Panglima Perang Cyber |
- Akhbar China Press Dedah Bantahan dan Pergaduhan Ahli DAP Akibat Calon Bukan Pilihan
- Rakyat Malaysia digalak amal 6 perkara elak hipertensi - Nasional - @SinarOnline
- Blog Breaking Puzzle : 17 Janji Terbaik #ManifestoBN #PRU13
- PKR Makin Parah Calon Pilihan @Anwaribrahim Di-booo Penyokong Sendiri
- @NikAbdulAziz Sifatkan #ManifestoBN @NajibRazak Sebagai Mengarut dan Ulang Tuduhan Umno Tolak Islam - @SinarOnline
Akhbar China Press Dedah Bantahan dan Pergaduhan Ahli DAP Akibat Calon Bukan Pilihan Posted: 07 Apr 2013 10:53 PM PDT China Press Perkara: dalaman DAP berbalah? Ruangan: negeri Johor m/s C05 Tarikh: 4 April 2013 (Khamis)
Tajuk:
Bantah calon payung terjun DAP semakin meningkat Bawahan ahli DAP Bekok, Labis bertelagah
3hb Labis, ahli bawahan DAP rasa tidak puas hati kerana calon kerusiParlimen Labis didatangkan dari calon payung terjun, dijangka bantahan semakin kuat dan meningkat!
Pada hari Sabtu lepas lebih 50 ahli DAP Chaah dari kalangan pelbagai kaumsemasa adakan ceramah politik membuat kacau menaikkan kain rentanganbantahan, walaupun pemimpin DAP sepatutnya mahu halakan sasaran untukmenghentam BN, apa yang China Press lihat dari segi maklumat itu,disebabkan isu pencalonan telah menyebabkan dalaman DAP berbalahsengit.
Mengikut maklumat, pemuda DAP membantah pencalonan itu kerana tidak dapat restu dari jawatankuasa gabungan DAP negeri Johor, buat masa ini mereka melancarkan penapaian bantahan berkaitan langkah-langkah itu.
Kempen itu dilakukan sekumpulan orang yang sama
Bekas senator DAP negeri Selangor Dr Ramakrisnan dan timbalan pemuda DAP kebangsaan Lim Eng Guan, pada 2 tahun lepas telah mengadakan aktiviti di kawasan peti undi di situ, mengikut laporan dari gabungan DAP negeri Johor, jika tidak ada halangan mereka berdua masing-msing akan bertanding di kerusi Parlimen Labis dan kerusi DUN Bekok.
Kain rentang itu tertulis "We Want Lim Guan Eng But Not Lim Eng Guan", dengan jelas mereka datang untuk menghentam Lim Eng Guan.
Oleh kerana pihak bawahan DAP telah memilih calon bertanding untuk DUN Bekok datangnya dari Chaah, sebab itu ceramah politik pada malam tersebut yang di Chaah menyebabkan pemuda-pemuda DAP membantah dan rasa tidak puas hati, mereka lakukan tunjuk perasaan disasarkankepada Lim Eng Guan.
Selain dari tindakan itu, pada 19 Februari juga ada orang di Labis, Bekokdan Chaah menaikkan kain rentang terpapar perkataan "kami mahu calondari kalangan orang Cina di Parlimen Labis", selepas itu kain rentang tersebut diturunkan segera oleh DAP.
Mengikut maklumat dari ahli bawahan DAP, tindakan seperti di atas itu adalah dari sekumpulan orang yang sama.
Terjemahan: Sulaiman Koh Abdullah 05 April 2013 430 karakter Sent from my iPad |
Rakyat Malaysia digalak amal 6 perkara elak hipertensi - Nasional - @SinarOnline Posted: 07 Apr 2013 10:49 PM PDT ![]() Datuk Seri Liow Tiong Lai JOHOR BAHRU - Seramai 12.8 peratus penduduk di negara ini tidak menyedari mereka menghidapi penyakit hipertensi ataupun penyakit darah tinggi kerana tidak pernah menjalani saringan kesihatan sebelum ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dalam masa yang sama data Kajian dan Morbiditi Pesakit (NHMS) 2011 juga mendapati tiga daripada empat pesakit hipertensi yang mendapat rawatan, hanya satu pertiga sahaja yang mencapai kawalan tekanan darah seperti yang disasarkan. "Sehubungan itu sempena Hari Kesihatan Sedunia tahun ini saya ingin mengambil kesempatan menyeru rakyat Malaysia mengamalkan enam langkah untuk mengelakkan kemungkinan kita mendapat penyakit hipertensi," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan bertemakan Tekanan Darah Tinggi yang diadakan di Hospital Permai, Tampoi di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Kesihatan Awam Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman. Menurutnya amalan pertama ialah sentiasa memastikan tekanan darah berada di paras optima dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan pada masa kini terdapat banyak mesin yang boleh diperoleh daripada farmasi untuk mengukur tekanan darah. Beliau berkata selain itu pengambilan garam juga perlu dikurangkan kepada lima gram sehari kerana kajian mendapati purata pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). "Kita juga harus menjadi rakyat yang kekal aktif setiap hari dengan melakukan aktiviti fizikal dengan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, tiga hingga lima kali seminggu. "Kekalkan juga BMI unggul pada ukuran 18.0 hingga 24.9kg/m kerana pengurangan berat badan mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes selain berhenti merokok untuk mengelakkan risiko penyakit jantung, strok dan kanser," katanya. Katanya langkah keenam ialah menggunakan teknik 10B dalam menangani tekanan iaitu bertenang, bernafas dengan dalam dan perlahan, belajar untuk relaks, beribadat, berkongsi perasaan, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikir secara positif. Menurutnya semua amalan itu jika dijadikan amalan, beliau percaya ia mampu mencegah dan mengawal penyakit hipertensi dalam kalangan rakyat di negara ini. - Bernama Sent from my iPad |
Blog Breaking Puzzle : 17 Janji Terbaik #ManifestoBN #PRU13 Posted: 07 Apr 2013 09:19 PM PDT Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam. Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat. Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia. Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai. Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji. Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan. Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu. Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan. Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan. Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara. Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong. Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan 'Janji Ditepati' sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu. Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji. Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan. Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato' Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN. baca selanjutnya : |
PKR Makin Parah Calon Pilihan @Anwaribrahim Di-booo Penyokong Sendiri Posted: 07 Apr 2013 06:59 PM PDT Mengejek Calon Pilihan Anwar: Bukti Penyokong PKR Tidak Hormat Anwar Lagi Ramai yang terkejut apabila calon pilihan Anwar untuk kerusi Parlimen Indera Mahkota telah diboo oleh penyokong PKR sendiri. Calon tersebut ialah Dato' Fauzi Abd. Rahman yang juga Pengerusi PKR Pahang. Penyandang kerusi tersebut ialah Azan Ismail tetapi telah ditukarkan ke Terengganu, iaitu keputusan yang jelas tidak dipersetujui oleh akar umbi PKR. Akar umbi tidak bersetuju dengan calon pilihan pemimpin tertinggi sebenarnya bukanlah pelik, malah ia hampir tidak boleh dielakkan dari berlaku di sesetengah kawasan bagi semua parti setiap kali pilihanraya. Namun, yang menjadikannya satu isu besar ialah tindakan penyokong PKR yang langsung tidak menghormati 'pemimpin Anugerah Tuhan' iaitu, Anwar Ibrahim. Penyokong PKR telah bertindak mengejek Dato' Fauzi sehingga memaksa pengumuman diulang tiga kali oleh Anwar. Khabarnya, ada juga yang bertindak meninggalkan majlis. Kita masih boleh memahami jika mereka mengambil sikap memusuhi Dato' Fauzi, tetapi kita hairan ke manakah hilangnya rasa hormat penyokong PKR terhadap bakal Perdana Menteri mereka ini? Kita juga difahamkan bahawa akar umbi kawasan tersebut lebih menyukai penyandang, iaitu Azan Ismail tetapi takkan 'menyayangi Azan sehingga sanggup memalukan Anwar'? Hilangnya perasaan hormat terhadap Anwar kemungkinan besar berpunca dari sikap kukubesi beliau yang ditunjukkan setiap kali pemilihan parti iaitu, enggan mendengar suara akar umbi dan membuat keputusan mengikut 'nafsu' sendiri. Jika Anwar tidak menghormati akar umbi, bagaimana akar umbi boleh menghormati Anwar? Dari satu sudut pula, kita tidak hairan jika Anwar tidak menghormati akar umbi kerana akar umbi PKR telah terbukti sebagai mempunyai sikap buta tuli iaitu, menyokong Anwar tanpa mengira apa pun salahlakunya yang telah terdedah dan terbukti. Bagi Anwar, suara orang yang akan menyokongnya walau apapun yang berlaku atau dilakukannya, tidak perlu diberi perhatian. Malah, Anwar bukan sahaja tidak menghormati mereka, tetapi langsung tidak prihatin pun mengenai nasib mereka. Anwar tidak kisah memperjudikan masa depan, malah nyawa penyokong-penyokongnya dengan sering menyeru mereka agar melakukan rusuhan. Sejak 1998 lagi, Anwar tidak kisah membahayakan penyokong-penyokongnya. Malah, Anwar secara terang-terangan mengimpikan 'Arab Spring' yang mana menyaksikan pertumpahan darah apabila penentang kerajaan memberontak dan menggulingkan kerajaan sedia ada. Apapun, kejadian di Kuantan ini memperlihatkan bagaimana Anwar sudah hilang 'auranya'. Anwar kini sudah menjadi 'manusia biasa' dan bukan lagi 'pemimpin hebat' di mata penyokong-penyokongnya. Tidak mustahil, kebanyakan penyokongnya hanya menyokong PKR kerana telah jauh terhasut agar membenci Barisan Nasional dan bukan lagi kerana menyanjungi atau mempercayai Anwar Ibrahim. Sekiranya ketandusan isu, Anwar mungkin boleh mencipta isu. Tetapi jika kehilangan 'aura', di manakah Anwar boleh mencarinya? Justeru, kalaupun Anwar menang dalam PRU kali ini, percayalah beliau akan menjadi Perdana Menteri paling hina dan paling tidak dihormati dalam sejarah politik dunia kerana rakyat, termasuk penyokong sendiri sudah terlalu amat maklum siapakah dirinya yang sebenar di sebalik watak-watak yang dipertontonkan kepada dunia! |
Posted: 07 Apr 2013 12:49 PM PDT 'Asal tolak Islam tidak dapat pahala' 7 April 2013 ![]() Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah. "Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan," katanya disambut sorakan penyokong Pas. Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam. "Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN) buat masjid bukan kerana Islam… dia nak kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital… semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar," katanya. Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu di sini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam. Menjelaskan dakwaan itu, Nik Aziz berkata, bukan sahaja penyokong Umno, malah ahli Pas yang riak dan bermegah diri menjalankan ibadah juga dianggap tidak mendapat pahala. "Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. Usahkan Umno, sokong Pas pun, kalau sokong Pas, tetapi riak, bangga diri juga tidak dapat pahala. "Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong terima Islam secara syamil, secara komprehensif… Apabila tolak Islam, maknanya tolak Allah. Islam mari (datang) daripada Allah," katanya. Kata beliau, Pas menerima Islam kerana agama tersebut sempurna dan menyatakan bukan sahaja orang Melayu menolak Islam, malah terdapat masyarakat di Timur Tengah turut menolak Islam. "Kita (Pas) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang menyebabkan sekarang timbul Arab Spring. Kerana apa tolak Islam? Kerana habis tempoh? Nabi sampai kiamat Islam dia guna," katanya. Ketika ditanya mengenai manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam, Nik Aziz berkata, semua yang diumumkan itu mengarut kerana secara ydasar Umno menolak Islam. Panglima : 1. Hanya PAS sahaja Islam. Selain PAS dikira bukan Islam walau menurut Al Quran dan Hadis Junjungan. 2. Islam PAS jenis tolak maulid Nabi, hina Nabi, Allah dikata mencarut, Allah duduk. Wahabi subur bawah rejim PAS selain Syiah. 3. Islam PAS juga yang bina hanya 1 masjid selama 22 tahun perintah Kelantan. Bila UMNO lakukan mereka kata itu tidak ikhlas. 4. Islam PAS juga benar kerana itu doa dan wirid mereka untuk menghancurkan UMNO bukan hancurkan musuh agama. Pelik kerana Islam Nabi Muhammad saw ajar doa hidayah kepada musuh agama. 5. Islam PAS juga mengajar meminta-minta dengan pengikutnya bukan memberi kepada mereka. 6. Islam PAS juga menyokong parti yang perjuang kalimah Allah diguna Kristian. 7. Islam PAS juga menganggap hanya Islam PAS yang diisi borang sahaja yang boleh bawa ke syurga. Adakah ini pandangan terakhir Nik Aziz sebelum PRU 13 atau sebelum beliau dicabut nyawa oleh Allah? Kadangkala mereka yang buang tabiat melatah ini petanda usianya sudah tidak lama. Semoga Allah beri taufik hidayah kepada kita semua. Berhati-hati berkata atau menulis sesuatu perkara... Sent from my iPad |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |