Ohpolitik!™ |
- GEMPAR!! VIDEO BOGEL AISHAH PULA TERSEBAR!! Macam Biasa Ini Semua Kerja UMNO/BN LAnih! #TolakPR #PRU13
- PENDEDAHAN #DAP DAPAT BANTUAN PAP SEMPENA #PRU13 #GE
- PERWIRA #LahadDatu Terus Mendapat PERHATIAN @NajibRazak !!
- PUAK ERDOGAN ADALAH DALANG DI SEBALIK VIDEO #spendastopa ? #PRU13 #GE
- BONGKAR! RANCANGAN SULIT PAKATAN RANJANG MENCIPTA HURU-HARA #PRU13 #GE
- VIDEO SEKS NIK AZIZ BUKTI Pakatan Ranjang Giat Promosi UMNO/BN MAIN POLITIK LUCAH!! #PRU13 #GE
- [PANAS SAH KERJA UMNO] Video Lucah Fitnah @dato_mustafaali Sudah Kantoi Terbarai.. #SpendaStopa #spenderputih
- Gambar-gambar Menarik Suasana #PRU13 #GE
Posted: 14 Apr 2013 02:08 AM PDT ![]()
Agak-agaklaaa.. Bumbung rumah bocor pun nak heboh bagitau salah UMNO/BN. Ada bukti ke orang korek bumbung rumah kau? Kalupun orang tew dah korek bumbung kau bagi tujuan video seks, takpayah tunggu hujan pun boleh dapat deh video bogel kau tew.. Adeh.. Podehlaa.. Baru diumumkan Calon Jempol, dah fitnah bersepah sana sini... Kau Kena ingat Aishah, kau tanding kawasan Felda. Agaknya kenapa PAS bagi Kawasan tew? Tempat untuk sembelih diri kau... Yang penting kena ambil kesempatan kau untuk dibawa sana sini sebagai daya penarik ceramah berahi PAS yang kini semakin suam.... |
PENDEDAHAN #DAP DAPAT BANTUAN PAP SEMPENA #PRU13 #GE Posted: 13 Apr 2013 09:10 PM PDT 1) hari ini, mendapat satu maklumat yang mengejutkan daripada kenalan yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP. 2) Beliau telah mendedahkan (scara sengaja atau tidak) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas. 3) Keistimewaan ini hanya diberikan kepada w/neg Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor. 4) Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP. 5) Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang. 6) Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon. 7) Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia. Sumber : suaralensa Sebarkan pada rakan yang lain. Bersedialah atas segala kemungkinan yang berlaku. Kita tak pasti lagi apa rancangan Singapura. Bersedialah Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
PERWIRA #LahadDatu Terus Mendapat PERHATIAN @NajibRazak !! Posted: 13 Apr 2013 08:25 PM PDT LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan bahawa Operasi Daulat yang diwujudkan sejak 5 Mac lepas bagi menangani insiden pencerobohan pengganas dari Filipina di pantai timur Sabah akan berakhir beberapa hari lagi. Katanya operasi kepolisan dan ketenteraan bagi menghapuskan pengganas Sulu itu akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). "Kita dapat bersama di majlis yang begitu bersejarah dan bermakna di Felda Sahabat ini, sebuah kawasan yang menjadi perhatian seluruh negara dalam masa beberapa minggu. Pada mulanya, cadangan saya datang untuk isytiharkan supaya ataupun bahawa Operasi Daulat sudah berakhir. "Sebaliknya, kalau saya berbuat demikian ia mungkin memberi gambaran yang kurang tepat. Hakikat sebenarnya Operasi Daulat akan berakhir tetapi segala tindakan polis dan ketenteraan yang perlu diambil, yang perlu dilakukan, sehingga setiap orang sama ada pengganas atau pun tali barut mereka dapat dihapuskan sama sekali. "Tindakan-tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas ini di bawah pemerintahan ESSCOM yang mengambil alih semua operasi bersepadu di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE)," katanya. Menurut Najib lagi, kerajaan juga telah bersetuju mewujudkan pingat penghargaan khas yang dinamakan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) bagi menghargai anggota pasukan keselamatan dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam Ops Daulat. Katanya,PKN boleh diberikan kepada mana-mana individu yang berkhidmat dan terlibat secara langsung dalam Ops Daulat, yang bertujuan menentang pencerobohan pengganas di Lahad Datu. "Ia sebagai penghargaan kepada anggota pasukan keselamatan atas jasa, keberanian, kebaktian dan pengorbanan mereka, dan semua anggota kakitangan awam yang terlibat dalam Ops Daulat. "Maka, hari ini saya akan sampaikan secara simbolik kepada beberapa anggota kita yang terlibat dalam ops itu," kata Najib sempena majlis Penghargaan Ops Daulat di sini hari ini. ![]() Mengenai anggota yang cedera dalam Ops Daulat itu, Najib berkata mereka ditawarkan membeli 50,000 unit saham Bank Rakyat seorang. Najib juga berkata Bank Rakyat bersetuju menawarkan saham Bank Rakyat bernilai RM100,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam tragedi pencerobohan tersebut. "Berdasarkan dividen yang dibayar oleh Bank Rakyat sebanyak 15 peratus setahun serta bonus tambahan, bererti mereka akan memperoleh RM15,000 setahun atau pun RM1,250 sebulan. "Dan jika mereka membuat pinjaman perumahan bernilai RM300,000 hingga RM400,000, untuk beli sebuah rumah atau beli rumah baharu, maka jumlah tersebut mencukupi untuk membayar ansuran pinjaman yang dibuat," katanya. Perdana Menteri berkata hari ini juga Amanah Ikhtiar Malaysia menyediakan "habuan" bernilai 1.5 juta untuk warga Felda Sahabat. Kepada 26 keluarga yang kehilangan rumah atau rosak, Yayasan 1MDB menyediakan peruntukan bernilai RM2 juta, kata Najib. Beliau berkata pada majlis itu, Kelab Putera 1Malaysia juga membekalkan 9,100 bungkusan makanan untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. |
PUAK ERDOGAN ADALAH DALANG DI SEBALIK VIDEO #spendastopa ? #PRU13 #GE Posted: 13 Apr 2013 09:43 AM PDT ![]() Dato Mustaffa Ali telah diperangkap oleh 2 kumpulan di dalam pakatan pembangkang yang mempunyai kepentingan peribadi mengatasi ageda perjuangan parti.Satu kumpulan yang diketuai oleh Anwar dan Azmin manakala satu lagi kumpulan merupakan pemimpin 'Anwarinas' atau lebih dikenali sebagai puak Endorgan Pas.Mereka-mereka inilah yang sebenarnya bertanggungjawab di sebalik penyedian dan pengedaran video seks tersebut.Isu ini bermula sejak idea 'kerajaan perpaduan' (UG) mula diperkenalkan tidak lama dahulu yang akhirnya telah memecahkan Pas kepada 3 kumpulan iaitu 1) kumpulan ulama dan penyokong yang menyokong UG, 2) kumpulan Anwarinas @ Endorgan yang jelas menentang kumpulan ulama Pas dan 3) kelompok yang tetap akur dan setia dengan Nik Aziz selaku Mursyidul Am.Antara pimpinan Pas yang menyokong UG ialah,Hadi Awang (sebelum didesak untuk menukar pendirian),Nasaruddin Mat Isa (Mantan Timbalan Presiden), Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas),Harun Din ( Timbalan Mursyidul Am),Harun Taib (Ketua Dewan Ulama), Hassan Ali (Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor),Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya Pas Johor),Hashim Jasin (Pesuruhjaya Pas Perlis),Azizan Razak (Pesuruhjaya Pas Perlis) dan beberapa lagi pimpinan yang enggan memberikan sokongan secara terbuka.Perkembangan yang jelas mengusarkan Anwar selaku ketua pembangkang itu,akhirnya dapat diredakan,apabila kumpulan Anwarinas @ Endorgan berjaya menyingkirkan beberapa pimpinan Pas selepas pemilihan parti itu tidak lama dahulu. Walaupun Anwar dengan kerjasama puak Endorgan telah berjaya menggantikan pimpinan Pas dengan penyokong gerakan Liberal,dendam kesumat itu nyata tidak berhenti setakat itu sahaja.Ia tetap diteruskan dengan beberapa lagi pendekatan bagi mendesak kumpulan UG agar menukar pendirian,antaranya mengunakan pendekatan skandal seks Mustaffa Ali.Ia bagi mengugut beliau agar menarik kembali sokongan yang telah diberikan sebelum ini.Nyata pendekatan tersebut dilihat berkesan apabila tidak lama selepas itu idea mengenai UG sekali lagi berjaya dimatikan.Namun ekoran dari tindak-tanduk DAP sebagai rakan kongsi yang berterusan dengan agenda menentang Islam,ditambah dengan pendedahan demi pendedahan yang melibatkan Anwar,idea mengenai UG kembali disuburkan tapi melalui pendekatan yang berbeza.Ini kerana ramai dikalangan mereka tidak lagi percaya dengan DAP dan Anwar yang kononnya akan ditabal sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya merampas Putrajaya akan serius untuk memartabatkan Islam. Atas sebab itu di dalam Muktamar Pas yang diadakan pada tahun lalu,Hadi Awang telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan Anwar sekiranya pakatan berjaya dalam misi menyingkirkan Umno.Malah kegagalan Pas mempertahankan beberapa dasar yang mendapat bantahan DAP semakin memburukkan keadaan.Isu pengunaan kalimah Allah akhirnya telah berjaya membuka minda dan hati pimpinan Pas yang selama ini terpaksa akur dengan keputusan atas nama 'jemaah'.Maka tidak hairanlah,apabila Harun Din sebelum ini dikatakan telah berjumpa dengan Anwar dan memberikan kata dua kepada pemimpin 'Anugerah Tuhan' itu.Walaupun pencacai Anwar bertegas mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh Umno,namun keputusan Pas Negeri Perlis yang enggan memberikan sebarang kerusi parlimen kepada PKR telah membuktikan dakwaan tersebut. Malah percubaan PKR untuk meletakkan Mufti Perlis,Juanda Jaya juga gagal mempengaruhi keputusan tersebut. |
BONGKAR! RANCANGAN SULIT PAKATAN RANJANG MENCIPTA HURU-HARA #PRU13 #GE Posted: 13 Apr 2013 07:50 AM PDT Bekas Pengasas dan Presiden Transperancy International-Malaysia yang juga merupakan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz hari ini mendakwa sememangnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai rancangan sulit untuk mencipta huru-hara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Tunku Aziz berkata, rancangan sulit itu telah diatur dengan licik oleh PKR dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam menguruskan proses pengundian. "Sesi latihan telah diadakan terhadap Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/barung, secara ringkasnya dikenali sebagai PACABA, oleh suatu NGO dipanggil Tindak Malaysia. "Salah satu aspek khas sesi latihan seumpama ini adalah berkaitan dengan pengajaran kepada pengundi bagaimana untuk mengawal kesulitan undinya," kata Tunku Aziz dalam sidang media di Eastin Hotel di sini hari ini. Selain itu, dakwa Tunku Aziz, PKR juga turut memilih beberapa individu yang akan mengambil bahagian menguruskan hari mengundi nanti dengan memberikan latihan terperinci supaya dapat membuatkan suasana hari mengundi menjadi tegang di beberapa kawasan terpilih. Latihan terperinci telah diberikan kepada individu yang terlibat di negeri pentadbiran pembangkang sendiri. "Orang yang menghadiri latihan seumpama ini adalah digalakkan untuk menjadi vokal dan mencabar kerani pilihan raya yang bertugas begitu juga dengan pegawai pengerusi atau Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk melakukan kesalahan pilihan raya jika mereka enggan mengeluarkan satu undi rawak kepada pengundi. "Sesi latihan seumpama ini telah dijalankan di pelbagai tempat, di tempat milikan negeri tertentu di bawah pentadbiran kerajaan negeri PR dan juga di beberapa gereja," katanya. Secara tidak langsung, kekecohan yang dirancang oleh PKR dapat menerbitkan rasa tidak puas hati pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan melengahkan lagi masa untuk membuang undi. Justeru, Tunku Aziz berkata, menerbitkan rasa benci dan tidak percaya kepada SPR untuk menguruskan PRU13 akan dicapai oleh PKR selepas rancangan mencipta huru-hara itu berjaya dilaksanakan nanti. "Semua ini adalah direka untuk mencipta satu pandangan negatif terhadap SPR, mencipta fitnah dan kemarahan umum terhadap SPR dengan itu membawa ia ke dalam penghinaan," terang Tunku Aziz lagi. Mengulas lanjut mengenai rancangan PKR itu, Tunku Aziz juga turut mengaitkan nama Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga dalam rancangan bersama Tindak Malaysia mencipta huru-hara semasa PRU13. Beliau berkata, sekiranya Ambiga benar-benar mahukan proses pilihan raya berlaku dalam keadaan bersih dan adil, Ambiga seharusnya tampil ke hadapan menghalang rancangan licik PKR ini. "Tindak Malaysia sendiri mengaku bekerjasama dengan Bersih dan Bersih juga dikenali umum mempunyai hubungan sangat erat dengan pemimpin-pemimpin daripada parti-parti politik yang menubuhkan pakatan longgar, Pakatan rakyat. "Adakah Bersih membiarkan sesi-sesi latihan seumpama itu yang berkeraskan perawakan kertas undi oleh Tindak Malaysia yang bekerjasama dengan mereka dalam reformasi pilihan raya? Jika ya, adakah Bersih pernah menjadikan ini sebagai salah satu seruan mereka (rawakan kertas undi) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya? Jika tidak, kenapa tidak? Adakah wujudnya suatu agenda berselindung?," kata Tunku Aziz. Satu surat bertarikh 15 Disember 2012 telah tersebar mendedahkan dokumen sulit dari PKR itu menyenaraikan pelbagai langkah untuk mencetuskan kekecohan dan rasa tidak puas hati terhadap SPR ketika hari mengundi. Pendedahan Tunku Aziz mengenai institusi Tindak Malaysia yang menjadi pertubuhan utama mencipta huru-hara dalam PRU13 secara tidak langsung membenarkan kenyataan terperinci bahawasanya PKR sememangnya mempunyai rancangan jahat. MYKMU |
VIDEO SEKS NIK AZIZ BUKTI Pakatan Ranjang Giat Promosi UMNO/BN MAIN POLITIK LUCAH!! #PRU13 #GE Posted: 13 Apr 2013 05:34 AM PDT ![]() Untuk menambahkan peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat, khususnya PKR, pecacai Pakatan telah mewujudkan sebuah blog yang MENYAMAR SEBAGAI PENYOKONG UMNO-BN. Isi kandungannya adalah memanjang fitnah-fitnah PKR terhadap para pemimpin PAS khususnya agar UMNO-BN dituduh memanjangkan cerita-cerita lucah. Fitnah terbaru yang cuba dikembangbiakkan adalah SKANDAL SEKS MURSYIDUL AM PAS di Makkah! Membaca dan melihat blog tersebut sekali imbas, sudah dapat mengesan niat sebenar blog berkenaan diwujudkan. Tiada lain selain daripada menghalakan kemarahan para pengundi kepada UMNO dan Barisan Nasional! Para pemimpin Pakatan Rakyat dengan bantuan pecacai-pecacai mereka sekarang ini sedang giat mempromosikan fahaman kononnya, UMNO DAN BARISAN NASIONAL mengamalkan budaya politik lucah. Manakala Pakatan Rakyat pula adalah mangsa kepada budaya politik biadap itu. Hakikatnya, budaya politik lucah lebih rapat dan lebih kejap dengan Pakatan Rakyat memandangkan itulah senjata yang mereka gunakan semenjak dahulu. Nama-nama seperti Abu Hasan Omar, Muhammad Haji Muhammad Taib, RahimThamby Chik, bahkan Anwar Ibrahim sendiri pun, telah lama dijaja oleh puak-puak berkenaan. Hanya apabila terkena ke batang hidung sendiri, barulah mereka menggelupur dan cuba berlagak alim dan tidak bersalah! Kesilapan terbesar ler selepas skandal penyebaran video lucah Mustafa Ali diketahui dan membabitkan PKR pulak tuh... |
Posted: 13 Apr 2013 05:18 AM PDT ANALISIS VIDEO: MUSTAFA ALI.. ![]() Tonton video penuh disini Video ni memperlihatkan mata pelakon wanita asyek lihat kamera yg dipasang.. seolah olah dia tahu sesuatu..atau memastikan sudut lakonan itu tepat sebagaimana yang dia kehendaki.. cara wanita bercakap seolah olah sudah biasa dengan pelakon lelaki.. biasa mungkin kerap kali bermesra atau mungkin ada ikatan tertentu... Bayaran itu adalah upah atau pemberian untuk membiayai sesuatu..ini biasa..kerana wanita itu menyatakan keperluan untuk beli belah..Namun apa pun pendedahan atau penafian...ia menjurus kepada satu matlamat.. MEMALUKAN SUBJEK DENGAN TUJUAN TERTENTU..mungkin wanita itu mempunyai maksud menjadikan video ini sebagai blackmail jika beliau dihampakan..atau menjadikannya sebagai pendinding jika hadapi sesuatu keadaan yg merugikan.. Satu sudut lagi boleh dilihat kemungkinan ia didedahkan dengan tujuan memburukkan pihak UMNO dan dalam masa yg sama meraih sokongan dan simpati rakyat manakala yang sudah terjebak akan dapat mengalih perhatian rakyat kepada kes seks yg baru..dgn kata lain korbankan seseorang untuk menyelamatkan diri dan membunuh musuh yang tiada kena mengena dgn pendedahan ini. Apa pun pendedahan ini bertentangan dgn agama dan adat..cuma apa yg boleh dipelajari adalah jangan kita suka cakap buruk orang lain jika diri sendiri yang tidak bersih. Hukum Tuhan pasti datang..cuma masa menentukannya..walaupun Hj Hadi mengatakan membuka keaiban seseorang itu dibolehkan demi kebaikan umum..perbuatan ini sebenarnya HARAM walaupun apa alasan atau siapa pun yang jadi sasaran. ![]() |
Gambar-gambar Menarik Suasana #PRU13 #GE Posted: 13 Apr 2013 03:44 AM PDT Tidak dinafikan, tidak meriahlah Pilihanraya Umum kita tanpa kretiviti yang menarik perhatian umum. Antaranya termasuklah kapal perang, kereta Kebal dan kapal terbang. Apapun suasan PRU dijangka akan panas sejurus selepas pengumuman calon yang dijadualkan 20 April nanti. Sekian laporan saya Ghostwriter untuk blog ohpolitik. He he he.. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |