Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

ANGIN PERUBAHAN

$
0
0

ANGIN PERUBAHAN


Goyang Anwar Bila Ditanya Soalan Empat Kali Oleh Wartawan

Posted: 18 Mar 2013 09:04 PM PDT




Are u homoseksual or biseksual ?

Video : 4 kali ditanya tetapi Anwar tidak menjawab Ya atau Tidak

Malah, kenyataan beliau yang mendakwa pendakwaan terhadap beliau gagal menyabitkan beliau dengan aktiviti songsang padahal keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini menyatakan yang sebaliknya!

Perkara ini bukan 'konspirasi politik' atau sebagainya tetapi keputusan Mahkamah Tinggi seperti laporan di bawah :

Dalam rumusan keputusan Mahkamah Persekutuan 2 September 2004 menyebut "…we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."





Maksudnya, "kami menemui bukti untuk mengesahkanperayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa dakwaan kejadian di Tivoli Villa itu adalah benar-benar berlaku. 
Namun Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dan Sukma dengan keputusan majoriti 2-1 kerana terdapat keraguan dari segi tarikh sebenar kejadian tersebut dan wujudnya eleman 'suka sama suka' di mana saksi utama, Azizan Abu Bakar didapati melakukan aktiviti homoseksual secara sukarela dengan Anwar dan Sukma pada tarikh dan tempat yang didakwa di mahkamah. seterusnya
Jika anda melihat video di atas dan keputusan Mahlamah Tinggi, apakah anda sendiri tidak berasa curiga dan sangsi dengan orientasi seksual pemimpin tertinggi Pakatan pembangkang ini? Baca seterusnya di sini.

Kereta Perisai Berantai Tiba Di Lahad Datu #PrayForSabah

Posted: 18 Mar 2013 08:30 PM PDT



Video MNLF Kecam Tindakan Pengganas Kiram di Sabah #PrayForSabah

Posted: 18 Mar 2013 07:56 PM PDT





MNLF mengecam tindakan Nur Misuari mempergunakan nama pertubuhan itu dalam menghalalkan tindakan Jamalul Kiram III dan anggota pengganas.

Pengerusi sebenar MNLF, Muslimin Sema, mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Jamalul Kiram III di Lahad Datu dan Semporna.

Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.

MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka.

"Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita.


"Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila.

Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu.

Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu.

Memang jelas sekali, Nur Misuari dan Jamalul Kiram mempunyai agenda tersendiri di Sabah. Dalang sebenar kejadian di Lahad Datu dan Semporna perlu disiasat dan didakwa oleh pihak berkuasa. Dalang kejadian yang mengorbankan 9 orang anggota keselamatan negara tidak boleh dibiarkan terus bebas. 

Jurucakap Pengganas Nafikan Agbimuddin Kiram Sudah Pulang Ke Filipina

Posted: 18 Mar 2013 07:00 PM PDT


Oleh itu, di mana sebenarnya Agbimuddin Kiram berselindung? Sudah meninggal dunia dan tidak dapat dikesan? Atau masih bersembunyi di Sabah. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tangan juga. 

Dato Seri @NajibRazak Persoal Kenyataan PAS Pertikai Pengorbanan Perajurit Negara #PrayForSabah

Posted: 18 Mar 2013 06:00 PM PDT





PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'.

Beliau berkata kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac.

Perdana menteri berkata Jawatankuasa Fatwa telah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.

"Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan Umno.

"Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing," katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB di sini hari ini.

Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam mencari penyelesaian apabila berdepan dengan isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

Pertama, beliau berkata kerajaan tidak bertindak terburu-buru kerana mahu mengelak berlakunya pertumpahan darah.

"Kalau boleh selesai dengan baik, lebih-lebih lagi antara orang Islam dengan orang Islam, meskipun mereka ceroboh masuk ke negara kita dengan senjata tetapi kita memberi peluang kepada mereka demi tidak ingin melihat ada orang yang terkorban dan akhirnya pertumpahan darah pasti akan berlaku.

"Sebaliknya apabila peluang ini diberikan tidak dibalas dan kita pula puak yg diperangi oleh mereka dan kita dianiaya oleh mereka, maka pada masa itu wajib kita tentang mereka.

"Ini selaras dengan hukum-hukum dalam Islam setelah kita memberi peluang untuk mencari jalan kedamaian tetapi pihak yang berkenaan mengisytiharkan perang terhadap kita. Maka, wajib bagi kita mempertahan nyawa, harta, tanah dan negara kita.

"Ini prinsip Islam yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun," katanya.

-- BERNAMA  

Dato Seri @NajibRazak Akan Bentang Laporan Program Transformasi Ekonomi @BarisanNasional #BNBagus

Posted: 18 Mar 2013 05:00 PM PDT

Masyrakat Cina Tidak Rela Pakatan DAP-PKR-PAS Perjudi Soal Keselamatan Negara

Posted: 18 Mar 2013 04:00 PM PDT

Video Kesan Serangan Tragis DI Kampung Simunul Semporna #PrayForSabah

Posted: 18 Mar 2013 10:00 AM PDT

Nabil Sokong Barisan Nasional Demi Negara & Masa Depan Anaknya #BNYCT

Posted: 18 Mar 2013 08:45 AM PDT

Video Yang Pasti Buat Anwar Ibrahim Panas

Posted: 18 Mar 2013 02:00 AM PDT

Jentera Siber Barisan Nasional Bersedia Bertempur Dalam #PRU13 #BNYCT

Posted: 18 Mar 2013 01:00 AM PDT

Ops Daulat : Dakwaan Media Asing Tidak Benar #PrayForSabah

Posted: 18 Mar 2013 12:00 AM PDT

Keamanan Negara Adalah Sesuatu Yang Amat Bernilai #PrayForSabah

Posted: 17 Mar 2013 11:00 PM PDT

DAP Akan Monopoli Kerusi Pembangkang Di Johor #JhrTakzim

Posted: 17 Mar 2013 10:00 PM PDT



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>