Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Kembara Politik

$
0
0

Kembara Politik


PENGUNDI MUDA MEMIHAK KEPADA BN

Posted: 13 Apr 2013 11:11 PM PDT




  • 53% dari respondents UMCEDEL adalah bawah 40 tahun (survey UMCEDEL, perception on Malaysia politics and leadership prior to the 13th General election)


Pengundi muda dan baru adalah sebanyak 2.5 juta orang, dan 80% darinya adalah dari golongan muda (40 tahun kebawah). Jadi mengikut perkiraan mudah jumlah pengundi muda dan baru adalah sebanyak 2 juta orang. Mereka adalah jumlah pengundi yang tidak diketahu kemana arah sokongan mereka.

Dalam kajian yang dilakukan oleh UMCEDEL, lebih 50% dari respondent memberi jawapan 'tidak tahu'  kepada soalan keyakinan terhadap DS Najib dan DS Anwar. Bagaimanapun lebih 30% daripadanya yakin dengan DS Najib dan selebihnya kepada DS Anwar. Kebanyakan dari mereka pula mendapatkan maklumat dari media arus perdana.

Jika dilihat dari statistic FB pula, peminat tempatan lebih memihak kepada DS Najib dan DR. Mahathir dimana kedua-dua mereka mempunyai peminat lebih dari 1.4 juta orang. Berbanding dengan Nik Aziz dan DS Anwar. Jika digabungkan peminat Nik Aziz dan DS Anwar pun masih tidak dapat menandingi peminat DS Najib. Seperti yang kita sedia maklum, pengguna FB adalah dari golongan muda.

Populariti DS Najib berada pada tahap 69% (merdeka review), ia adalah prestasi yang menurun. Bagaimanapun pada 2008 populariti DS Najib hanya berada pada 41% (kajian Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, UIA). Peningkatan popularity sebanyak 28% adalah sesuatu yang amat baik. Kajian ini juga boleh digunapakai untuk mengukur tahap penerimaan orang muda terhadap BN.

Dari semua kaji selidik yang dilakukan, dapat dilihat bahawa terdapat ramai golongan muda yang menyokong BN. Paling tidakpun 30% dari pengundi muda sudah membuat pilihan menyokong BN. Bagaimanapun golongan muda ini masih ramai  yang menjadi pengundi atas pagar. Pada pendapat penulis lebih 50% pengundi muda masih neutral. Penulis juga melihat scenario kempen politik di dalam FB, tetapi kempen ini tidak mendapat sambutan baik dari pemuda ia termasuklah kempen dari pembangkang atau BN. 

Pada pendapat penulis golongan muda yang mengambil sikap neutral ini bakal menyokong BN,  kerana bersikap neutral akan memungkinkan mereka berfikir secara rasional. Menilai setiap aspek dan tidak terikat dengan emosi amarah. Mereka pasti akan dapat melihat bahawa Pakatan Rakyat bakal membawa kehancuran sekiranya mereka memerintah.

AKAN WUJUDKAH MASYARAKAT IDEAL DAN PARTI POLITIK IDEAL DI MALAYSIA?

Posted: 13 Apr 2013 06:35 AM PDT


Dari pandangan masyarakat marhaen
 
Malaysia terdiri daripada masyrakat yang berbilang kaum. Kaum yang terbesar adalah kaum melayu. Semenanjung Malaysia adalah berasal dari tanah melayu yang telah wujud sejak dahulu lagi, malah sebelum kewujudan Melaka. Sebagai contoh kewujudan gangga Negara, kerajaan melayu sebelum Melaka. Bagaimanapun tanah melayu telah diduduki oleh kaum cina dan india yang telah dibawa masuk oleh inggeris. Kemerdekaan Malaysia mempunyai syarat, iaitu pemerintah Malaysia mesti menerima kaum lain sebagai warganegaranya. Pemerintah Malaysia telah menerima syarat itu dan akhirnya wujudlah Malaysia negara yang merdeka. 

Setelah lebih setengah abad merdeka, kaum cina dan india seolah-olah memberontak kerana mereka terasa tidak setara dengan kaum bumiputera yang lain. Kaum bumiputera diberi pelbagai kemudahan dan kuota, tetapi mereka tidak dapat. Sebagai warganegara Malaysia, mereka terasa di anak tirikan. Mereka mahu sebuah kerajaan yang tidak berpaksikan perkauman. Seorang rakan penulis dari kaum india, berkata tidak bolehkah semua kaum di Malaysia diperintah oleh parti yang tidak berteraskan kaum. Dia sudah bosan dengan parti politik yang berkata kita buat ini untuk kaum ini dan itu. Tidak bolehkah sesuatu itu dibuat untuk rakyat Malaysia. Akan wujudkah masyarakat dan parti politik seperti ini?

Dalam proses demokrasi yang menjadi keutamaan adalah penyokong. Proses demokrasi akan menjadikan yang ramai penyokong adalah pemenang (ia sama seperti yang kuat memerintah). Ia tidak berteraskan kebenaran, apa akan jadi jika rakyat memilih mengikut emosi. Kerana marah pihak yang salah akan menang. Sejak dahulu lagi, manusia ini sudah dikelompok mengikut kaum masing-masing. Kelompok itu sudah wujud dan cara paling mudah mencari penyokong adalah dengan menjadi juara kelompok atau kaum ini. Ini lah yang terjadi di Malaysia.

UMNO itu wujud setelah kaum melayu diasak oleh Malayan union yang bakal menghakis kuasa melayu ditanah airnya sendiri. Kebangkitan kaum melayu dibawah UMNO telah menggugat pihak inggeris. Tetapi untuk mendapatkan kemerdekaan, maka wujudlah MCA dan MIC sebagai suara kaum cina dan india. Parti-parti ini adalah juara kaum masing-masing. Setelah itu wujudlah DAP, Gerakan dan yang terbaru adalah PKR yang tidak berpaksikan kaum. Bagaimanapun demi mencari penyokong, parti-parti ini juga memperjuangkan nasib kaum-kaum tertentu untuk berkuasa. Sebagai contoh DAP dan Gerakan memperjuangkan masyarakat cina. PKR pada asalnya memperjuangkan DSAI sahaja, sekarang lebih memperjuangkan masyrakat cina demi mendapatkan pengaruh.

Pada pendapat penulis, selagi ada kaum di Malaysia ini, setiap parti politik pasti akan memperjuangkan nasib kaum tertentu sahaja. Tiada siapa dapat menghapuskan kaum didunia ini kecuali Allah. Allah juga telah berfirman, Allah mencipta manusia di bumi mengikut kaum supaya kita dapat mengenali antara satu sama lain. 

Setakat ini penulis tidak dapat lihat kesediaan semua kaum untuk melepaskan hak mereka. Kaum melayu tidak akan melepaskan hak mereka sebagai penduduk asal tanah melayu. Bersediakah kaum lain melepaskan hak mereka untuk rakyat Malaysia secara total. Sebagai contoh, lihat sajalah sekolah wawasan. Sekolah wawasan dibuat untuk merapatkan hubungan antara kaum, tetapi ia ditentang kerana bahasa pengantarnya dan pelbagai alasan yang bersifat perkauman. Ini menunjukkan kaum lain juga tidak bersedia untuk membuka pintu perkaumannya untuk dan bergabung menjadi rakyat Malaysia. 

Setakat ini apa yang terbaik untuk rakyat Malaysia ialah perkongsian kuasa. Untuk itu Barisan Nasional adalah pilihan yang terbaik. Perkongsian kuasa telah lama diamalkan oleh BN, dan ia kelihatan adil berdasarkan komposisi kaum di Malaysia. Walaupun BN banyak memihak kepada kaum melayu, ia adalah adil kerana melayu adalah kaum terbesar. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, mereka mempunyai perkongsian kuasa yang lemah antara kaum. PR juga kelihatan lebih memihak kepada kaum cina yang bukan kaum terbesar dan ini juga seolah-olah menafikan hak kaum terbesar dan ia kelihatan seperti kaum cina ini gila kuasa. Adil itu bukanlah kesamarataan, tetapi meletakkan hak keatas haknya.

Pilihlah BN untuk keadilan dan kestabilan Malaysia. Ia tidak akan mengwujudkan masyarakat yang ideal, dan parti politik yang ideal. Tetapi ia dapat menjamin kestabilan dalam perkongsian kuasa. Itu adalah kunci keamanan Malaysia. Janganlah dibuang kunci ini, rakyat Malaysia belum bersedia. Terimalah hakikatnya.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

RUMAHKU DAIF, SIAPA YANG AKAN MENOLONG.. BN ATAU PR

Posted: 13 Apr 2013 04:03 AM PDT



Pandangan dari masyarakat marhaen
 
Kisah ini berlaku di sebuah kampong di Perak, disebuah rumah melayu dan di perkampungan melayu. Pada PRU12 yang lepas kawasan Parlimen dikuasai DAP, manakala DUN pula dikuasai PAS. Keadaan rumahnya begitu daif mengundang rasa simpati sesiapa yang melihatnya. Terdapat dua parti politik yang mendominasi suasana politik kampong tersebut, iaitu UMNO dan PAS. Tetapi UMNO lebih mempunyai ramai penyokongnya.

Selepas PRU12, PR telah berjaya menguasai Perak dengan majority mudah. PAS yang menjadi ADUN kawasannya pun tidak memberi apa-apa bantuan kepada keluarga ini. MP DAP lagilah, jejak kampong ini pun tidak pernah apa lagi mahu membantu orang yang susah. Pada ketika itu, terdapat perkhabaran yang bertiup kencang di Perak yang menyatakan bantuan banyak diberikan kepada masyarakat cina. Sehinggakan masyarakat cina beranggapan kerajaan Perak ketika itu adalah kerajaan cina. Apabila ada pilihanraya kecil berlaku di Perak, masyrakat cina akan beranggapan pilihanraya itu adalah perlawanan kerajaan cina menentang kerajaan melayu.

Setelah BN merampas kembali Perak disebabkan beberapa ADUN PR keluar pakatan dan mengistiharkan ADUN bebas mesra BN. Keluarga ini masih lagi tidak mendapat bantuan, walaupun kerajaan BN telah memperuntukkan belanjawan untuk rumah mesra rakyat. Perkara ini belaku adalah disebabkan dua perkara, satu BN bahagian dan UMNO bahagian tidak serius menolong orang kampong yang susah. UMNO cawangan kampong dan ketua kampungnya juga begitu, tidak prihatin kepada masalah orang kampong membiarkan kesusahan keluarga ini berterusan tanpa bantuan.

Pada PRU13 ini, keluarga ini tidak akan menyokong BN kerana kecewa dengan perkara yang menimpa mereka. Mereka juga percaya dengan memberi undi kepada PAS, mereka tidak akan dibantu. Tetapi mereka mahu memberi undi kepada PAS kerana mahu mengajar orang UMNO/BN supaya lebih menjaga kebajikan rakyatnya.

Begitulah antara cerita kekecewaan yang berlaku kepada penyokong BN yang setia. Pada mereka ahli politik ini adalah untuk mengejar kuasa. Tetapi keluarga ini mungkin terlupa pengalaman 10 bulan Perak dibawah Pakatan Rakyat, orang melayu tidak dibantu pun sedangkan masyarakat cina dibantu dengan sebanyak yang mungkin. Mungkin dari cerita diatas kita nampak kedua-dua parti ini (BN dan PR) sama sahaja buruknya. Jika diteliti dengan lebih mendalam lagi dapat kita lihat bahawa kerajaan BN lebih baik lagi, kerana kerajaan BN telah membuat peruntukan rumah mesra rakyat. Yang tidak bertanggungjawab adalah UMNO bahagian, UMNO cawangan dan ketua kampungnya kerana tidak prihatin dengan masalah orang kampong. Merekalah orang yang perlu diajar, bukan BN secara total.

BN sebenarnya masih mempunyai kelemahan, tetapi PR mempunyai kelemahan yang lebih buruk daripada BN. Masakan kita mahu menukar kerajaan yang baik kepada kerajaan yang lebih buruk. Sekiranya kita memilih untuk mengajar orang UMNO diatas kesilapannya, janganlah disebabkan tindakan kita itu akan menyebabkan lebih ramai yang tersiksa, agama tergadai dan melayu terpinggir. Biarlah tindakan kita itu memberi kesan yang positif kepada orang lain. PRU13 bukan pentas untuk mengajar BN. PRU 13 adalah pentas untuk survival agama dan bangsa melayu. Fikirkanlah..

Sekiranya kita terpaksa memilih diantara dua benda yang buruk, pilihlah yang paling tidak memudaratkan.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>