PEJUANG BANGSA |
- HOT ! MACAI PAKATAN KANTOI DAH JUMPA KLON STOPA ALI ! #SPENDASTOPA #TOLAKPR
- Hot ! Bilik PDM BN Parlimen Bagan diserang dengan balingan cat #gulingDAP #tolakPR @dzainalabidin
- Terkini ! Najib serah surat tauliah calon esok #PRU13 #GE13
- UMNO Bahagian janji sokong penuh calon BN di Permatang Pauh berdepan Anwar ! #PG13 #PRU13 @dzainalabidin
- TERKINI ! SISWA4U Penang pilih sokong BN #PRU13 #GE13 @SISWA_4U @tunfaisal
- Terkini ! Hadi pertahan Stopa Ali , cakap dirinya dah uzur dan sembahyang pun duduk #spendarstopa
- Tun M nasihat pengundi Pendang jangan ditipu Mat Sabu #tolakPR #PRU13
- Kalau Bang Non jam Omega , kini Stopa Ali jam apa pulak ??? #SpenderStopa
- Hot ! Video luahan hati bekas penyokong kuat PKR menyesal diajar hina & maki pemimpin BN #TolakPR #PRu13 #GE13
HOT ! MACAI PAKATAN KANTOI DAH JUMPA KLON STOPA ALI ! #SPENDASTOPA #TOLAKPR Posted: 14 Apr 2013 10:53 AM PDT GPB ketawa melihat gelagat blogger2 macai Pakatan tidak berputus asa untuk mendakwa video seks Spender Putih yang mirip Mustafa Ali adalah palsu dan mengunakan pelakon . Menggunakan kepakaran menipu dengan men "Super Impose " semula gambar daripada original memang kerja buat mereka. GPB tak tahu la mana entah dia terjumpa ada titik di dahi daripada video yang mereka tengok itu berbanding yang original . Blog analisis terkenal , Dr MIM mendedahkan penipuan ini dan korang lihat sendiri betapa kantoinya mereka untuk membuktikan juga video ini palsu dan bukan Stopa Ali . Video yang baik kualitinya pun nak dikencing pencacai PR kononnya bukan Mustafa Ali .. Korang bandingkan dengan gambar yang dianalisis blog MIM ini . Mengapa gambar original ini yang nampak clear berbeza dengan kabur ditipu pencacai Pakatan baca analisis Dr MIM KLIK DI SINI |
Hot ! Bilik PDM BN Parlimen Bagan diserang dengan balingan cat #gulingDAP #tolakPR @dzainalabidin Posted: 14 Apr 2013 10:10 AM PDT Kempen politik kotor sudah bermula nampaknya sebelum hari penamaan calon Sabtu ini . Banner di kawasan Bilik PDM BN Taman Merbau di dalam DUN Sg Puyu , Parlimen Bagan telah disimbah cat Kejadian itu disedari Pengerusi PDM berkenaan semasa beliau pulang dari rumah . Laporan Polis telah dibuat berhubung ugutan melalui insiden simbah cat ini . Persoalannya , mengapa cat berwarna putih disimbah ?? Selalunya ia berwarna merah dibuat . Adakah secara kebetulan bendera DAP pun berwarna putih dan Parlimen serta DUN juga dikuasai parti chauvinis ini ?? Apakah DAP sudah semakin panik dengan gerak kerja BN selama ini di Parlimen dan DUN berkenaan ?? |
Terkini ! Najib serah surat tauliah calon esok #PRU13 #GE13 Posted: 14 Apr 2013 07:21 AM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan surat tauliah pemilihan calon Barisan Nasional (BN) kepada pengerusi-pengerusi negeri di ibu negara pagi esok, sekali gus mengakhiri spekulasi mengenai barisan yang akan mewakili perikatan itu kali ini. Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi Sinar Harian Online petang ini. Surat jemputan liputan yang dikeluarkan juga mengesahkan Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN akan diadakan esok. Ia akan berlangsung di Menara Dato' Onn jam 11 pagi. Sinar Harian Online difahamkan Najib, selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno, akan meneruskan tradisi di mana pengumuman calon akan dibuat oleh pengerusi negeri masing-masing. Ahmad berkata, pemimpin BN setiap negeri akan menghadiri pertemuan esok, yang dijangka akan turut disertai pemimpin parti komponen perikatan itu. "Calon boleh menang yang terbaik terpilih," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno ketika mengulas soalan mengenai surat jemputan media yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja BN. Beberapa calon berpotensi yang dihubungi Sinar Harian Online berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan setakat 6 petang tadi. "Kemungkinan pagi esok akan dihubungi jika terpilih sebagai calon," kata seorang pemimpin tertinggi parti komponen BN. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan 20 April ini sebagai hari penamaan calon manakala 5 Mei sebagai hari mengundi. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun menjadi rebutan pilihan raya umum kali ini. Sementara dipetik Bernama, Ahmad berkata, pengerusi BN negeri akan pulang ke negeri masing-masing untuk mengumumkan calon-calon PRU13 BN bagi kerusi Dun dan Parlimen. "Kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman esok dan Selasa ini, dan itu semua terpulang kepada mereka (pengerusi-pengerusi negeri)," katanya. Parti-parti komponen Pakatan Rakyat, yang dijangka akan memberi saingan sengit kepada BN kali ini sudah mengumumkan senarai calon berperingkat-peringkat sejak seminggu lalu. Najib yang menerajui BN sejak April 2009 dilihat mengambil pendekatan mengumumkan calon seminggu sebelum penamaan calon bagi membolehkan rakyat menerima dan pada masa yang sama mengelakkan unsur sabotaj. Sementara itu di KOTA BHARU, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengumuman calon BN negeri itu akan diumumkan selepas mendapat lampu hijau daripada Najib. "Kemungkinan esok muktamad (senarai calon)," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media BN Kelantan di sini hari ini. Beliau berkata BN Kelantan telah mengemukakan cadangan calon yang terdiri daripada muka lama dan baharu, tokoh agama, Pemuda dan Wanita, dan senarai itu telah mendapat pandangan daripada semua pihak, termasuk perbincangan dengan ketua-ketua Umno bahagian masing-masing. Beliau berharap mereka yang tidak dicalonkan, tidak merajuk dan mengkhianati parti itu seperti mensabotajnya dengan "cah keting." "Kalau merajuk sekali pun fikirlah yang kita perlu kembali untuk bekerja demi untuk merampas Kelantan daripada Pas dan untuk masa depan rakyat yang perlukan pembelaan kita," katanya. Sementara itu, BN Johor dan Kedah dijangka mengumumkan calon negeri masing-masing pada pagi Selasa, kata jurucakap BN di kedua-dua negeri terbabit. Di SHAH ALAM, Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata BN negeri itu akan menampilkan beberapa muka baru yang terdiri daripada golongan profesional, guru dan wakil badan bukan kerajaan, terutama untuk kerusi Dun yang BN tewas pada PRU lepas. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Mesra Komuniti Usahawan Selangor anjuran Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional di sini, beliau berkata, BN Selangor telah meminta Najib, yang juga Pengerusi BN negeri itu, mengumumkan dan menyampaikan sendiri surat tauliah kepada calon negeri itu. Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 140 kerusi Parlimen dan 307 kerusi Dun. |
Posted: 14 Apr 2013 05:00 AM PDT Umno Bahagian Permatang Pauh akan memberi sokongan penuh kepada bakal calon pilihan pucuk pimpinan parti bagi memastikan kerusi Parlimen kawasan itu dikuasai semula Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). "Kami sudah lama dahagakan kemenangan di Permatang Pauh, sesiapa sahaja yang dipilih kami akan sokong, apa yang penting adalah kemenangan parti," kata Ketuanya Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Asam Pedas Jalinan Rakyat Parlimen Permatang Pauh anjuran Pergerakan Wanita Umno bahagian itu di sini hari ini. Katanya beliau dan jentera parti bahagian telah memulakan kerja di peringkat akar umbi melalui pelbagai inisiatif mendekati masyarakat setempat terutama di kalangan 20,000 pengundi atas pagar. Abdul Jalil berkata hasil maklumat menunjukkan kebanyakan mereka memberikan maklum balas positif dan beliau yakin kemenangan akan menyebelahi BN. - Bernama *** Harap kali ini dalam kepimpinan bahagian UMNO sudah tak ada lagi unsur sabotaj calon BN di Permatang Pauh ... ahli diakar umbi dah lama meluat dengan PKR & Anwar dan mahu menang..... |
TERKINI ! SISWA4U Penang pilih sokong BN #PRU13 #GE13 @SISWA_4U @tunfaisal Posted: 14 Apr 2013 04:07 AM PDT KENYATAAN MEDIA Kami, sukarelawan Siswa4U, Universiti Sains Malaysia bersedia untuk menggembling tenaga dan buah fikiran ke arah mencapai matlamat untuk menyuburkan ideologi demokrasi di Malaysia. Usaha kami ini adalah lanjutan daripada kenyataan media pertama Siswa4U yang telah dikeluarkan oleh rakan saya, Saudara Hafiz Ariffin pada hari Rabu, 3 April 2013. Sebagai golongan mahasiswa, kami ingin menunjukkan kesungguhan kami untuk terlibat sama dalam proses penyediaan masa hadapan yang lebih baik untuk para mahasiswa khususnya dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Oleh kerana mahasiswa merupakan generasi muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara, maka kami mengambil pendekatan untuk terlibat di dalam proses demokrasi dan Pilihanraya Umum ke-13 secara sihat, matang, berintelek, berintegriti dan bermaruah. Justeru itu, kami memilih untuk menyokong manifesto Barisan Nasional yang juga merupakan akujanji YAB Dato' Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Malaysia kerana ianya jelas menitik beratkan tentang keadilan sosial dan menyediakan pembelaan kepada kaum yang terpinggir. Jelas terbukti bahawa kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak menekankan kepada pembentukan dan pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) yang telah diperincikan mengikut teras Transformasi Kerajaan, Ekonomi dan Politik. Justeru ia memberi keyakinan bahawa Akujanji ini akan dilaksanakan dan ianya bukanlah satu Manifesto Bukan Janji. Kami yakin bahawa Akujanji untuk menjanjikan 3.3 juta peluang kerja baru dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi akan ditunaikan, bersesuai dengan keperluan graduan Universiti. Sebagai mahasiswa, kami juga berterima kasih kerana dijanjikan akses kepada jalur lebar WiFi secara percuma di semua kampus institusi pengajian tinggi awam. Corak pentadbiran berdasarkan KPI yang telus dan menepati sasaran ini jauh berbeza dengan pentadbiran kerajaan Pulai Pinang. Berdasarkan pengamatan kami yang menghabiskan banyak masa di pulau mutiara ini, kami mendapati bahawa prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) hanyalah omongan kosong yang tidak diamalkan oleh kerajaan Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang sebenarnya tidak telus apabila menyorok hakikat bahawa hutang negeri Pulau Pinang berkurangan secara drastik hasil daripada pengstrukturan semula Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) oleh kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh Barisan Nasional. Kami juga mendapati bahawa kerajaan negeri tidak mempedulikan tentang keadilan sosial rakyat apabila meminggirkan keperluan rakyat termasuk golongan belia yang ingin memiliki rumah mampu milik. Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional, sikap keprihatinan terhadap keperluan rakyat memastikan tiada golongan masyarakat yang terpinggir. Sehubungan dengan itu, Barisan Nasional telah berjanji untuk menyediakan 1 juta rumah mampu milik yang baru dengan separuh daripadanya di bawah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang berharga sekurang-kurangnya 20% lebih murah daripada harga pasaran. Sebaliknya, kerajaan negeri Pulau Pinang pula lebih mengutamakan pembinaan terowong bawah laut yang bernilai 6.3 billion ringgit walaupun persatuan yang mewakili rakyat Pulau Pinang seperti Consumer Association of Penang (CAP) dan Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) telah menyuarakan pandangan dan keraguan mereka terhadap keselamatan dan kewajarannya. Malah kami berpendapat bahawa adalah lebih adil untuk menyediakan pembelaan kepada rakyat termiskin daripada menghabiskan jumlah wang berbilion ringgit untuk membina terowong bawah laut. Sekiranya suara persatuan-persatuan ini tidak diendahkan oleh kerajaan Pulau Pinang, timbul satu lagi isu iaitu akauntabiliti.Terdapat percanggahan kenyataan di antara Manifesto Pakatan Rakyat yang menjanjikan penghapusan tol dengan kenyataan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang nekad untuk mengenakan bayaran tol untuk terowong tersebut. Selama manakah rakyat akan tertipu dengan janji-janji palsu yang hanya merupakan gula-gula untuk meraih undi? Kami sebagai mahasiswa sangat berpegang kepada prinsip "Walk the Talk", dengan bahasa yang lebih mudah, "cakap serupa bikin". Setiap apa yang kami katakan pasti kami kotakan. Begitu jugalah yang kami harapkan dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tetapi harapan kami hanya tinggal harapan. Tiada guna jika kerajaan negeri Pulau Pinang menjanjikan bulan dan bintang jika rakyat di negeri ini tidak dapat menikmatinya. Ternyata janji-janji Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanyalah omongan kosong dan kami telah letih dengan senario manifesto bukan janji ini. Berbeza dengan kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. Setiap yang dikatanya pasti dikota. Baucer Buku 1 Malaysia, Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Kedai 1 Malaysia serta pelbagai lagi kemudahan yang diberikan kepada rakyat telah membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak adalah kerajaan yang menepati janji. Dengan adanya pelbagai bukti kerakusan dan ketidakpedulian kerajaan Pulau Pinang terhadap tanggungjawab sosial dan keadilan sosial rakyat Pulau Pinang, kami di Siswa4U ingin menyeru rakyat Malaysia agar menukar kerajaan negeri Pulau Pinang dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan dan pasukan pilihan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak yang lebih bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Sekian, Terima kasih. Mohd Izzudin Bin Sazali SISWA4U |
Terkini ! Hadi pertahan Stopa Ali , cakap dirinya dah uzur dan sembahyang pun duduk #spendarstopa Posted: 14 Apr 2013 02:47 AM PDT Skrip lama.... bila didedahkan je bukti video terus cakap uzur hingga sembahyang pun duduk. Dulu pun masa Bang Non kantoi depa jawab macam tu juga sampai sakit belakang dan usia yang tua untuk liwat Saiful. Apapun yang penting sekarang ini bukti video dah ada dan kita harap pihak Polis dapat analisis samada ia tulen atau tidak seperti mana video Datuk Eskay dedahkan dulu. Mungkin duduk macam ni kot Stopa Ali sembahyang Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hari ini terus menafikan penglibatan Mustafa Ali dengan rakaman video seks yang kini tersebar di internet sebaliknya mendakwa ia hanyalah lakonan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu. |
Tun M nasihat pengundi Pendang jangan ditipu Mat Sabu #tolakPR #PRU13 Posted: 13 Apr 2013 09:45 PM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disifatkan sebagai pemimpin yang hanya ingin mendapatkan kuasa walaupun terpaksa menggadai nasib dan harapan rakyat. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bakal calon PAS di Parlimen Pendang itu mahu mempergunakan undi dan sokongan rakyat bagi mencapai cita-cita politiknya. "Mat Sabu hanya nak dapat kerusi (kedudukan), dia nak jadi YB (Yang Berhormat). Bukan dia nak perjuangkan Islam sangat pun. "Perjuangannya hanya untuk jadi calon...dia dan partinya bukan nak perintah negara," katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Rakyat dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Pendang di sini, Sabtu. Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan PAS menamakan Mohamad yang dikenali dengan panggilan 'Mat Sabu' untuk bertanding di Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.Pemilihan Mohamad sekaligus mengetepikan penyandang, Dr Hayati Othman juga daripada PAS yang sudah menjadi wakil rakyat selama dua penggal di kawasan itu. Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, pengundi di Pendang tidak seharusnya membiarkan nasib mereka terus digadaikan PAS dan pembangkang demi kepentingan politik. "Janganlah orang Pendang ditipu lagi oleh Mat Sabu. Mereka ini banyak pecah-belahkan Islam dan orang Melayu," katanya. Selain itu Dr Mahathir turut menyeru penyokong BN dan rakyat secara keseluruhannya agar menyokong parti itu demi masa depan yang lebih baik. "Sokonglah BN, jangan peduli siapa pun calonnya. Paling penting yang perlu disokong ialah parti, bukan individu. "Kalau sorang individu sahaja yang menang pun tak bawa apa-apa makna, tapi kalau parti menang dan boleh perintah kerajaan negeri dan Persekutuan, ia akan menguntungkan rakyat," katanya. |
Kalau Bang Non jam Omega , kini Stopa Ali jam apa pulak ??? #SpenderStopa Posted: 13 Apr 2013 06:30 PM PDT GPB cukup tertarik sekali dengan pendedahannya yang mungkin mengkantoikan segala jawapan2 "defensive " pakar komputer PAS yang jumud dalam isu video spender stopa ini . Jam sekali lagi menjadi bukti penting dalam al kisah skandal ini seperti jam Omega Bang Non dengan China Doll dulu . Menarik pendedahan yang dibuat oleh Pisau Kedah... Pisau Kedah tak tau la apakah ianya satu kebetulan saja jam yang di pakai Mustafa Ali sama dengan jam yang di pakai pelakon Video Lucah Spender Putih yang kini sedang hangat di sebarkan dalam laman media maya. Mungkin kot pelakon Video Lucah Spender Putih tu saja-saja nak pakai jam sama seperti Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS kerana Mustafa Ali mempunyai rupa paras dan nada percakapan seperti dia. **Lepas ni jom kita siasat handphone apa Stopa Ali pakai plak..Kalau kita belek gambar diatas..gayanya macam iphone je..adakah itu juga satu kebetulan...fikir fikirkan... |
Posted: 13 Apr 2013 05:30 PM PDT Pengajaran yang boleh kita simpulkan bila melihat video ini ialah inilah hasil ajaran puak-puak Pakatan terhadap penyokongnya yang menabur pelbagai fitnah , cacian dan penghinaan terhadap pemimpin BN seperti Tun Mahatir sebagai Firaun . Bila kebenaran mengatasi kebatilan , penyokong PKR seperti makcik di Lembah Pantai ini baru sedar selama ini mereka berjuang untuk Anwar Ibrahim adalah sia-sia |
You are subscribed to email updates from Generasi Pejuang Bangsa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |