Panglima Perang Cyber |
- Hadis Tanda Hampir Kiamat Bukti Amanat Hj Hadi Disebut Dalam Hadis Nabi ???
- Hj Hadi Wajib Tarik Balik Amanat Kafirkan Ahli Umno Atau Jadi Kafir - Tun Mahathir @ Blog Che Det
- Fatwa Tolak Amanat Hj Hadi 1981 Disokong Tok Guru Pondok Pasir Tumbuh dan Lubuk Tapah !!!
- WORLD’S SMALLEST WOMAN FROM INDIA
- Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi - Alasan Mahu Tutup Malu Presiden Parti???
- Amanat Haji Hadi sedang memakan diri « Blog Biswardi
Hadis Tanda Hampir Kiamat Bukti Amanat Hj Hadi Disebut Dalam Hadis Nabi ??? Posted: 29 Dec 2012 11:30 PM PST Banyak hadis tanda kiamat menceritakan kisah yang berlaku hari ini. Antaranya seperti hadis wanita akan jadi imam solat Jumaat, ulama jadi sejahat manusia, perang di Negara Arab, umat Islam diserang seperti kambing diterkam serigala dan banyak lagi. Sekaligus menafikan Nabi hanya Ummi buta huruf dan tidak mengetahui apa akan terjadi ! Blogger Sang Tawal sahabat maya Panglima turut menulis tentang tanda hari kiamat di link bawah ini Selepas diselidik dengan teliti maka kita dapati bahawa Amanat Hj Hadi yang berpuluh tahun merosakkan umat Islam rupanya sudah disebut oleh Nabi saw secara kiasan di sebuah blog http://www.tarbawi.my/index.php/en/inspirasi/isu-ummah/282-akhir-zaman-merebaknya-kebodohan-a-kedustaan. Yang berbunyi : : Hadis lain yang juga sangat tepat menggambarkan keadaan dunia moden jahiliyah saat ini ialah sebagai berikut, "Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang amanah dikhianati, dan ruwaibidhah turut bicara. Lalu Baginda S.A.W ditanya; Apakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab; "Orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum" (rujuk sunan Ibnu Majah) Dalam dunia jahiliyah moden kita menyaksikan bagaimana orang yang memiliki karakter jujur dan amanah justeru didustakan dan dikhianati. Sebaliknya pendusta dan pengkhianat dibenarkan, disokong dan diberi jabatan serta diangkat menjadi pemimpin masyarakat. Begitulah dahsyatnya kehidupan di zaman merebaknya kebodohan dan kedustaan. Inilah zaman jahiliyah moden di mana fitnah-fitnah menyelimuti dunia sehingga dunia menjadi laksana potongan malam yang gelap-gelita. The End Pada pandangan panglima, perkara ini sudah diketahui oleh Nabi saw namun menyatakannya dalam bentuk yang sangat mudah namun sukar difahami oleh yang buta hati. Lihat perkataan Nabi tentang maksud pendusta dipercaya yang jelas berlalu di mana orang yang berdusta tentang agama, dan juga lemah dalam pentadbiran dan celaru bab kepartian dianggap orang yang benar dan dibenarkan. Orang meliwat dan berkhalwat serta menghina Allah dan Rasulullah serta menggadaikan kalimahNya dianggap benar manakala orang yang mempertahankan Islam dan memajukan Malaysia dan hormati Raja dianggap penipu dan tidak amanah dengan serangan bertalu-talu puak Ruwaibidhah melalui peluru fitnah yang tidak bermata lagi tidak berperi kemanusiaan. Golongan yang menerima dana asing juga dianggap benar dan boleh dipercaya berbanding pihak yang menolak campur tangan asing dalam negara kita. Banyak lagi jika kita mahu sebutkan di sini tetapi cukuplah beberapa contoh sebagai perbandingan untuk kita susuri. Amat pelik sebenarnya tetapi itulah yang berlaku dan telah pun dikhabarkan dengan jelas lagi nyata dalam sabda Nabi 1400 tahun yang lalu yang sangat pengasih terhadap umatnya di hari akhir zaman ini. Sudah tentu mustahil manusia akan mempercayai pendusta namun selepas diteliti pendekatan mempergunakan agama dan imej agama seperti jubah dan serban maka tidak peliklah orang awam mempercayai golongan ini. Begitu juga dengan kepetahan berpidato diselit kebencian dihiasi kemarahan maka puak ini mendapat sokongan orang yang lemah fikiran dan mudah terangsang dengan kata ghairah dan maki hamun. Apabila disebut Ruwaibidah yang dirujuk sebagai orang bodoh menguruskan perkara umum, dengan jelas sekali apa yang berlaku hari ini memang berlaku. Dengan kebodohan itu maka tidak pelik banyak isu seperti Loji Air di Selangor, ladang rakyat di Kelantan membenarkan sabda Nabi saw. Namun semua ini tidak akan berguna atau jadi tanda dan peringatan kepada mereka yang tidak beriman ! Terima kasih Wahai Nabi atas titipan berharga ini yang pasti memudahkan kami melihat malam yang gelap dengan cahaya mu yang mengiringi perjalanan kami di akhir zaman ini. |
Hj Hadi Wajib Tarik Balik Amanat Kafirkan Ahli Umno Atau Jadi Kafir - Tun Mahathir @ Blog Che Det Posted: 29 Dec 2012 03:28 PM PST BOKO HARAM 1. Di Nigeria hari ini terdapat kononnya gerakan Islam yang bernama "Boko Haram". Saya tidak pasti makna "Boko" tetapi bunyinya semacam dengan "Buku" dalam Bahasa Melayu. Mungkin yang dimaksudkan dengan "Boko" ialah Kitab Injil. 2. Walau apa pun maknanya yang jelas ialah kumpulan "Boko Haram" ini sedang membunuh orang Kristian dan menyerang gereja mereka. Tetapi mereka juga membunuh ramai orang Islam, bahkan lebih ramai orang Islam yang dibunuh dari orang bukan Islam. 3. Inilah yang sering berlaku apabila sekumpulan orang Islam anggap hanya mereka sahaja yang betul-betul Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan boleh dibunuh. 4. Kita orang Melayu di Malaysia semuanya terdiri dari Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berimam dengan Imam Shafie. Sepatutnya kita tidak menghadapi apa-apa masalah fahaman Islam yang berbeza-beza. Malangnya Islam diperalatkan oleh segolongan politikus sehingga berlaku tuduhan bahawa orang yang tidak bersama dengan parti mereka tidak Islam dan murtad. Walaupun mereka tidak ganas seperti "Boko Haram" tetapi permusuhan oleh orang yang anggap mereka sahaja yang Islam dengan orang yang tidak bersama dengan mereka yang didakwa tidak Islam berjaya memecah-belah dan melemahkan orang Islam di negara ini. Apabila lemah maka mudahlah orang Islam diperkosa oleh orang lain. 5. Kita sering dengar tokoh-tokoh agama mendakwa bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Tetapi ayat Al Quran ini hanya dibibir mulut sahaja. Amalannya berlainan. 6. Kata pihak yang memurtadkan seteru politik mereka, mereka memurtadkan seteru politik kerana tidak melaksanakan syariat Islam. Benarkah? Apa yang dilakukan oleh kita dilakukan juga oleh negara-negara lain yang diiktiraf sebagai negara Islam dengan penduduk yang diterima sebagai penganut agama Islam. Jika kita murtad maka kebanyakkan orang Islam didunia ini tentulah murtad juga. Kenapakah yang mendakwa tiga juta orang UMNO murtad tidak pula mendakwa umat Islam di negara-negara yang kononnya tidak laksana syariat Islam adalah murtad? Sebabnya ialah kerana tidak menguntungkan politik mereka. 7. Apakah yang dimaksudkan dengan syariat Islam? Ada yang berpendapat bahawa oleh kerana penyanyi dibenarkan menyanyi di Malaysia maka ini bermakna Kerajaan Malaysia tidak mengamalkan syariat Islam. Kalau ini bermakna tidak mengikut syariat Islam maka hampir semua negara Islam tidak mengikut syariat Islam. 8. Kita harus ingat di Malaysia bukan sahaja ada orang Islam tetapi 40% dari penduduk Malaysia terdiri dari bukan Islam. Sesuatu yang tidak disukai oleh Allat SWT yang disebut dalam Al Quran ialah mereka yang mencetus huru-hara. Dalam melaksanakan syariat Islam di Malaysia cara yang sesuai ialah dengan tidak mencetuskan huru-hara. Kelonggaran yang diberi dalam perlaksanaan syariat Islam membolehkan kita bertindak dengan mengambilkira keadaan dalam melaksanakan hukum-hukum Islam. Yang suka menjadikan Islam agama yang keras dan tidak bertimbangrasa serta tidak berperikemanusian ialah pentafsir yang berkepentingan. Demikian ada orang Islam yang menganggap orang tidak berjanggut tidak Islam dan perlu disembelih. Demikian juga gerakan Boko Haram yang membuat syarat-syarat tersendiri untuk diterima sebagai orang Islam dan membunuh orang yang tidak patuh pada syariat ciptaan mereka. 9. Pelaksanaan syariat Islam di Malaysia mungkin berlainan dari penguatkuasaan syariat Islam di negara yang penduduknya semuanya Islam. Kita tidak ambil kisah dengan amalan dan budaya orang bukan Islam. Kita tahu apabila percubaan dibuat untuk memaksa bukan Islam amal nilai hidup Islam seperti tidak membenar lelaki potong rambut wanita dan sebaliknya, akhirnya ia hanya memalukan orang Islam dan Islam apabila terpaksa dibatalkan. Demikian juga dengan tuduhan khalwat yang dilakukan oleh orang bukan Islam. 10. Sebaliknya apabila syariat Islam dibuat dengan menyediakan bank Islam yang bebas dari riba, Universiti Islam, Pengurusan Tabung Haji bagi menentukan amalan ini lebih sempurna, perkembangan ajaran Islam dengan mengadakan sekolah-sekolah agama, pengurusan zakat yang lebih tertib dan berbagai lagi, tidak ada huru-hara yang berlaku. Demikian dengan penguatkuasaan undang-undang Islam di kalangan orang Islam dan penentuan undang-undang yang terpaksa dikenakan kepada penganut-penganut agama yang berlainan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. 11. Menggalakan gerakan seperti Boko Haram atau memurtadkan orang Islam tanpa usul periksa bukan cara kita, bahkan bukan cara Islam pun. 12. Janganlah sesiapa cuba menghalalkan perbuatan salah mereka dengan menyalahguna undang-undang Islam. Mereka yang berbuat demikian perlu bertaubat. Sudah tentu mereka wajib tarik balik dakwaan kononnya ahli UMNO murtad. Ingatlah bagaimana dahulu PAS mendakwa UMNO kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam. Seperti yang dijanji dalam Al Quran tuduhan ini kembali kepada yang menuduh kerana mereka sekarang bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir, bahkan sanggup mati mempertahankan pemimpin orang kafir…….perbuatan mereka mengikut mereka sendiri menjadikan mereka kafir. 13. Janganlah hendaknya dakwaan oleh mereka bahawa orang UMNO murtad akan kembali kepada mereka. Orang Islam tidak perlu berlaku ganas kerana agama Islam tidak menyuruh kita melaku ganas atau ketidakadilan kepada sesiapa. Agama Islam adalah agama keamanan, agama yang mengajar kita supaya melaku adil dan tidak mencetuskan huru-hara. Sent from my iPad |
Fatwa Tolak Amanat Hj Hadi 1981 Disokong Tok Guru Pondok Pasir Tumbuh dan Lubuk Tapah !!! Posted: 29 Dec 2012 08:37 AM PST MAIK keluar surat rasmi pada 1981KOTA BHARU 24 Dis. - Teguran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terhadap Amanat Haji Hadi yang dibuat menerusi surat rasmi pada 1981, adalah fatwa yang masih terpakai sehingga sekarang. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) berkata, teguran itu dibuat hasil mesyuarat Jemaah Ulama MAIK yang dipengerusikan oleh Mufti Kelantan yang kelapan, Allahyarham Datuk Mohd. Noor Ibrahim bagi membincangkan isu kafir mengkafir sesama Islam. Katanya, Jabatan Mufti telah melakukan tanggungjawab mengeluarkan fatwa dan nasihat manakala sebarang pelanggaran terhadap keputusan itu bergantung kepada pihak berkuasa atau Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan. "Orang sering bertanya apa tindakan Jabatan Mufti apabila timbul sesuatu isu, tetapi mereka tidak faham kami hanya boleh mengeluarkan fatwa. "Pembahagian tugas sudah dibahagikan kepada tiga iaitu badan yang mengeluarkan fatwa, badan penguat kuasa dan badan kehakiman, jadi soalan seharusnya ditanya kepada bahagian penguatkuasaan. "Misalnya mufti menyatakan haram orang lelaki sengaja meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut. Apakah mufti yang seharusnya pergi menangkap? Ini bukan kerja mufti tetapi kerja penguat kuasa dan seterusnya mahkamah untuk menjatuhkan hukuman. "Kini terserah kepada pihak dan jabatan yang dipertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang untuk bertindak dan menjalankan tugas mereka," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Utusan Malaysia berhubung keputusan mesyuarat Jemaah Ulama MAIK yang dikeluarkan 31 tahun lalu yang membincangkan masalah agama yang mengelirukan masyarakat ekoran amanat itu. Keputusan fatwa Jemaah Ulama yang bertarikh 15 Jamadil Akhir 1401 Hijrah itu telah dibahas berpandukan kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab tauhid ulama muktabar dan mereka sebulat suara memutuskan bahawa kesemua lapan perkara yang dibincangkan tidak benar serta bertentangan dengan ajaran Islam dan sangat mendatangkan bahaya terhadap akidah dan perpaduan umat Islam. Lapan perkara tersebut adalah tidak sah jika sembahyang di belakang orang UMNO, haram dimakan daging sembelihan orang UMNO, terfasakh pernikahan antara orang UMNO dengan bukan UMNO dan tidak sah akad nikah oleh imam daripada UMNO. Turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah akad nikah yang dibuat oleh imam UMNO perlu diperbaharui, mayat orang UMNO tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam, jenazah orang UMNO tidak boleh disembahyangkan kerana murtad dan orang UMNO tidak boleh melakukan sembahyang jenazah terhadap orang bukan UMNO serta orang UMNO tidak perlu sembahyang atau menunaikan haji kerana amalan mereka tidak diterima Islam. Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin ketika dihubungi enggan memberi kenyataan atas alasan belum lagi membaca laporan yang dibuat Utusan Malaysia. Berikut nama-nama Jemaah Ulama yang bermesyuarat pada 1981. Datuk Ismail Yusoff Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan. Abd. Aziz Abu Bakar Pondok Terusan,Pasir Tumbuh. Abul Ghani Awang Chik Pondok Kubang Bemban, Pasir Mas. Mohamad Yusoff 383 Jalan Atas Banggol.Kota Bahru. Hassan bin Haji Ismail Maahad Muhammadi,Kota Baru. Abdullah Abd. Rahman Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Hasbullah Mohd. Hassan Imam Besar Masjid Muhammadi. Hassan Idris Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan (JASA) Lundang, Kota Bahru. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121225/po_02/MAIK-keluar-surat-rasmi-pada-1981#ixzz2GSVuBFLK © Utusan Melayu (M) Bhd Sent from my iPad |
WORLD’S SMALLEST WOMAN FROM INDIA Posted: 29 Dec 2012 08:09 AM PST |
Posted: 29 Dec 2012 07:42 AM PST Panglima: Dengan kecanggihan internet hari ini bukan susah pun untuk menerangkan isu amanat beliau 1981. Begitu juga jentera Pas sedia mengedarkan penjelasan beliau di pasar malam, lokasi ceramah mahupun surau atau masjid bentuk cd atau hard copy. bila-bila masa yang diarahkan. Jika beliau tidak mahu guna tv internet anak buahnya. Tetapi kenapa mahu siaran langsung di TV? Hj Hadi tahu beliau perlu mencipta impian yang sukar dan tidak masuk akal.... Maka perkara yang mustahil inilah yang diharap oleh beliau untuk memerangkap Kerajaan yang gigih menyedarkan perkara sebenar amanat beliau. Kepada Hj Hadi, bertaubatlah dan tarik kembali amanatmu yang sudah mencipta masalah berpanjangan dan merosakkan hubungan sesama Islam. Sebelum mati, jadikan amanat ini sudah tidak absah lagi. Jangan biarkan dosa yang mengalir tidak henti akibat kekafiran yang diselitkan dalam amanat itu mencengkam kehidupanmu di alam kubur nanti. Buanglah ego berdoalah agar dosamu diampun Allah. Allah Maha Pengampun walau sejahat mana perbuatan kita. Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi 29 Disember 2012 ![]() Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan memberi beliau peluang siaran secara langsung sejam menerusi RTM untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi yang kembali menjadi polemik semasa. Sent from my iPad |
Amanat Haji Hadi sedang memakan diri « Blog Biswardi Posted: 29 Dec 2012 07:05 AM PST BUKU bertajuk Kafirkah Aku karya C.J Al Afghani seorang aktivis Pas menarik minat banyak pihak. Ia mengingatkan kita kembali mengenai perbuatan Haji Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO dan membawa perpecahan yang parah di kalangan umat Melayu. Ia berlaku pada tahun 1982, di Ulu Peradung, Terengganu sewaktu Revolusi Iran berada di puncaknya. Haji Hadi amat tertarik dengan kejayaan Revolusi Iran dan Pas kelihatan amat radikal pada waktu itu. Pada tahun 1982 juga Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan ia memberi kesan kepada Pas. Haji Hadi suatu ketika dulu pernah menjadi Yang Dipertua ABIM Trengganu di zaman Anwar menjadi Presiden ABIM, mungkin dia berasa amat kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Anwar. Apakah ini menjadi antara sebab Haji Hadi menjadi lebih radikal kerana sebahagian orang ABIM yang mendukung Pas menganggap keputusan Anwar menyertai UMNO tidak syarie kerana ia tidak dibincangkan dalam syura. Keradikalan Haji Hadi dan populariti yang ada padanya menyebabkan dia tergamak mengambil pendekatan hitam-putih dalam memperjuangkan "politik Islam" sehingga mengkafirkan UMNO. http://biswardi.wordpress.com/2012/12/29/amanat-haji-hadi-sedang-memakan-diri/Sent from my iPad |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |