Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


Analisa Mantap Video Skandal Seks Pemimpin PAS - Game Anwar dan Erdorgan?

Posted: 13 Apr 2013 06:36 PM PDT

Skandal Seks Mustaffa Ali Merupakan 'Game' Anwar dan Endorgan

Bermula dari petang semalam, media maya gempar dengan pendedahan mengenai rakaman seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi Pas. Durasi rakaman video selama 11 minit 25 saat itu, dikatakan mirip dengan Setiausaha Pas Pusat, Dato Mustaffa Ali bersama seorang wanita di dalam salah sebuah hotel.

Ekoran dari pendedahan tersebut, blog dan portal pembangkang terus menunding jari dengan menyalahkan Umno. Pelbagai andaian dikeluarkan bagi meyakinkan khalayak pembaca mereka kononnya Umno terlibat dengan skandal tersebut.

Namun apabila diteliti, nyata ia hanya merupakan satu lagi fitnah jahat yang dilakukan oleh para pencacai pakatan pembangkang bagi merosakan imej Umno. Malah sebelum ini majoriti perjuang alam maya Umno, pernah membuat penegasan, tidak memerlukan sebarang 'skandal seks' untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13.

Ini kerana BN/Umno hanya memerlukan kemampuan dan keupayaan untuk meneruskan kepimpinan yang cemerlang dalam pentadbiran negara Malaysia ini, ditambah dengan manifesto yang meyakinkan rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti. Walaupun pakatan pembangkang sebelum ini menegaskan manifesto itu bukan janji, namun bagi BN/Umno ia merupakan 'Akujanji' antara pemerintah dan rakyat.

Lebih mengemparkan lagi, melalui laporan yang diterima, 2 orang suspek telah ditahan polis pada 11 April 2013 kerana disyaki mengedarkan sampul surat yang mengandungi CD video seks tersebut. Suspek dikatakan telah mengedarkan CD tersebut di sekitar Kg Alor Lintang dan Kg Raja, Besut Terengganu.

Melalui soal-siasat yang dilakukan, kedua-dua suspek tersebut dikatakan merupakan ahli kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang bertindak atas arahan pihak tertentu. Maka timbullah tanda tanya, sekiranya Umno merupakan dalang kepada penyebaran rakaman tersebut, mengapa ahli AMK yang ditangkap?

Setelah dilakukan analisa, temu bual dan kaji selidik berdasarkan kronologi kes dan maklumat dari rakan-rakan yang masih akttif di dalam Pas, akhirnya berjaya merungkai persoalan yang selama ini bermain di minda. Kesimpulan yang ditemui ialah, Dato Mustaffa Ali telah diperangkap oleh 2 kumpulan di dalam pakatan pembangkang yang mempunyai kepentingan peribadi mengatasi ageda perjuangan parti.

Satu kumpulan yang diketuai oleh Anwar dan Azmin manakala satu lagi kumpulan merupakan pemimpin 'Anwarinas' atau lebih dikenali sebagai puak Endorgan Pas. Mereka-mereka inilah yang sebenarnya bertanggungjawab di sebalik penyedian dan pengedaran video seks tersebut.

Isu ini bermula sejak idea 'kerajaan perpaduan' (UG) mula diperkenalkan tidak lama dahulu yang akhirnya telah memecahkan Pas kepada 3 kumpulan iaitu 1) kumpulan ulama dan penyokong yang menyokong UG, 2) kumpulan Anwarinas @ Endorgan yang jelas menentang kumpulan ulama Pas dan 3) kelompok yang tetap akur dan setia dengan Nik Aziz selaku Mursyidul Am.

Antara pimpinan Pas yang menyokong UG ialah, Hadi Awang (sebelum didesak untuk menukar pendirian), Nasaruddin Mat Isa (Mantan Timbalan Presiden), Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas), Harun Din ( Timbalan Mursyidul Am), Harun Taib (Ketua Dewan Ulama), Hassan Ali (Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor), Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya Pas Johor), Hashim Jasin (Pesuruhjaya Pas Perlis), Azizan Razak (Pesuruhjaya Pas Perlis) dan beberapa lagi pimpinan yang enggan memberikan sokongan secara terbuka.

Perkembangan yang jelas mengusarkan Anwar selaku ketua pembangkang itu, akhirnya dapat diredakan, apabila kumpulan Anwarinas @ Endorgan berjaya menyingkirkan beberapa pimpinan Pas selepas pemilihan parti itu tidak lama dahulu.

Walaupun Anwar dengan kerjasama puak Endorgan telah berjaya menggantikan pimpinan Pas dengan penyokong gerakan Liberal, dendam kesumat itu nyata tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia tetap diteruskan dengan beberapa lagi pendekatan bagi mendesak kumpulan UG agar menukar pendirian, antaranya mengunakan pendekatan skandal seks Mustaffa Ali.

Ia bagi mengugut beliau agar menarik kembali sokongan yang telah diberikan sebelum ini. Nyata pendekatan tersebut dilihat berkesan apabila tidak lama selepas itu idea mengenai UG sekali lagi berjaya dimatikan. Namun ekoran dari tindak-tanduk DAP sebagai rakan kongsi yang berterusan dengan agenda menentang Islam, ditambah dengan pendedahan demi pendedahan yang melibatkan Anwar, idea mengenai UG kembali disuburkan tapi melalui pendekatan yang berbeza.

Ini kerana ramai dikalangan mereka tidak lagi percaya dengan DAP dan Anwar yang kononnya akan ditabal sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya merampas Putrajaya akan serius untuk memartabatkan Islam. Atas sebab itu di dalam Muktamar Pas yang diadakan pada tahun lalu, Hadi Awang telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan Anwar sekiranya pakatan berjaya dalam misi menyingkirkan Umno.

Malah kegagalan Pas mempertahankan beberapa dasar yang mendapat bantahan DAP semakin memburukkan keadaan. Isu pengunaan kalimah Allah akhirnya telah berjaya membuka minda dan hati pimpinan Pas yang selama ini terpaksa akur dengan keputusan atas nama 'jemaah'. Maka tidak hairanlah, apabila Harun Din sebelum ini dikatakan telah berjumpa dengan Anwar dan memberikan kata dua kepada pemimpin 'Anugerah Tuhan' itu.

Walaupun pencacai Anwar bertegas mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh Umno, namun keputusan Pas Negeri Perlis yang enggan memberikan sebarang kerusi parlimen kepada PKR telah membuktikan dakwaan tersebut. Malah percubaan PKR untuk meletakkan Mufti Perlis, Juanda Jaya juga gagal mempengaruhi keputusan tersebut.

Dilemparkan dengan pelbagai gelaran seperti tamak dan tidak menghormati semangat parti di dalam pakatan, jelas tidak mampu menukar pendirian ustaz Hashim Jasin yang tetap bertegas dengan keputusan untuk meletakan calon Pas di Arau, Padang Besar dan Kangar.

Perkara yang hampir sama turut berlaku di negeri-negeir lain seperti Terengganu, Perak, Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Rata-rata bertegas untuk meletakkan calon-calon lama dan mereka yang cenderung menyokong UG sebelum ini.

Bukankah keputusan itu jelas membuktikan, keinginan mereka untuk mengekang kemahuan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri? Menurut sumber sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengalahkan BN/Umno untuk membentuk kerajaan, mereka-mereka dari kepimpinan ulama akan segera memberikan sokongan kepada BN/Umno sekaligus menghalang usaha Anwar dan DAP menguasai kerajaan persekutuan.

Kesimpulannya, pendedahan video seks Mustaffa Ali hanya merupakan sebahagian dari perancangan Anwar untuk berdepan dengan kumpulan UG. Dengan menyalahkan Umno sebagai dalang, Anwar mengharapkan kumpulan tersebut marah dengan tindakan jijik tersebut dan kembali menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang, sekaligus menerima idea untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-7.Kiriman Email

Pandangan & Analisa Pendirian PKR PAS Isu Video Seks Mirip @Anwaribrahim dan Video Mirip SU AGUNG PAS Mustafa Ali

Posted: 13 Apr 2013 10:16 AM PDT

Oleh : Panglima Perang Cyber

Salam perjuangan.

Siang tadi panglima sedikit kesibukan meladeni rakan dari dekat dan jauh pergi ke Plaza Lowyat mendapatkan apa yang dihajat. Hampir tenggelam matahari baru tiba di rumah selepas bertolak seawal naik matahari dan begitulah takdir yang berlaku hari ini.

Selepas berehat dan pulang dari makan bersama keluarga, baru sempat membelek apa isu terkini tentang skandal seks Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Banyak komen dan ulasan telah dikeluarkan berkenaan isu video seks Datuk Mustafa Ali termasuk beliau sendiri yang berkata 

"saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan. "


Beberapa analisa sudah dapat dibuat berdasarkan rentak dan juga cakap yang dilapor oleh media pro kerajaan dan pembangkang. 


Termasuk keengganan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa agar siasatan dalaman PAS dibuat dan juga menganggap perkara ini sebagai kecil. Kenyataan beliau disiarkan Free Malaysia  Today http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/04/12/video-seks-pemimpin-pas-isu-remeh/

Ketika PAS bising jika isu moral menimpa pemimpin BN/UMNO ketika itu juga apabila terkena rakan mereka, ia dianggap tidak penting dan tidak perlu siasatan. Nampak kejanggalan di dalam jawapan Husam Musa yang jelas begitu lembut terhadap perbuatan tidak bermoral kerana dilakukan oleh anggota partinya.

Terbaru Prof Atory juga turut memberikan ulasan beliau seperti video Antara Pos di bawah :


Haji Hadi juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan Datuk Mustafa Ali, walaupun mungkin beliau sendiri belum pernah melihat video tersebut.

Sebelum itu Dr Hassan Ali juga turut memberi pandangan isu Setopa Ali (nama gelaran) yang tampak terkial-kial menjawab sehingga telah mengaku itu bini keduanya. Komen Dr Hassan Ali anda boleh baca kandungannya di sini http://kedahkekl.blogspot.com/2013/04/panass-komen-hasan-ali-tentang-video.html

Baca juga Datuk Mustafa Ali tidak mahu mengulas status wanita yang ditahan bersama beliau di sini http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-tolakpr-skandal-video-seks.html 
Kita tidak mahu fokus aksi video didakwa mirip Datuk Mustafa Ali tetapi kita mahu rakyat sedar bahawa orang yang menggunakan imej islam belum tentu mampu memelihara dirinya dari dugaan wanita, harta dan takhta yakni kuasa.

Sekali lihat tentu ramai akan terfikir ini adalah kerja Barisan Nasional dan UMNO atau kerja SB. Kerana pembangkang telah menanam di dalam minda anak muda bahawa Kerajaan hari ini sangat jahat. Sedangkan secara mudah sukar untuk sesiapa berfikir lalu menemui keuntungan di sebalik penyebaran video seks ini kepada parti Barisan Nasional.

Begitulah yang kita dapati apabila video seks mirip Anwar Ibrahim dimuatnaik maka ia juga tidak menjana untung selain hanya mendapat gelaran umporno yang cuba dikaitkan dengan parti. Kewujudan video porno ini tidak menguntungkan kempen politik kecuali memberi sedikit pencerahan tentang moral seorang pemimpin yang menutup diri dengan imej Islam namun akhirnya terbukti hanya pandai bercakap namun 'haprak' akhlak dan budi pekertinya. BN tidak pernah menggunakan video seks ini untuk kempen kepada ibu bapa pak cik mak cik di kampung atau kota untuk undi semasa pilihanraya !

Kes video Mustafa Ali ( bukan FB panglima - Muhammad Ali ya ) adalah satu lagi insiden terkini di negara kita bagaimana pemimpin demi pemimpin telah didedahkan video mereka.

Bermula dengan pemimpin BN bukan Melayu iaitu Vijandren dan Chua Soi Lek kes ini berterusan kepada Melayu di dalam Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terbaru SU AGUNG PAS Datuk Mustafa Ali (MA). Jelas kes video seks bermula kepada pemimpin BN terlebih dahulu bukan sebaliknya.

Jika benar BN mengamalkan taktik sebegini sudah tentu tidak akan ada anggota pembangkang yang akan selamat dari video seks. Pasti semua akan dikeluarkan.

Secara logik kita nampak dengan jelas UMNO sangat berharap Datuk MA di dalam membina kerajaan perpaduan. Dengan 'matinya' maruah Datuk MA maka ia juga akan membawa bersama kematian harapan rakyat yang mahu melihat parti utama Melayu Islam akan bersatu demi kebaikan semua pihak.

Secara tidak logik mustahil jika masih ada orang yang tergamak menuduh bahawa UMNO sendiri mahu mematikan Datuk MA !

Inilah yang biasa berlaku bila umat Islam hampir bersatu. Semua tentera Dajjal akan berkumpul mengeluarkan segala peluru agar bumi Malaysia ini tidak akan terus aman dan makmur sehingga menjadi contoh yang hebat kepada semua negara Islam termasuk Timur Tengah.

Berbalik kepada insiden memalukan yang menimpa Datuk MA beliau nampaknya telah berhati-hati menjawab isu tersebut termasuk mendakwa beliau telah berkahwin di Siam. Walaupun menurut sebuah blog ini http://mesintaipburuk.blogspot.com/2013/04/skandal-seks-mustafa-ali-letak-jawatan.html beliau telah digosip melanggan pelacur sejak dua tahun dahulu  

Bagi orang biasa pun sudah dianggap luar biasa dosanya, maka ia juga berkali ganda apabila melibatkan seorang tokoh penting bertaraf Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia !!!

Kenapa MA jadi sasaran ? Kenapa tidak Mat Sabu ???

barangkali kerana beliau sekarang memegang kuasa yang akan  menentukan calon-calon PAS kerana beliau sendiri dilihat orang kepercayaan Presiden Parti Hj Hadi maka kerana itulah beliau menjadi sasaran. Video simpanan yang dipegang telah disebarkan barangkali ingin memalukan beliau kerana mungkin tidak mahu tunduk kepada kehendak PKR agar beberapa kerusi diberikan kepada calon mereka.

Kebetulan pula ketika ini beberapa negeri telah mengumumkan calon mereka, sekaligus mengenepikan PKR yang khabarnya sangat marah apabila PAS mula berani mengumumkan calon mereka sendiri sehingga menindih calon pilihan PKR dan menyusahkan mereka menyusun kerusi untuk calon parti sendiri termasuk dengan cara tidak beradab.

Lagi pun Cikgu Stopa bukan dari golongan ulama dan tidak pelik jika ada gejala tidak bermoral menimpa diri beliau.
 
gambar Cikgu Setopa dengan isteri sah nikahnya

wanita di dalam video :

Cuma kenapa sekarang baru video ini terbongkar ?

Jika kita menjadi penganalisa politik sudah tentu faktor masa dan masalah selain faktor jawatan akan diambil kita di dalam menganalisa punca penyebaran video ini.

Jika benar telahan PKR dalang penyebaran seperti berita yang dilaporkan semalam berdasarkan laporan      Angkatan Muda Keadilan PKR (AMK) (berita http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/55850-2-anggota-amk-ditahan-polis-penyebaran-video-aksi-mustafa-ali ) yang ditahan maka ia menjadi bukti bagaimana kaedah politik mengugut rakan demi kekalkan kuasa, telah berlaku tidak ubah seperti geng mafia di dalam filem Hollywood.

Ingat lagi kes liwat Anwar Ibrahim pertama kali disebut oleh Karpal Singh dan Mat Sabu bukannya pemimpin UMNO.

Perkara ini tidak mustahil kerana filem itu sendiri menjadi alat menyampaikan idea propaganda secara tidak sedar sehingga menjadikan manusia akan mudah melaksanakan kembali apa yang telah ditanam dalam minda fikiran sepanjang dua jam tayangan filem yang ditonton di pawagam atau tv kediaman. 

Lagi tidak dapat dikesan lagi hebat propaganda seseorang.!!!

Negeri Terengganu contohnya negeri yang menjadi mangsa perebutan antara dua parti, kita masih belum mengumumkan kerusi Pakatan yang ditunggu oleh rakyat jelata sekelian. Beberapa negeri yang lain juga telah mengambil langkah mengumumkan calon mereka demi mengelakkan PKR memintas dan menyebabkan PAS serba salah.

Apabila kes video seks Anwar muncul ketika itu Harakah dengan segera telah menyiarkannya walaupun selepas itu mula memadam balik artikel yang ditulis oleh mereka. Seperti mana hari ini Suara Keadilan dengan pantas menyiarkan berita memalukan orang kuat Hj Hadi Awang ini.. Seakan mahu membalas dendam kepada tragedi hitam yang pernah menimpa Ketua Umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Balas dendam katakan.

Ini hanyalah pandangan panglima sebagai blogger, selebihnya kita serahkan kepada Allah kisah sebenar dalang penyebaran.

Pilihan yang ada dii tangan kita ialah mengundi Barisa Nasional yang tidak ada diganggu video seks pemimpin atau kes liwat. Semua yang difitnah sudah dijawab oleh YAB Presiden UMNO BN dengan bersumpah nama Allah beberapa kali di beberapa buah masjid.

Berani kerana benar takut kerana buat salah beb...

Pendedahan Sidek Baba Kenapa Beliau Mula Tinggalkan @Anwaribrahim Selepas 30 Tahun Bersama & 3 Tahun Kaji - Jumpa 28 Saksi - YouTube

Posted: 13 Apr 2013 02:07 AM PDT

Sila tonton dan sebarkan video Dr Sidek Baba.

Sebelum ini sudah 32 pemimpin PKR meninggalkan Anwar.

Adakah semua dibeli?

Jangan lupa orang yang bijak bukan berubah wang tetapi kerana KEBENARAN !!!

Tonton sendiri video dimaksudkan di bawah ini :

http://www.youtube.com/watch?nomobile=1&v=4t8xMc-hoh8

Kepada Cikgu Sidek, beliau seorang yang benar- benar warak dan cermat. Panglima sendiri sejak dahulu kagum dengan ceramah beliau yang memang sukar ditemui seumpamanya.

Panglima yakin soal ini ada kaitan dengan hati dan soal ibadah dan muamalah beliau serta keberkatan ilmu yang dimiliki menjadikan beliau teguh atas kebenaran demi agama Islam.

Walaupun agak lambat namun sikap berhati-hati beliau sewajarnya menjadi kayu ukur kepada semua pihak yang sebelum ini melihat sudut pandangan yang berbeza.

Yang mabuk dengan kuasa dan dunia, mereka akan sedar bila tanah masuk ke dalam mulut.

Doakan dan kita harap doa kita mampu merubah mereka juga ke arah kebenaran seperti mana yang kita perjuangkan.


Sent from my iPad

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>