Belantan |
Posted: 22 Dec 2012 08:53 PM PST Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong UMNO sebagai mungkar. Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin PAS itu setiap kali menjelang pilihan raya. "Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang UMNO ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lalu yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti UMNO yang beliau anggap mungkar. Muhyiddin berkata, kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin PAS itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon UMNO dan BN pada pilihan raya umum nanti. "Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya. Muhyiddin berkata, apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin PAS," katanya. Mengulas hukum hudud, Muhyiddin berkata, kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam. "Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya. Suara Politik Belantan |
Kesan dari "Amanat Hadi' yang sehingga sekarang belum ditarik balik? Posted: 22 Dec 2012 08:26 AM PST Abdul Manaf Idris, 65, dari Kampung Tanah Merah di sini merupakan salah seorang yang pernah mempengaruhi orang ramai untuk menyakini Amanat Haji Hadi bagi memastikan penyokong Pas terus setia dan agar orang UMNO meninggalkan parti mereka. Lebih dikenali sebagai Pak Da, beliau yang akhirnya merasa berdosa dengan segala onar yang tercetus dalam masyarakat bertitik-tolak dengan kefahaman mengenai amanat itu, berusaha memohon maaf atas keterlanjurannya dan akan bersama membantu menyedarkan masyarakat sehingga akhir hayatnya. ''Semua ini berpunca daripada amanat itu, biarpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin terus menafikannya tetapi beliau dan pemimpin Pas lain sehingga kini tidak pernah berusaha memperbetulkan gejala berterusan yang menyesatkan akidah ini, sedangkan perjuangan Pas dikatakan suatu dakwah," katanya yang merupakan bekas Penyelaras Pas bagi Dewan Undangan negeri Jabi bagi mengulas buku Kafirkah Aku tulisan C.N al-Afgani. Menurut Abdul Manaf, beliau bersyukur kerana kemenangan Pas di Terengganu dalam pilihan raya umum 1999 banyak memberi kesedaran kepada penyokong parti itu di negeri ini memahami bahawa perjuangan Islam yang dilaung-laungkan hanya satu khayalan. Beliau menyifatkan kesempatan yang diberikan kepada Pas suatu rahmat kerana pengalaman itu membuka ruang untuk beliau mula memikirkan secara rasional setelah sekian lama terpengaruh dengan siri ceramah para pemimpin yang berkisar soal Amanat Haji Hadi. ''Saya mula merasakan ucapan mereka tidak menepati keimanan yang tulen. Selama ini saya mengikut sahaja. Lalu saya keluar daripada parti itu tanpa dipengaruhi atau dibeli oleh UMNO setelah mula melihat tindak-tanduk sebenar Pas. ''Pas di bawah barisan alternatif bersama DAP, PSRM dan PKR mengeluarkan manifesto bersama dan saya tercari-cari di mana kalimah membentuk negara Islam. Tiada. ''Apabila Pas menang pula di Terengganu dengan hasil menjanjikan bahawa apabila menang sebelum ayam berkokok, hudud akan dilaksanakan namun kemudiannya, Abdul Hadi berkata hudud cuma 0.0001 peratus dalam al-Quran," ujarnya. Namun, katanya, beliau semakin menyedari perjuangan Pas melencong apabila para pemimpin Pas yang lain terutama Mursyidulnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup membela segala tindak-tanduk bukan Islam yang menjejaskan masa depan Islam demi menjaga kedudukan Pas. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |