Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Politik Harian

Politik Harian
Image may be NSFW.
Clik here to view.


#PRU13 #BN4Rembau - Sekitar Pelancaran Jentera BN Rembau Most Wanted!

Posted: 14 Apr 2013 03:01 AM PDT


Pelancaran jentera Pemuda BN Rembau yang dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, di Dewan Orang Ramai Rantau, hari ini berlansung dengan punuh semangat juang!

Semangat yang ditunjukkan oleh Pemuda BN Rembau ini bikin puak pembangkang berasa gerun untuk meletakkan calon mereka di Parlimen Rembau! Selain dari mempertahankan Kawasan Parlimen Rembau dan DUN yang dimenanggi pada PRU12 yang lalu, Pemuda BN Rembau bernekat untuk merampas semula kerusi DUN Paroi yang ditawan oleh puak pembangkang!

Sedang aku membuat posting ini bergema laungan Hidup BN! hidup BN! Hidup BN!













#PRU13 Nik Aziz Jatuh Sakit Pasal Video Seks Stopa Ali?

Posted: 13 Apr 2013 11:00 PM PDT


Hasrat penyokong Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai di sini malam tadi.

Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Selang beberapa minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan.

Sepanjang berada di lokasi ceramah, Nik Aziz juga terpaksa dipapah oleh Unit Amal Pas sebaik tiba dan meninggalkan majlis kerana kepenatan, walaupun sebelum ini menegaskan yang beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya hatta terpaksa berkerusi roda sekali pun.

Nik Aziz tiba di negeri Johor bagi mengumumkan calon Pas Johor bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN di sebuah hotel di Johor Bahru, namun segera beredar bagi mengelak daripada berjumpa wartawan di dua majlis berasingan.

#PRU13 Krisis Dalaman - Anwar Tangguh Umum Calon Parlimen PKR di NS

Posted: 13 Apr 2013 09:00 PM PDT


Spekulasi berhubung masalah dalaman dalam kalangan pakatan pembangkang di negeri ini semakin kuat apabila calon-calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tiga kerusi Parlimen yang sepatutnya diumumkan malam tadi ditangguhkan oleh penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cuba menutup masalah dalaman yang berlaku dalam PKR negeri, Anwar menjelaskan penentuan calon itu terpaksa ditangguhkan atas permintaan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang dalam satu mesyuarat di sini hari ini.

Kata-katanya itu menimbulkan persoalan mengapakah pula PKR, dan Anwar khususnya, perlu mendengar permintaan pemimpin parti rakannya dalam pemilihan calon PKR.

Di samping itu beliau cuba menggambarkan bahawa masalah berhubung penetapan calon tidak wujud dalam PKR.

Malah beliau memberikan alasan yang tidak berkaitan sebagai sebab penangguhan itu dilakukan iaitu desas-desus mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen pada pagi Isnin.

"Saya mahu ucap tahniah kepada kepada pakatan pembangkang negeri ini kerana telah menyelesaikan isu pembahagian kerusi. Cuma yang tidak selesai adalah pemilihan calon sebab dahulu orang tolak jadi calon tetapi sekarang mereka berebut sebab mereka yakin pakatan akan menang.

"Jadi sebab itu dalam mesyuarat majlis pakatan pagi tadi (semalam) mereka minta untuk saya tangguhkan pengumuman calon bagi tiga kerusi di Telok Kemang, Kuala Pilah dan Rembau," katanya dalam satu sesi ceramah di Pusat Komersil Melang dekat sini malam tadi.

Untuk rekod pada pilihan raya umum lalu, PKR bertanding di tiga kerusi Parlimen namun hanya menang di Telok Kemang menerusi Datuk Kamarul Baharain Abbas.

PKR di negeri ini dikatakan sedang mengalami krisis dalaman, termasuklah perselisihan Ketua Cabang Telok Kemang, M. Ravi dengan Kamarul Baharain, yang juga Pengerusi PKR negeri.

Malah, masalah pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga timbul apabila PKR kawasan Labu menuntut supaya kerusi berkenaan ditandingi oleh calon mereka berbanding keputusan ketika ini yang meletakkan calon sekutu mereka, Pas. - UTUSAN ONLINE

#PRU13 #TukarKelantan - Pengundi Mahu Nik Aziz Berundur

Posted: 13 Apr 2013 06:46 PM PDT


KOTA BAHARU – Pada usia menjangkau 82 tahun dan sudah empat penggal memegang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, sudah tentu pengumuman Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mempertahan kerusi itu bagi penggal kelima pada pilihan raya umum 5 Mei ini, mendapat reaksi negatif sesetengah pengundi.

Mereka berpendapat bukan sahaja mursyidul am PAS itu sudah lanjut usia, tetapi dengan pelbagai penyakit yang dihadapinya, beliau dirasakan tidak lagi berkemampuan untuk memimpin disebabkan keuzurannya.

Justeru, mereka mendesak agar Nik Aziz tidak bertanding lagi pada PRU13 ini dan sekali gus berundur daripada memegang jawatan menteri besar Kelantan.

Umum mengetahui Nik Aziz pernah menjalani rawatan jantung pada Ogos 2010 dan sehingga kini, beliau masih menerima rawatan berterusan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Nik Aziz bagaimanapun mendakwa masalah kesihatannya tidak menjejaskan kemampuannya untuk bertanding kerana baginya untuk menjadi wakil rakyat tidak semestinya sihat tubuh badan.

Sebahagian pengundi di DUN Chempaka yang ditemui turut mengatakan Nik Aziz gagal membangunkan DUN Chempaka walaupun telah lama menjadi wakil rakyat di situ.

Menurut mereka, pelbagai pembangunan yang dilaksanakan di Pengkalan Chepa, bukan atas usaha Nik Aziz ataupun kerajaan negeri tetapi hasil usaha kerajaan pusat seperti Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Institut Pendidikan Guru Kota Baharu dan yang paling ketara cawangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Taman Bendahara.

Taman Bendahara kini cukup terkenal dan menjadi pusat pertumbuhan baharu dengan adanya UMK.

Projek tebatan ombak bernilai jutaan ringgit di sepanjang Pantai Sabak dan Pantai Cahaya Bulan juga hasil keprihatinan kerajaan pusat, kata Yusoff Saad, 47, penduduk Pantai Sabak, kawasan yang sering dipukul ombak besar setiap kali musim tengkujuh.

"Rumah kami banyak yang hanyut kerana ombak kuat. Nik Aziz datang pun tidak, menjenguk kami. Lama kelamaan kami yang tinggal di pesisir pantai ini dah tak ada tempat tinggal.

"Mujurlah kerajaan pusat bina benteng penahan ombak. Kuranglah sikit ketakutan kami," katanya.

Pembaik alatan elektronik, Wan Lah Husin, 59, berkata kalau boleh biarlah orang lain yang memimpin pula.

"Walaupun peluang Barisan Nasional (BN) dikatakan tipis tetapi sekarang saya yakin ramai yang sudah menyokong BN kerana mahukan pembangunan fizikal ditingkatkan," katanya.

Sementara itu Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin berkata BN telah banyak berjasa di kawasan parlimen itu termasuk yang terbaharu membina sebuah klinik di Jalan Rambutan Rendang di sini.

Katanya rakyat kini mahukan perkhidmatan terbaik seperti menangani masalah air yang tidak pernah selesai di Kampung Che Deris dan air Sungai Tok Sadang yang airnya keruh kerana masalah pembalakan. – Bernama

#PRU13 # Vote4BN Perang Maya: Barisan Nasional Lebih Bersedia!

Posted: 13 Apr 2013 09:00 AM PDT


Kajian yang dibuat oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan, 90 peratus orang muda menggunakan media-media sosial baru untuk mendapatkan maklumat berkaitan politik tanahair.

Manakala 60 peratus memperolehi maklumat daripada media alternatif, 25 peratus daripada media arus perdana seperti tv dan hanya 15 yang menggunakan akhbar untuk mencari maklumat politik.

Jelas di sini betapa pentingnya media alternatif sebagai platform untuk meraih undi pengundi muda. Isi kandungan media tersebut bakal menjadi penentu kejayaan mana-mana parti yang bertanding.

Dalam hal ini terdapat perbezaan besar yang jelas diantara hebahan internet BN dan Pakatan di mana BN lebih banyak menyebarkan fakta dan bukannya fitnah.

Kegagalan menguasai dunia siber pada 2008 dikatakan antara faktor kekalahan teruk BN sehingga tumbang lima negeri.

Berbanding PRU12, BN kini lebih bersedia menghadapi "perang siber" PRU13 dengan penyokong-penyokong muda BN dan netizens bersama-sama bergerak menghadapi serangan pembangkang.
BN kini sudah sedar pengaruh yang dimainkan media sosial sangat besar untuk menjadi penentu dalam pilihan raya umum akan datang.

Kekuatan cybertrooper BN ini sudah mula dirasai pemimpin tertinggi Pakatan Haram seperti Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang sangat takut sehingga menuduh agensi kerajaan yang kononnya menghabiskan wang rakyat dengan menganjurkan program-program yang membabitkan para pengamal media baru.

Kerisauan Lim Kit Siang ini ada asasnya apabila melihat puluhan ribu penyokong BN terus menyerang mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh pembangkang.

Oleh hal yang demikian, wajarlah cybertrooper BN terus berkempen dengan dan adil serta mengelakkan dari mencerca dan memaki hamun.

Cybertroopers Pakatan lebih gemar guna bahasa kesat dan berdebat ikut emosi. Mereka telah menyalahgunakan kebebasan bersuara yang diamalkan dinegara ini dengan menyebarkan spekulasi, khabar angin dan fitnah.

Bukan mereka sahaja, pemimpin Pakatan seperti Nizar juga tidak ketingalan dalam menabur fitnah di pentas media sosial ini untuk berlaku biadap, kurang hajar dan derhaka kepada sultan.

Yang anehnya, segala pembohongan ini tetap diterima dan dipercayai secara membuta-tuli oleh penyokong-penyokong taksub mereka.

#PRU13 #TolakPR DAP Pahang Dakwa PKR Tamak

Posted: 13 Apr 2013 07:00 AM PDT


Kemelut dalaman yang melanda Pakatan Pembangkang dalam isu perebutan kerusi sejak akhir -akhir ni semakin menjadi - jadi dengan tuduhan yang tak tentu arah.

Yang paling menghairankan, kenyataan - kenyataan pedas dari pimpinan Pakatan itu diluahkan secara terang - terangan di media - media massa tanpa segan silu.

Tambah memeranjatkan ialah apabila pimpinan DAP Pahang mendakwa tindakan PKR meletakkan lebih ramai calon mereka sebagai satu tindakan yang tamak.

Naib Pengerusi DAP Pahang, J. Apalasamy meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh PKR secara berleluasa diseluruh Negara.

Jelas J. Apalasamy, apa yang dilakukan oleh PKR Pusat itu hanya akan menjejaskan peluang parti lain didalam Pakatan Pembangkang untuk bertanding.

Hakikatnya, kenyataan J. Apalasamy itu menjurus kepada kekecewaannya terhadap pimpinan PKR yang enggan meletakkan calon dari kaum India sendiri.

"PKR harus menghentikan sikap tamaknya jika Pakatan serius mahu menawan Putrajaya," kata Apalasamy.

"DAP tidak boleh tunduk terlalu banyak kepada sikap tamak rakan parti komponen dalam Pakatan," tegas Apalasamy.

Ironiknya, di Pahang sendiri, PKR pulak menundingkan jari terhadap DAP dan menyifatkan mereka sebagai sebuah parti yang tamak.

Perkara tersebut jelas dinyatakan oleh Pengerusi PKR sendiri tatkala diawal pengumuman calon bagi Parlimen Bentong oleh Setiausaha Agun DAP sendiri.

PKR menyelar tindakan Guan Eng yang menamakan Wong Tack sebagai calon untuk berhadapan dengan Barisan Nasional tanpa sebarang persetujuan dari PKR sendiri.

Sebelum ini, kerusi Parlimen Bentong ditandingi oleh PKR yang menyaksikan kekalahan teruk kepada penyandang Datuk Seri Liow Tiong Lai merangkap Menteri Kesihatan Malaysia.

Itu baru perbalahan yang berlaku diantara PKR dan DAP. Belum lagi diceritakan mengenai perebutan kerusi yang berlaku diantara PAS dan PKR. Lagi teruk keadaannya.

Kesimpulannya cukup mudah. Belum pun mereka ini dapat memerintah, masing – masing sudah menunjukkan sikap tamak masing – masing. Semuanya atas dasar perjuangan demi kepentingan diri sendiri. Bukannya mereka hendak memperjuangkan rakyat!!!

#PRU13 #Vote4BN Pengumuman Calon BN Isnin Atau Pagi Selasa

Posted: 13 Apr 2013 06:00 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada petang Isnin atau selewatnya sebelum pukul 11 pagi hari Selasa.

Demikian menurut sumber esok pula, Najib dijangka akan menandatangani watikah untuk calon-calon bertanding pada PRU kali ini.

Pengumuman calon BN adalah antara yang paling dinantikan kerana Najib dijangka akan membawa masuk sehingga 60 peratus muka baru sebagai sebahagian daripada usaha transformasi beliau.

Keadaan itu menandakan kabinet dan kerajaan negeri di bawah BN akan dibarisi muka-muka baru yang telah ditapis sebagai calon yang disenangi rakyat dan boleh buat kerja.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRU13 ditetapkan pada 5 Mei.

#PRU13: # TolakPR Skandal Seks... Stopa Ali Akan Angkat Sumpah?

Posted: 13 Apr 2013 04:17 AM PDT



Rata - rata rakyat kini sedang menanti bilakah agaknya Stopa Ali hendak membuat akuan bersumpah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar teruk ini... Tapi persoalannya beranikah Stopa Ali mengangkat sumpah mengaku bahawa beliau di fitnah? Lupakan lah... Takkan berani Stopa Ali angkat sumpah bro...

Ketahuilah penyokong PAS sedang di tipu oleh pemimpin-pemimpin PAS!

BN TAWAR PIMPINAN DINAMIK, PEMBANGKANG BERGELUT ISU MORAL

Negara yang maju dan progresif berpunca daripada kepimpinan yang kuat dan mantap.

Kepimpinan negara yang kukuh akan diterjemahkan kepada sistem kerajaan utuh, professional dan sensitif kepada hasrat dan dasar kerajaan yang memerintah.

Hakikat ini terpaksi di dalam pentadbiran Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Pemimpin-pemimpin datang silih berganti pada setiap pentadbiran dengan pasukan mereka sendiri bagi membantu merealisasikan agenda politik nasional serta pembangunan pada tempoh terbabit.

Sejak 56 tahun lalu Malaysia sudah menyaksikan enam Perdana Menteri menduduki tampuk kekuasaan bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Ini diikuti oleh Almarhum Tun Abdul Razak Datuk Hussein, Almarhum Tun Hussein Datuk Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sekarang kerajaan Malaysia diterajui oleh anakanda perdana menteri kedua iaitu Datuk Seri Mohd Najib.

Pada pilihan raya ini, Datuk Seri Najib akan meminta rakyat untuk memberi mandat yyang besar kepada beliau berdasarkan kepada sukses, 'track record' serta pencapaian yang yang telah ditempa selama empat tahun memegang jawatan tertinggi pentadbiran negara.

Datuk Seri Najib menerima mandat daripada perdana menteri sebelumnya iaitu Tun Abdullah dan PRU ke 13 merupakan pilihan raya negara pertama beliau menerajui sebagai ketua kerajaan.

Ketika kerajaan Barisan Nasional menawarkan Aku Janji kepada rakyat untuk meneruskan tradisi membela serta memperjuangkan nasib rakyat tidak mengira kaum, agama atau warna kulit, pihak pembangkang juga menghidangkan manifestonya yang penuh dengan janji-janji manis.

Berbeza dengan BN yang mampu berbangga dengan rekod perkhidmatan yang amat cemerlang selama hampir enam dekad, pembangkang yang menamai mereka sebagai Pakatan Rakyat belum pernah terserlah kemampuan dan bukti mereka mentadbir sebuah negara yang kompleks dan majmuk seperti Malaysia.

Jika berdasarkan kepada kenyataan Perdana Menteri bahawa pembangkang hanya berjaya melunaskan 15 peratus sahaja daripada keseluruhan janji dalam manisfesto pilihan raya umum 2008, maka manisfesto yang ditawarkan kali ini sudah semestinya disangsi dan diragui rakyat.

Jika setakat mentadbir beberapa buah negeri pembangkang sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang berbagai rupa, bentuk dan kerumitannya serta membawa arus pembangunan yang sangat didahagakan terutamanya oleh segmen masyarakat miskin dan daif, bagaimana pula mahu memerintah sebuah negara yang lebih luas, kompleks dan penuh dengan rencam cabaran dan dugaan?

Jika pembangkang dilihat tidak mampu merealisasikan janji-janji dalam manifestonya begitu juga kepimpinan yang mahu ditawarkan untuk memimpin Malaysia.

Datuk Seri Najib berjanji akan mencalonkan sekurang-kurangnya 40 peratus muka baru yang lebih muda, keterampilan yang hebat, professional dan komited untuk membela rakyat.

BN sentiasa menghayati pendekatan peremajaan parti kerana hanya dengan lapisan pemimpin yang dinamik sahaja kerajaan yang diperintah akan melonjak kepada pencapaian pembangunan yang lebuh tinggi.

Di dalam aspek ini pembangkang amat ketinggalan sekali.

Ketua de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim akan mencecah 67 tahun dan bukanlah calon utama pembangkang sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana Pas sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat masih sepenuhnya menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri malah telah mencadangkan presidennya Andul Hadi Awang kepada jawatan itu.

Walaupun Anwar dilihat sebagai tokoh pembangkang paling laak untuk diketengahkan sebagai calon PM namun faktor lain menidakkan pula keserasian beliau kepada jawatan itu.

Beliau pernah menjadi orang nombor dua di bawah Tun Dr Mahathir, menteri kewangan selama lapan tahun serta menduduki jawatan timbalan presiden dalam UMNO.

Jika Anwar pernah mengatakan kepada pelapis-pelapis semasa mengetahui Abim dahulu bahawa seorang pemimpin itu harus bersih dan nampak bersih.

Di sini Anwar kecundang dalam penilaian kesesuaiannya sebagai PM.

Walaupun bijak berbicara, pandai berbahas, ada sifat kepimpinan tetapi pelakunya buruk dan jijik.

Video demi video didedahkan di dalam blog perihal perilaku seks songsang dan terlarang oleh bukan sahaja oleh agama tetapi juga ukuran moral masyarakat, namun tidak pernah sekali Anwar mengaku dialah pelakunya.

Walaupun jelas bahawa paparan video-video seks yang dikaitkan dengannya adalah beliau sendiri, Anwar tetap menafikannya.

Perilaku Anwwar yang terbelit dengan pelbagai dakwaan seks dengan lelaki dan juga perempuan tidak memungkinkan beliau menjadi seorang pemimpin yang bersih dari segi akhlak dan moral.

Apatah lagi yang ingin dipimpinnya adalah sebuah negara Islam yang majoritinya adalah orang Melayu yang berpegang kuat kepada amalan serta tradisi Islam.

Pemimpin yang jengkel akhlak dan moralnya seperti Anwar akan mudah diperas ugut oleh musuh-musuh negara seperti mana yang berlaku kepada ramai pemimpin politik di Amerika Syarikat, Eropah malah di Singapura juga.

Jika di ambil Abdul Hadi pula sebagai Perdana Menteri masalah yang sama juga timbul walaupun berbeza sedikit.

Walaupun mempunyai 'creditial' agama dan akhlak yang bersih daripada sebarang skandal, Abdul Hadi tidak mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir kerajaan.

Semasa menjadi Menteri Besar Terengganu selama sepenggal, beliau dikatakan banyak menyerahkan pentadbiran harian kerajaan negeri kepada kroni kepercayaannya, Mustafa Ali.

Jadi sebenarnya Mustafa lah de facto menteri besar yang sebenarnya dan bukannya Abdul Hadi.

Beliau juga takut kepada Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat dan sentiasa akur kepada kehendak pemimpin veteran itu.

Jika Abdul Hadi menjadi PM, bukan beliau yang berkuasa tetapi Nik Aziz yang akan membuat semua keputusan penting bagi pihaknya.

Dalam Dap, barisan pimpinannya tidak banyak berubah sejak era tahun 1960an.

Umpamanya Lim Kit Siang masih terus menjadi pemimpin yang memegang kuasa sebenar di dalam Dap sejak 1969 bila mana parti-parti politik lain sudah banyak kali berganti pemimpin.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>