Cucu Tok Selampit |
Kesian @AnwarIbrahim Masih Meroyan Untuk Berdebat Dengan PM @NajibRazak Posted: 17 Apr 2013 09:00 AM PDT Tersenyum CTS melihatkan kesungguhan keldai tunggangan Pakatan Haram, BERSIH sibuk mengadakan debat di antara Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak yang bertempat di Kuala Lumpur Selangor Chinese Association Hall. Untuk apa sebenarnya debat ini hendak diadakan? Untuk membincangkan manifesto? Bukankah Manifesto Pakatn Haram "Manifesto Bukan Janji"? Kalau bukan janji apa yang hendak diperdebatkan? DS Najib pada masa yang sama mempunyai agenda yang lebih penting terutama untuk Rakyat Selangor. Beliau pada masa Anwar membebel mengungkapkan janji kosong, DS Najib berada di Shah Alam Convention Centre untuk membentangkan "Akujanji Janji Ditepati Barisan Nasional Selangor". Pakatan Haram boleh berbangga mempunyai seorang ketua yang pandai "orator". Kami tidak mahukan pemimpin kami yang pandai bercakap. Kami penyokong-penyokong Barisan Nasional mahukan pemimpin kami yang kurangkan bercakap dan bekerja untuk Rakyat. Kriteria itu ada pada DS Najib. Tidak perlu berdebat sekiranya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim sendiri telah gagal untuk melunaskan janji-janji manifesto PRU-12. Lagi mahu berdebat ka? |
Posted: 17 Apr 2013 01:37 AM PDT Ini adalah satu contoh terbaik gunting di dalam lipatan dan duri dalam daging. Jika dibiarkan berterusan daging akan menanah dan menjadi busuk. Berkhidmat paling hampir dengan Perdana Menteri iaitu di Jabatan Perdana Menteri tetapi menjadi dalang kepada Pakatan Haram. Gaji yang diperolehi, bonus, elaun dan sebagainya yang datang dari poket kerajaan nampaknya langsung tidak dihargai oleh pemuda ini. Apa lagi yang kurang? Kenapa tidak bersyukur dengan rezeki yang diperolehi hasil berkhidmat dengan kerajaan kenapa tidak berhenti dan makanlah dari hasil yang diberikan oleh Pakatan Haram. Soalan serius CTS tanyakan kepada Dato Seri najib Tun Abdul Razak, masih mahukah Dato Seri menyimpan pemuda ini di Jabatan Perdana Menteri? |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |