Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


Angkara dalang ini , Kg Tanduo diharamkan untuk pentempatan #LahaDatu

Posted: 27 Mar 2013 10:30 AM PDT





- Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan  dipindahkan ke satu lokasi baharu yang akan diputuskan kemudian.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Feb lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.



"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar  di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan  penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin  proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.

Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas  berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi ini.

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. - Bernama

GEMPAR ! Rahsia strategi jahat PKR di hari pengundian

Posted: 27 Mar 2013 09:03 AM PDT



Kalau macam ni la strategi jahat PKR di hari pengundian yang mahu buat kekecohan di beberapa kawasan panas, pihak BN harus bersiap sedia . 

GPB yakin pihak Polis sudah tentu bersedia segala kemungkinan berlaku di hari pengundian ini. 



Seorang teman di kawasan Parlimen di Bukit Katil, menghantar satu gambar yang diambil kamera murah mengenai perkara yang akan dilakukan oleh jentera PKR di dalam PRU yang akan datang. Kalau membaca secara keseluruhan dokumen tersebut – kita boleh pastikan bahawa PRU yang akan datang adalah yang paling kecoh dan kotor dalam sejarah Malaysia.
Kekecohan yang dirancang akan bermula sejak awal pagi lagi. Beberapa orang peguam muda sudah dikenalpasti untuk bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA, tetapi sebenarnya mereka akan melakukan protes awal kepada SPR sejak pusat pengundian dibuka. Seramai 50 orang peguam muda sudah diberikan tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama tersebut.
Kawasan nukleus panas PRU13:-
1) Gombak
2) Lembah Pantai
3) Permatang Pauh
4) Setiawangsa
5) Wangsa Maju
6) Bagan Serai
7) Bukit Katil
8) Muar
9) Pandan
10) Sabak Bernam
Kekecohan akan bermula cukup awal. Di Gombak, sususan telahpun dibuat untuk mengupah beberapa orang bouncer yang akan turut mencetuskan kemarahan rakyat. Khabarnya, tidak semua PDM yang dibenarkan kecoh. PKR HQ akan menetapkan beberapa PDM strategik sahaja untuk menimbulkan kekecohan.
Pendekatan media baru juga tidak dilupakan. Semua twitter sudahpun diarahkan untuk memainkan #hashtag tertentu untuk membangkitkan kemarahan pengundi muda. Sepertimana kejayaan Bersih 1.0, 2.0 dan sebagainya – twitter akan dijadikan aplikasi penting pada hari mengundi. Cubaan juga sedang dirancang untuk aplikasi Zello juga dipakai secara ekstensif.
Online media build up akan turut disertai oleh kumpulan RED BEAN ARMY (yang ditaja oleh DAP). Sejumlah 600 cybertroopers DAP akan turut membantu. Di kerusi-kerusi 'mixed seats', insiden dan isu perkauman akan turut digunapakai.
Kalau begini persediaanya, kena hati-hati.

Sumber : Gelagat Anwar



Nak bina terowong adalah alasan untuk jual tanah ! @dzainalabidin

Posted: 27 Mar 2013 07:59 AM PDT




– Alasan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenakan bayaran tol bagi terowong dasar laut yang mahu dibinanya adalah tidak masuk akal, ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Jelas beliau, sejak dahulu Guan Eng sering bertindak dahulu dan berfikir kemudian dengan tidak memikirkan impak daripada percakapan atau kenyataan yang dibuatnya, maka jika sudah terperangkap akan menyalahkan Kerajaan Pusat dan UMNO sebagai solusinya keluar daripada masalah.
"Dari dahulu kerja Guan Eng hanya salahkan kerajaan dan UMNO. Dia sendiri sebenarnya yang suka cakap berbelit-belit. Dulu sebelum dapat memerintah di Pulau Pinang janji akan hapuskan tol Sungai Nyior tapi sampai sekarang kita masih bayar lagi di tol ini.
"Bila ditanya jawapannya tol terbabit di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kini, bila nak bina terowong dasar laut dan dikenakan tol maka bagi alasan takut dituduh sabotaj projek kerjaan Pusat. Walaupun ramai yang membantah projek ini namun Guan Eng tetap teruskan juga.
"Sebenarnya, alasan utama mengapa Guang Eng tetap mahu teruskan projek ini adalah kerana agenda utamanya ialah menjual tanah. Dulu tanah di Bayan Mutiara sehinggakan tapak masjid dan sekolah turut menjadi mangsa.
"Kemudian tanah di Taman Manggis pula dijual pada harga lebih RM1 billion sedangkan tanah ini adalah kawasan perancangan untuk pembinaan rumah mampu milik dan terkini dasar laut pula menjadi mangsa," ujar Zainal Abidin.
Tambah beliau, walaupun projek ini merupakan pembaziran wang rakyat paling besar dan akan mengakibatkan nelayan bakal hilang mata pencarian namun kerana tamak maka ia tetap diteruskan.
"Tidak hairanlah mengapa 10,000 orang pelbagai bangsa boleh berhimpun dan membantah pentadbiran DAP kerana selama lima tahun mentadbir negeri ini, DAP gagal melaksanakan tanggungjawab dan menyebabkan kehidupan rakyat semakin terhimpit.
"Daripada membazir wang berbillion ringgit untuk membina terowong ini adalah lebih baik Guan Eng bina rumah mampu milik untuk rakyat.
"Seperkara lagi yang boleh dipertikaikan adalah mengapa umumkan projek ini secara tergesa-gesa ketika pilihan raya sudah terlalu hampir. Ini semua adalah agenda politik kotor DAP yang hanya mementingkan diri mereka dan menjadikan rakyat sebagai korban," terangnya lagi.
Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion itu menghubungkan Gurney Drive di pulau ini dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar atas alasan bertujuan mengurangkan kesesakan serta menambah pendapatan negeri. – MediaUMNO.

Najib calon yang sesuai untuk tadbir Malaysia - Tun M

Posted: 27 Mar 2013 06:35 AM PDT





 Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional (BN) selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku...," kata bekas Perdana Menteri ketika ditanya sama ada Najib perlu berundur sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"...tetapi saya tidak ada calon atau apa-apa perkara seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kekuatan dalam Inovasi: Bagaimana Untuk Kekal Kompetitif dalam Dunia yang Pesat Membangun' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Mahathir juga bersetuju dengan pandangan bekas Menteri Kewangan dan Penasihat Ekonomi, Tun Daim Zainuddin supaya Najib mengetengahkan muka baharu dalam pilihan raya kali ini.

Menjawab soalan, bila beliau menjangka Parlimen akan dibubarkan, Dr. Mahathir berkata, beliau sendiri ternanti-nanti pengumuman pembubaran itu.

"Kalau saya jadi Perdana Menteri saya dah bubarkan dah tahun lepas "



Hot ! PKR keluar fatwa samakan fitnah Anwar seperti Nabi Yusuf !!

Posted: 27 Mar 2013 04:58 AM PDT



Selalunya  Pas guna agama untuk politik , hari ini PKR pulak  yang semakin terdesak pertahankan bosnya telah menyamakan Anwar dengan Nabi Yusuf yang difitnah seks.

GPB tak tahu la  apa yang menjadi persamaan antara Anwar dengan Nabi Yusuf seperti yang dihujahkan Saifuddin . Kalau betul Anwar bersih dan suci daripada segala isu moral ini, mengapa tak bersumpah saja ikut cara Islam.

Mengapa hanya Papa Gomo yang disaman dan Datuk Eskay yang menayangkan video seks dengan china doll terlepas ?




Pagi tadi Saifuddin menyamakan pimpinan PKR kepada Nabi Yusuf, Mariam dan Aisyah yang difitnah dengan fitnah seks. Anwar adalah Ketua Umum PKR.  

"Kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa beberapa video palsu seks beberapa orang pemimpin lain PKR akan diterbitkan," kata Saifuddin.

"Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan  untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks," kata beliau dalam satu kenyataan.

Saifuddin bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong hujah bahawa video yang dimaksudkan adalah manipulasi imej digital.

"Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA semuanya diuji dengan dakwaan seksual. Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah," kata Saifuddin.

Sejak beberapa hari lalu, ibu pejabat PKR mengadakan sidang akhbar untuk melempar pelbagai tuduhan terhadap blogger Papagomo selepas blog itu menunjukkan sedutan video membabitkan aksi seorang lelaki mirip Anwar.

Menurut Papagomo, rakaman penuh video itu akan menunjukkan lelaki berkenaan meliwat seorang  mahasiswa dari Sabah yang kemudian diberikan upah RM300.

Anwar sudah pun menfailkan saman RM100 juta terhadap Papagomo namun blogger itu bertegas mendedahkan video berkenaan.

Anwar dan pimpinan PKR sebelum ini menolak video-video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu sebagai fitnah jahat Umno.

Pada tahun 2011, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengenakan denda terhadap tiga orang termasuk Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik kerana menayangkan sebuah video seks kepada orang ramai.

Ketiga-tiga tertuduh itu mendakwa pelaku seks dengan pelacur Cina dalam video itu adalah Anwar.

Pada sidang mahkamah itu, dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengemukakan laporan  bahawa rakaman video itu adalah tulen iaitu tidak ada sebarang "tampering"

Sumber : antara pos



Hot ! Inikah gadis dalam video panas terlarang Izzah ?

Posted: 27 Mar 2013 03:00 AM PDT


Tak pasal-pasal gambar wanita yang tak bersalah ini dijadikan mangsa oleh blogger-blogger pakatan semata-mata cuba menabur fitnah nak menyalahkan UMNO dalam isu video seks..

Ikuti pendedahan yang dibuat oleh Blogger Dr MiM mengenai isu ini...

Memang menghairankan.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung PKR mendakwa ada pihak yang 'menjemput beliau' untuk melihat beberapa keping gambar video terlarang yang dikaitkan dengan Nurul Izzah.



Beliau juga mendakwa tidak tahu siapa 'pihak' itu tetapi mereka didakwa 'kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video'. BACA SINI






Persoalan besar timbul apabila beberapa blog pro-pembangkang mula memainkan isu ini dengan mendakwa mereka sudah dapat gambar pelakon wanita di dalam video terlarang tersebut!


Bukannya bloggers pro-UMNO tetapi bloggers pro-pembangkang sendiri yang mendedahkan serta mensensasikan isu yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung PKR!

Yang lebih menghairankan ialah bloggers pembangkang tidak berlapik apabila menulis entri mereka. Menghairankan!




Entri blogger pembangkang : cakap pun tak berlapik.

Di antara entri 'bernas' blogger pro-pembangkang yang 'mempertahankan' Nurul Izzah tetapi dalam masa yang sama, mencemar nama anak Anwar Ibrahim itu :

 Nurul Izzah pasti menangisi kisah seksnya yang bakal dibongkar. Siapa lelaki yang menjadi pasangan seksualnya dalam filem itu masih belum pasti lagi. Entah melayu entah negro. Entah bangla , entah nepal... wakaka.
 Seperti kita juga, Nurul Izzah pastinya tertunggu-tunggu siapa gandingannya dalam filem seks paling low class pernah dicipta dalam dunia moden.Adakah kemungkinannya adalah TS Khalid Ibrahim? 
 Wanita yang melakonkan wataknya dalam video tersebut sudah didedahkan. Tidak dapat dipastikan namanya. Tetapi wajahnya sudah didedahkan di media internet. 
 Namun masih belum dapat dipastikan kesahihan bahawa dia adalah pelakon aksi seks yang bakal diterbitkan. sumber


1. Kenapa blogger pro-pembangkang menulis sedemikian rupa pada perenggan pertama entri tersebut?



2. Dan kenapa nama TS Khalid Ibrahim dikaitkan dengan video 'Nurul Izzah' padahal Setiausaha Agung PKR tidak pernah menyebut kaitan di antara mereka berdua di dalam satu video yang sama?



3. Kenapa bloggers pro-pembangkang mencurah petrol ke api di dalam isu yang disensasikan sendiri oleh Setiausaha Agung PKR?

Yang lebih menghairankan ialah di dalam usaha pemimpin pembangkang begitu tekun cuba membongkar identiti blogger pro-UMNO, Saifuddin enggan menamakan 'agen Umno-BN' itu padahal sebagai seorang pemimpin, beliau akan dilihat berbohong mencipta cerita tanpa bukti-bukti yang sah. seterusnya

Buat apa agen 'Umno-BN' itu 'menjemput pemimpin pembangkang untuk melihat keping gambar video terlarang pemimpin pembangkang yang lain'?

Jika benar pun, apakah mereka peduli dengan pendedahan tersebut?

Dek beberapa kemusykilan yang sangat nyata ini, apakah pandangan blogger otai Media Permatang Pauh di bawah ada asasnya?


Di antaranya :

 Malam ni, gambar yang didakwa pelakon video tu pulak didedahkan oleh beberapa blog pro Anwar sendiri.. Ini bermakna, dorang memang dah sedia maklum pasal kewujudan video ni dan dorang memang dah tahu pasal skandal tersebut.. 
 Bagi gua.., semua ni merupakan cubaan puak-puak dalaman PKR sendiri untuk jatuhkan anak pompuan Anwar tu sebelum PRU13.. 
 Korang sendiri sedia maklum sapa yang bermusuh dengan Wan Azizah serta Nurul kann.. So gua tak payah cakap lah sapa yang dimaksudkan tu yee...seterusnya


Yang lebih menimbulkan syak wasangka penglibatan puak-puak dalaman pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Nurul Izzah ialah foto-foto di bawah.



Mereka mendakwa bahawa foto pelakon video tersebut telah tersebar di internet.



1. Ironinya, media alternatif pro-pembangkang mempunyai set-set foto photoshop yang menggunakan wajah Nurul Izzah. 



2. Yang sangat menghairankan ialah media alternatif pro-pembangkang juga mempunyai foto asal wanita misteri yang digunakan untuk photoshop!



3. MiM tidak persoalkan foto Nurul Izzah kerana banyak terdapat di google image tetapi wajah misteri tersebut?







Foto yang terdapat dalam blog pro-pembangkang sambil memfitnah Najib Razak

Di sini sahaja kita sudah tentu terfikir bahawa foto pelakon video yang didakwa Nurul Izzah itu sebenarnya adalah hasil black op dan karya pro-pembangkang sendiri yang bermaksud untuk memalukan pemimpin mereka sendiri. seterusnya


sumber : BLOG  MIM 

PANAS ! Aksi panas terlampau pemimpin cabang PKR tersebar !!

Posted: 27 Mar 2013 01:58 AM PDT



Itu diaa. Memang tak dapat dipisahkan Seks dan PKR. Dari atas sampai ke bawah semua yang tak boleh pakai. Semua tak bermoral. Parti tak bermoral macam ni nak pimpin negara? 

Kepada yang tak kenal mamat ni. Meh sini aku bagi sedikit info pasal mamat ni. Nama mamat ni Saharudin Hamid, merupakan seorang ahli majlis di MPSP Kedah juga merangkap Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok. 

Mamat ni dengan geng-geng pernah menghentam YDP Majlis sebagai menggalakkan aktiviti tak bermoral dengan percambahan pusat urut. Tetapi dia jugalah yang melawat premis-premis berkenaan untuk bersantai-santai, tak kurang dengan itu, mengepow pemilik premis agar dapat terus menjalankan operasi.

Menuduh YDP dan SU kepada YDP sebagai ejen UMNO, menghantar memorandum kepada MB Azizan untuk menukarkan YDP, Pn Rozaina binti Dato' Paduka Haji Radzi. Permohonan dia memorandum ditolak. Walaubagaimanapun SU kepada YDP ditukarkan. Mamat ni sering buat cubaan mensabotaj YDP MPSPK. Ada antara blog-blog pembangkang yang pernah memuatkan memorandum bantahan terhadap YDP MPSPK dibuat oleh ahli majlis. Nama beliau turut tersenarai. - CILI PADI -

Nak lihat videonya ..KLIK DI SINI SETERUSNYA






*** Kalau pemimpin mereka gila seks ..anak-anak buah pun 2 x 5 la ...hahaha

Najib tak bubar Parlimen untuk gagalkan taktik pembangkang !!

Posted: 27 Mar 2013 12:15 AM PDT





HARI ini merupakan hari terakhir Dewan Undangan Negeri Sembilan berfungsi. Mungkin pada hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Hasan akan mengumumkan pembubaran Dun. Dun juga boleh terbubar sendiri selepas 12 tengah malam ini.

Namun saya berharapkan Menteri Besar akan mendapat perkenan DYMM Yang Di Pertuan Negeri untuk membubarkan Dun. Adalah tugas Menteri Besar untuk memohon perkenan membubarkan Dun. Jika tidak, Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama dalam sejarah pilihan raya negara yang terbubar secara sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai tempoh sehingga 28 April ini untuk membubarkan Parlimen. Namun sebelum tarikh tersebut akan terdapat beberapa negeri akan terbubar dahulu seperti Melaka dan Johor pada 22 April (tarikh sidang Dun pertama ialah pada 21 April 2008). Ini diikuti oleh Selangor pada 23 April (22 April) dan Perak 26 April (25 April). Selain itu, terdapat beberapa negeri yang boleh meneruskan kerajaan sehingga selepas Parlimen dibubarkan. Antaranya ialah Kedah, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang yang memulakan sidang Dun mereka pada bulan Mei 2008.

Kemungkinan besar Perdana Menteri tidak akan membubarkan Parlimen dalam minggu ini. Ini menjadikan kerajaan Negeri Sembilan akan berada di bawah kerajaan sementara untuk tempoh yang agak panjang.

Saya dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Kerajaan Negeri Selangor akan membubarkan Dewan Negeri Selangor pada 22 April 2013 sekiranya Parlimen masih belum dibubarkan pada masa tersebut. Tarikh ini tidak menghairankan kerana ia merupakan hari terakhir penggal Dewan Negeri Selangor.

Hakikatnya, hak untuk membubarkan Dun Selangor terletak kepada Menteri Besar dan Tuanku Sultan Selangor. Ia tidak ada kena0mengena dengan Penasihat Ekonomi Negeri mahu pun Ketua Umum PKR.

Anwar juga mendakwa Mohd Najib takut untuk membubarkan Parlimen kerana tidak yakin boleh memenangi pilihan raya umum kali ini.

Saya tidak fikir Mohd Najib masih belum membubarkan Parlimen kerana takut kalah. Ini kerana kajian dan pemerhatian pelbagai pihak sama oleh jentera Barisan Nasional, badan-badan pemerhati bebas, mahu pun penganalisis politik dan ekonomi antarabangsa meramalkan Barisan Nasional akan kembali memenangi pilihan raya kali ini dengan pencapain yang lebih baik dari tahun 2008.

Misalnya, The Economist Intelligence Unit (EIU), sebuah unit penyelidikan majalah terkemuka The Economist, meramalkan Barisan Nasional akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Malahan The Economist menyatakan bahawa pada pandangan pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya jelas akan memihak kepada Barisan Nasional.

Kaji selidik oleh Merdeka Centre dan Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) juga mendapati Barisan Nasional akan kembali memerintah kerajaan persekutuan.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyatakan kajian pasukannya mendapati Barisan Nasional akan memenangi 160 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang. Sungguhpun saya agak skeptikal dengan kajian ini, namun ia bukanlah mustahil.

Malahan Tun Daim Zainuddin sendiri yang terkenal dengan bacaan politik beliau yang sangat ampuh juga meramalkan BN akan menang dalam pilihan raya kali ini.

Berdasarkan pandangan pelbagai pihak dalam dan luar Negara, kajian bebas atau dilakukan oleh parti, BN akan kembali memerintah Malaysia untuk lima tahun akan datang. Justeru tidak timbul andaian dan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa Mohd Najib tidak membubarkan Parlimen kerana takut kalah.
 

Mengapa Najib belum membubarkan Parlimen?

Soalan ini agak sukar untuk dijawab.

Hanya ALLAH dan Perdana Menteri sahaja yang mengetahui sebab sebenar. Namun berdasarkan kenyataan-kenyataan beliau sejak beberapa bulan lalu, nyata beliau mahu menggunakan masa yang ada untuk memastikan idea, falsafah dan pelan transformasinya dirasai oleh majoriti rakyat.

Saya fikir apa yang Mohd Najib mahukan sekarang ialah kemenangan dua pertiga. Untuk mendapat kemenangan dua pertiga agak sukar berbanding sekadar untuk menang. Sebab itu beliau mengambil masa yang lebih sedikit untuk membuktikan kebolehan beliau dan meyakinkan sebahagian rakyat yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat.

Beliau dilihat seolah-olah tidak cukup masa untuk meyakinkan majoriti rakyat agar memberi kemenangan dua pertiga kepada Barisan Nasional. Ini tidak menghairankan kerana hanya pada 3 April tahun ini genap empat tahun pentadbiran beliau. Ini bermakna beliau kekurangan setahun untuk penggal pentadbiran penuh.

Oleh kerana beliau mengambil alih pentadbiran dalam keadaan parti yang lemah dan berantakan, pentadbiran yang dikritik hebat dan hampir dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya 2008, tugas Najib tidak semudah disangka.

Selain itu, keengganan Najib membubarkan Parlimen lebih awal mungkin beliau bimbang Pakatan akan cuba membuat tindakan tidak beretika seperti melewatkan pembubaran Dun Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Jika ini berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) mahu mengadakan pilihan raya serentak maka masa kerajaan Persekutuan sementara boleh mencecah sehingga dua bulan. Ini boleh memberi kesan serius kepada ekonomi dan pentadbiran Negara.

Malahan masa yang sedemikian panjang boleh mengancam keselamatan sekiranya kempen politik menjadi kian panas.

Justeru saya fikir Mohd Najib akan hanya membubarkan Parlimen seawalnya selepas ulang tahun keempat pentadbirannya pada awal April ini atau menunggu sehingga saat akhir, sekaligus mengelakkan Pakatan melakukan taktik memanjangkan masa pilihan raya untuk menimbulkan ketegangan kepada rakyat.

Tindakan Mohd Najib untuk memenuhi penggal yang ada harus dipuji bukannya dikritik. Ini merupakan catatan demokrasi yang penting kepada Negara ini. Perdana Menteri memilih untuk mengabaikan keistimewaannya untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut.

Bukankah selalunya pembangkang menuduh tidak mempunyai cukup masa berkempen dan menuduh Barisan Nasional tidak professional kerana mengumumkan pilihan raya mengejut? Sekarang apabila semua orang sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan, tiada unsur kejutan lagi, Pakatan masih tidak berpuas hati. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?

Ramai juga yang bertanya kepada saya, mengapa Anwar begitu beria-ia mahukan pilihan raya segera sedangkan masanya memang telah pun hampir tiba. Apakah kerana beliau yakin akan menang atau takut banyak lagi isu terbongkar dan makin ramai yang meninggalkan Pakatan nanti?

Wallahhualam! Hanya Allah yang maha mengetahui.


* Dipetik dari blog Dr Mohamad Khir Toyo

Ostazah Ebby kantoi , balu wira#LahaDatu dedah cerita sebenar !!

Posted: 26 Mar 2013 09:42 PM PDT


Ostazah Mak Janda ini ternyata memang kaki fitnah .

Sebelum dia menyebar fitnah kononnya  balu Arwah Supt Ibrahim Lebar marah dan merasa ditipu kerajaan Malaysia kerana tidak tahu suaminya bertugas di Lahad Datu.

Tetapi bila artikel di Harian Metro di atas menemuramah balu arwah, rupa-rupanya satu pembohongan dan fitnah yang disebarkan Mak Janda ni .

Dia sepatutnya merasa malu kerana menyebarkan cerita palsu  hingga  memburukkan peribadi balu arwah sekeluarga .



Saya ditembak dan ditetak , ia bukan sandiwara - Hasnal Jamil

Posted: 26 Mar 2013 06:22 PM PDT





Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan hari ini, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.

"Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.

"Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri," katanya pada majlis penghargaan dan sumbangan perwira 'Operasi Daulat' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.

Menurut Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.

"Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.

"Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran," katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.

Beliau bersembunyi di rumah itu bersama sekujur tubuh rakannya yang terkorban bersama sembilan anggota yang lain. Hanya doa yang dapat diungkapkan di saat itu memohon perlindungan Allah.
"Rakan-rakan lain juga banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang untuk saya tabah dan kuatkan semangat, sementara menanti bantuan tiba, mereka membantu saya untuk minum, yang ada hanya air hujan," katanya.

Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar.

Dalam keadaan parah, beliau masih menyembunyikan perkara sebenar apabila dapat menghubungi isterinya pada keesokan pagi.

"Saya perlu tutup telefon sebab bimbang dapat dikesan pengganas, jadi saya cuma beritahu akan menghubungi isteri petangnya.

"Rakan-rakan hanya dapat menjenguk sekejap-sekejap kerana mereka perlu sentiasa berjaga mengawasi pergerakan musuh," katanya.

Bantuan tiba kira-kira pukul 5.30 petang (3 Mac), dan wira negara itu diterbangkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pembedahan. Dua hari kemudian beliau sekali lagi menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pula.

Anak kelahiran, Felda Teloi Timur, Sik Kedah itu berkata apa yang dialami tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti, kerana baginya insiden ini antara cabaran dalam tugasan, dan tanggungjawabnya mempertahan kedaulatan negara.

Mohamad Hasnal hadir bersama balu dan waris yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna pada majlis itu.
Dua anggota polis terkorban di Lahad Datu pada 1 Mac dan enam di Semporna Sabah pada 2 Mac.
Beberapa orang lagi cedera dan seorang anggota tentera turut gugur dalam satu lagi pertempuran di Lahad Datu. Seorang anggota tentera terbunuh dalam kemalangan mengikuti konvoi Operasi Daulat itu.
Suasana pilu turut dirasakan pada majlis itu, apabila syair bertajuk "Ayahku Seorang Perwira" hasil nukilan Setiausaha Akhbar Menteri KPDNKK Datuk Ruhaidini Abd Kadir, dilagukan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin. - Bernama

GEMPAR ! Skandal RM2.25 bilion projek terowong DAP dibongkarkan !!

Posted: 26 Mar 2013 05:22 PM PDT




Dulu kos RM 4.08  Bilion , sekarang 2013  dah jadi RM 6.3 Bilion ....pertambahan RM 2.25 bilion itu komisyen ka ??  Open tender CAT  boleh naik lagi harga projek ..

SPRM wajib siasat projek mega  kroni kerajaan DAP ini !!



Ketua Menteri, Lim Guan Eng digesa menjelaskan peningkatan kos sehingga RM2.25 bilion bagi projek pembinaan terowong dasar laut berserta tiga lebuh raya yang dirancang kerajaan DAP negeri.
Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, H'ng Khoon Leng berkata, perkara itu perlu dijelaskan memandangkan Guan Eng pada September 2011 mengumumkan pembinaan projek mega berkenaan hanya bernilai RM4.08 bilion.

Oleh itu tegasnya, Ketua Menteri perlu menjelaskan bagaimanakah konsep tender terbuka yang dilaksanakan kerajaan DAP negeri boleh menyebabkan kos projek berkenaan meningkat kepada RM6.3 bilion seperti yang diumumkan sendiri oleh Guan Eng baru-baru ini.

"Kita terkejut dengan peningkatan kos tersebut dan mahu penjelasan secara terperinci oleh Guan Eng memandangkan jumlah RM4.08 bilion itu diperoleh melalui portal kerajaan negeri.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>