AZLI SHUKRI |
- Mengapa Sampai Begini Sekali Ramalan Sayuti Omar?
- Manifesto ke-13 BN Memalukan PAS
- Kejutan Penjelasan Nizar!
Mengapa Sampai Begini Sekali Ramalan Sayuti Omar? Posted: 07 Apr 2013 07:13 PM PDT 8 APRIL — Umno Perlis tentu berbahagia dan lega sakan malam ini kerana Pakatan Rakyat negeri itu telah mempamirkan politik tidak sekata dan tidak menunjukkan kesepakatan jitu dalam kerjasama. Ini ekoran hasrat PKR untuk mengumumkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya sebagai calon parlimen Kangar tidak tercapai apabila PAS terlebih dahulu mengumumkan calonnya untuk kerusi berkenaan. Kehadiran ribuan rakyat Perlis di ceramah perdana di Kuala Perlis malam ini antara lain untuk mendengar pengumuman rasmi Juanda sebagai calon kerusi parlimen Kangar. Anwar Ibrahim sendiri dijangka akan mengumumkan Juanda sebagai calon parlimen Kangar. Mereka yang hadir dikatakan ternanti-nanti pengumuman itu dan akhirnya pulang dengan rasa kecewa dan marah apabila nama Juanda tidak diumumkan. Kegagalan itu sudah pasti mengembira Umno kerana ia menggambarkan yang Pakatan Rakyat Perlis tidak mantap dan sekata. Peristiwa malam ini menjadikan Pakatan Rakyat Perlis kini sudah retak yang akan menunggu belah bila-bila masa saja. PAS beberapa hari lalu telah mengumumkan bekas pengurus besar Pos Malaysia Baharuddin Ahmad sebagai calon mereka untuk kerusi parlimen Kangar. PAS juga turut sama membolot dua lagi kerusi parlimen, Arau dan Padang Besar. Langkah PAS itu menghairankan ramai pemerhati politik dan merasakan parti itu tamak kerana membolot semua kerusi parlimen. Tindakan mengumumkan calon tanpa persetuan PKR itu satu perbuatan menghina. "Tuan apa sudah jadi dengan PAS Perlis ini?" begitulah tanya seorang yang sedang mengikut ceramah Pakatan Rakyat di Kuala Perlis menerusi telefon sebaik mengetahui yang nama Juanda tidak diumumkan malam ini. "Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat ini bang. Nampaknya impian ke Putrajaya akan tinggal mimpi saja, terburai di tengah jalan," katanya dengan nada kesal. "Abang bagi tahulah kepada PAS jangan tamak sangat..," katanya lagi penuh mengharap. Pemanggil ini tidak menyebut namanya tetapi dia mengakui sangat rapat dengan blog saya. Keluhan dari pemanggil itu merisaukan saya. Saya juga nampak begitu, PAS Perlis tidak menunjukkan semangat kerjasama yang baik dengan rakan mereka. Apa yang berlaku di Perlis itu semacam ia disengajakan dan ada motif tertentu. Semacam ada elemen untuk mengkhianati Pakatan Rakyat. Sepatutnya PAS Perlis tidak berbuat demikian? Sikap tolenrasi yang tinggi seharusnya tunjukkan bukannya sifat tamak. Apakah ianya arahan dari PAS Pusat ataupun saja-saja pandai PAS Perlis? PAS pusat perlu melihat dan mengkaji semula tindakan PAS negeri berkenaan. PAS Pusat tidak patut membiarkan apa yang berlaku di Perlis itu diuruskan sendiri oleh PAS negeri itu. PAS Kuala Lumpur harus lebih bertanggungjawab terhadap PAS Perlis. Tidak mustahil kalau PAS membiarkan apa yang berlaku di Perlis itu tanpa dipantau, semua usaha dan pengemblengan tenaga selama ini untuk menumbangkan BN sia-sia sahaja. Paling mendukacitakan rakyat khasnya penyokong Pakatan Rakyat akan hampa di atas apa yang berlaku. Mereka akan hilang kepercayaan kepada UBN yang kini nampak semakin kemas dan sekata. Sikap PAS itu juga akan dijadikan bukti dan dalil besar oleh Umno bahawa parti-parti gabungan Pakatan Rakyat lebih mementingkan diri sendiri dari menjaga kepentingan rakyat. Apakah yang berlaku di Perlis itu atas kehendak tokoh spiritual PAS Perlis Haron Din? Apakah tindakan itu adalah atas ilham dan wahyu daripada Haron Din yang baru-baru ini telah memberi kata dua yang memedihkan kepada Anwar Ibrahim berhubung jawatan perdana menteri? Beberapa minggu lalu Haron Din dilaporkan telah menemui Anwar dan memberi formula mengenai jawatan perdana menteri. Sebenarnya formula dikemukakan Haron Din itu sudah dianggap "mabuk todi" kerana belum apa-apa beliau sudah bercakap siapa lebih layak menjadi PM sedang kemenangan masih berada di dalam laut. Saya yakin isu calon dan pembolotan kerusi ini kalau tidak diselesaikan secara baik Pakatan Rakyat Perlis akan bergolak di mana natijahnya nanti satu kerusi pun tidak akan berjaya ditawan. Orang-orang PKR yang mengundi di semua kawasan di Perlis akan membalas dendam sama ada tidak keluar mengundi ataupun mereka akan undi UBN. — msomelayu.blogspot.com |
Manifesto ke-13 BN Memalukan PAS Posted: 07 Apr 2013 05:40 PM PDT 13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama: * Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah * Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni * Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan * Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah * Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri * Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat * Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat * Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat * Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji * Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan * Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok Ulasan saya : Sekurang-kurangnya UMNO berani mempertahankan syiar dan syariat Islam dan dimasukkan ke dalam manifesto, tetapi malang manifesto PR tidak berani menyatakan prinsip perjuangan PAS. |
Posted: 07 Apr 2013 01:02 AM PDT IPOH, 7 April — Dengan memegang kepercayaan "jalan untuk ke hati adalah melalui perut", bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah bekerja untuk memenangi hati pengundi Umno dengan membelanja mereka sarapan pagi di kedai kopi kegemaran mereka setiap pagi Jumaat. Acara mingguan ini boleh meleret sehingga dua jam dan kebiasaannya diadakan di kawasan majoriti Melayu di kawasan Nizar - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang di daerah Seri Menanti dan di kerusi parlimen Bukit Gantang. Sasaran beliau adalah untuk memenangi undi Melayu Perak, yang dilihat oleh pemerhati paling sukar untuk dimenangi Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2013, akan tetapi Nizar mengatakan strategi sarapan paginya telah memberi keajaiban dengan penyokong setia Umno ini. Dengan hanya mendapat 28 peratus sokongan Melayu pada Pilihan Raya 2008, Nizar mengatakan tinjauan dalaman dan luaran telah memberi indikasi gabungan DAP-PKR-PAS di bawah PR akan mendapatkan sekurang-kurangnya 32 peratus undi Melayu dalam pilihan raya akan datang. Beliau dengan yakin menjangkakan kemenangan 38 kerusi DUN bagi Pakatan Rakyat (PR), yang akan membenarkan gabungan itu menubuhkan kerajaan negeri dengan majoriti selesa 17 kerusi dalam 59 kerusi DUN keseluruhan. "Mereka suka sarapan percuma … mereka boleh pesan apa saja mereka mahu," kata Nizar kepada The Malaysian Insider dalam wawancara baru-baru ini. "Mereka melakukan penyalahgunaan dengan mengambil rokok juga … tetapi kita tidak keberatan untuk membayarnya." Sebagai balasan, Nizar menerangkan beliau diberi peluang untuk mendekati secara terus dengan pengundi ini dan menjawab segala kritikan terhadapnya sepanjang empat tahun lalu. Beliau berkata penyokong pro Barisan Nasional (PR) akhirnya berani mendekatinya dan bercakap dengannya, memberikan peluang kepadanya untuk menjelaskan pendirian PR dalam pelbagai isu kunci disamping mengingatkan mereka tentang rampasan kuasa 2009 yang menyaksikan kedudukan beliau sebagai menteri besar menjadi pendek. Ceramah PR kebiasaannya tidak dihadiri oleh pengundi ini, terang Nizar, mengatakan pengundi Melayu dipendalaman Perak kebiasaannya tidak mahu melayan pemimpin PR. "Mungkin otak mereka telah dicuci oleh media Umno. Anda benar mengatakan kami mempunyai banyak penentangan dari pengundi Melayu di kawasan pendalaman," katanya. "Tetapi ini adalah benar setahun setengah dahulu, sekarang kami telah berjaya mengubah senario itu. "Contohnya, saya berjaya meyakinkan di kawasan saya, sekumpulan kontraktor Umno yang sebelum ini percaya saya adalah boneka DAP dan tidak mampu berdikari," kata ahli politik berumur 56 tahun dan memakai cermin mata. "Tetapi apabila mereka menyoal saya dengan sendiri dan yakin jika ini adalah kesnya, maka apa yang mereka percaya sebelum ini hanya pembohongan." Semasa perbualan dalam sarapan anjuran beliau, Nizar berkata, pasukannya juga mengedarkan CD, risalah dan pelbagai bahan maklumat apa yang pemimpin lantang itu terangkan sebagai "peluru perang" untuk menyerang musuh-musuh politik PR dalam BN. Paling hebat di kalangan ini adalah dua belah gambar bersaiz A4 berkilat, menunjukkan gambar muda, seakan "remaja seperti" Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan cin berlian bernilai RM24 juta yang beliau dituduh membelinya. Muka sebelah gambar menunjukkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan lembunya, kata Nizar sambil tertawa merujuk kepada kes kontroversi bekas senator itu dalam skandal Pusat Fidlot Kebangsaan. Bahan-bahan ini juga diedarkan secara peribadi ke rumah mereka yang pekerja-pekerja pilihan raya parti kenalpasti sebagai penyokong kuat Umno dan BN, katanya. "Dan mereka (pengundi) juga meminta lagi," kata Nizar ketawa, sambil menambah teknik kempen telah membantu kempen PR untuk membuktikan tuduhan berlebih-lebihan yang dikatakan pemimpin Umno. "Mereka mahu meletakkan gambar dalam bingkai kerana begitu indah ... berkilat dan berkilat," katanya. Sentuhan peribadi untuk kempen PR, menurut Nizar, telah membantu meningkatkan sokongan orang Melayu, yang dilihat sebagai kunci kepada harapan untuk menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya 2013. Beliau menambah ramalan menang 38 kerusi beliau ladalah "konservatif" sebagai mereka dalam kalangan Umno yakin bahawa BN hanya boleh menang di 24 daripada 59 kerusi negeri. Untuk membentuk sebuah kerajaan yang majoriti mudah, mana-mana pakatan perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 daripada 59 kerusi. Dalam Pilihan Raya 2008, parti pembangkang DAP, PAS dan PKR mencatatkan kemenangan kejutan apabila menang di 31 kerusi DUN, membenarkan ia untuk membentuk kerajaan negeri Perak dengan majoriti tiga kerusi kecil. Tetapi hampir setahun kemudian pada bulan Februari 2009, pemberontakan kuasa dicetuskan oleh pembelotan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri menyaksikan kerajaan Nizar digulingkan daripada tampuk pentadbiran negeri. "Sekarang, anggaran kami adalah bahawa PR akan menang 38 kerusi ... 18 dari DAP, 10 daripada PAS dan 10 yang lain dari PKR," kata Nizar, yang dikatakan mungkin menjadi calon Menteri Besar sekiranya PR memenangi pilihan raya akan datang. Nizar, seorang jurutera, tidak akan bertanding semula di kerusi parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum 2013 dan mungkin berpindah dari kerusi DUN Pasir Panjang ke Changkat Jering. Changkat Jering, kerusi negeri di kawasan Parlimen Bukit Gantang, kini dipegang oleh Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu, yang merupakan salah satu daripada tiga ADUN PR yang membelot sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak. Dalam Pilihan Raya 2008, Nizar menewaskan calon MIC Dr S Vasan bagi kerusi DUN Pasir Panjang dengan 4,474 undi, mendapat 11,994 undi berbanding calon BN yang mendapat 7,520 undi. Nizar bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang pada April 2009 pada kemuncak krisis perlembagaan negeri yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak dan mendapat majoriti 2,789 undi berbanding calon Umno Ismail Safian. (Sumber klik sini) Ulasan saya : 1. Bukankah ini dinamakan rasuah? 2. Jika para ahli UMNO didekati dengan belanja sarapan pagi dan sekotak rokok, apa pula yang diperoleh ahli PAS? 3. Setelah ahli-ahli UMNO dikutuk, dicaci dan dimaki kononnya menolak Islam, menolak hudud, solat ahli UMNO tidak diterima Allah, UMNO penggalak rasuah, ahli UMNO kafir kerana berfahaman kebangsaan - tiba-tiba undi ahli UMNO ini juga yang korang mahukan..cakap sesedap mulut..bila sampai masanya baru korang sedar, tiada undi ahli UMNO jarang harap nak menang. 4. Untuk pengetahuan Nizar...kami berpegang dengan kata-kata Nik Aziz..orang kasi ambik..orang beri jangan ditolak..tapi mengundi PAS jangan harap..ada faham? |
You are subscribed to email updates from AZLI SHUKRI TODAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |