Politik Harian |
- Anwar Saman Papa Gomo RM100 Juta... Tarik Balik Atau Ada Video Lain Akan Didedahkan! - Papa Gomo
- Video Uncensored: Anwar Sukar Menjawab Soalan Gay/Biseksual ?
- Lahad Datu : Empat Pertempuran Berlaku Semalam
- PKR Akui Anwar Gay!
- PRU-13: BN Pertaruh Muka Baru Tawan Selangor
- UMNO Teruskan Saman Tian Chua
- Isu Moral Punca PAS Tolak Anwar Jadi PM, Kata Hasan Ali
- Pembangkang Tabur Janji Baru Untuk Ibu Tunggal
- Kalau Anwar Gay Sekalipun, So What?
- Lim Kit Siang Sah Bertanding Di Gelang Patah
- Fareez Dakwa Diancam Oleh Orang Suruhan Wan Azizah!
- PM Kecam Kenyataan Harun Taib Perkecil Pengorbanan Wira Negara
- 12 Kereta Perisai Berantai Tiba Di Lahad Datu
- Taktik ‘Madu Tiga’ Anwar Ibrahim…?
Anwar Saman Papa Gomo RM100 Juta... Tarik Balik Atau Ada Video Lain Akan Didedahkan! - Papa Gomo Posted: 19 Mar 2013 02:00 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik blog 'Papa Gomo' bersabit tindakan mengaitkan beliau dengan gambar aksi intim dua individu lelaki yang dimuatnaik di laman blog berkenaan. Naib Presiden PKR N Surendren yang mewakili Anwar dalam satu kenyataan berkata telah menghantar surat kepada Papa Gomo menuntut supaya menarik balik tuduhan itu dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam. Jika gagal berbuat demikian kata Surendren maka blogger berkenaan bakal berhadapan tuntutan saman berjumlah RM100 juta. Papa Gomo berkata didalam blognya, beliau memberi tempoh 48 jam untuk Dato Sri Anwar Ibrahim menarik balik saman dan membuat permohonan Maaf kepadanya. Ini kerana Papa Gomo berkata ditangannya terdapat lagi video seks Anwar Ibrahim yang lain dimana Dato Sri Anwar Ibrahim, 6 hb Febuari 2013 berlokasi di Hotel Hilton KL Central pada jam 1 pagi rakaman aksi Dato Sri membelasah jubor (meliwat) Mahasiswa dari Sabah. Papa Gomo turut mempersoalkan kenapa Anwar sampai hari ini tidak berani saman Datuk Sharzly Eskay Abdullah yang mendedahkan isu dakwaan video seks dengan China Doll yang disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar luar negara. Petikan blog Papa Gomo - Untuk makluman Dato Sri Anwar Ibrahim hari ini saya telah pun terpancut kerana sekian lama air saya tertunggak menantikan saman dari Dato Sri. Tak disangka hari ini ianya keluar terpancut melimpah limpah dengan amaun RM 100 juta dari Anwar Ibrahim. "Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papagomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial. Anwar"Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno," kata Anwar di twitter hari ini." In the letter of demand sent today, Dato' Seri Anwar's solicitors have demanded that the blogger Papa Gomo withdraw his malicious allegations, apologize within 48 hours from today, and pay damages in the sum of RM 100 million." Permohonan Maaf saya : Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual. Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja. Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat. Saya juga nak menegaskan disini bahawa paparan Gambar gambar diatas ini adalah sebahagian daripada aktiviti mingguan Dato Sri dalam menjalankan kerja Homoseksual mebelasah Jubor jubor lelaki terutamanya anak muda. Apa yang dilakukan saya adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin dengan moral yang begitu jijik apatahlagi dengan ketagihan homoseksual yang saya lihat tidak dapat lagi dibendung. Wan Azizah, Nurul Izzah dan juga suami Nurul tahu kegiatan Dato Sri dan saya rasa Dato Sri pasti terkejut jika saya nyatakan bahawa Menantu Dato Sri yang akan membawa Dato Sri keluar setiap malam bagi mencari Jubor untuk dikoyakkan. Pendedahan mengenai moral Dato Sri saya lakukan demi rakyat Malaysia. Seharusnya Dato Sri berundur dari pentas politik dengan kadar segera demi menjaga maruah keluarga Dato Sri terutama Wan Azizah yang sudah begitu lama menahan azab dengan kegiatan tak bermoral Dato Sri. Saya juga tertanya tanya mengapa Dato Sri Anwar Ibrahim tidak menyaman saya, Dato Eskay sejak pendedahan Video Seks Dato Sri dan China Doll tersebar. Mengapa dalam isu video seks China Doll Anwar Ibrahim tidak menfailkan saman keatas Dato Eskay yang terang terang bersumpah serta menyatakan bahawa Dato Sri merupakan lelaki didalam video tersebut yang membalun Pelacur China itu? Akhir sekali saya nak menyatakan bahawa saya memohon Maaf kepada Dato Sri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Dato Sri agar rakyat mengetahui kebenarannya. Rakyat tidak mahu pemimpin jijik sepertimana manusia bernama Anwar Bin Ibrahim. Buat Anwar Ibrahim, saya mengikut jejak langkah Tun Mahathir idola saya: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf kepada bekas timbalan, Anwar Ibrahim dan menolak tuntutan RM100 juta (US$26.7 juta) sebagai ganti rugi kerana memanggil Anwar sebagai seorang homoseksual. -KLIIK DISINI Klip Video Dalam Simpanan Papa Gomo : ) Anwar Ibrahim ingat tragedi Jubor Mahasiwa dikoyakkan beliau? Percayalah bahawa Anwar Ibrahim tidak akan ingat kerana sudah puluhan dan mungkin ratusan Jubor anak muda diratahnya. Jadi dengan ini 48 jam tempoh diberikan untuk Dato Sri Anwar Ibrahim menarik balik saman dan membuat permohonan Maaf kepada saya. Jika tidak maka Bala yang dah mati tu akan menimpa Dato Sri Anwar selepas 48 jam bermula dari jam 4 petang ini. Psssttt... Lawan tetap Lawan.... U Ulang Lagi I saman U...hua Hua hua Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
Video Uncensored: Anwar Sukar Menjawab Soalan Gay/Biseksual ? Posted: 19 Mar 2013 01:16 AM PDT Kenapa Anwar Ibrahim sukar menjawab soalan mudah yang memerlukan jawapan YA atau TIDAK, ketika ditanya soalan berkaitan dengan, adakah anda seorang gay atau biseksual? Video ini rakaman wawancara Anwar dengan sebuah stesen radio swasta BFM 89.9 di Lembah Klang. Perhatikan sendiri betapa sukarnya Anwar untuk menjawab soalan mudah yang diajukan wartawan berkenaan, Sehingga 4 kali bertanya soalan "Yes or No", Tapi Anwar masih tidak mampu menyembunyikan hakikat sebenar 'hobi masa lapang' beliau. Video url: http://youtu.be/ctV1v_b9Lrw |
Lahad Datu : Empat Pertempuran Berlaku Semalam Posted: 19 Mar 2013 12:30 AM PDT Lahad Datu - Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu di sini semalam. Tiada kecederaan dilapor dalam empat pertempuran antara 8.05 pagi hingga 5 petang itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib hari ini. Beliau berkata, dalam operasi semalam, pasukan keselamatan turut menahan tiga lagi individu di Sandakan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas, menjadikan jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang. "Segala laporan siasatan siap dan kesemua mereka akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi FELDA Sahabat 16, dekat sini hari ini. Hamza berkata, operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kawasan kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini dan pihaknya percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang. Sementara itu, Ahmad Zaki berkata, pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak dalam pelbagai bentuk muka bumi. "Kami yakin dengan tahap mobiliti, daya perlindungan dan kemampuan kereta perisai kami dalam melancarkan Operasi Daulat," katanya. Krisis pencerobohan pengganas dari Sulu sejak 12 Februari lalu mengorbankan sembilan anggota pasukan keselamatan manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat. Seramai 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan lain. -Bernama |
Posted: 18 Mar 2013 11:30 PM PDT Gempar... PKR Bangi akui Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seorang GAY... dan menyatakan sokongan kepada Anwar walaupun Anwar seorang GAY, kerana itu hak peribadi beliau. Tengahari tadi PKR Bangi melalui akaun twitter @PKR_Bangi menyatakan hasrat untuk terus menyokong Anwar walaupun Anwar seorang GAY. @PKR_Bangi : Kita tetap akan terima DS ANWAR IBRAHIM sbgi PM walaupun dia seorang GAY, krn itu hak peribadi beliau! #Pakatanrakyat #pakatanharapanrakyat Terdahulu salah seorang mahasiswa pembangkang Khalid Mohd Ismath menyatakan beliau tidak kisah walaupun mempunyai seorang pemimpin LGBT, tak ada agama, atau sosial, yang penting pemimpin tersebut melaksanakan amanah rakyat dan negara serta tidak salah gunakan kuasa. Gila dah budak ni.... Ingat Nabi tak mengaku umat |
PRU-13: BN Pertaruh Muka Baru Tawan Selangor Posted: 18 Mar 2013 10:13 PM PDT Kira-kira 80% calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor akan menampilkan muka-muka baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), menurut sumber. Pakatan Haram (DAP, PKR, PAS) juga dijangka akan menurunkan muka baru di beberapa 56 DUN tetapi tidak seramai yang dilakukan BN kerana kebanyakan calon mereka merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) penggal pertama. Sumber BN berkata: "Kami akan menurunkan kebanyakan calon bertenaga." Calon baru yang akan diturunkan termasuk Timbalan Ketua Umno Klang, Nazarrudin M.Zin, Ketua Pemuda Umno Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, Presiden Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, Ketua MCA Sepang Ng Chok Sin dan Ketua Beliawanis MCA Tee Hooi Ling. Sementara itu, ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil yang memegang jawatan tersebut selama lima penggal secara sukarela ingin bertanding di kerusi Parlimen Kapar. |
Posted: 18 Mar 2013 09:00 PM PDT Umno akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua setelah gagal memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya dalam KeadilanDaily.com. Dalam kenyataan media, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan undang-undang terhadap Tian Chua diteruskan setelah tempoh yang diberikan untuknya berbuat demikian tamat. Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, yang dilapor dalam KeadilanDaily.com pada 1 Mac lalu, mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk alih perhatian dan takutkan rakyat. Sebelum itu, Umno melalui peguamnya telah menghantar notis kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula 4 Mac lalu untuk memohon maaf, menarik balik dan berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu tersebut. -SH |
Isu Moral Punca PAS Tolak Anwar Jadi PM, Kata Hasan Ali Posted: 18 Mar 2013 07:00 PM PDT Negara digemparkan lagi dengan kisah yang melibatkan moral Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim. Snapshot 13 keping gambar yang dipaparkan dibeberapa portal 2 hari yang lalu menggambarkan seorang lelaki yang dikatakan seiras dengan Anwar Ibrahim melakukan perbuatan sumbang bersama seorang laki-laki. Seperti biasa individu yang terlibat menafikan sekeras-kerasnya dan seperti biasa juga menuding jari kepada Umno yang dikatakan terlibat dengan agenda politik yang menjijikkan. Sehingga ini belum kedengaran report polis dibuat oleh Anwar Ibrahim dan belum ada sokongan-sokongan fakta menafikan peristiwa itu sementara pihak yang menelanjangkan kisah itu terus memanaskan insiden itu yang sememangnya selama ini dikaitkan dengan individu berkenaan. Saya tidak berminat untuk menunjuk jari siapa individu itu dan saya juga tidak berminat untuk mengulas paparan gambar-gambar yang dibuat. Tetapi saya ingin memberi sedikit komen mengenai insiden itu dalam konteks politik semasa di negara ini. Seperti yang diketahui PAS melalui Majlis Syura Ulama tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa. Penolakan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri mungkin pada asasnya adalah berpunca daripada penglibatan beliau secara berterusan dan bertimpa-timpa dalam beberapa insiden tidak bermoral dan sebahagiannya telah dibawa ke mahkamah dan sudahpun diberikan keputusan. Sehingga ini keputusan masih dilihat menyebelahi Anwar Ibrahim walaupun kesemua hakim mewakili beberapa tingkat perundangan memutuskan bahawa perbuatan liwat memang berlaku tetapi disebabkan masalah teknikal melibatkan sampel DNA, sesuatu yang konklusif tidak dapat dikemukakan. Yang ingin saya ulas ialah insiden salah moral yang berlaku bertimpa-timpa dan begitu kerap. Keadaan ini menyebabkan masyarakat sudah muak dengan kisah salah laku membabitkan Anwar Ibrahim. Kemuakan ini terbayang juga dikalangan pimpinan komponen parti dalam Pakatan Rakyat terutama PAS apabila pimpinan ulama tertingginya menyuarakan rasa muak dan mual PAS terhadap perilaku Anwar Ibrahim itu. Sebahagian anggota masyarakat merasakan setakat ini adalah lebih bijak bagi Anwar Ibrahim menumpukan fikiran dan tindakan untuk membersihkan masalah peribadinya yang sehingga hari ini memerlukan tindakan dan kata putus daripada Anwar sendiri seperti isu sumpah laknat yang sehingga ini beliau mengelak daripada melakukannya. Penglibatan beliau dalam politik yang terus menerus menggunakan PAS dan DAP serta konco-konconya untuk membolehkan beliau mencapai hasrat dan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri tidak dilihat sebagai sesuatu yang baik untuk diri, keluarga, perjuangan politik beliau dan negara. Adalah dijangkakan lebih banyak masalah akan timbul samada dikalangan Pakatan Rakyat itu sendiri atau dikalangan rakyat yang menjadi pengundi sekiranya beliau terus aktif memimpin Pakatan Rakyat. Saya percaya Pakatan Rakyat memerlukan suasana yang lebih damai dan tenteram untuk menghadapi PRU ke 13. Daripada pengamatan sebahagian daripada pengulas politik mendapati Anwar akan terus mengejar cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dan terus juga mengggunakan PAS dan DAP untuk menjadi alat meralisasikan cita-cita beliau itu. Sebenarnya PAS sudah banyak kali terhantuk dan banyak kali juga terngadah. Beban moral Anwar Ibrahim semakin hari semakin berat untuk dipikul oleh PAS. Sebelum nasi betul-betul menjadi bubur, eloklah sekiranya Kepimpinan Ulama PAS menimbangkan untuk mengambil satu lagi keputusan tegas untuk Parti Islam itu meninggalkan Pakatan Rakyat dan berjuang berseorangan atau berganding dengan badan-badan politik dan bukan politik yang lain yang membawa mesej mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu dalam rangka terus membangunkan negara ini. YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia Taman Tun Dr Ismail, KL 18 MAC 2013 |
Pembangkang Tabur Janji Baru Untuk Ibu Tunggal Posted: 18 Mar 2013 06:00 PM PDT Nampaknya pembangkang masih tak serik nak menipu rakyat... janji lama masa tak dikotakan, tiba pula janji baru... bila tiba bulan PRU.. macam-macam janji di manis ditabur untuk menarik undi rakyat, tapi sebenarnya hampeh! Tak cukup ke tindakan saman untuk puak rejim Selangor ni? Laporan Utusan - Janji untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal di Selangor pada pilihan raya lalu belum ditunaikan, pakatan pembangkang malam ini menabur janji baharu kepada golongan tersebut. Dalam satu ceramah yang diadakan di Lembah Keramat malam tadi, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berjanji untuk menubuhkan tabung khas bagi golongan itu jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya. Malahan beliau turut berjanji untuk memberikan saham kepada setiap pengguna air di negeri Selangor jika kerajaan negeri yang dikuasai mereka sekarang dapat mengambil alih pengurusan air daripada Syabas dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Selain Rodziah, ceramah yang turut menampilkan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad itu gagal mendapat sambutan apabila tidak sampai 1,000 yang hadir dan kebanyakan mereka adalah penyokong tegar pembangkang. |
Kalau Anwar Gay Sekalipun, So What? Posted: 18 Mar 2013 10:10 AM PDT Wow!... hebat betul penyokong tegar yang taksub kepada Anwar Ibrahim.. sanggup angkat Anwar walaupun Anwar seorang "gay" woooo... rosak, rosak... Terkejut bila membaca laman web pembangkang, yang menyatakan "kalau Anwar Gay sekali pun, so what?" Suarapakatanrakyat.com - MALAYSIA tidak seperti negara-negara barat yang mempunyai ramai pemimpin yang boleh diketengahkan untuk menerajui negara mereka ke arah pencapaian yang boleh dibanggakan sebagai sebuah negara. Maka itu kalau mereka meletakkan kriteria yang ketat termasuk persoalan moral dalam penentuan siapa yang layak menjadi pemimpin, itu adalah kerana kelebihan tersebut. Buktinya, walaupun dalam masa yang sama rakyat negara mereka dibenar untuk memilih kecenderungan seksual masing-masing seperti seks sejenis dan sebagainya, pemimpin negara/politik dilarang malah ada yang dipecat kalau mempunyai kecenderungan seperti itu. Tapi di negara ini lain. Tidak ramai di kalangan pemimpin politik yang mempunyai kemampuan untuk memimpin negara ini menjadi sebuah negara yang lebih baik dari sekarang, sebuah U-topia dunia yang diidam-idamkan rakyat di negara-negara yang sekelas dengan kita. Negara dimana sebahagian besar pendapatannya dibelanjakan untuk subsidi dan kesenangan rakyat, rasuah dihapuskan dan sebagainya. Maka itu, kalau ada seorang pemimpin yang mampu dan pemimpin tersebut kebetulan mempunyai kecenderungan seksual yang pelbagai, so what? Pemimpin yang punyai kecenderungan seperti itu adalah 100 kali lebih baik berbanding pemimpin yang straight tapi bergelumang dengan korupsi, penyelewengan dan rasuah. Persoalan yang kita patut tanyakan, adakah rakyat lebih rela mempunyai pemimpin yang korup dan hanya menggunakan jawatan dan kedudukan masing-masing untuk kepentingan sendiri berbanding dengan pemimpin yang jujur, ikhlas serta sanggup keluar masuk penjara demi membela nasib rakyat tapi hanya mempunyai sedikit kelemahan dari segi kecenderungan seksualiti? Laman ini berpandangan, kecenderungan seksualiti adalah hak individu dan pilihan masing-masing yang telah ditentukan Tuhan, tidak ada apa yang dapat mengubah hakikat tersebut. Untung dan bertuahlah kepada pemimpin yang mempunyai kecenderungan seksual yang normal, tapi kalau ada pemimpin dengan kelainan yang disebabkan apa-apa jua keadaan, rakyat perlulah menerima keadaan tersebut dengan seadanya. Nukilan ini terhasil setelah laman ini melihat serangan berterusan ke atas kecenderungan seksualiti Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi menjelang pilihanraya umum akan datang dan kami yakin tidak akan berhenti. Daripada buang masa membuat penafian yang tidak ada kesudahan, kami rasa lebih baik rakyat belajar menerima keadaan tersebut yang telah ditetapkan Tuhan. Seperti pemuda di bawah ini:- |
Lim Kit Siang Sah Bertanding Di Gelang Patah Posted: 18 Mar 2013 09:00 AM PDT Pakatan haram mengesahkan penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) tak lama lagi... Ia merupakan salah satu daripada beberapa kerusi parlimen di Johor dengan lebih 50 peratus pengundi Cina dan juga yang menjadi rebutan antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perebutan kerusi tersebut sebelum ini mencetus pergaduhan besar di antara ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan ketua PKR negeri Datuk Seri Chua Jui Meng. Pemimpin MCA Tan Ah Eng memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008. Terdahulu, Ahli majlis tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi mencabar penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu bagi membuktikan bahawa pemimpin veteran berkenaan tidak hanya diterima oleh kelompok pengundi Cina. Cabaran itu dikemukakannya susulan pengumuman Lim semalam bahawa DAP akan bertanding di kawasan parlimen Gelang Patah di Johor dan kerusi Bentong di Pahang, yang menjadi rebutan antara parti itu dengan PKR sebelum ini. Puad juga mendakwa Lim sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana sering berpindah kawasan pilihan raya. "Saya cabar Kit Siang bertanding di kawasan majoriti Melayu atau kawasan seimbang semua kaum, jika beliau mahu bertanding di Johor pada pilihan raya umum ke-13 ini bagi buktikan yang beliau bukan hanya diterima kaum Cina. "Bagi saya, Kit Siang bukan pemimpin atau MP bertanggungjawab kerana tindakannya yang gemar berpindah kawasn setiap kali pilihan raya membuktikan beliau seolah-olah lari daripada pengundi kawasn lamanya, termasuk Ipoh Timur (2004, 2008), Tanjong (1986-1989) dan Kota Melaka (1982-1986). "Jadi MP bukan setakat mahu tunju hero dan pandai berjanji saja, tapi buat kerja untuk manfaat masyarakat tapi apa sudah dilakukan Kit Siang di kawasan lamanya sebelum ini? Oleh itu tidak ada sebab masyarakat Johor nak sokong dia," katanya. |
Fareez Dakwa Diancam Oleh Orang Suruhan Wan Azizah! Posted: 18 Mar 2013 08:00 AM PDT KUALA LUMPUR 18 Mac - Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam baru-baru ini telah membuat satu laporan polis bagi mendapatkan jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa berhubung ancaman yang diterimanya. Mohd. Fareez, 24, mendakwa, beliau serta keluarganya sedang diancam bahaya berikutan terdedahnya satu surat yang diutuskan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya berundur daripada terus memimpin parti. Sehingga hari ini beliau mendakwa masih diancam pihak-pihak tertentu yang dipercayai ada kaitan dengan teguran terdahulu beliau terhadap kepimpinan Wan Azizah. Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez : 1. Sehingga hari ini, keselamatan saya dan keluarga masih diancam. Maka, saya menggesa kepada mereka yang terlibat, yang saya percaya adalah penyokong parti dan kemungkinan orang suruhan Presiden, Wan Azizah agar hentikan segala gangguan dan ancaman ini dengan segera. 2. Selaku Presiden Keadilan, Wan Azizah seharusnya juga bijak mengawal perasaannya. Di manakah terletaknya maruah dan integritinya selaku Presiden andai beliau sendiri gagal mengawal perasaan cemburunya terhadap semua orang yang ada hubungan rapat dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim?. 3. Apakah Wan Azizah mahu menghukum saya, hanya kerana ikutkan tuntutan perasaan cemburu beliau terhadap saya? Jelas, ini bukan sikap seorang Presiden parti yang berwibawa dan adil. 4. Jangan pernah perkecilkan kemampuan saya. Andai tekanan ini berterusan, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan punca dan sebab cemburunya beliau kepada saya. Maka sekalian akan sedar betapa hipokrit dan tinggi obsesi kemahuan mahu berkuasanya beliau. 5. Walau didesak, saya iktikad dengan pendirian saya bahawa Wan Azizah tidak layak memimpin parti dan demi kelangsungan perjuangan Keadilan serta kecemerlangan pakatan dalam PRU13 akan datang - beliau harus segera meletak jawatan. 6. Malah saya yakin, ramai pimpinan dan ahli akar umbi juga sependapat dengan saya. Namun mereka gentar untuk bersuara kerana sedar kesan akan disisih dan dikecam, seperti yang dihadapi saya kini, walaupun mereka sedar ia adalah kebenaran yang harus parti terima. 7. Keselamatan keluarga saya adalah prioriti - maka keupayaan saya adalah tinggi demi melindunginya. Mereka berhak untuk mendapatkan ruang privasi dan jaminan persekitaran yang selamat. Mereka tidak seharusnya dilibatkan dalam kancah politik parti atau demi kepentingan mana-mana pimpinan. -Utusan |
PM Kecam Kenyataan Harun Taib Perkecil Pengorbanan Wira Negara Posted: 18 Mar 2013 07:00 AM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengecam Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berhubung ucapannya yang memperkecil-kecilkan pengorbanan pasukan keselamatan melawan pasukan bersenjata Sulu di Lahad Datu. Najib berkata Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa 10 anggota polis dan tentera yang terbunuh dalam pertempuran meninggal dunia sebagai 'syahid akhirat'. Harun telah dipetik sebagai berkata di Kuala Terengganu baru-baru ini bahawa anggota keselamatan hanya meninggal dunia sebagai wira 'syahid dunia'. "Kita kesal mati sebagai mati syahid juga dipolitikkan. "Apa agenda mereka sekarang," kata Perdana Menteri ketika menyerahkan surat kepada imam bagi menunaikan haji, Isnin. |
12 Kereta Perisai Berantai Tiba Di Lahad Datu Posted: 18 Mar 2013 06:00 AM PDT Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM) hari ini membawa masuk kereta perisai berantai untuk mempertingkatkan kawalan dan kekuatan gempuran di sekitar kawasan Lahad Datu, Sabah. Menurut Bernama, sebanyak 12 kereta perisai berantai sudah tiba di Felda Sahabat 16 bagi memperkukuhkan lagi Op Daulat di sana. Sebelum ini, pasukan keselamatan menyatakan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negera di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Februari lalu. Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, langkah itu diambil untuk menguatkan pertahanan dan kawalan serta bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat. Selain itu, mereka turut menjanjikan akan membawa beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia yang akan dibuat secara peringkat-berperingkat. Helikopter tentera darat telah pun tiba beberapa hari lalu. "Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, baru-baru ini. |
Taktik ‘Madu Tiga’ Anwar Ibrahim…? Posted: 18 Mar 2013 04:00 AM PDT Tan Sri Khalid Ibrahim adalah orang yang 'sekolah tinggi'.Beliau ada ijazah yang berjela-jela dan mempunyai pengalaman luas dalam arina korprat. Namun tidak semestinya orang yang ada kelulusan akademik dan bijak main saham berjuta-juta tahu menari ikut rentak yang betul dalam arina politik. Kalau tidak mana mungkin Khalid boleh keluar cakap manifesto pilihanraya bukan satu janji yang perlu ditepati dan kerajaan pimpinannya kini berdepan dengan segala macam tindakan saman dari rakyat Selangor yang marah. Jadi apa nak hairan kalau Menteri Besar ini ada buat kenyataan macam budak darjah satu kata bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu sibuk berkempen dan tidak ada masa untuk buat 'aktiviti luar' seperti yang didedahkan oleh blog http://rajagoyang360.blogspot.com. Rasanya Khalid kena ambil masa bersantai tengok filem 'Madu Tiga' bagaimana watak dibawa Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menyelit dicelah-celah kesibukan jadi manager di syarikat bapa mertuanya sampai boleh kahwin tiga. Kalau tak cukup beliau boleh tengok segala macam drama di Astro,TV3 atau RTM yang memaparkan kisah-kisah sewaktu dengannya. Menteri Besar ini Ahad dilaporkan berkata dakwaan terbaru ini tidak berasas sama sekali melihat kepada kesibukan Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR, menghadiri program-program pakatan pembangkang. "Jika saudara ikut dia, seperti berapa orang wartawan ikut dia, saya ingat, wartawan pun pengsan, tak larat,"katanya dalam usaha untuk mempertahan bosnya. Tak tahulah samaada Khalid sudah tengok sendiri gambar-gambar dalam blog rajagoyang itu. Juga tidak semestinya apa yang didedahkan di blog itu adalah aktiviti terbaru. Betul ke tak betul samada orang itu Anwar atau tidak itu lain cerita.Namun jelas pada gambar-gambar orang yang didakwa sebagai Anwar datang ke bilik itu berpakaian kemas. Andaian yang boleh dibuat jika gunapakai skrip filem Madu Tiga ialah lelaki itu mungkin menyelit dicelah-celah kesibukan pergi meeting sana sini 'untuk lepas geram' sejenak di bilik hotel berkenaan. Cuba patah balik kepada isu dakwaan Anwar dikaitkan dengan video skandal seks 99.9 peratus tulin dengan China Doll yang didedahkan oleh Datuk T tidak lama dulu. Kita bukan sahaja boleh melihat video aksi berhempas pulas atas ranjang malah ada bukti rakaman CCTV semasa dua lelaki yang didakwa Datuk Sharzly Eskay Abdullah dan Anwar sedang naik dan turun lif di lokasi. Lelaki yang didakwa Anwar itu berpakaian simple saja macam nak pergi sembang di kedai kopi. Mereka yang ada pengalaman dengan 'aktiviti luar' macam ini cukup masak dengan taktik dan teknik hendak menyelit. Semasa membuat pendedahan itu dulu Eskay ada menceritakan beliau adalah 'rakan sulit' Anwar yang dari masa ke semasa datang ambilnya di rumah waktu malam. Eskay juga mendedahkan dirinya adalah orang kepercayaan Anwar yang jadi ' tukang atur' bila beliau turun ke Bangkok. Semua orang tertanya-tanya kenapa Anwar yang kini juga terkenal dengan slogan baru…'You Ulang I Saman You' sampai ke hari ini tidak berani saman Eskay. Apakah beliau takut jika ke mahkamah macam-macam lagi akan terbongkar? Khalid tidak payahlah nak berangan (jika betul) Anwar nak ajak beliau teman untuk 'aktiviti luar' begini. Apakah Khalid boleh jamin 100 peratus...lelaki dalam CCTV yang dekat lif itu bukan Anwar? Kalau nak cari alasan sekalipun tidaklah perlu nak turunkan darjat serendah itu hingga boleh buat orang tertawa berguling-guling. Dan…kalau orang yang sekolah tinggi macam Khalid pun berfikiran serendah itu apa nak hairan kalau Anwar masih boleh cakap besar dakwa ramai orang yang tetap tidak percaya pada pendedahan-pendedahan itu semua dan masih berduyun datang dengar beliau berceramah. Khalid adalah orang politik.Soal beliau bijak berpolitik atau tidak..itu juga soal lain.Beliau tetap orang politik yang perlukan undi. Baik Khalid atau pun DAP dan PAS yang menjadi rakan PKR tahu sangat nasib pakatan mereka jika tidak mempertahankan Anwar dengan alasan sebodoh manapun lebih-lebih lagi dalam keadaan dekat pilihanraya. Di celah-celah ini semua bukan rahsia lagi al-kisahnya semakin ramai orang yang 'ada otak' dalam pakatan itu lebih-lebih lagi PAS sudah curiga pada tahap maksimum sejak pendedahan video seks 99.9 peratus yang mengaitkan Anwar dengan China Doll. Bukan semua orang PAS yang boleh terima 'fatwa' bodoh Datuk Seri Haji Hadi Awang bahwa video itu besi dan tidak boleh jadi bukti. Kecurigaan itu jelas terpancar bila ada perwakilan PAS yang jolok mahukan bos mereka sendiri jadi calon Perdana Menteri dan bukannya Anwar. Sehingga hari ini parti itu belum buat kata putus siapa calon rasmi mereka untuk jawatan itu. Gelombang kecurigaan itu dikatakan makin membara dengan pendedahan terbaru ini. Samada ia konspirasi,sindiket,pakatan atau apa jua istilah yang hendak digunakan terhadap Hamba Allah yang mendedahkan 'aktiviti luar' ini ….itu belakang kira. Begitu juga apa saja motifnya. Tukang dedah itu mungkin ada niat baik nak memastikan (jika betul) satu Malaysia tidak diperbodohkan terus menerus. Satu-satunya soalan yang semua orang perlu tanya sekarang ialah betul ke tidak…itu Anwar. -Agendadaily |
You are subscribed to email updates from POLITIK HARIAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |