Taipingmali (tm) |
- 20121229 Mazlan Aliman sebabkan PAS hilang ahli
- Hadi Awang boleh masuk TV
- 20121228 Mazlan Aliman sapu duit peneroka Kemahang 3
- PAS kata Ahli Umno Kafir
20121229 Mazlan Aliman sebabkan PAS hilang ahli Posted: 30 Dec 2012 12:37 AM PST Peneroka Felda Kemahang mendedahkan penipuan peguam bela Pas. Kes ini sama lah dengan kes penipuan peguam terhadap penduduk Kampung Cheh dalam kes penerokaan haram oleh 3 pengusaha Pas dalam di Kampung Pauh Bukit Gantang. Peguam yang Nizar Jamaluddin bawa masuk kampung kononnya untuk membela penduduk tetapi niat sebenarnya ialah untuk membolehkan jentera berat dibawa keluar dari tahanan penduduk kampung. Kes penipuan peguam juga berlaku di Johor, Peguam pengkhianat telah mengajak penduduk kampung menyaman kerajaan kerana tangkapan ikan semakin berkurangan berikutan pembangunan yang dibuat oleh kerajaan. Setelah menanda tangan semua dukomen barulah penduduk sedar mereka ditipu oleh peguam laknat dan pelanggan peguam akhirnya disaman pula oleh peguam tersebut kononnya mungkir janji. Peguam sebegini sepatutnya dilucutkan tauliah mereka. Kementerian kehakiman Tan Sri Nazri Aziz patut melihat perkara ini dengan serius jangan jadikan Malaysia sebagai tempat peguam sampah mencari makan. |
Posted: 29 Dec 2012 08:02 PM PST Tahniah kepada menteri yang membenarkan Hadi Awang masuk TV untuk menjawab isu " "Amat Hadi 1981". Banyak baiknya jika pembangkang diberi peluang masuk TV. Pertamanya ialah rakyat boleh lihat dan nilai sendiri tahap mana ideologi mereka. Setakat hari ini semua parti pembangkang tak diberi peluang ke udara melalui tv dan radio. Selama ini hanya pihak BN saja yang diberi peluang untuk bercakap dalam tv atau radio dan ini memberikan peluang kepada pembangkang untuk mengkritik medium tersebut. Lihat sahaja Azhar Idrus, ustaz popular dikalangan orang Pas dan Youtube kini berpeluang dan diberi ruang dalam Astro. Jika dahulu hanya peminat fanatik dia saja yang mengikuti perkembangan beliau, kini seluruh rakyat Malaysia berpeluang mengikuti kuliahnya di kaca tv. Cuma bila diberi peluang masuk TV, Azhar Idrus menjadi baik sikit, tidak lah celupar seperti kita tengok dalam Youtube. Dok tunggu juga bila Azhar Idrus nak laserkan BN, nak laserkan Umno dan sebagainya. Pandai pula dia rasa takut bila berdepan dengan jutaan penonton. Masih ingat Abuya Al-Arqam diberi peluang menjawab dalam RTM, naik berbuih mulutnya bila berdepan dengan Pusat Islam ketika itu. Oleh yang demikian, Hadi Awang patut menjawab isu amanat beliau dihadapan mufti-mufti dan Jakim. Jangan beri peluang dia bercakap sorang-sorang. Biar dia sendiri memberi jawapan kepada pihak berkuasa. Kalau berani silakan masuk gelanggang. Sah Hadi Awang akan sawan bila diberikan soalan-soalan maut oleh ahli penal. Sebelum siaran dibuat secara langsung eloklah sediakan ambulans takut-takut terputus urat jantung beliau. Selamat ber'televisyen' lah Hadi Awang. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
20121228 Mazlan Aliman sapu duit peneroka Kemahang 3 Posted: 29 Dec 2012 10:00 AM PST |
Posted: 29 Dec 2012 03:24 AM PST "Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam Pas mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir. "Kami di dalam Pas sebelum ini dididik menganggap UMNO sebagai parti taghut antaranya kerana tidak menghapuskan judi dan arak tapi kerajaan Pas Kedah hari ini menghalalkan apa yang dilarang oleh hukum sebagai mana yang dijelaskan oleh Abdul Hadi pada awal tahun 80-an. "Saya rasa ini semua kerana ego. Ego bahawa ilmu yang mereka miliki itu lebih baik berbanding ilmuan lain yang bukan kalangan Pas. Mereka rasa hanya ulama dalam Pas sahaja ilmunya terbaik, tinggi dan boleh dipakai oleh masyarakat. Ulama-ulama lain walau sebaik mana pun dia, Pas tidak akan iktiraf. "Bagi mereka, ilmu agama ini hak milik orang Pas sahaja. Walaupun kita pakai hujah yang sama, tafsir yang sama, surah yang sama. Maknanya di sini ada satu sifat keegoan yang tinggi yang tidak mahu mengaku bahawa ilmu orang lain baik daripada dia. Saya tidak mahu kata lebih tapi kalau ikut kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang lalu, ego ini sifat syaitan." – Zainon Ismail atau Cikgu Non atau C.N.Al-Afghani, penulis buku berjudul "Kafirkah Aku?" Cincin Emas: Mengapa puak Pas takut untuk mengulas kenyataan Cikgu Non ini? Hadi hanya pandai lempar batu, sekarang ajak main sorok-sorok pula. Sejak bila Presiden Pas yang dikatakan paling dungu ini menjadi bisu? Nik Aziz pula meminta Hadi bertemu dan berhujah dengan pihak yang mendesak menarik balik amanatnya lebih-lebih ahli dan penyokong Pas juga mula mempersoalkan perkara ini. "Oleh kerana amanat itu, kita ahli-ahli Pas percaya perpisahan kami dengan saudara kandungan dan ibu bapa itu kerana Allah SWT. Bila kita percaya perpisahan itu kerana Allah, ahli Pas percaya apabila meninggal dunia kelak tiada dosa apa-apa kerana mereka itu tadi kita anggap melanggar hukum Allah." – Cikgu Non Ahli Pas tiada DOSA? Diulangi, ahli Pas tiada DOSA? Sekali lagi, ahli Pas tiada DOSA? Mengarut! Sumber : Cincin Emas |
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |