Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Taipingmali (tm)

$
0
0

Taipingmali (tm)


Nilai Kepimpinan Saya, Tidak Pernah Tikam Belakang, Kata Najib

Posted: 07 Apr 2013 01:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat menilai rekod kepimpinan beliau sebagai seorang yang setia kepada ketua dan tidak pernah "menikam belakang sesiapa pun" selama 37 tahun berada dalam arena politik.

Dalam ucapannya yang memulakan gerak kerja Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Perdana Menteri berkata beliau bermula dari bawah dan mendaki tangga kejayaan satu persatu sebelum mencapai kedudukan yang beliau miliki hari ini.

"Saya pun dah lama dalam kerajaan…daripada rambut hitam lebat sampailah rambut macam hari ini. Saya naik satu per satu, step-by-step. Dan saya tak tikam sesiapa dari belakang.

"Sebab salah satu prinsip dalam perjuangan adalah kesetiaan kepada ketua. Saya telah berkhidmat kepada tiga perdana menteri dan saya setia kepada tiga perdana menteri," katanya.

Najib selaku pengerusi BN berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 50,000 penyokong BN pada Perhimpunan Janji 1Malaysia sempena pelancaran Manifesto BN di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam ini.

Kata Najib, pilihan kini terletak di tangan rakyat sama ada mahu memilih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau beliau sendiri sebagai pemimpin negara pada pilihan raya umum akan datang.

"Dengan penuh rendah diri, kalau rakyat Malaysia jawab Najib, maka sokong dan undilah BN. Sebab saya tak boleh lakukan perkara ini (mentadbir negara) seorang…perlukan pasukan. Dan pasukan inilah yang akan bertanding, jadi perlu beri sokongan yang padu kepada pasukan," katanya.

Najib dalam pada itu berkata pembangkang tidak boleh diberi peluang mentadbir negara kerana gagal membawa kemajuan sepanjang lima tahun mentadbir empat negeri.

Beliau percaya, berdasarkan rekod pencapaian BN, rakyat kini lebih menyakini BN, malah menegaskan Anwar telah semakin hilang kepercayaan daripada orang-orang yang rapat dengannya.

"Yang terbaharu, Sidek Baba. Sidek Baba kata dia telah hilang kepercayaan kepada Anwar dan dia juga kata Anwar tidak layak jadi perdana menteri. Ini bukan saya kata. Ini rakan lamanya," katanya sambil disambut tepukan dan sorakan daripada hadirin.

Datuk Dr Sidek Baba merupakan bekas rakan karib Anwar yang sama-sama berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang bertindak meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini kerana tidak lagi yakin dengan kredibilitinya.

Tegas Najib, bukti Anwar semakin hilang sokongan juga dapat dilihat apabila daripada 34 pemimpin yang menubuhkan PKR kini hanya tinggal dua orang.

"Kalau orang yang tubuhkan parti sendiri sudah hilang kepercayaan, takkan rakyat tertipu untuk beri sokongan kepada pemimpin yang tiada track record dan kredibiliti," kata Najib.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah Politik Serang dan Gempur

Posted: 07 Apr 2013 01:07 AM PDT

Ceramah "Manifesto BN vs Pembangkang" jam 9 mlm ini 7/4 diBilik Gerakan Caw Felda Kampung Sertik, Karak, Pahang. Penceramah : Sdr Lokman Adam. BB Pin : 25C55165
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Manifesto BN PRU 13

Posted: 06 Apr 2013 08:49 PM PDT

GERAKAN KESEDERHANAAN GLOBAL

• Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin
• Menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015
• Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan
• Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun
• Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita
• Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah
• Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja

MEMULIHARA SUMBER SEMULA JADI

• Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas
• Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama
• Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan
• Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar
• Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan
• Menguatkuasakan undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama
• Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sisa pepejal

TAMAT

P/S - Apa yang Dato Seri Najib Bentangkan ini merupakan aku janji BN, ini bukan Manifesto. Kalau Manifesto, nanti ada org kata Manifesto Bukan Janji. Maknanya, apa yang BN janji ini, wajib BN laksanakan sepanjang tempoh 5 tahun yang mendatang. Mohon dipanjangkan.

Lokman Adam
Exco Pemuda UMNO Msia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Umno Gopeng.

Posted: 06 Apr 2013 08:41 PM PDT

Belum pun sejam TM menulis tentang masalah dalaman Umno yang masih ditakok lama. Ini pula pendedahan masalah Umno Gopeng. Mana-mana AJK Bahagian tak payahlah nak bawa nama-nama calon, Pengurusi BN negeri sudah ada nama yang akan dibawa ke atas, laporan-laporan agensi lain pun diambil kira. Pejabat Perdana Menteri pun sudah tahu siapa calon yang boleh menang. Tak perlu nak buat sidang media seperti ini.

Najib berjaya kembalikan semangat juang yang hilang di PWTC.

Posted: 06 Apr 2013 08:11 PM PDT



Sebelum ini TM pernah menulis satu artikel pendek yang menceritakan bahawa semangat PRU 13 telah hilang sebaik sahaja perwakilan persidangan agung Umno menutup tirai awal disember lalu. Semangat pilihanraya dan gendang pilihanraya hilang begitu sahaja selepas peserta dan pemerhati melangkah keluar dari pintu PWTC.

Semangat juang dan semangat peperangan dalam PRU 13 semakin hilang sehingga ke saat ini. Ini disebabkan oleh kerana parlimen belum dibubarkan, andaikan sehari atau dua hari selepas PAU, sudah tentu semangat peperangan mempunyai moral yang sangat tinggi.

Program malam tadi yang dibuat di stadium tertutup Bukit Jalil sudah cukup untuk mengembalikan semangat juang ahli Umno dan 13 komponen Barisan Nasional.

Di peringkat bahagian lain pula ceritanya.

Masih wujud satu persepsi negatif dikalangan pemimpin bawahan, mereka seolah-olah menganggap pilihanraya 13 ini seperti musim pemilihan Umno.

Majlis Tertinggi Umno pun telah menangguhkan persidangan tahunan Umno awal tahun ini kerana memberi laluan dan persediaan khusus untuk PRU 13 tetapi masih wujud pemikiran jumud dikalangan akar umbi yang masih tak faham-faham transformasi yang dibawa oleh Najib.

Ketua Penerangan Umno, Dato Ahmad Maslan telah pun mengarahkan supaya PDM dibuka dengan segera pada 1 Februari 2013 tanpa gagal. Kalau tak ada premis, buat bangsal pisang sikat pun sudah memadai.

Walaupun banyak PDM dan bilik gerakan telah dibuka tetapi fungsi sebenarnya masih belum berjaya. Pemikiran mereka masih ditahap lama. Paling mengecewakan ada ketua-ketua cawangan yang mengugut untuk menutup bilik gerakan dan PDM sekiranya calon yang dipilih bukan pilihan ketua PDM.

Ada juga AJK bahagian yang diamanahkan untuk menjaga PDM masih kedekut untuk menyalurkan wang perbelanjaan untuk PDM bekerja seperti perbelanjaan untuk anak-anak muda memasang bendera, banner dan bahan-bahan kempen yang lain.

Masih wujud ketua-ketua cawangan yang menjadi pengerusi PDM yang menjadi 'one man show' buat kerja sorang-sorang kerana nak makan sorang. Ada juga yang jadikan rumah Ketua Cawangan sebagai PDM dan  melantik isteri sebagai bendahari dan anak-anak menantu sahaja sebagai kutua-ketua unit. Ini berlaku kerana dia nak bolot semua peruntukan pilihanraya.

Hingga ke saat ini setelah parlimen di bubar , masih terdapat cawangan Umno atau peti undi yang masih belum membuka PDM. Alasannya ialah nak tunggu siapa calon.

PDM yang bertaraf one man show atau Sdn Bhd pun masih sunyi sepi samada siang atau malam. Apa nak jadi kalau ketua cawangan Umno mempunyai pemikiran sedemikian.

Baru-baru anak buah di Hulu Langat Selangor bercerita, masalah di bahagian dia masih seperti PRU 12, anak-anak muda tidak dipedulikan sebab ketua nak makan sorang, nak cokot peruntukan. Kata anak buah, "mereka yang buat kerja pasang bendera, panjat tiang, panjat pokok tetapi bila ajak makan, mereka dihidangkan nasi campur yang siap dihidangkan atas meja tetapi AJK makan ikan siakap duduk di meja bulat, mereka tak serik-serik lagi pengajaran PRU 12.

"Dulu Markiman Kobiran kalah bukan kerana Pas kuat tetapi orang muda Umno yang memberi pengajaran kepada beliau yang gagal menjaga anak buah dengan baik. Kali ini pun masih wujud puak-puak mengikut ketua masing-masing seolah-olah pertandingan pemilihan Umno, bukan PRU,"  kata anak buah TM yang hadir ke rumah masa majlis kerja kahwin minggu lalu.

TM dan the krew banyak meronda malam-malam ke beberapa kawasan parlimen dan mendengar keluhan-keluhan peringkat akar umbi.

Jika diikutkan jumlah PDM dan bilik gerakan BN lebih banyak dari UPU Pas. Pkr dan Dap langsung tak ada.

Dap tak perlu wujud bilik gerakan kerana network mereka hebat, mereka menggunakan kelab-kelab suku kaum atau lain-lain kelab dan pertubuhan untuk mereka bekerja. Mereka bekerja secara smart. Malah orang Dap juga tidak perlu mengerahkan tenaga anak-anak cina untuk menggantung sepanduk dan bendera Dap. Kerja itu telah dianugerah kan kepada pecacai Dap, tak lain dan tidak bukan orang Pas.

Beberapa minggu lepas, TM menceritakan bahawa Pas Taiping di Kampung Jambu ghairah memasang bendera Pas dan Dap di kawasan Kpg Jambu. (kesian warga emas Pas yang terpaksa menjadi balaci Dap).

 Wakil-wakil rakyat pula dilihat ada yang bersemangat bekerja tanpa memikirkan nama mereka akan dicalonkan atau tidak. Ada pula wakil rakyat yang sudah macam ayam berak kapur kerana dia sudah menghidu dan terasa kata-kata keramat Tun Daim. Ada juga yang sudah mengumumkan untuk tidak bertanding atau yang tidak berharap, seperti kata Khairy Jamaludin, walau kenyataan beliau nampak jelas bahawa beliau tidak berharap untuk dicalonkan, tetapi menteri besar beliau menegaskan KJ akan mempertahankan Rembau.

Apa pun TM berharap kepada semua ahli BN dan pemimpin Umno khususnya agar tidak menjadikan PRU 13 sebagai musim pemilihan Umno. Kena faham tu.... kira sedang berperang.. tak ada masa nak boikot calon jika dia bukan calon pilihan kita.

17 JANJI BARISAN NASIONAL JIKA MENANG PRU 13

Posted: 06 Apr 2013 07:17 PM PDT

MENANGANI KOS SARA HIDUP

• Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan
• Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150
• Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
• Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia
• Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar
• Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk
• Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja
• Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20% dengan jaminan bandwidth internet
• Memperkenalkan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas
• Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta

MENINGKATKAN KEHIDUPAN WARGA BANDAR

• Menstrukturkan semula Kerajaan termasuk mewujudkan Kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar
• Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan
• Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar
• Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam
• Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja
• Menyediakan kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar
• Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi
• Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan
• Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BONGKAR SIAPA PAK DIN KB

Posted: 06 Apr 2013 07:08 PM PDT


SIAPA DIA PAK DIN KB SEBENARNYA. MENERUSI TEMUBUAL INI AKAN TERJAWAB SEGALA PERSOALAN SIAPA DIA PAK DIN KB

PENDEDAHAN SIAPA PAK DIN KB

Posted: 06 Apr 2013 11:51 AM PDT


tunggu pendedahan sebenar HJ Hassan sahabat lama PAK DIN KB


PAS KAMUNTING KENA BELI

Posted: 06 Apr 2013 10:57 AM PDT


PAS ADALAH SEBUAH PARTI YANG MISKIN DUIT, MEREKA TERPAKSA MENGEMIS DENGAN ORANG LAIN

KATA BANG NON. PAK SHEIKH

Posted: 06 Apr 2013 10:37 AM PDT


ANAK CINA,, ANAK SAYA...
ANAK INDIA.... ANAK SAYA....
ANAK MELAYU.... ANAK SAYA...
ANAK SAMSIDAR... ANAK SAYA,

ANAK CINA ANAK CHINA DOLL, ANAK SAYA
ANAK INDIA ? NAK TAHU , TANYA DATO NALAKARUPAN

Anwar akan bertanding kerusi Dun Melaka.

Posted: 06 Apr 2013 10:18 AM PDT

Berita gempar ............
Al-Jub


Perkembangan terkini drp pejabat PKR.

Berdasarkan maklumat intelligence, Melaka akan jatuh ke tangan PR. Oleh itu keputusan sepakat telah dibuat bahawa Anwar akan menjadi KM Melaka, dan demi memenuhi cita2 tersebut Anwar akan bertanding di DUN Bukit China Doll ....... opssss

Idris Ahmad dah kebah demam, Nordin Jaafar demam terus tak kebah.

Posted: 06 Apr 2013 09:45 AM PDT

Idris Ahmad minggu lepas demam panas sampai ke teloq tapi hari ini dah kebah sebab Anwar Ibrahim tak jadi bertanding kerusi Parlimen di P59 Bukit Gantang.

Kesian YDP Pas Bukit Gantang, sekali lagi gagal untuk bertanding Dun Changkat Jering.
Jelas menunjukkan Ust Nordin Jaafar bukan winanble candidate...
Elok lah lepas jawatan, buat apa duduk dalam Pas kalau dah tak boleh perform.

Meriam Umno lawan Meriam Pas.

Posted: 06 Apr 2013 09:23 AM PDT

Meriam Umno
Meriam Pas Udah Ruper Keranda
Ada kah meriam dua laras macam ni? Ini meriam kegemaran Anwar Ibrahim , heheheheheheh!!!!

BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

Posted: 06 Apr 2013 07:33 AM PDT

CIRI-CIRI UTAMA:

112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah 'perkongsian kemakmuran' bersama rakyat.

BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

Membina Lebuh raya Pan Borneo.
Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
Sekolah satu sesi diperluaskan.

Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
Transformasi sekolah vokasional.

4,000 anggota Polis setiap tahun.
Penggunaan SafeCam.

Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Janji Ditepati PRU 13 BN

Posted: 06 Apr 2013 07:29 AM PDT

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perancangan Jahat parti Pas menjelang PRU 13

Posted: 06 Apr 2013 06:13 AM PDT

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>