Dato Najib akan bincang dengan peguam untuk saman Wall Street Journal di atas pendedahan duit dalam jumlah berbillion disalur masuk dalam akaun peribadi.
Semalam ada akhbar laporkan Najib akan saman pada hari Selasa dan juga difahamkan saman akan dibuat di dalam mahkamah di Malaysia dan luar negara.
Betullah tindakan Najib.
Satu tindakan yang bijak. Tindakan yang berpandangan jauh dan bertanggungjawab.
Najib perlu saman untuk membersihkan namanya yang sudah tercemar dengan tuduhan itu, WSJ yang telah banyak kali disaman pada masa lepas perlu diajar suapay tidak melakukan sesuatu yang tidak masuk akal.
Begitu juga Sarawak Report dan The Edge harus diajar supaya tidak sewenang-wenang melaporkan berita yang tak berasaskan bukti dan dokumen yang sah.
Sudah terlalu lama media-media pro pembangkang ni menjadi onar dalam belukar pada keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Mereak dibiarkan bermaharajalela terlalu lama.
Kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan dan negara harus dikembalikan.
Keyakinan pada pelabur perlu dikembalikan dan membolehkan matawang ringgit kembali teguh dan stabil. Kilang boleh dapat dibuka. Bangla 1.5 juta dapat masuk untuk bekerja.
Jika tidak, ramai tak mahu percaya dia tak bersalah dan tuduh dia melakukan salahlaku.
Peguamnya siapa ye?
Baik tak payah.
Wow! Dulu jual orang, sekarang jual loyar