Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


Sarawak Report cabar NST buktikan pengubahsuaian dokumen PetroSaudi?

Posted: 26 Jun 2015 09:56 PM PDT


Laman pendedah maklumat Sarawak Report mencabar akhbar New Straits Times Press (NSTP) membuktikan pengubahsuaian dokumen PetroSaudi International yang dilaporkannya dalam berita penangkapan bekas pengarah syarikat itu, Xavier Andre Justo.

Menurut Sarawak Report, dokumen yang dimaksudkan NSTP dalam laporannya adalah persembahan slaid "JV Structure Steps Plan", yang setakat ini cuma menunjukkan ia pernah dibuka Justo yang menggunakan nama pengguna "xavierj" pada 17 Januari 2013.

"Bagaimanapun, tiada bukti apa pun bagi menyokong dakwaan yang Justo mengubahsuai atau menukar dokumen asal – beliau sekadar membuka dan menyalin dokumen itu," kata Sarawak Report.

"Bagaimana kami boleh tunjukkan tiada pengubahsuaian (oleh Justo)?

"Kami boleh lakukannya kerana seperti PetroSaudi sendiri, kami menyimpan semua versi dokumen ini dari salinan bahan di pelayan mereka," kata Sarawak Report.

Berdasarkan semakan mereka, satu-satunya pengubahsuaian yang dilakukan dibuat firm guaman White & Case, pembikin asal dokumen itu yang menggunakan nama "WC users" pada 22 September 2009.


"Perubahan yang dilakukan sekadar menambah nama satu syarikat Jersey yang diperbadankan beberapa jam selepas mereka menerbitkan power point itu pada 21 September 2009.

"White & Case mengedarkan kemaskini itu dengan emel penjelasan yang versi kemaskini pada 22 September 2009 ini sama dengan yang dimuat naik ke Sarawak Report," katanya lagi.

NSTP menyiarkan penangkapan Justo pada muka hadapan akhbar itu, Rabu lalu.

Bagaimanapun, mereka meragui tindakan akhbar itu menghantar wartawan mereka ke Bangkok pada hari Selasa bagi melaporkan "wayang" penangkapan Xavier yang disebut sebagai sumber kepada emel dibekalkan kepada Sarawak Report.

"Kami boleh sahkan tiada bukti dikemukakan setakat ini bagi menyokong dakwaan 'putar belit' yang dibuat NSTP sejak 48 jam lalu dan dipetik beberapa media, penulis blog dan ahli politik Umno," katanya. – TMI

Suara Politik
Belantan

Nizar 'Lambai' patut lepas jawatan Ketua Pembangkang DUN Perak?

Posted: 26 Jun 2015 05:24 AM PDT


IPOH– Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur membantah pendirian DAP negeri yang mahu mengekalkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan bekas Menteri Besar itu tidak lagi memegang sebarang jawatan utama dalam Pas.

Ketuanya, Salman Saleh berkata, situasi semasa dalam pakatan pembangkang memperlihatkan kewajaran supaya jawatan Mohammad Nizar itu diserahkan kembali kepada DAP kerana parti itu mempunyai 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbanding Pas dan PKR yang masing-masing hanya mempunyai lima wakil di DUN.

"Sehubungan itu, kami mendesak supaya Badan Perhubungan Pas Perak menasihatkan agar Mohammad Nizar yang juga ADUN Changkat Jering melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak.

"Pas Perak perlu membuat pendirian supaya menolak jawatan Ketua Pembangkang setelah episod 'serangan' DAP terhadap Presiden dan Majlis Syura Pas sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming sebelum ini dilaporkan bersetuju untuk mengekalkan Mohammad Nizar selaku Ketua Pembangkang DUN Perak biarpun gabungan pakatan pembangkang telah berakhir.

Menurut Kor Ming, keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa DAP negeri baru-baru ini dengan alasan Mohammad Nizar memiliki kewibawaan untuk terus mengetuai pembangkang di negeri ini.

Dalam pada itu, Salman berkata, DAP perlu menghormati pendirian Pas dalam perkara tersebut berikutan tindakan mengekalkan Mohammad Nizar bukanlah merupakan jalan terbaik bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua parti berkenaan.

"Tohmahan yang selama ini mengatakan Pas adalah 'boneka' kepada DAP akan menjadi senjata UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika Datuk Seri Mohammad Nizar dikekalkan.

"Sekiranya DAP masih mahu kerusi Ketua Pembangkang kekal kepada Pas, biarlah Pas sendiri atau majlis pakatan pembangkang yang menentukan siapakah paling layak untuk mendudukinya," katanya.

Suara Politik
Belantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>