Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


TERKINI ! Kiram III takut mati , tuduh Komando kita nak bunuhnya @ #Lahadatu

Posted: 23 Mar 2013 11:10 AM PDT


Nak tergelak GPB bila baca kenyataan Bahalol Kiram III bahawa  Malaysia telah  hantar Komando untuk bunuhnya di Filipina . Apa dia ingat negara kita ni gila   sangat sampai hantar orang pi bunuh celaka ketua pengganas ini di negaranya .

Apa nanti kata Filipina ??  Walhal Malaysia dan Filipina bekerjasama baik dalam pencerobohan pengganas Kiram III ini .





Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyanggah tohmahan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Sulu, kononnya Malaysia akan membawa komando untuk membunuh beliau di Filipina.

Sebaliknya, Ahmad Zahid meminta Jamalul Kiram tidak perlu bimbang kerana Malaysia tidak akan menceroboh Filipina untuk melakukan pembunuhan di negara orang.

Beliau berkata, pihak tentera Malaysia tidak akan melakukan pekara jahat  seperti itu  dan sebaliknya  Jamalul melakukan pembunuhan di negara orang.

Kata beliau, Jamalul tidak perlu membuat 'reverse psychology' semata-mata untuk mendapatkan  simpati daripada penyokongnya kononnya komando daripada Malaysia akan masuk dan bunuh beliau.

"Jika ditakdirkan Jamalul Kiram dibunuh oleh orang lain, jangan pernah ada tuduhan mengatakan ianya dilakukan oleh pihak komando Malaysia.

"Kita tidak akan masuk ke negara orang untuk membunuh mana-mana pihak sepertimana didakwa oleh Jamalul Kiram," tegas Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikan ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Dewan Hajah Tuminah, Kampung Sungai Nipah Darat dan Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM serta Sumbangan kepada veteran warga Mas, balu-balu dan anak-anak yatim Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid meminta kepada Jamalul untuk berhenti daripada menuntut Sabah, di samping menyuruh penyokong penganas Sulu itu berundur daripada negeri itu.

Katanya, Jamalul seharusnya menerima kenyataan kerana berdasarkan sejarah dan undang-undang, Jamalul tidak mempunyai hak langsung untuk menuntut mana-mana bahagian di Sabah.

Menurutnya, tuntutan Jamalul mengatakan  Sabah adalah hak sepenuhnya adalah tindakan sia semata-mata.

Beliau berkata, dalam pekara ini, Malaysia tidak berhasrat untuk membawa isu tuntutan Jamalul terhadap Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana kehendak rakyat Sabah ini telah dizahirkan menerusi pungutan suara Suruhanjaya Cobbold dan disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Mana-mana pihak luar dan dalam Sabah menceroboh negeri itu, mereka merupakan musuh negara kerana mereka tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong serta kedaulatan undang-undang  negara ini," katanya.

Malam Cinta Rasul : TPM bersama lautan umat Islam berselawat & berqasidah

Posted: 23 Mar 2013 10:00 AM PDT





- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri program 'Malam Cinta Rasul' di Dataran Merdeka yang bertujuan memberi kesedaran kepada umat Islam untuk mencontohi kepimpinan Nabi Muhammmad SAW.

Muhyiddin tiba di lokasi majlis di sini pada kira-kira 9 malam tadi ditemani isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Program tiga jam itu, antara lain, menampilkan tokoh qasidah terkenal Indonesia Habib Syech As Seggaf.
Malam Cinta Rasul anjuran Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - BERNAMA


Mana ada di negara lain boleh buat seperti ini ?? Dengan aman dan tenang sekali di tengah kotaraya ? Sebabnya agama Islam adalah agama Persekutuan negara dan tidak boleh dipertikai mana2 pihak .

Yang hadir pulak pemimpin negara iaitu   TPM Tan Sri Muhyiddin  bersama lautan Umat Islam yang hadir  di Dataran Merdeka berselawat dan bersama2 menggalunkan zikir2 dan nasyid2 memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.






HOT ! Rafizi Ramli terus kantoi fitnah Papagomo isu pengundi hantu !!

Posted: 23 Mar 2013 09:15 AM PDT




tergelak MyMassa baca pendedahan Rafizi Ramli.
Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.
papagomospr1
Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.
papagomospr2

Baca seterusnya di sini : http://rafiziramli.com/2013/03/papagomo-wan-muhammad-azri-wan-deris-adalah-pengundi-hantu/






Dengan menggunakan kaedah nama pengundi yang sama, Rafizi dah tuduh Wan Azri sebagai pengundi hantu walaupun tarikh lahir berbeza.

Jika dengan menggunakan kaedah nama pengundi yang sama sebagai cara nak kesan pengundi hantu, adakah dengan cara ini, Rafizi juga pengundi hantu? Mana satu Rafizi yang bukan hantu?






MyMassa harap Rafizi Ramli boleh buat kenyataan akhbar untuk menafikan bahawa dia bukan pengundi hantu. Tak perlu tunggu SPR untuk buat kenyataan.

Itulah caranya pembangkang bermain dengan perang persepsi untuk menipu dan mempengaruhi penyokong mereka. Dengan satu dua yang dinamakan 'bukti', pembangkang akan terus menyerang Kerajaan tanpa selidik terlebih dahulu. Timbalan Pengerusi SPR juga pernah dituduh dengan cara yang sama.

Rakyat perlu melihat kembali kepada kes klasik ini ... kes yang ditakrifkan sebagai CUKUP MEMALUKAN Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.



PASIR MAS, 6 Mei 2012 - Ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar. Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan. Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR yang dikeluarkan pada 27 April lalu. - KLPOS, 6 MEI 2012.

Baca seterusnya di sini : http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/03/rafizi-ramli-saya-terpaksa-fitnah-papa.html

MyMassa harap agar pembaca lebih berhati-hati bila mendapat maklumat daripada blog Rafizi kerana bukan kali pertama dia menipu. MyMassa pernah dedahkan penipuannya di sini :

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/rafizi-tuduh-umno-bagi-ic-azzimuddie.html

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/panas-rafiziramli-terlepas-cakap-rahsia.html

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/panas-gambar-dalang-kekacauan-tahun.html 

*Rafizi ni pun macam bos dia jugak, asyik kantoi je. Ini ke taraf pengarah strategi PKR boleh kantoi dengan blogger?

SUMBER : MY MASSA

Hot ! Komen berapi Tun M pasal Anwar takut nak bertanding di Permatang Pauh #rempuh243

Posted: 23 Mar 2013 08:44 AM PDT






Tun Mahathir adalah orang yang membawa Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO & mewakili BN  bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1982 . 

Hari ini sejarah menjelang di PRU 13 , kerusi yang tidak pernah Anwar & keluarganya  tewas ini tidak diyakini beliau dan mungkin akan bertanding di Perak . 

Ikuti komen Tun M :  



Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain."

"Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini, hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahan kerusi parlimen Permatang Pauh.- Bernama

TERKINI !! Komandan pengganas Sulu berjaya diberkas di Semporna #LahaDatu

Posted: 23 Mar 2013 12:35 AM PDT




- Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari ini.
   
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.
   
Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.
   
Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam tadi.
   
"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
   
Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.
   
Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.
   
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.
   
Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.

Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
   
"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.
   
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.
   
Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.
   
Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.  - Bernama

Belia Cina & India demo bantah terowong DAP #rempuh243

Posted: 22 Mar 2013 06:40 PM PDT





Kira-kira 300 ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang majoritinya belia Cina dan India berarak sejauh satu kilometer dari Jalan Macalister menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, bagi menyerahkan memorandum membantah pembinaan terowong dasar laut oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kesemua mereka mewakili tiga NGO iaitu Pergerakan Hak Belia Malaysia (PHBM), 1Malaysia Brothers (1MB) dan Pertubuhan Belia Komuniti Pulau Pinang (PBKPP).

Mereka yang berarak dengan memakai baju berwarna biru muda turut membawa pelbagai sepanduk mengecam kegagalan kerajaan negeri mengotakan janji-janji dalam pilihan raya umum lalu.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kekecohan berlaku memandangkan anggota polis telah bersedia dari awal untuk mengawal keadaan di sekitar Komtar.

Presiden Pergerakan Hak Belia Malaysia, Shen Yee Aun berkata, bantahan terhadap pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion itu dibuat memandangkan pihaknya beranggapan projek mega berkenaan hanya merugikan duit rakyat semata-mata.

Tegasnya, banyak NGO lain dan rakyat negeri itu membantah projek berkenaan kerana dilihat boleh mengundang kesesakan lalu lintas lebih teruk terutama di bahagian pulau.

"Kami rakyat Pulau Pinang tidak memerlukan penghubung ketiga antara pulau dan tanah besar. Cukup dengan dua jambatan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil Pejabat Ketua Menteri di pekarangan Komtar, di sini hari ini.

Yee Aun berkata, memorandum yang dihantar itu turut mengandungi sembilan tuntutan lain yang perlu diperjelaskan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Antara perkara itu, katanya, penjelasan mengenai janji-janji palsu yang gagal ditunaikan DAP sepanjang lima tahun mentadbir Pulau Pinang dan kegagalan kerajaan negeri membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini.

"Selain itu kami juga mahu penjelasan mengenai manifesto yang dibuat DAP, pendirian berbeza Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kilang Lynas di Kuantan, Pahang dan penjelasan mengenai lokasi untuk kaum Cina dan India di dalam manifesto, bajet dan Buku Jingga pembangkang.
"Kita juga mendesak Guan Eng menjelaskan kenyataan bercanggahnya yang mahu menghapuskan tol tetapi mahu membina terowong bertol, pendirian DAP terhadap calon Perdana Menteri pembangkang dan internet percuma yang gagal diakses rakyat Pulau Pinang," katanya.

Beliau dalam pada itu menegaskan, sekiranya Guan Eng gagal menjelaskan semua tuntutan berkenaan dalam masa seminggu bermula hari ini, pihaknya akan mengambil tindakan susulan.

"Kami mahu Guan Eng berfikir, sekiranya tidak mahu menjawab segala tuntutan kami, apakah beliau sudah tidak memerlukan undi kami dalam pilihan raya umum akan datang?

"Kami juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng seperti bangkitnya rakyat Selangor mengheret Menteri Besar mereka ke mahkamah," katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>