Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


PRU -13 : Anwar temui pelanduk 2 serupa?

Posted: 17 Apr 2013 05:00 PM PDT



Anwar Ibrahim digesa mengesahkan sama ada benar dakwaan yang beliau telah menemui seorang individu mirip wajahnya untuk mengaku terlibat dalam semua kegiatan liwat yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin memberitahu, lelaki tersebut didakwa berasal dari Thailand tetapi sedikit muda setelah usaha mencari orang yang memiliki wajah dan umur yang sama dengan Anwar gagal.

Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:

1. Kita difahamkan melalui maklumat dari dalam PKR bahawa Anwar telah berjaya dalam usaha mencari 'pelanduk dua serupa' yang mirip wajahnya. Orang tersebut dikatakan berasal dari Thailand, cuma sedikit muda daripada Anwar. Mereka gagal mencari orang yang sama rupa dan sama umur.

2. Kita juga difahamkan bahawa usaha ini mengambil masa yang lama sebab pelanduk dua serupa tersebut terpaksa melakukan 'plastic surgery' untuk pastikan paras rupa mirip Anwar.

Dengar kata orang Thailand itu akan membuat pengakuan dalam bahasa Thailand bahawa dia yang terlibat dalam semua kegiatan liwat. Anwar juga akan buat dakwaan bahawa UMNO yang bayar orang Thailand tersebut.

3. Anwar juga dipercayai akan menggunakan episod 'pelanduk dua serupa' beliau sebagai case reference untuk menyelamatkan Mustafa Ali. Kita tidak menuduh Anwar apa-apa tetapi hanya meminta Anwar supaya dapat buat pengesahan tentang perkara ini sama ada akan berlaku atau tidak.

Suara Politik
Belantan

PRU -13 : Perjuangan Pas sudah tersasar - Hasan Ali?

Posted: 17 Apr 2013 01:14 AM PDT



Perjuangan PAS yang dulu dipimpin golongan ulama, kini sudah berubah dengan keputusan penting dan dasar parti kini dipengaruhi pimpinan bukan ulama.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, mengakui parti itu tersasar, sekali gus mengecewakannya yang menyertai PAS dulu kerana mahu berjuang menegakkan negara Islam bersama ulama.

"Saya suka kepemimpinan ulama kerana saya bukan ulama. Saya mahu dipandu, dinasihat, ditunjuk jalan oleh ulama. Dulu ulama membentuk kira-kira 80 peratus kepemimpinan PAS dan 20 peratus golongan profesional seperti saya. Kini sudah terbalik, pemimpin bukan ulama 80 peratus.

Gugur negara Islam

"Mereka (bukan ulama) yang mempengaruhi Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang) dan Nik Aziz (Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat). Akhirnya gugurlah negara Islam, gugurlah kepemimpinan ulama, tunduklah kepada Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng," katanya.

Berucap pada majlis ceramah perdana isu semasa di Kampung Kubang, di sini malam kelmarin, beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI), berkata berdasarkan pengalamannya sebagai pemimpin kanan PAS, beliau tidak yakin parti itu mampu mengotakan janji menegakkan agenda Islam.

"Ketika saya jadi EXCO Selangor, saya mahu laksanakan peruntukan agama, antaranya mengurangkan arak di Shah Alam yang 80 peratus penduduknya Melayu Islam, nak kurangkan rumah urut, pusat judi, dangdut, kafe siber dan hotel bajet. Saya ditentang habis-habisan oleh DAP, PKR, malah pemimpin PAS sendiri.


"Bayangkan, orang PAS tidak setuju saya banteras judi dan arak. Mereka kata jangan buat lagi, tunggu sampai dapat tawan Putrajaya. Kalau di peringkat negeri pun tak dapat buat, macam mana nak buat di peringkat Pusat (Putrajaya) kerana bantahannya pasti lebih besar," katanya.

Mahu rakyat tolak PAS

Katanya, beliau berasa tertipu dengan PAS dan mahu masyarakat menolak parti itu kerana bekerjasama dengan DAP dan PKR yang tidak menjamin masa depan Melayu, Islam dan institusi Raja di negara ini.

Suara Politik
Belantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>