Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

anakbukitgantang says

$
0
0

anakbukitgantang says


Game Plan asing dalam kes Mustafa Ali, Ustaz Nasya dan Hassan Ali......apa seterusnya??..

Posted: 13 Apr 2013 05:09 PM PDT

Saya tak berminat untuk meletakkan gambar Mustafa Ali dalam keadaan yang sangat mengaibkan di sini.
 
Pertamanya kerana perbuatan Mustafa Ali  adalah salah dari segi hukum syarak.
 
Tetapi menyebarkan video atau gambar Mustafa Ali juga adalah salah.
 
Cukuplah polis Terengganu sudah menangkap 2 AMK Parti Keadilan yang bertanggungjwab menyebarkan CD lucah dan merampas 16 bungkusan tersebut dihadapkan ke mahkamah.
 
 
Bagaimanapon saya ingin menegur blogger pro pemerintah yang teruja untk mengambil alih blame kesalahan dari Parti Keadilan Rakyat. Bagi saya isu Mustafa Ali ini wajar ia ditinggalkan di kalangan Pakatan Rakyat sahaja. Blogger pro pemerintah tak wajar mengambil alih peranan dan akhirnya "UMNO porno"  lagi di blame dalam  KONFLIK DALAMAN PAKATAN RAKYAT atau ia sekadar MAIN WAYANG ?
 
Kalau MAIN WAYANG lagi maka ia adalah satu taktikal taktik yang sungguh licik kerana berjaya merosakkan kredibiti 2 pihak pada satu masa;
 
  1. Pada pihak pertama ialah memusnahkan weak link dalam Pakatan Rakyat-PAS sewajarnya mengikur arahan DAP dan PKR 100 percent; kegagalan untuk berbuat demikian akan melenyapkan kareer politik weak link tersebut.
  2. Pada pihak kedua ia berjaya divert perhatian blogger pro pemerintah kepada isu "petty" dan mengurangkan kebolehpercayaan rakyat ke atas berita berita yang disampaikan oleh blogger pro pemerintah. Sepatutnya masa ini blogger pro pemerintah bermati matian mendedahkan prestasi cemerlang  Kerajaan Pusat agar Barisan semakin dipercayai dan diyakini untuk terus memerintah negara, bukan bergelumang dalam isu skandal seks seorang pemimpin pembangkang!
 
Mustafa Ali ditangkap dalam keadaan yang mengaibkan kerana dia penyokong Kerajaan PERPADUAN . Mustafa Ali juga diberitakan menyokong Ustaz Nasya dan Hassan Ali kembali atau bertanding atas tiket PAS.
 
Perlu diingatkan bahawa mereka ahli Pakatan Rakyat dilateh oleh Israel-rujuk kepada pengakuan Rofizi ex DAP di Pulau Pinang dalam video tempoh hari mana dia mengaku dilateh Israel selama 3 tahun.
 
Protokol Of Zion Elders yang digunapakai ialah untuk menjatuhkan kredibility lawan ke tahap "point of no return".
 
Ini jelas dileihat bilamana kredibility Hassan Ali dipunahkan bila dia  menentang agenda  Pluralisme ugama DAP dan PKR. Hassan Ali  dimalukan  setelah gerakan mereka memurtadkan umat Islam dalam bulan Ramadhan  didedahkan dengan serbuan JAIS ke Gereja DUMC.
 
Ustaz Nasya yang menolong Datuk Seri Najib di Gaza juga tidak disukai kerana dia memilih untuk bersatu sesama umat Islam. Perlu diingatkan bahawa lawatan Najib ke Gaza tidak disukai Israel. Tidak hairanlah tak lama setelah lawatan itu  kareer politik ustaz Nasya juga dihancurkan. Cara pemecatannya ialah ia dibuang dari Majlis Syura dan berita dihebahkan melalui media massa. Sungguh mengaibkan!
 
 
Berhati hati jangan sampai termasuk dalam lubang perangkap Pakatan. Saya lihat permainan mereka sungguh licik!
 
 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>