DIMENSI |
Omegay: Soros bantu kempen PR di sarawak! Posted: 23 Mar 2013 01:54 AM PDT Skandal tanah Sarawak: Global Witness dibiayai Soros
Video tersebut cuba menuduh Taib Mahmud kononnya melakukan penyelewengan menguruskan tanah dan hutan negeri. Ia jelas merupakan cubaan untuk mencemarkan Sarawak sekaligus mewujudkan sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.
Hasil penelitian yang dilakukan, Global Witness sebenarnya merupakan sebuah organisasi yang dibiayai oleh NED & ODI iaitu dua badan yang disokong kedudukan kewangan oleh penyangak mata wang asing berketurunan Yahudi, George Soros. Sila rujuk pautan blog ini Soros-funded Global Witness untuk maklumat lanjut.
Maka bukanlah suatu yang menghairankan apabila sebuah NGO asing secara tiba-tiba begitu berminat untuk membantu gerakan pembangkang bagi menumbangkan kerajaan. Keseluruhan episod ini rupanya merupakan dendam lama penyangak Yahudi itu terhadap kepimpinan negara. Malah umum juga mengetahui akan hubungan akrab di antara Soros dan Anwar seperti yang telah didedahkan sebelum ini.
Sebagai contoh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman pernah berkata penglibatan Anwar dan Soros tidak berlaku secara langsung tetapi ia dibuat melalui NGO asing yang dinaungi penyangak berkenaan dan rakan-rakannya.
Terbukti hubungan luar biasa Anwar dengan beberapa pemimpin Yahudi termasuk Soros bukan lagi rahsia. Malah pendekatan Ketua Pembangkang itu yang menghasut dan menyemai sentimen kebencian rakyat agar menjatuhkan kerajaan juga menjadi bukti jelas ia dipengaruhi cara Yahudi seperti yang telah berlaku di negara-negara Arab. |
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |