tak terjadi isu perkauman , menghina agama  di facebook seperti sekarang ..

*** Siapa kata tabika KEMAS tak terapkan  Islam ..budak Cina pun suka pakai tudung bila berlajar situ ..



Zarina Anjoulie & teman lelaki tak mengaku miliki dadah !!

Posted: 02 Jan 2013 01:31 AM PST




PETALING JAYA: Pelakon dan model seksi penuh kontrevesi, Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu ketika dicekup dalam serbuan disebuah perumahan mewah disini.

 Zarina Anjoulie, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, dekat sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Serbuan dibuat atas laporan orang ramai. Demikian, majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh berkenaan diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin. Manakala sebutan kes ditetapkan pada 8 Februari ini. – @Forblogger.net


** Ditangkap oleh polis narkotik berdua-duan di kondo mewah ..tak kan hisap dadah  je di malam tahun baru ??? 

Bang Non dicabar adakan himpunan isu kalimah Allah

Posted: 01 Jan 2013 10:12 PM PST



PULAU PINANG 1 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menjelaskan pendiriannya berhubung isu kalimah Allah yang dibangkitkan semula oleh sekutunya, Lim Guan Eng.

 Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah berkata, himpunan itu kelak boleh dijadikan pentas untuk Anwar menyatakan pendiriannya mengenai perutusan Guan Eng sempena Hari Krismas baru-baru ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

 "Saya dengar pembangkang mahu mengadakan Himpunan Shamsidar.

 Jadi, Anwar juga perlu mengadakan perhimpunan untuk menjelaskan pendiriannya mengenai permintaan Guan Eng yang mahukan kalimah Allah turut digunakan dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia.

 "Kalau benar Anwar seorang pemimpin hebat, mengapa membisu dan bersikap penakut kerana dia belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lagi penghinaan terhadap Jalur Gemilang di malam ambang 2013 !!

Posted: 01 Jan 2013 08:21 PM PST

Bangga sungguh portal fitnah , Malaysiakini siarkan berita  pasal bendera Sang Saka Malaya berkibar megah di malam tahun baru 2013 berhampiran Dataran Merdeka.

Perbuatan juak-juak bangsat yang dibanggakan Anwar ini ternya sekali lagi menghina Jalur Gemilang kebangaan rakyat Malaysia .

Apakah bila Pakatan menawan Putrajaya ini nanti ..bendera ini akan dijadikan bendera kebangsaan negara ?


Hot ! Lepas seksi terlampau , pelakon ini ketagih syabu pulak !!

Posted: 01 Jan 2013 07:12 PM PST



Hari ini, berita hiburan Malaysia dihangatkan dengan penangkapan seorang artis wanita berimej seksi bersama teman lelakinya yang dikatakan positif dadah.

Menurut Harian Metro, pelakon filem Anak Pontianak yang juga berkarier sebagai model berusia 26 tahun yang terkenal dengan pelbagai kontroversi ini ditahan polis selepas didapati memiliki dadah di sebuah kondominium mewah di Damansara Damai jam 5.30 petang kelmarin.

 Pelakon kontroversi langsing ini ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bersama kekasihnya, seorang pengganggur yang juga berusia 26 tahun, kerana memiliki dua pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.

 Menurut sumber, pasukan polis menyerbu rumah pelakon ini selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Pada mulanya, mereka enggan bekerjasama apabila tidak mahu buka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai polis mengetuk pintu, pelakon ini membuka pintu tapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.

 Selepas beberapa lama menunggu, polis terpaksa memecah masuk melalui pintu depan dan melakukan pemeriksaan. Polis menemui seorang lelaki dalam bilik tidur, manakala pelakon wanita terbabit bersembunyi dalam bilik lain. Pasangan ini menjalani ujian saringan awal dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.

 Sebelum ini, pelakon wanita ini pernah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalami ujian saringan air kencing dalam satu sekatan jalan raya beberapa tahun lalu. Pelakon seksi ini juga telah mencetuskan kontroversi ditahan bersama rakannya dan mengaku mengambil dadah jenis syabu dalam operasi yang disertai anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mereka direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

 Semoga berita ini dijadikan pengajaran buat selebriti lain dan kita semua agar menjauhi dadah. Bila dah terkena, barulah menyesal. Tapi pelakon ni memang tak serik-serik. Apa nak jadi daa...- Budiey-



*** Dalam kerajaan dok banteras dadah ..masih lagi ada artis hisap benda haram ini ..

Hot !! Perutusan tahun baru Guan Eng penuh penipuan !!

Posted: 01 Jan 2013 05:30 PM PST



Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilihat memberi harapan palsu kepada rakyat di negeri itu melalui perutusannya sempena Tahun Baru 2013.

Tunku Aziz berkata beliau tidak yakin Guan Eng akan mengotakan janjinya untuk membasmi kemiskinan dan membanteras rasuah di negeri itu lantaran rekod kepimpinan Setiausaha Agung DAP itu sejak 2008, tidak begitu membanggakan.

"Semua orang cakap mereka akan buat tetapi mungkin tidak menjadi kenyataan, saya ingin bertanya kepada dia (Lim Guan Eng), apa yang sudah dilakukannya untuk tempoh empat hingga lima tahun dia menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?

"Adakah kamu benar-benar mahu mengurangkan rasuah di negeri kamu sendiri? Adakah kamu benar-benar mahu menurunkan kadar kemiskinan di negeri Pulau Pinang?," katanya kepada AntaraPos ketika dihubungi tadi.

Guan Eng dalam perutusan ucapannya tahun baru 2013 memasang impian untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan kadar gelaja rasuah di negeri itu.

"Pada 2013 ini, tidak ada lagi rakyat di negeri Pulau Pinang tergolong dalam warga ekonomi kelas ketiga," ujar Guan Eng.

Malah kata Guan Eng, beliau mahu memperkenalkan pentadbiran yang cekap, kebertanggungjawaban dan telus sekaligus dapat mengurangkan ketidaksamaan pendapatan di kalangan rakyat.

Bagaimanapun tindakan Guan Eng itu disifatkan Tunku Aziz sebagai 'indah khabar dari rupa'. Ini ekoran berdasarkan pemerhatiannya, banyak agenda Ketua Menteri itu yang ditaburkan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008 dilihat gagal dilaksanakan dengan sempurna.

"Saya tidak berapa pasti apa yang dia (Lim Guan Eng) cakapkan sebenarnya kerana adalah mudah untuk dia bercakap mengenai ini tetapi apakah buktinya? 

Di manakah buktinya tambahan sudah hampir empat hingga lima tahun dia menjadi Ketua Menteri di sini.

"Apa yang ingin kita mahukan daripada dia ialah keputusan atau pencapaian yang konkrit dan tidaklah dilihat seperti siapa-siapa pun boleh bercakap mengenai perkara itu atau memberi janji itu dan ini.

"Sebagaimana yang kamu tahu sebelum ini pun macam kerajaan Pulau Pinang katakan untuk membina rumah kos rendah, mahu membantu rakyat miskin, membantu orang Melayu, semuanya dilihat macam tiada ada-apa," katanya.

Guan Eng juga berjanji untuk membina 18,000 unit rumah mampu milik pada 2013. Namun janji itu sekali lagi dipertikai Tunku Aziz kerana pada hematnya, rumah yang mahu dibina kerajaan negeri masih tidak mampu dimiliki rakyat marhaen.

"Cuba dia Lim Guan Eng tunjukkan bukti pada rakyat apa yang dia dah buat? contoh isu rumah, ini semua adalah luar dari batasan kemampuan orang di Pulau Pinang untuk membeli memandangkan rumah yang ada pun dilihat yang mampu membelinya adalah golongan jutawan.

"Jadi bagaimana mereka hendak buat 18,000 ribu unit rumah lagi, jadi mari kita lihat sejauh mana apa  yang dia mahu buat lagi setakat ini?," katanya.

Amanat Hadi hanya ucapan bukan doktrin PAS - Salahudin Ayub

Posted: 01 Jan 2013 04:30 PM PST




Amanat Hadi tidak pernah diangkat oleh PAS sebagai dokumen rasmi atau doktrin parti itu, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub. 
Beliau berkata isu pengkafiran Umno yang dikaitkan kepada Hadi hanya sebuah ucapan dan bukan pegangan rasmi parti. 
"Kami sendiri pun tidak pernah mengangkat ucapan ustaz (Abdul) Hadi itu sebagai satu amanat.
"Tidak pernah...sejak bila pula ada keputusan parti mengangkat ia sebagai satu amanat yang mesti dijadikan satu doktrin oleh PAS. Itu hanya satu ucapan dalam satu ceramah ustaz hadi di Banggol Peradong dalam pertengahan tahun 80-an," kata Salahuddin kepada Antarapos.



Tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, sekiranya ucapan Abdul Hadi itu dianggap sesat dan punca perpecahan orang Melayu sudah tentu pemimpin veteran itu "tidak akan diterima dan diiktiraf seluruh dunia."
"Itu sahaja yang sengaja diperbesarkan oleh mereka yang berkepentingan ketika itu, saya tidak nampak ia sebagai satu yang parti cuba menganggap ia sebagai satu amanat
"...dan tidak ada keputusan parti saya rasa yang anggap ia satu amanat yang mesti jadi anutan kita semua," katanya.
Kontroversi amanant Hadi tecetus kembali baru-baru ini. Hadi enggan menarik kenyataannya itu tetapi sanggup mempertahankannya dengan syarat beliau diberi ruang dalam RTM atau TV3 secara langsung. 
Kerajaan setakat ini menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Hadi untuk muncul ditelivisyen namun menolak syarat mahukan penjelasan itu disiarkan secara langsung. 

Remaja umur 13 tahun stim, raba amoi dalam tandas stesen minyak !!

Posted: 01 Jan 2013 12:00 PM PST




MELAKA: Seorang wanita berusia 28 tahun mendakwa seoarng remaja lelaki berusia 13 tahun mencabul kehormatannya dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah.
Lareece Low Mei Yuet memuat naik cerita tersebut di laman sosial Facebooknya, mendakwa kejadian malang itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.25 petang Isnin apabila tiba-tiba seorang remaja lelaki meluru ke arahnya ketika dia sedang keluar daripada tandas tersebut
"Saya sedang meninggalkan tandas itu ketika dia meluru ke arahnya dan segera menutup mulut dia.
"Dia mencium pipi dan meraba dada saya ketika saya cuba untuk melepaskan diri," dakwa Low.
Low berkata dia berjaya menjerit serta menggigit jari remaja lelaki tersebut ketika bergelut dengannya untuk membuka pintu.
"Saya berjaya menghadang pintu itu daripada ditutup menggunakan tangan saya," katanya.
Menurutnya, beberapa orang awam yang berada di luar tandas berkenaan turut menghulurkan bantuan sebaik sahaja mereka mendengar dia menjerit.
Suspek ditahan oleh polis ketika berada di tempat kejadian dan daripada soal siasat yang dijalankan mereka mendapati remaja berkenaan baru berusia 13 tahun.
Ketua Polis Negeri, Asisten Komisioner, Raja Sharom Raja Abdullah mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Tatacara Jenayah atas kesalahan mencabul, katanya.


    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 15710


    <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>