Dialog Dewasa Kritik Berasa |
Eksklusif: Bukti Saluran Dana asing dalam penularan Islam Liberal di Malaysia! Posted: 22 Dec 2012 09:00 PM PST Terkini, blogger AIDC telah mendedahkan bagaimana dana asing digunakan untuk aktiviti penyebaran dan penularan Islam Liberal di dalam negara kita. AIDCNews – 22/12/12 – Jika di Indonesia, dana asing CIA berselindung di sebalik topeng Asia Foundation untuk membiakkan penularan Islam Liberal di negara itu, di Malaysia pula teknik yang sama juga turut digunakan, iaitu berselindung di sebalik yayasan-yayasan Kristian Jerman. Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan dana CIA disalurkan kepada yayasan-yayasan Jerman termasuk Konrad Adenauer Stiftung (KAS) sejak tahun 1980-an. Bekas wakil KAS di Malaysia, Peter Schier dalam wawancara eksklusif The Sun pada November 2006 mendedahkan yayasan Kristian Jerman itu sudah menaja Institut Kajian Dasar (IKD) sejak dari awal penubuhan badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di Indonesia, badan pemikir BJ Habibie, The Habibie Center (THC) juga ditaja oleh yayasan Kristian Jerman yang bernama Hanns Seidel Foundation. Menurut Philip Agee selepas penubuhan NED (National Endowment for Democracy), dana CIA lebih banyak disalurkan kepada NED dan sekutu-sekutunya, termasuklah NDI (National Democracy Institute), IRI (Institute Republican Institute), Freedom House dan sebagainya. Namun, kerjasama NED dan sekutunya dengan yayasan-yayasan Jerman masih dijalinkan hingga ke hari ini khususnya dalam menaja demokrasi dan gerakan kuasa rakyat di seluruh dunia. ![]() Dr. Bridget Welsh dan Anwar dalam program Habibie Center di Indonesia, November 2012 Konrad Adenauer Stiftung (KAS) Hj.Mohammad Ariffin bin Ismail dalam rencananya bertajuk "Cabaran Akidah : Pemikiran Islam Liberal" mendedahkan bagaimana peranan KAS dalam penubuhan Penubuhan InterFaith Comission (IFC), terjemahan pluralisme agama yang bakal menjadi ancaman kepada Islam di Malaysia. Malah, modus operandi KAS-IKD turut dipersoal di depan Anwar sendiri dalam pertemuan tertutup di rumah Prof. Osman Bakar, pada 2 Jan 2011. Kemurahan hati KAS bekerjasama dengan badan pemikir Anwar diragui kerana buku-buku yang diterbitkan itu lebih berbau pluralisme agama dan Islam Liberal. Friedrich Naumann Stiftung Selain KAS, Anwar juga dilihat semakin intim dengan satu lagi yayasan Jerman yang dinamakan Friedrich Naumann Stiftung (FNS). Peranan FNS mula dikesan membantu Anwar sejak bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Klik di sini Satu dokumen yang dilampirkan di bawah menunjukkan Anwar menggunakan kepala surat AI (The office of Anwar Ibrahim), pejabatnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menghantar proposal kepada Rainer Heufer, pegawai FNF untuk kawasan Asia Tenggara. Surat bertarikh 10 Mei 2006 itu merupakan proposal Anwar untuk melaksanakan program Dialog Intra-Islam, di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada Disember 2006. ![]() Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck . Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara Betapa liciknya anasir luar yang cuba merosakkan negara kita.Tetapi begitu menyedihkan apabila Agen Islam Liberal seperti Anwar Ibrahim masih diberi sokongan menjadi pemimpin walaupun sudah jelas bukti-bukti dan pendedahan mengenai kegiatannya menyebarkan Islam Liberal. Sumber: AIDC |
Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman menyesal masuk PAS. Padan muka! Posted: 22 Dec 2012 06:10 PM PST Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping. Penulis masih ingat riuh rendah dan gegak gempita portal Harakahdaily menyambut kemasukan Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS. Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty. Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. Penulis tidak pasti adakah berita ini akan mendapat liputan yang sama meluas oleh saluran lidah rasmi PAS? Seluruh negara merasa terkejut dengan pengakuan Datuk Fauzi yang berkata, "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS" Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. Apakah Datuk Fauzi kini tidak yakin dengan perjuangan PAS? Apakah Datuk Fauzi tidak yakin beliau boleh mendedahkan kesemua "kepincangan polis" kepada rakan-rakannya di dalam PAS? Penulis berharap Datuk Fauzi tidak akan menyertai UMNO. Pasti ada tuduhan bahawa UMNO membeli Datuk Fauzi. Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3. Kesian Datuk Fauzi. Kecuali juak-juak PAS yang totok dan mengikut membabi buta, penulis tidak merasakan bahawa orang lura yang baru menyertai PAS akan bersedia untuk berbaiah. Tak tahulah kalau Abby Abadi. Nampak gayanya yang cerdik di sini adalah Hairie Othman. Beliau masuk PAS dan kemudiannya baru berkahwin. Jadi tidak perlulah berbaiah! Persoalannya, pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini pernah menafikan wujudunya baiah di dalam PAS. Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009, berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. Katanya, sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. Di Kelantan, isu bai'ah ini tak timbul langsung. Begitu juga dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, ketika ditanya pemberita di lobi parlimen dengan berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS. Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri untuk kepentingan politik? Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang sememangnya wujud dalam PAS. Benarkah kedua-dua pemimpin PAS ini berbohong? Bukankah berbohong ciri-ciri orang munafik? Mursidul Am PAS dan Presidennya tidak harus berdiam diri mengenai perkara ini - http://www.selangordaily.com/?p=6799 Alamak, macamana ini?!! Hari itu masa masuk PAS disambut bagai putera Raja. Alih-alih keluar PAS pula?!! Ah, sudah. Mana orang No 1 dan No 2 PAS pusat dan Perak nak letak muka?!! Inilah balasannya menerima manusia yang belot. Hidup senang lenang di bawah payroll Kerajaan BN, alih-alih nak gunakan duit pencen untuk lawan tangan yang menyuap pula. Kalau PAS ini pandai, sudah tentu mereka tidak akan menerima manusia seperti ini ke dalam parti mereka. Tetapi apa boleh buat, PAS sudah sangat terdesak untuk ke Putrajaya. Tiada lagi pertimbangan waras dan keputusan bijak. Hanya kuasa yang dapat memenuhi tembolok nafsu mereka ketika ini. Sebab itulah juga mereka biasa sahaja menjual agama! Sedangkan sejarah sudah berkali-kali membuktikan apa yang akan berlaku kepada para pengkhianat ini. Pernah dicatatkan satu masa ketika Kerajaan Islam Cordoba sedang berada diambang kehancuran, maka dikumpulkanlah kesemua pembesar dan pahlawan terbilang. Mereka diberi pilihan oleh musuh Kristian yang menang, sama ada memeluk agama Kristian, atau mati dipancung serta merta. Maka, ramailah yang mati dipancung kerana begitu sayangkan akidah dan Islam (rasa-rasanya pemimpin dan penganut PAS boleh jadi begitu tidak?), namun seorang pembesar ulung menawarkan diri untuk murtad demi kerana sangat takutkan mati. Namun, akhirnya beliau dibunuh jua oleh Raja Kristian kerana mereka berpendapat, jika beliau boleh belot kepada Islam, maka tidak mustahil beliau juga akan belot kepada Kristian satu masa nanti. PAS Perak pun satu hal. Tidakkah mereka ingat peristiwa Feb 2009?!! Macamana ADUN UMNO yang mereka sambut bagai RAJA kembali kepada UMNO, bersama-sama 3 ADUN/EXCO mereka sehingga menyebabkan Pakatan rebah?!! Tidak sampai 4 tahun pakatan sudah ulang cerita yaang sama. Sahlah mereka ini semua manusia yang bodoh dan dungu! Dan buat bekas polis tersebut, belajar-belajarlah bersyukur. Jangan jadi bodoh dengan ingat PAS itu cara untuk mempertahankan Islam. Bahkan semasa anda berkhidmat satu masa dahulu, secara tidak langsung anda telah mendaulatkan Islam dengan memastikan keselamatan dan ketenteraman Negara Islam ini terjaga. Jadi, mengapa pula perlu sertai parti yang menggelar anda ANJING setelah tamat berkhidmat?!! Janganlah keliru antara masalah peribadi di pejabat dengan pegangan politik yang boleh menentukan masa depan negara. Anda bukannya budak kecil yang belum cukup akalnya! Peringatan ini juga kami tujukan kepada semua penjawat awam yang berkenaan, sama ada yang masih berkhidmat mahu pun yang akan bersara. Belajarlah bersyukur. Jangan menggigit tangan yang menyuap makanan kepada kita selama ini. Benar bukan BN yang beri rezeki kepada kita, namun kalau BN gagal menjadi Kerajaan yang efektif, gaji bulanan pun belum tentu dapat. Tengok sahajalah di Greece, Italy dan beberapa negara Eropah yang lain. Belajar dan berfikir gunakan akal, bukan kepala lutut. Dan kepada sesiapa yang masih lagi tidak percaya pemimpin PAS menjadikan isteri mereka sebagai taruhan judi politik, saksikan video di bawah ini. Jangan kata anda tidak diberi peringatan! |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |