Dua Kisah Kematian Yang Menyayat Hati Di Kelantan Posted: 18 Mar 2013 05:42 AM PDT Macam-macam nama yang Pas buat untuk nak gambarkan Kelantan sebagai sebuah bumi islam yang tiada tolok bandingnya. Antara nama-nama yang diberi, bumi serambi mekah, bumi tadahan wahyu, negara kebajikan, bersama kepimpinan ulama dan macam-macam lagi.
Tapi itu semua adalah pembohongan semata-mata dalam usaha Pas untuk mengabui mata rakyat bagi memancing undi.
Hari ini kita nak berkongsi dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam islam tetapi berlaku di bumi yang dikatakan diperintah oleh alim ulamak.
Kisah pertama berlaku di Tumpat.... TUMPAT – Urusan memandikan jenazah seorang penduduk kampung Atas Kok, Simpangan berdepan kesulitan apabila keluarganya terpaksa menadah air bersih selama dua jam dan dibantu 10 penduduk untuk memunggah air tersebut ke atas rumah kerana masalah air tekanan rendah.
Akibatnya, pengebumian jenazah Mohd Ramli Awang, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung tertangguh beberapa jam dan selamat dikebumikan jam 11.30 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Bunohan.
Jenazah lewat dikebumikan kerana masalah air bersih terputus walaupun dua kes sebelum ini dapat diselesaikan dengan bantuan lori tangki air dari Air Kelantan Sdn Bhd.
Anak arwah, Nur Amira, 21, berkata, penduduk kampung terpaksa memecahkan meter air di halaman rumah untuk mendapatkan air bersih bagi memandikan jenazah ayahnya itu yang meninggal jam 9.30 malam kelmarin.
"Betapa sukarnya kami nak mandikan jenazah, tak kan nak gunakan air dari parit yang digunakan setiap hari untuk mandikan jenazah ayah saya ini," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, mujur idea memecahkan meter air itu berhasil kerana air keluar tetapi perlahan sehingga perlu ditadah berjam-jam lamanya untuk mendapatkan dua tong besar untuk memandikan jenazah ayahnya itu.
"Kami di sini ada menelefon meminta Air Kelantan Sdn Bhd hantar lori tangki air, tetapi syarikat terbabit tidak dapat berbuat demikian kerana lori tangki air tidak mencukupi pada hari ini," katanya.
Sinar Harian
Kisah kedua di Rantau Panjang....RANTAU PANJANG – Seorang warga emas dari Jambatan Anak Buaya dekat sini, meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat menunaikan hasrat suaminya supaya menyembahyangkan jenazahnya di sebuah masjid, petang kelmarin.
Siti Khalijah Harun, 67, berkata, wasiat suaminya itu tidak dapat dipenuhi kerana dihalang pihak tertentu dipercayai berpunca daripada fahaman politik yang berbeza.
Katanya, dia berdepan kesedihan berganda berikutan kehilangan suami dan bertambah pilu, apabila gagal memenuhi hasrat arwah yang sering berpesan supaya jenazahnya disembahyangkan di masjid tersebut.
Menurutnya, sepanjang hayatnya, arwah Mohd Zain Yusof,77, sering menunaikan solat di masjid itu terutamanya solat Jumaat dan mahu jenazahnya juga disembahyangkan di situ.
Siti Khalijah berkata, dia tidak menduga akan berlaku perkara sedemikian kerana beranggapan, anggota masyarakat pada hari ini dapat membezakan antara fahaman politik dan agama.
"Makcik sedih kerana kehilangan suami, dan bertambah sedih apabila diperlakukan sebegini," katanya yang belum menjamah nasi sejak suaminya meninggal jam 8.20 pagi kelmarin kerana begitu terkilan dengan apa yang berlaku.
Warga emas ini juga berkata, mereka turut bercadang untuk mendapatkan khidmat pelajar tahfiz untuk menyembahyangkan arwah suaminya tetapi hasratnya juga dihalang.
Siti Khalijah berkata, dia sedih kerana masih ada pihak tertentu yang masih mencampuradukkan soal politik dan agama sehingga rumah ALLAH itu hanya boleh digunakan individu dari parti politik tertentu sahaja dan tidak menjadikan institusi itu sebagai tempat untuk beribadat.
Menurutnya, masalah itu turut menyebabkan usaha mereka sekeluarga mempercepatkan urusan pengkebumian arwah suaminya tergendala, kerana hanya mendapat tahu dihalang membawa jenazah ke masjid itu setelah jenazah dibawa ke kenderaan.
"Makcik dimaklumkan oleh anak lelaki, jenazah ayahnya tidak boleh dibawa ke masjid berkenaan kerana ada pihak tertentu tidak mengizinkannya.
"Kemudian dia berusaha untuk mendapatkan jemaah yang telah dimaklumkan supaya menyembahyangkan jenazah arwah di masjid berkenaan dengan berpindah ke masjid bersebelahan kubur," katanya.
Sementara itu menantu arwah, Hamidah Ismail, 37, kecewa dengan apa yang menimpa arwahnya yang disifatkan agak keterlaluan dan tidak pernah terjadi di kampungnya sebelum ini.
"Pelik, tapi itulah yang terjadi kepada jenazah arwah ayah yang dihalang untuk disembahyangkan di masjid berkenaan," katanya.
Penyelaras Dun Bukit Tuku, Ghazali ismail, yang menziarahi keluarga itu petang semalam, kecewa kerana masih terdapat golongan yang terpesong fahaman agamanya.
Justeru beliau meminta kepimpinan tertinggi parti itu menasihatkan pengikutnya, supaya tidak mencampuradukkan politik dan agama.
"Perkara seperti ini tidak patut berlaku kerana boleh menjejaskan perpaduan umat," katanya.
Mohd Zain meninggal berikutan diserang strok dan mendapatkan rawatan di Hospital Pasir Mas, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri dan anak-anaknya kira-kira jam 8.20 pagi.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang selepas Asar.
Sinar Harian
Kisah pertama menunjukkan sumbangan Pas selama 22 tahun memerintah Kelantan sehingga menjadi sebuah negeri yang maju kerana menurut Nik Aziz Kelantan maju sebab ada Tesco dan KB Mall.Tapi air tak dok tak apa....
Kisah keduamenunjukkan kepada kita sumbangan Pas yang terkira besarnya kepada negara ini sejak parti itu diwujudkan sehingga kini. Sumbangan memecah belahkan umat.... |
Ghani Othman Perlu Jadikan Apa Yang Menimpa Wan Mokhtar dan Samy Vellu Sebagai Ikhtibar Posted: 18 Mar 2013 12:02 AM PDT Dasar baru untuk pemerintah
JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman disaran memberi laluan kepada calon muka baru khususnya bagi memegang kerusi nombor satu di negeri ini.
Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kulai, Datuk Adam Hamid menyuarakan pandangan tersebut memandangkan Abdul Ghani telah menerajui Johor selama empat penggal yang disifatkan tempoh yang agak lama.
Beliau juga menyarankan dasar baru diguna pakai khusus bagi pemerintah di negeri ini dengan mengehadkan tempoh dua penggal berkhidmat.
"Saya mengharapkan agar Datuk Seri Najib dapat bertanyakan pendapat pemimpin daripada Johor satu persatu tentang perkara ini. Saya yakin dengan mengemukakan menteri besar baru, kerja pilihan raya lebih mudah dan sokongan rakyat jelata akan bertambah.
"Pengalaman Terengganu dahulu, di mana BN kecundang harus menjadi pengajaran dan ini mungkin tidak berlaku di Johor, akan tetapi ia mengurangkan undi dan beberapa kawasan pilihanraya yang tidak mantap boleh mudah jatuh ke tangan pembangkang," katanya pada sidang media khas, di sini, semalam.
Katanya, calon baru perlu dipilih seorang yang berwibawa, segar, berkebolehan mempunyai hemah yang baik dapat dipilih sekaligus memenuhi aspirasi pengundi muda.
Jelasnya, daripada 1,579,877 pengundi di negeri ini, lebih 50 peratus daripadanya adalah pengundi berusia 40 tahun ke bawah.
"Di Johor pengundi berusia 40 tahun ke bawah melebihi separuh di mana kita harus selami aspirasi mereka, cara berhubung dan harapan mereka.
"Kita mesti relevan dengan perubahan semasa dalam soal cara mentadbir serta kemampuan kewangan negeri yang sesungguhnya satu elemen penting dan juga keberkesanan pengurusan.
"Saya tidak ada kepentingan dalam hal ini, saya telah menyatakan pendirian tidak mahu bertanding, saya lihat kepentingan Johor secara keseluruhan di mana sasaran Najib iaitu menang 100 peratus di negeri ini mesti ditunaikan," katanya.
Beliau juga menyarankan pemimpin lama seharusnya mempunyai jiwa besar untuk mengundurkan diri sekaligus memberi sokongan kepada calon terpilih.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan mengakui peremajaan dalam Umno perlu dilakukan bagi menghadapi bukan sahaja PRU13, malah pada masa akan datang.
"Jawatan menteri besar merupakan orang kuat kepada perdana menteri di peringkat negeri dan sebarang keputusan mengenai calon yang sesuai bagi posisi terbabit diserahkan sepenuhnya kepada Najib menentukan.
Sinar Harian
Pada pandangan saya apa yang dikatakan oleh dua tokoh diatas ada asasnya. Mungkin rakan-rakan pembaca pun ada padangan tersendiri.
Seperti yang kita tahu, pembangkang kini all out untuk meruntuhkan kubu BN di Johor. Kita tidak boleh ambil enteng perkara ini dan masih lagi bernostalgia dengan kenangan silam bahawa Johor adalah kubu kuat BN.
Sejarah pembangkang mula memenangi kerusi di Dun Johor bermula pada tahun 2004 di zaman Ghani Othman menjadi MB Johor apabila calon Pas bagi Dun Senggarang , Mohd Ramli Mohd Kari memenangi kerusi berkenaan tanpa pertandingan.
Di zaman Ghani Othman MB pembangkang juga berjaya melebarkan sayap mereka di Johor apabila berjaya memenangi enam kerusi Dun pada PRU 12 (2008) . Empat kerusi melalui DAP dan dua melalui Pas.
Kita faham keadaan tahun 2008 dan kita tidak boleh meletakkan kesalahan diatas bahu Ghani Othman 100 peratus. Namun begitu Ghani tidak boleh lepas tangan sepenuhnya. Sesuatu harus dilakukan untuk mengelakkan kejadian yang buruk berlaku pada PRU 13.
Akhir-akhir ini pelbagai isu mengenai Ghani timbul termasuklah isu yang melibatkan J Corp dan KFC. Namun Ghani seolah-olah buat tidak tahu dengan isu yang timbul. Bukan sahaja soal J Corp dan KFC , malah macam-macam isu lain lagi mengenai Ghani yang timbul yang saya rasa agak kurang sesuai untuk saya tuliskan di sini.
Boleh dikatakan rata-rata orang melayu di Johor sekarang ini telah menolak Ghani Othman sebagai MB. Kerana bimbangkan keadaan menjadi makin kritikal mungkin sebab itulah Datuk Adam Hamid berani muncul dan minta PM bertanyakan pendapat pemimpin Johor secara satu persatu .
Ghani tidak akan rugi jika beliau umumkan hasrat untuk berundur sekarang. Malah beliau akan dihormati dan disanjung tinggi. Apa lagi yang Ghani mahukan dalam politik. Jawatan Timbalan Menteri, Menteri dan MB, semuanya telah dipegang. Adalah lebih baik berundur cara baik dari diundurkan.
Akhiri karier politik anda dengan baik. Jadikanlah apa yang dialami Tan Sri Wan Mokhtar dan Samy Vellu sebagai satu iktibar. Ambillah cara Tun Dr Mahathir sebagai contoh . |
Liwat 3.0: Berhati-Hati Dengan Permainan Musuh Posted: 17 Mar 2013 09:59 PM PDT
Sejak Sabtu lepas sehinggalah ke saat ini kami (blogger-blogger pro BN) masih tidak menemui jawapan siapa di sebalik blog rajagoyang 360.
Sejak ianya wujud Sabtu lepas boleh dikatakan kami semua menggembeleng tenaga bagi mencari orang yang mengendali blog tersebut. Namun kami masih buntu sehingga kini.
Tujuan kami mencarinya tidak lain tidak bukan untuk memastikan siapa punya kerja kerana kita tidak mahu terperangkap dengan permainan musuh.
Kebimbangan kami ada asasnya. Ini terbukti melalui berita yang disiarkan harakah daily pada Sabtu pagi. Disaat Anwar Ibrahim belum membuka mulut dan media-media pro pembangkang yang lain belum menyiarkan berita berkenaan, tiba-tiba harakah daily selaku suara rasmi Pas menjadi media yang pertama menyiarkan berita berkenaan. Bagaimanapun selepas beberapa jam mereka telah menarik balik berita berkenaan.
Nampak seolah-olah ada permainan di sebelah kem mereka....
Kepada rakan-rakan seperjuangan di alam cyber, ini pandangan saya, kita kena berhati-hati dalam hal ini kerana kita tidak mahu terperangkap dengan permainan musuh. Kes kali ini berbeza dengan kes china doll. Kes china doll orang yang mendedahkannya berani tampil bertanggungjawab. Kes kali ini jenis baling batu sembunyi tangan. Ini sangat merbahaya untuk kita.
Anwar Ibrahim dalam keadaan terdesak sekarang dan dia perlu berusaha apa sahaja serta melakukan apa sahaja untuk memastikan matlamat dia tercapai dalam PRU 13.
Apa ?
Kenapa ?
Mengapa ?
Sila baca ulasan selanjutnya di sini |
Ulama Celaka Posted: 17 Mar 2013 07:54 PM PDT Ini yang dikatakan seorang tok guru dan seorang ulama ?
Puak-puak Pas jaja sana-sini kononnya Nik Aziz ulama pewaris Nabi....
Kalau begini perangainya, itu babi namanya.... Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini turut mendakwa Umno adalah dalang kepada penyebaran gambar homoseks seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata tindakan Umno yang tidak berputus asa untuk menjatuhkan Anwar ibarat 'mahu mencincang' Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. "Kerja Umno tuduh orang. Tak puas lagi, dia nak cincang Anwar pula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Expo Kelantan 2013 di Kompleks Karangkraf, malam tadi. Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata Umno tidak akan berhenti menyekat Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu mampu melumpuhkan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap parti itu. Bagaimanapun, Nik Aziz yakin Umno tidak akan dapat menyingkir Anwar walau apa cara sekalipun. "Anwar budak cerdik. Payah kalau Umno tak singkir," katanya. Beliau berkata demikian mengulas penyebaran beberapa gambar homoseksual lelaki mirip Anwar yang tersebar secara meluas di laman-laman sosial.
Seperti yang kita tahu sehingga ke saat ini tidak ada mana-mana pihak yang tampil bertanggungjawab menyiarkan gambar tersebut dan belum ada bukti sahih dari mana-mana pihak yang mensabitkan itu kerja siapa.
Namun Nik Aziz yang selama ini dikatakan sebagai seorang yang alim, seorang tok guru , seorang ulama tiba-tiba tanpa ada rasa bersalah sedikit pun menuduh itu kerja Umno.
Blog yang menyiarkan gambar tersebut pun sepatah tak sebut nama Anwar atau mengaitkannya dengan Anwar. Tapi Nik Aziz sesuka hati dia buat tuduhan yang tidak bertanggungjawab.
Tak ke sial namanya kalau seorang yang mengaku dirinya ulama boleh main tuduh orang ikut suka hati dia ? |