RAMAL 13 MEI BERULANG: NEGARA ASING KEMBALI MENEROPONG? Posted: 31 Dec 2012 09:07 PM PST | SEJAK DAP MENANG BESAR DI SELANGOR, PENANG, KL & PERAK PERNAH KAMU LIHAT DAP BERARAK LAGI...
KEJAYAAN negara kita menjadi orang tengah di antara Kerajaan Filipina dengan Moro Islamic Liberation Front (MILF) merupakan satu kejayaan di bawah pemerintahan Kerajaan BN bermula dari zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang ini DS najib Tun Razak.
Proses gencatan senjata sudah dimulakan, hanya menunggu proses pentadbiran di antara Kerajaan Filipina dan BangsaMoro yang akan disusuli dengan penyerahan senjata, penubuhan pasukan keselamatan dan penubuhan kerajaan autonomi BangsaMoro di bahagian selatan Mindanao, kepulauan Sulu, Palawan, Basilan dan beberapa pulau yang bersebelahan. Kejayaan ini sungguh manis kepada kita umat Islam di rantau Asia Tenggara ini, tetapi tidak kepada Singapura. Bacaan tambahan ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/12/kegagalan-mereka-menjatuhkan-perdana.html
Semua orang tahu bahawa sebelum itu, ketika Joseph Estrada menjadi Presiden Filipina, dia sangat rapat dengan DS Anwar Ibrahim, TPM Malaysia ketika itu, dan tidak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Ketua Kerajaan Malaysia. Sehingga ke hari ini, DS Anwar masih melayan jemputan Joseph Estrada untuk makan malam sambil berhibur menyanyi di rumah mewah Joseph Estrada di Manila.
Umat Islam di seluruh dunia adalah bersaudara, ramai yang tidak tahu betapa Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pak Lah dan DS Najib telah memberikan bukan sahaja sumbangan berupa makanan, ubat-ubatan, pendidikan kepada pelajar Islam Bosnia dan Palestin, malah banyak lagi yang tidak mungkin ditulis di sini.
Menjelang PRU13, DAP semakin hari semakin berani menyatakan pendirian mereka. Terkini bukannya isu Joseph Lim Guan Eng menuntut penggunaan nama Allah, namun Ngeh Koo Ham turut berani membandingkan, memanupulasi malah menyamakan Al-Quran dengan Bible sebagaimana laporan fakta inihttp://www.anwaraidc.com/?p=30305. Ahli-ahli Pas marah dan berdemo menentang LGE di Pulau Pinang, malangnya kepimpinan Pas pusat berdiam diri.
Hanya YB Nasharudin, YB Azamudin Taib, Datuk Hassan Ali, Datuk Haron Din sahaja yang berani berkata tidak dan menentang suara DAP.
Saya teringat semasa saya menemubual Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail, diminta oleh kerajaan asing supaya mengambil alih pentadbiran kerajaan Malaysia semasa krisis 13 Mei 1969! Beliau dengan tegas mengatakan tidak. Keselamatan negara Malaysia masih dalam kawalan, kata beliau. Maka Tun Razak berjaya menubuhkan MAGERAN, di mana Panglima ATM menjadi komander keselamatan yang penting dalam MAGERAN. Bacaan ulangan anda di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/07/kisah-panglima-atm-brand-loureate-award.html
Apakah akan jadi kepada negara kita ketika itu jika ATM menerima nasihat kerajaan asing itu?
Tanda-tanda peristiwa 13 Mei 1969 sudah banyak berlaku menjelang PRU13, kumpulan pembangkang setiap hari setiap waktu mahu saja mengadakan Demonstrasi di Kuala Lumpur. Terkini oleh NGO ANAK minggu lalu. Anda mesti ingat, Demonstrasi setiap hari sejak awal Mei, 1969 sehingga 13 Mei 1969 oleh DAP, itulah sebenarnya penyebab Tragedi 13 Mei 1969. Pergerakan Wanita DAP telah belajar dari sejarah kesilapan itu, lalu Wanita DAP berkata, jika kami kalah atau menang kami mahu peralihan kuasa secara aman! Mesej ini gagal dibaca oleh NGO-NGO yang diperkudakan DAP seperti ANAK itu. Individu seperti Ngeh Koo Ham masih boleh senyum kerana umat Islam hanya berdiam diri akan tweeter terbarunya itu.
Semasa saya bertemu TS Harussani Zakaria, mufti Perak di pejabatnya. Saya sangat terkejut apabila Mufti Perak memberitahu kepada saya akan desakan Ngah dan Ngeh supaya Wang ZAKAT umat Islam diberikan juga kepada mereka! Mengapakah kepimpinan Pas yang menggunakan nama Islam dalam parti mereka tidak menentang permintaan itu, walhal mereka menjadi Menteri Besar ketika itu!
Dengan apa yang saya huraikan ini, saya percaya jika DAP berjaya meninggikan jumlah kerusi mereka dengan permintaan 3 Parlimen dan 10 DUN itu, tanda-tanda 13 Mei 1969 bakal berulang.
Saya mesti menulis perkara ini untuk menyedarkan pengundi Islam akan bahaya DAP. Saya menulis beberapa artikel secara sipi-sipi seminggu dua ini, harapan saya semoga ada yang akan faham yang tersiratnya.
Sejak DAP menguasai Selangor, KL, Perak dan Pulau Pinang pernahkah DAP berarak-arak lagi sebagaimana 1969 dahulu? Siapakah pula yang suka berarak-arak sekarang ini? Bijak bukan DAP?
|
|
Bila Masa Mamat Jambu Pak Sheikh Ni Masuk Tentera? Posted: 31 Dec 2012 04:00 AM PST Kelakar bila sebuah portal bertaraf nasional mengeluarkan bantahan15 ORANG terhadap satu isu NASIONAL.Lebih kelakar bila seorang MAT JAMBU berperut buncit dikira sebagai 15 orang bekas tentera.Kalau pembaca kira bilangan orang dalam gambar ni pun tak sampai 15 orang termasuk Mat Jambu Pak Sheikh. Rafizi oh Rafizi.....kenapa LEMBU sangat kau ni.Hanya kerana kenyataan DEEPAK tanpa apa-apa bukti kau dah meroyan dengan bawak 15 orang pencacai. Takkan 15 orang pencacai ni boleh mewakili suara beratus ribu bekas anggota ATM?Lagi satu, kenapa Mat Jambu ni boleh bising bila seorang penjual karpet bercakap tanpa sebarang dokumen sedangkan RASUAH TANAH 10 RIBU EKAR TANAH KEPADA DAP TIDAK PULAK Rafizi ambil peduli?Pembaca MyMassa boleh nilai sendiri tahap INTEGRITI RAFIZI sebagai whistleblower yang hanya memilih isu dan bulu. *Lepas ni bolehlah Abang KJ ajak si Rafizi ni masuk Wataniah. Sibuk sangat nak main isu pasal tentera, eloklah rasa macam mana tentera berkorban mempertahankan negara. Bukan setakat pandai pakai tali leher tapi nak menggunakan isu ketenteraan untuk meraih laba politik. |
Gambar Kekejaman Mogok Lapar! Posted: 31 Dec 2012 12:00 AM PST Mogok lapar ka nih? Makanan berlambak-lambak. Ini Mogok Lapar mengada-ngada namanya.... Berikut kronologi penemuan kami; Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi. Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar. Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel. Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek. Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama.*Sumber: MYKMU & Uncle Google |