Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


Isu Tanah Syarikat Upayapadu Ngeh Bukti DAP Tidak Telus Dan Tidak Boleh Dipercayai

Posted: 31 Dec 2012 04:47 PM PST

Ngeh Perlu Perjelaskan Punca Wang Beli Tanah

Skandal tanah yang melibatkan kerajaan Kelantan pimpinan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham kini terbongkar seluas-luasnya sehingga tidak dapat ditutup, dinafikan mahupun didolak-dalihkan lagi.



Kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut kini perlu berhadapan bukan sahaja dengan rakyat dan pihak berkuasa tetapi juga dengan rakan-rakan dari parti mereka sendiri yang mula 'mengangkat kening' terhadap mereka seolah-olah berkata, 'apahal mintak tolong kita orang?'.



Tiada yang tidak jelas, selain yang jelas-jelas belaka bahawa Ngeh Koo Ham merupakan pemilik syarikat Upaya Padu Sdn Bhd secara langsung dan juga secara tidak langsung iaitu melalui pemilikan syarikat lain, yang turut memiliki tersebut. Secara teknikalnya, Upaya Padu adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham.



Dan tiada yang tidak jelas, selain yang jelas-jelas juga bahawa syarikat Upaya Padu Sdn Bhd bertanggungjawab membeli tanah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK), di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang seluas 4,260 hektar atau 10,526 ekar, dengan 9,500 ekar daripadanya adalah kawasan pembalakan. Tanah tersebut juga sesuai untuk tanaman getah kerana bentuk mukabuminya yang rata.



Pemilikan adalah melalui pajakan 70 tahun dari Mei 2006 hingga 3 Mei 2092 dan harga ke atas tanah tersebut adalah RM3500 seekar atau RM36.8 juta keseluruhannya.



Tindakan kerajaan Nik Aziz melepaskan pegangan ke atas tanah yang sebegitu luas dan bernilai komersial yang tinggi kepada pemimpin politik bukan bumiputera dari luar Kelantan pula, amatlah memeranjatkan serta menyedihkan. Sedangkan kerajaan Kelantan seharusnya lebih bertanggungjawab untuk mencari jalan lain untuk membangunkan tanah tersebut bagi menjana kewangan negeri tanpa melepaskan pegangan ke atasnya.



Apatah lagi dengan keadaan Kelantan yang begitu daif dan terdesak memerlukan sumber pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya.



Oleh itu, tiada siapa yang dapat memahami rasional di sebalik urusniaga ini, yang mana menyebabkan dakwaan bahawa tindakan tersebut adalah bagi membolehkan Nizar menjadi Menteri Besar Perak, begitu mudah untuk dihadamkan.



Selain persoalan 'motif' kerajaan Nik Aziz dalam penjualan ini, terdapat juga persoalan yang lebih besar iaitu dari mana datangnya wang Ngeh untuk mengambil-alih pemilikan tanah tersebut? Persoalan ini, nampaknya bukan sahaja datang dari luar tetapi juga lebih hebat dari dalam DAP sendiri yang tidak berpuas hati.



Mana tidaknya, jika benar motifnya adalah untuk memberikan ruang kepada PAS untuk menjadi MB di Perak, maka ia seharusnya ditangani sebagai urusan antara parti dan bukannya secara perseorangan seolah-olah Ngeh merupakan pemilik tunggal DAP pula. Urusan tawar menawar jawatan MB sepatutnya melibatkan pemimpin atasan DAP, apatah lagi apabila ia melibatkan 'habuan' yang lumayan.



Memandangkan pembangkang sering mempersoalkan pemilikan harta pemimpin kerajaan, maka jawapan Ngeh mengenai perkara ini kepada wartawan New Straits Times Jumaat lepas, iaitu 'bukan urusan rakyat untuk tahu dari mana dia dapat wang beli tanah', amatlah dikesalkan.



Nampaknya, apabila persoalan yang sama terkena tepat di muka mereka, DAP pantas mengambil sikap 'buat-buat bodoh'. Jawapan Ngeh ini, menyerlahkan lagi sikap dwistandard dan cakap tidak serupa bikin DAP untuk kesekian kalinya.



Dengan jawapan Ngeh ini, adalah wajib bagi kita untuk membakulsampahkan saja segala ketelusan yang dilaungkan DAP. DAP mahupun PR tiada apa-apa hak atau kredibiliti lagi untuk melaungkan apa-apa nilai murni sebuah pentadbiran kerajaan yang baik.



Sudah terang lagi bersuluh bahawa keseluruhan Pakatan Rakyat itu tidaklah setelus atau sebersih mana. Malah, jauh lebih kotor dan tidak telus lagi berbanding BN. Korupsi yang diamalkan PR menyaksikan kesanggupan mereka menggadaikan hak rakyat dan juga maruah agama, bangsa dan negara. Jawatan MB dijadikan satu perniagaan, hak milik rakyat boleh dijual beli sesuka hati, malah sumber alam juga disifatkan bagai hak mutlak mereka untuk diperlakukan apa saja.



Akhirnya terbukti sudah bahawa Mursyidul Am, mahupun kafir harbi tiada bezanya lagi apabila mereka bergelumang dan bersatu dalam sebuah parti.
Kiriman Email

Jangan buat spekulasi Runtuhan Di Bukit Setiawangsa - TPM

Posted: 31 Dec 2012 10:11 AM PST

Jangan buat spekulasi - TPM

MUHYIDDIN Yassin meninjau kawasan rumah Al-Sheikh Al Syed Afeefiddin Al-Jailani (dua kiri) yang musnah akibat runtuhan benteng konkrit di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Semua pihak digesa tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian tertentu berhubung kejadian runtuhan tembok penahan konkrit di Puncak Setiawangsa, dekat sini kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persoalan mengenai kedudukan sebenar kejadian itu perlu diserahkan kepada pihak-pihak tertentu termasuk pakar untuk menjalankan penilaian serta penyelidikan.

"Dalam laporan atau kajian penyelidikan, kita akan tahu kedudukan sebenar. Biar pakar-pakar yang lebih tahu membuat laporan. Saya sendiri tak mahu buat andaian.

"Apa yang penting ketika ini semua pihak bertanggungjawab telah mengambil langkah-langkah awal termasuk menjalankan pemantauan 24 jam bagi memastikan malapetaka lebih besar dapat dielakkan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di tapak kejadian tanah runtuh di kawasan itu hari ini.

Dalam kejadian malam kelmarin, tembok penahan konkrit setinggi 100 meter runtuh dan meranapkan tembok pagar serta sebahagian dapur sebuah banglo mewah di puncak bukit perumahan eksklusif itu.

Sehubungan itu, arahan supaya meninggalkan kawasan berisiko tersebut dikeluarkan kepada 88 penghuni kediaman dan 18 penghuni rumah kedai di kawasan berkenaan yang terdedah dengan bahaya setelah polis mendapat pengesahan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) tentang pergerakan tanah yang masih berlaku.

Langkah berpindah juga melibatkan 30 pemilik banglo mewah di sekitar Jalan Puncak Setiawangsa termasuk dua buah kediaman milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique serta bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa khas di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) telah ditubuhkan bagi memantau kejadian tanah runtuh di kawasan terlibat.

Jelasnya, jawatankuasa itu turut dianggotai pelbagai agensi termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ikram.

"Selepas ini kita akan dapatkan laporan lengkap daripada jawatankuasa khas itu untuk dikaji dan diteliti. Saya harap langkah-langkah pemantauan 24 jam diteruskan dan saya minta laporan berhubung situasi semasa diserahkan kepada saya setiap hari.

"Kepada penduduk sekitar, jangan rasa bimbang kerana harta mereka akan sentiasa diawasi pihak berkuasa. Apa yang penting keselamatan diri dan keluarga. Saya juga bersyukur kerana tiada kes kemalangan nyawa berlaku dalam kejadian terbaharu ini," katanya.

Ditanya mengenai sebuah banglo yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu, katanya, banglo milik seorang pensyarah dan pakar motivasi itu akan diruntuhkan secara berperingkat mulai hari ini.

"Kita bimbang kalau tak dilakukan dan kalau hujan mungkin seluruh bangunan banglo itu runtuh dan memberi kesan kepada rumah-rumah di bawah bukit," katanya.

Kepada soalan sama ada bukit yang menempatkan beberapa buah rumah mewah itu akan ditutup, beliau berkata: "Saya tak fikir begitu kerana ada laluan alternatif untuk penghuni-penghuni lain dibuka. Tak semua kawasan dianggap bahaya."

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Menurut yang saya tahu rumah Sheikh Afifuddin keturunan Ahli Bait dari Iraq dalam gambar di atas, disewa oleh beliau.

Berdasarkan berita Sinar Harian hari ini.

Beliau adalah dari jurai keturunan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani yang berdarah keturunan Nabi saw.

Dengan izin Allah rumah beliau duduki selamat, tidak mengorbankan nyawa dan sempat berpindah sebelum kejadian buruk menimpa.



Sent from my iPad

DR ASRI ZAINAL ABIDIN @RealDrMaza Bakal CALON PKR DUN PENANTI ? MULA SINDIR ROSMAH TERBIT BUKU SENDIRI

Posted: 31 Dec 2012 09:19 AM PST


Kisah beliau mahu menyertai Pembangkang sudah lama didengar. Cuma masih belum secara terbuka dan anak jantan.

Cuma insiden di bawah barangkali boleh menunjukkan kepada kita apakah motif beliau.







Harga Buku Rosmah Mansur  ada juga diterangkan di sini!


Baca kisah lanjut di 

http://badarkhubro.blogspot.com/2012/12/pasca-e-13-dr-asri-zainal-abidin-calon.html?m=1



Perutusan YAB Perdana Menteri @NajibRazak Sempena Tahun Baru 2013 Sangat Menyentuh Hati Sanubari #1MALAYSIA

Posted: 31 Dec 2012 06:49 AM PST

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.


Tuan-Tuan dan Puan-Puan Rakyat Malaysia Sekalian,


1. Alhamdullilah, beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2013. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana kita akan menyambut tahun baru ini dengan berlatarbelakangkan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah kita tempa dengan berkat usaha bersama di sepanjang Tahun 2012.


2. Tahun 2012 telah menyaksikan tamatnya fasa pertama Prakarsa Transformasi yang melibatkan lapangan Kerajaan, Ekonomi dan Politik. Kesan inisiatif ini amat positif. Di peringkat antarabangsa misalnya, angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang telah meningkat secara yang membanggakan. Laporan Bank Dunia, "Doing Business 2013" misalnya, telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan "World Competitiveness Yearbook 2012" telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.


Rakyat Malaysia Yang DiKasihi,

3. Dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk Tahun 2013, serta dalam rangka membina kejayaan yang berterusan, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Apa yang baik dan telah terbukti berjaya perlulah kita teruskan dan tambahbaik dengan segala kelemahan yang ada dibaiki. Sementara apa yang terbukti gagal patut ditamatkan dan diambil teladan daripadanya. Untuk meneruskan usaha bagi memastikan wawasan nasional Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai, kita perlu membina di atas asas yang telahpun diletakkan melalui lembayung Dasar Transformasi Nasional.


4. Bagi Tahun 2013, kita perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan Kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan Falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


5. Kedua, meneruskan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial di mana setiap rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akan memperolehnya, di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan dan diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan.


6. Ketiga, meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu hanya dihadkan oleh daya imaginasi, daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras, di mana kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.


7. Keempat, untuk memastikan Malaysia akan menjadi tempat terbaik untuk membina sebuah kehidupan. Tempat terbaik untuk berkeluarga dan membesarkan anak-anak, sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang, sistem keluarga yang kukuh, kejiranan dan jalan yang selamat dari jenayah, alam sekitar yang lestari, sekolah dan institusi pendidikan yang berkualiti serta sistem perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkemampuan.
Rakyat Malaysia Yang DiHormati,

8. Saya yakin dan percaya bahawa fajar kejayaan akan sentiasa menyinari Malaysia dan kehidupan rakyatnya. InsyaAllah, dengan perancangan yang rapi serta teliti, dan pelaksanaan yang berkesan, hari ini akan lebih baik dari hari semalam dan hari esok akan menjanjikan kemungkinan yang berterusan.


9. Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai. Tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan melakukan sesuatu. Negara memerlukan tuan-tuan dan puan-puan. Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita.


10. Saya dan Kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dokongan padu tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Berikanlah kami mandat yang jelas dan kami berjanji akan menggunakan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan itu dengan sebaik-baiknya bagi membina sebuah Malaysia untuk semua. Selama inipun, telah terbukti kami menepati segala janji dan komitmen yang diberi.


Rakyat Malaysia Sekalian,

11. Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan halatuju yang jelas. Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak di bawa. Bapa-bapa dan ibu-ibu pengasas negara telah mengemudi Malaysia ke mercu jaya dengan keringat, air mata dan darah. Hari ini tanggungjawab terletak pula di bahu kita. Sama ada Malaysia terus mara ke hadapan atau berundur.


12. Malaysia sesungguhnya ialah sebuah negara di mana peluang, tanggungjawab, kemakmuran dan nilai murni dikongsi bersama oleh warga yang majmuk, dipenuhi jutaan peluang di sebalik pelbagai kemungkinan yang terbentang. Kemungkinan itu suatu rahmat. Kemungkinan itu asas aspirasi. Saya menyeru untuk kita bersama-sama mencorakkan dalam merealisasikan destini Malaysia muncul sebagai sebuah kemungkinan yang terus menyinar.


13. Akhir kata, saya mendoakan agar Tahun 2013 ini menjanjikan kerahmatan kepada semua rakyat Malaysia.


Selamat Tahun Baru 2013.


Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


    http://1malaysia.com.my/speeches/perutusan-yab-perdana-menteri-sempena-tahun-baru-2013/


    Sent from my iPad

    Blog gOSsIp RaKyaT: Nabi Tidak Salahkan Abu Jahal Seperti Nik Aziz Salahkan BN Isu Hudud

    Posted: 31 Dec 2012 01:33 AM PST


    Isu hudud yang telah lama disimpan oleh PAS kerana takutkan DAP tiba-tiba terlepas semula, gara-gara kenyataan Pok Nik berpuncanya dari bilangan pesakit Aids yang paling tinggi di Malaysia di catatkan di negeri Kelantan.

    Pok Nik salahkan Tun Dr Mahathir kerana tidak dapat melaksanakan hudud di Kelantan. Katanya jika ditanya oleh Allah S.W.T kenapa tidak laksanakan hudud , dia akan jawab kerana Tun Dr Mahathir tak benarkan.

    Peliknya, Pok Nik sering menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh dalam usaha dia mengembangkan politik PAS. Malah sampai satu tahap untuk menghalalkan dia mencarut satu masa dulu, dia kata Nabi S.A.W pun mencarut. Astagfirullah Hal'azim...

    Nabi Muhammad S.A.W menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha menyebarkan syiar Islam. Pernahkah korang semua dengar dari mana-mana ustaz atau mana-mana hadis yang mengatakan Baginda S.A.W putus asa dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan Abu Lahab atau Abu Jahal sebagai halangan untuk Baginda S.A.W menyebarkan Islam sekiranya ditanya Allah S.W.T? Ada tak??

    Untuk pengetahuan kita semua, Baginda S.A.W tidak pernah putus asa dalam menyebarkan syiar Islam. Pelbagai rintangan yang Baginda S.A.W hadapi dalam usaha mengembangkan Islam. Sirah Nabi S.A.W ini juga diajar ketika di sekolah lagi kan.

    Pok Nik baru sekali hadapi rintangan dalam usaha untuk menjalankan hukum hudud, terus kecewa dan akan jawab dengan Allah itu salah Tun Dr Mahathir. Pok Nik takutkan Tun M dari takutkan Allah S.W.T, ulama' apa macam ni. Kita semua pun tahu Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.

    Daripada dulu lagi kita dah kata, PAS tidak pernah serius untuk jalankan hudud. Hudud hanya dieksploitasi oleh mereka untuk keuntungan politik.

    Baca lagi di sini


    Sent from my iPad

    Gambar Peserta Mogok Lapar Makan Di Hotel | MyNewsHub

    Posted: 31 Dec 2012 12:37 AM PST

    KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.

    Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.

    Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah.

    Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.

    Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.

    Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.

    Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.

    Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.

    Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).

    Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.

    Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.

    Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.

    Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini.

    Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).

    Berikut kronologi penemuan kami;

    Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi.

    Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar.

    Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel.

    Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek.

    Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama.

    3

    4

    6

     

    dan satu lagi yang bawah ni…

    .

    .

    YUM_9424

    eh silap, tu masa pelancaran mogok lapar hari tu, bawah ni gambar terbaru hehehehe

    .

    .

    5



    http://mynewshub.my/2012/12/30/perserta-mogok-lapar-makan-di-hotel/


    Sent from my iPad

    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 15710