Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Sahabat-Gunung

$
0
0

Sahabat-Gunung


Pelaburan Ke Iskandar Malaysia/Johor Bakal Terjejas Jika Pilih Pembangkang- Nur Jazlan

Posted: 06 Apr 2013 11:52 PM PDT



Pengerusi UDA Holdings Bhd Datuk Nur Jazlan Mohamed bimbang pelaburan berbilion ringgit yang diterima Iskandar Malaysia dan negeri Johor ketika ini berkemungkinan akan terhenti sekiranya pengundi melakukan kesilapan memilih parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

"Pembangkang telah secara terang-terangan menolak dan mahu membatalkan projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi
Johor, oleh itu pengundi perlu berfikir sebaik-baiknya tentang kesan besar undi mereka terhadap ekonomi Johor dan Iskandar Malaysia," katanya kepada Bernama dalam temu ramah hari ini.
           
Nur Jazlan, akauntan bertauliah dan anggota Parlimen Pulai sebelum Dewan Rakyat dibubarkan Rabu lepas, berkata jika pembangkang menolak pembangunan yang kerajaan laksanakan di Johor (dan Iskandar Malaysia), ia akan menjejaskan secara keseluruhannya usaha negara untuk mencapai Wawasan 2020.

Sejak dilancarkan akhir 2006, Iskandar Malaysia yang berkeluasan 2,217 km persegi meliputi beberapa daerah di selatan Johor, berjaya menarik sebanyak RM110 bilion pelaburan dari dalam dan luar negara.

Pada tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional turut melancarkan projek Kompleks Petrokimia Bersepadu Pengerang (PIPC) serta projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID).

Kedua-dua projek itu, yang bakal menjadikan Malaysia sebagai hab industri minyak dan gas Asia, dijangka akan memulakan operasinya pada 2016.

Beberapa pelabur dalam dan luar negara telah pun menyatakan komitmen mereka untuk melabur berbilion ringgit di PIPC, manakala Petronas pula dijangka akan melabur RM60 billion dalam projek RAPID.

Bagaimanapun, pembangkang dalam manifesto PRU13 yang dilancar pada Februari lepas menyatakan bahawa mereka akan mengkaji semula kesesuaian projek RAPID terbabit.

Beberapa pemimpin pembangkang sebelum pelancaran manifesto itu juga mahukan projek RAPID itu dibatalkan atau saiznya dikecilkan atau ia dipindahkan ke kompleks petrokimia milik Petronas sedia ada di Kerteh.

Sementara itu Nur Jazlan berkata keyakinan pelabur Singapura yang kini mulai melabur secara aktif di Iskandar Malaysia dibimbangi akan turut terjejas jika pembangkang memenangi banyak kerusi di Johor.

"Pelabur Singapura mulai melabur secara aktif di Iskandar dan ia membuktikan mereka berkeyakinan Barisan Nasional akan menang dalam PRU13, tetapi undi kepada pembangkang boleh menjejaskan keyakinan mereka," katanya.

Jika pelabur Singapura itu tidak berkeyakinan BN akan memenangi PRU13, kata Nur Jazlan, mereka tidak akan melabur di Johor dan Iskandar Malaysia dan akan menunggu sehingga selepas pilihan raya umum sebelum membuat keputusan.

Anwar Tunduk Pada Desakan Azmin

Posted: 06 Apr 2013 11:44 PM PDT


Sejak dari tahun 2012 lagi PKR telah menghebahkan kepada umum bahawa Presidennya, Wan Azizah yang juga merupakan isteri kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bakal bertanding di kerusi DUN dalam negeri Selangor.

Mendengar berita tersebut ramai penyokong PKR yang bergembira menyambutnya lebih-lebih lagi dari kalangan ahli PKR yang anti kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Masuk tahun 2013 sehingga hampir kepada saat Dewan Rakyat mahu dibubarkan, ura-ura tersebut semakin kuat diperkatakan, tapi belum pun sempat ia menjadi kenyataan, tiba-tiba Azmin mencucuk Anwar untuk campur tangan.

Bukan satu rahsia pun di Selangor, semenjak pasca PRU 12 2008, Azmin telah memasang cita-cita untuk menjadi Menteri Besar dan telah beberapa kali melakukan sabotaj untuk memaksa Khalid Ibrahim turun dari kerusi empuk itu.

Dengan membawa masuk Wan Azizah yang juga merupakan seteru Azmin, ia mengurangkan tekanan kepada Khalid sekaligus mengurangkan pengaruh Azmin di kalangan pemimpin dan ahli PKR Selangor.

Tapi Azmin bukannya kecil anak, hubungan dengan Anwar cukup rapat jauh lebih akrab berbanding hubungan Anwar dengan Wan Azizah ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghalang Wan Azizah dari bertanding di mana-mana DUN di Selangor.

Suka atau tidak, Anwar terpaksa tunduk dengan tuntutan Azmin, ini hakikat yang tidak mampu Anwar elakkan. Jika ura-ura Wan Azizah bertanding DUN menjadi kenyataan ia akan menjadi batu penghalang yang besar kepada cita-cita Azmin.

Justeru itu tidaklah pelik apabila selepas Parlimen dibubarkan tiba-tiba sahaja Anwar mengumumkan isterinya tidak akan bertanding dalam PRU13. Itu petanda jelas betapa kuatnya pengaruh Azmin ke atas Anwar.

Vote Wisely To Avoid Water Crisis, Peter Chin Tells S’Gor Voters

Posted: 06 Apr 2013 10:45 PM PDT


 
People in Selangor have a clear option to avoid a water crisis by voting wisely in the coming election for a government that will run the state efficiently in the next five years, says Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin.

He alleged that the obstructionist policies of the Pakatan Rakyat-led state government for the last five years had almost frustrated efforts by the federal
government to ensure adequate water supply to Selangor, the country's premier economic region and fastest growing state, as well as Kuala Lumpur and Putrajaya.

"So if you ask me, what can the people of Selangor do to end all the uncertainties about the security of their water, my advice is this -- they have to be wise in voting for the government that will run the state. 

They must take this water issue seriously. Do they want a government that does nothing except to politicise this issue and to continue to deny that there is a water shortage?" Chin said in an interview with Bernama.

He criticised the Selangor government for coming out with all sorts of unreasonable and ridiculous arguments to block projects undertaken by the federal government to ensure the long-term water security.

The most glaring among this was its opposition to granting the development order for the Langat 2 water treatment plant which is a vital component for the raw water transfer project from Pahang that was already over 70 percent
completed, Chin said.

"So, what is wrong in having this project?" he asked.

"They (Selangor state government) even accused us of awarding this project to our cronies. But we are implementing it in a transparent manner via open
tender. So to the voters of Selangor, please think hard. You can solve this problem once and for all at the ballot box. And the federal government has made a final decision to go ahead with the Langat 2 project in the national
interest," Chin stressed.

He said the conflicting signals given by the current Selangor government on
water only added to more confusion. For example, it kept on denying there was a water shortage but at the same time it had agreed to the implementation of several mitigation projects.

The federal government had to agree to these mitigation projects to avoid a water crisis in the short-term but these were only stop-gap measures to meet the demand only from 2014 to 2016 because in the long-term, Langat 2 was the only solution.

"That is why we have already decided we will go ahead with the project. We will award the tender," he said.

According to Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) or the National Water Services Commission, without Langat 2, water reserves from 2016 would only be around 0.5 percent or 26 million litres "which is nothing because even one housing project needs two to three million litres,", Chin said.

""So how long can 26 million (litres) last? By 2017, we are talking about a deficit of 2.9 percent if there are no other sources even with mitigation projects in place, plus whatever we have now. And in terms of absolute figure, it's 146 million litres (equivalent) of water shortage.

"And then by 2018, it's going to be worse again, hitting 6.6 percent shortage. So if you go on, by 2020 if there are no other sources and without Langat 2, (this would be) over 14 percent deficit. Now (with) this 14 percent deficit, who will be hit? Your house? My house? (Selangor menteri besar) Tan Sri Khalid's (Ibrahim) house? Or the prime minister's (Datuk Seri Najib Razak) house?

"We will be forced to ration water. Are we prepared for water rationing? So there is absolutely no reason why anyone should oppose Langat 2," Chin said.

Chin said he was only hoping for Khalid to use common sense in tackling the
water issue.

He said SPAN, as the ultimate water authority in the country, could not continue to approve new development projects that could come on stream within the next two or three years if there was not enough water to go by.

Manifesto Pakatan Negeri Kedah Tiada Yang Istimewa

Posted: 06 Apr 2013 09:24 PM PDT


Manifesto pakatan PAS, PKR dan DAP negeri untuk pilihan raya umum ke-13 yang dilancarkan malam tadi menjanjikan kerajaan
yang mengambil berat berat hal ehwal rakyat namun tidak menekankan secara khusus arah tuju pembangunan negeri.

Manifesto mengandungi 15 perkara itu antaranya menawarkan sebuah pentadbiran yang cekap dan memberi komitmen untuk meningatkan skop pendidikan Islam melalui program pembangunan belia dan menyuburkan proses pendidikan sepanjang hayat.

Skim mikrokredit akan diwujudkan untuk pengusaha kecil dan masyarakat pertanian, memajukan sektor IKS sedia ada dan konsep bijak kerajaan-swasta.

Kali ini tiga parti itu mengeluarkan satu manifesto negeri, berbeza dengan pilihan raya 2008. Ia dilancarkan sama hari dengan pelancaran manifesto Barisan Nasional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur.

Tiada yang luar biasa disentuh mengenai pembangunan tanah; pertanian; kebajikan dan pembangunan sosial; kemudahan asas; pihak berkuasa tempatan; pembangunan insan; hal-ehwal wanita; hak kepentingan bukan Islam; pelancongan; belia; dalam manifesto itu.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berucap sebelum manifesto dilancarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi
berkata PR telah menunaikan lebih 80 peratus janji manifesto 2008 dan menegaskan pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil ialah lambang kejayaan PAS mentadbir Kedah selama lima tahun.

Sementara itu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata BN negeri akan melancarkan manifesto peringkat negeri dalam beberapa hari lagi selepas pelancaran manifesto BN 'Menepati Janji Membawa Harapan' oleh Najib sebagi pengerusi BN malam tadi.

Bantuan tambahan nelayan terjejas di Sabah - Noh

Posted: 06 Apr 2013 08:59 PM PDT



KERAJAAN akan menyalurkan bantuan tambahan RM500 (one off) untuk elaun sara hidup nelayan yang terjejas mata pencarian berikutan insiden pencerobohan pengganas di timur Sabah.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, bantuan itu bagi membantu meringankan beban nelayan yang tidak dapat turun ke laut susulan insiden itu, khususnya di daerah ini, Semporna dan Kunak.

Untuk tujuan itu, beliau berkata, Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menjalankan kajian secara adil dan terperinci bagi mengenal pasti nelayan berkenaan.

"Selepas mendapat pengesahan daripada setiap Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan pemimpin tempatan, kita akan beri bantuan tambahan RM500 (one off) kepada setiap nelayan yang benar-benar terjejas akibat pencerobohan itu dengan kadar segera," kata Noh.

Noh bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian elaun sara hidup RM200 kepada 152 nelayan serta sumbangan bantuan kepada peladang, petani dan nelayan di sini.

Turut hadir Ahli Parlimen Silam, Dr Salleh Kalbi dan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Sabah, Jaini Ating.Menurut Noh, bagi petani yang pendapatan mereka terjejas dan tanaman musnah disebabkan insiden sama, mereka juga akan dibantu menerusi peruntukan berjumlah RM100,000 yang disalurkan melalui Pertubuhan Peladang Kawasan Lahad Datu dan Kunak untuk diagihkan kepada ahli-ahli mereka.

Pada majlis itu, Noh menyaksikan penyampaian cek bernilai RM109,000 sumbangan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NE KMAT) oleh pengerusinya, Mohamad Dolmat kepada Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PEN GASAH) untuk diagih kepada tiga PNK iaitu Kunak, Semporna dan Lahad Datu.

Persatuan Nelayan Kebangsaan turut mengumpulkan sumbangan RM66,000 daripada anggotanya di seluruh negara untuk Tabung Perwira Lahad Datu.

Sebelum ini dilaporkan, kejadian pencerobohan pengganas Sulu itu turut menyebabkan pendapatan nelayan khususnya, nelayan laut dalam, terjejas sedikit kerana tidak dibenar memasuki perairan Tungku yang merupakan kawasan Operasi Daulat.

Seorang nelayan, Mohammad Emmu, 54, berkata, perasaan khuatir terhadap keselamatan masyarakat nelayan sejak pencerobohan pengganas Sulu itu, bersyukur kerana pasukan keselamatan dapat mengawal keadaan.

"Selepas 10 hari (pertempuran di Kampung Tanduo), nelayan mula ke laut untuk menangkap ikan walaupun di sekitar kuala ini sahaja," kata bekas nelayan itu.

Pengerusi PNK Lahad Datu, Jaafar Alam pula berkata, golongan nelayan di Lahad Datu kini selesa menjalankan aktiviti mereka di bawah pengawasan polis Marin.

Kedudukan Pangkalan Polis Marin Wilayah 4, di pintu kuala Lahad Datu, kira-kira lima kilometer dari pekan itu membolehkan polis marin memantau sebarang ancaman dari lautan terbuka.

Jaafar berkata, insiden pencerobohan pengganas Sulu sejak lebih sebulan lepas itu mengimbau tragedi rompakan sekumpulan lanun pada 1985 yang memasuki pekan Lahad Datu.

Jaafar berkata, terdapat kira-kira 25 kapal nelayan berdaftar di bawah PNK Lahad Datu dan berlabuh di jeti Ko-Nelayan.

Manifesto BN Tepat Pada Masanya

Posted: 06 Apr 2013 08:35 PM PDT



Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan malam ini, tepat pada masanya dan menidakkan manifesto parti pembangkang.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata manifesto pembangkang adalah satu khayalan yang boleh menyebabkan kerugian kepada negara, jika dilaksana.

"Parti lawan tidak tahu apapun tentang kedudukan kewangan negara, sebab tu buat manifesto yang agak bodoh," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Janji 1Malaysia Rakyat Didahulukan sempena pelancaran manifesto BN 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata Aku Janji BN itu menepati aspirasi semua lapisan masyarakat di negara ini, terutama mereka yang berpendapatan rendah, menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau berkata harapan rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri juga akan menjadi realiti melalui pembinaan 1 juta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun.

Manifesto yang selari dengan slogan 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu juga menjanjikan kesaksamaan kepada semua kaum, katanya.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata manifesto BN tidak meminggirkan kaum India dalam menikmati arus pembangunan negara.

"Janji BN untuk meneruskan peruntukan khas dan memperkenal sistem pembelajaran serta pengajaran mudah Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil juga membuktikan kerajaan serius untuk menghasilkan pelajar cemerlang di Sekolah Tamil," katanya.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata wanita
Malaysia diminta terus memberi mandat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di bawah pentadbiran beliau, kedudukan dan peranan golongan itu dalam pembangunan negara diberi tempat yang penting.

"Apa yang kita nak adalah kestabilan negara, perpaduan antara kaum, kemajuan ekonomi dan juga peluang baharu untuk tujuan memperkasakan wanita hari ini," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut bersetuju bahawa manifesto yang dibacakan Najib malam ini sebenarya merupakan satu Aku Janji yang dapat memenuhi kehendak kumpulan sasar.

"Sekarang ini 60 peratus pengundi terdiri daripada pengundi yang tinggal dalam bandar, langkah BN untuk mewujudkan satu kementerian baharu yang khusus untuk kesejahteraan penduduk di bandar ini merupakan satu langkah yang tepat," katanya.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata manifesto itu tidak akan menyebabkan negara mengalami krisis kewangan kerana mengambil kira kemampuan kewangan negara.

"Ini tidak bersifat retorik kerana ia mempunyai perincian yang cukup meyakinkan, dan kami yakin dapat melaksanakannya jika diberi kepercayaan rakyat untuk memimpin lima tahun lagi," katanya.

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koo pula menyifatkan Aku Janji yang dibentang Presiden BN itu adalah janji yang tetap akan ditepati demi kebaikan
rakyat.

"Saya berharap dengan manifesto itu dapat meraih lebih banyak kepercayaan rakyat kepada BN, dan seterusnya dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya BN menang dalam pilihan raya umum ke-13," katanya.

Ciri-ciri Aku Janji BN PRU13

Posted: 06 Apr 2013 07:57 AM PDT


CIRI-CIRI UTAMA:
  • BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
  • 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
  • Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
  • Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
  • Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
  • Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah 'perkongsian kemakmuran' bersama rakyat.
  • BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
  • Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
  • Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
  • Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
  • 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
  • Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
  • Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
  • Membina Lebuh raya Pan Borneo.
  • Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
  • Sekolah satu sesi diperluaskan.
  • Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
  • Transformasi sekolah vokasional.
  • 4,000 anggota Polis setiap tahun.
  • Penggunaan SafeCam.
  • Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

Inilah Aku Janji BN .... sebarkan .....

Posted: 06 Apr 2013 07:30 AM PDT

Rakyat Bakal Nikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia Lebih Lumayan

Posted: 06 Apr 2013 06:59 AM PDT



Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang bagi menangani kos sara hidup, jika parti komponen itu terus diberi mandat memerintah.

BN dalam manifestonya yang bertajuk 'Rakyat Didahulukan' yang dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, turut berjanji untuk mempertingkatkan bantuan Baucer Buku 1Malaysia kepada RM300 daripada RM250 pada masa ini, dan juga Bantuan Persekolahan daripada RM100 kepada RM150.

BN juga berjanji untuk menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja, dan membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

Dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup, BN juga berjanji untuk membuka lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia dengan memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta, yang akan turut dipasarkan di stesen minyak dan pasar raya besar.

BN juga akan melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.

BN juga berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus, serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Selain itu, yuran jalur lebar akan diturunkan sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.

BN Janji Wujudkan Sistem Pendidikan Antara Terbaik Di Dunia

Posted: 06 Apr 2013 06:50 AM PDT



Barisan Nasional (BN) berjanji untuk membawa sistem pendidikan negara ke taraf antara terbaik di dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.

Manifesto BN bertemakan 'Rakyat Didahulukan' yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, berjanji membawa Malaysia ke "tahap kategori tiga teratas" dalam sistem pendidikan terbaik dunia.

Selain itu BN turut menggariskan usahanya dalam membina kecemerlangan
pendidikan negara termasuk berjanji untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dengan menjadikannya mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memperbaiki penguasaan bahasa itu dan Bahasa Malaysia dari tahap prasekolah.

Perhatian juga terus akan diberikan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains dan Matematik, selain membentuk kemahiran berfikir yang tinggi di kalangan pelajar, serta mengembangkan persekolahan satu sesi, dan menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukan.         

BN juga berjanji menyediakan lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi, dan menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.

BN juga berjanji untuk menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

Mengenai komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak, BN berjanji memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti di kawasan tersebut, dan memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.

Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), BN berjanji untuk memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di kedua-dua sekolah tersebut.

BN juga akan menukar status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan berhasrat berbuat demikian, menurut Manifesto BN.

Selain itu, BN juga berjanji untuk meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk SKJC, SJKT, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.

Bagi guru pula, BN berjanji menyediakan laluan kerjaya baharu kepada 420,000 guru dengan membolehkan mereka dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi masing-masing.

Juga akan merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.

BN juga berjanji mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah pelajar sebanyak 20 peratus, serta menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Selain itu, juga akan memperkenalkan skim pemilikan laptop di sekolah-sekolah berasrama dengan kemudahan internet.

BN Terengganu Tunggu Lampu Hijau Dari PM Untuk Umum Calon- MB

Posted: 06 Apr 2013 05:52 AM PDT



Barisan Nasional (BN) Terengganu hanya akan mengumumkan senarai calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini selepas mendapat 'lampu hijau' daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau akan mengumumkan senarai calon BN selepas mendapat keizinan daripada Perdana Menteri.

Ditanya mengenai manifesto BN Terengganu Ahmad berkata manifesto tambahan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) itu bakal mengandungi pelbagai program dan projek untuk kepentingan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

"Manifesto berkenaan adalah tambahan kepada manifesto BN pusat yang dibuat berdasarkan keupayaan kewangan kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang pastinya akan ditepati.

"Kita akan lancarkan manifesto BN Terengganu apabila tiba masanya kelak kerana akan terdapat beberapa tambahan supaya ia selari dengan manifesto pusat yang akan dilancarkan di Kuala Lumpur malam ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bangunan Pondok Polis, di Padang Kubu, Kemaman di sini hari ini.

Turut hadir isteri Menteri Besar Toh Puan Norliza Mahmud, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa dan Pegawai Daerah Kemaman Mohamad Kamil Othman.

Terdahulu dalam ucapannya Ahmad mengucapkan tahniah kepada Polis Kontinjen Terengganu kerana kadar indeks jenayah di negeri itu berada di tahap kedua terendah dalam negara selepas Perlis.

"Melalui komitmen dan kerja keras oleh pegawai dan anggota polis, kejayaan ini dapat dicapai dan ia perlu dikekalkan supaya Terengganu terus menjamin
keselamatannya untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terus memberi sumbangan kepada Tabung Lahad Datu kerana ia penting bagi menaikkan semangat anggota keluarga perwira yang terkorban dalam insiden pencerobohan itu.

Tengku Razaleigh Yakin BN Kekalkan Parlimen Gua Musang

Posted: 06 Apr 2013 05:26 AM PDT



Ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin kerusi Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di bawahnya kekal di tangan BN pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata ini berikutan pengundi kawasan itu selesa dengan pembelaan yang diberi selama ini, namun begitu jentera BN masih perlu bekerja kuat untuk mendapat majoriti lebih besar.

"Kita di Gua Musang tidak ada masalah kerana rakyat nampaknya masih memberi sokongan kuat kepada kita dan kita yakin menang pada PRU-13 ini," kata Anggota Parlimen Gua Musang itu kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan jentera belia Parlimen Gua Musang di Bukit Chekati di sini hari ini.

Tiga kerusi DUN itu ialah Paloh, Galas dan Nenggiri.

Pembangkang Cari Kawasan Baru Kerana Rakyat Tolak Mereka- Tengku Adnan

Posted: 06 Apr 2013 05:16 AM PDT


Tindakan pemimpin pembangkang yang ingin mencuba nasib di kawasan baharu pada pilihan raya umum ke-13 jelas menunjukkan mereka takut ditolak rakyat selepas gagal berkhidmat dan membawa pembangunan sejak 2008.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Umno Datuk Seri Tengku Adnan 

Tengku Mansor menyifatkan langkah pemimpin pembangkang yang rata-ratanya mencari kawasan baharu yang selamat dan selesa sebagai tindakan pengecut menghadapi pengundi di kawasan asal.


"Mereka takut. Mereka berhijrah kerana tahu di tempat asal mereka tidak dapat sokongan kerana tak pernah berkhidmat. Mereka hanya pandai cakap, fitnah tetapi tidak pernah berkhidmat seperti mana yang dilakukan oleh wakil rakyat BN.

"Sebab itu mereka lari daripada kawasan asal. Mereka tidak boleh berdepan  dengan rakyat. Kalau mereka bertanding semula di tempat asal, mereka akan
ditolak rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bersama Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Tenaga Nasional Berhad hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Anggota Parlimen Putrajaya, berkata rakyat yang memberi peluang kepada pembangkang pada pilihan raya lepas, kini ternyata menolak kepimpinan mereka selepas menyedari hanya kerajaan BN mampu menunaikan janjinya.

Beberapa pemimpin pembangkang, antaranya, penasihat DAP Lim Kit Siang melahirkan hasrat meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timur untuk bertanding di Johor.

Begitu juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyuarakan keinginan meninggalkan Parlimen Permatang Pauh untuk bertanding di Perak. 

"Kita cabar mereka bertanding semula di kawasan masing-masing, khususnya yang bertanding di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Kenapa nak lari," kata Tengku Adnan.

Beliau berkata BN sedia menghadapi mana-mana calon pembangkang selepas membuktikan kemampuannya membawa pembangunan dan kejayaan sejak negara mencapai Merdeka lagi, dan rakyat yakin terhadap kepimpinan kerajaan BN.

Pakatan Parti Anak Beranak

Posted: 06 Apr 2013 04:45 AM PDT



Pakatan rakyat sering menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai parti kronisme dan mengamalkan budaya nepotisme, sedangkan realitinya membuktikan pembangkang itu adalah pengamal kuat ajaran nepotisme bagi mengekalkan pengaruh mereka dalam parti masing-masing.

Perkara itu jelas apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menamakan anaknya sendiri, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon di kerusi Rantau Panjang, yang sebelum ini disandang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Yussof.

Siti Zailah juga telah dipindahkan ke Parlimen Jeli untuk menetang Datuk Seri Mustapha Mohamed di kawasan "hitam" untuk PAS.

Persoalan yang timbul adalah kenapa penyandang kerusi Rantau Panjang yang sudah semestinya selamat untuk PAS di pindahkan ke Jeli yang amat sukar untuk dimenangi, sedangkan anak pemimpin PAS bertanding di kerusi yang mudah dimenanginya?

Malah, turut difahamkan sumber dalaman parti, wujud perselisihan dalaman apabila keputusan Nik Aziz itu tidak dipersetujui Siti Zailah apabila menolak keputusan berkenaan kerana tindakan itu seolah-olah untuk menamatkan karier politik ketua dewan muslimat berkenaan.

PKR juga difahamkan akan menurunkan "keluarga Anwar Ibrahim" untuk bertanding apabila bukan setakat Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Nurul Izzah Anwar akan bertanding, pembangkan itu dijangka akan turut mencalonkan seorang lagi anggota keluarganya, Nurul Nuha Anwar untuk turut sama bergelumang dalam kancah politik mereka.

Tindakan itu amat jelas menunjukkan Anwar mahu mengekalkan legasi keluarganya dalam parti bagi memastikan pengaruhnya tidak terkubur. Jangan terkejut jika suatu hari nanti, menantu dan cucunya juga akan bertanding dalam pilihan raya.

Tidak cukup dengan PAS dan PKR, DAP juga dijangka akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.


Malah, veteran DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, juga tidak terkecuali bekecimpung dalam politik, dan turut difahamkan, anak karpal, Jagdeep Singh juga akan turut dicalonkan sebagai calon untuk PRU 13.

Jelas sudah dimata rakyat Pakatan rakyat adalah parti keluarga dan pemimpin mereka akan memastikan dinasti mereka dalam parti akan tetap subur tanpa ada perasaan bersalah terhadap ahli dan anggota parti yang bertungkus lumus untuk perjuangan dan matlamat parti.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya.

Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang  dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?

Semua contoh di atas jelas membuktikan: Pakatan Rakyat memang parti anak beranak!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>