Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Video seks tersebar di FB tanpa izin

Posted: 26 Jun 2015 03:06 AM PDT

Gambar yang dirakam pada 11 Jun lalu menunjukkan wanita dikenali sebagai 'Chantal' (kiri) peguamnya dalam mahkamah di Amsterdam. - Foto AFP
Amsterdam: Mahkamah di Belanda memutuskan Facebook perlu memberi sebarang maklumat yang boleh membantu seorang wanita mengesan pihak bertanggungjawab menyebarkan satu rakaman video seks wanita itu tanpa kebenarannya.

Semalam, Mahkamah Daerah Amsterdam memutuskan jika Facebook tidak dapat melakukannya kerana data berkaitan sudah dipadamkan (seperti hujah Facebook) ia perlu membenarkan pakar dari luar memeriksa pelayan bagi mengesahkannya.

Facebook berhujah pengguna yang menyiarkan video itu menggunakan akaun palsu dan ia sudah memadam semua maklumat berkaitan daripada pelayannya, Februari lalu, bersama video itu.

Wanita yang menyaman Facebook itu pernah muncul di televisyen Belanda dikenali sebagai Chantal, 21. Dia mendakwa menderita dan rasa malu dialaminya sejak video itu disiarkan.

Rakaman berkenaan dibuat bekas teman lelakinya ketika mereka masih bawah umur dan wajah wanita itu jelas kelihatan. Bagaimanapun, bekas teman lelakiya menafikan menyiarkan video berkenaan.

Walaupun dipadamkan daripada Facebook beberapa jam selepas disiarkan, namun ada yang sempat memuat turun video itu dan menyebarkannya.

"Facebook ada tanggungjawab undang-undang menyediakan maklumat itu kerana maklumat orang tidak dikenali yang melakukan kesalahan itu tidak boleh diperoleh daripada tempat lain," kata ringkasan keputusan mahkamah. - Reuters

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60406?m=1#sthash.Ypa1X2Nk.dpuf

Gila! Jual Beli Seluar Dalam Terpakai ‘Berbau’ Dalam FB...

Posted: 26 Jun 2015 02:51 AM PDT

SEJAK kebelakangan ini, memang ramai usahawan yang memulakan perniagaan secara atas talian atau online kerana mudah dan seiring dengan dengan perkembangan semasa.

Boleh kata, apa sahaja barangan dan perkhidmatan yang anda mahukan ada dalam pasaran online.

Namun, dalam banyak-banyak benda, paling tidak disangka-sangka apabila wujud urusan jual beli seluar dalam terpakai secara online di Facebook.

Apa yang paling memalukan, gejala ini bukan hanya berleluasa di luar negara, namun sebenarnya telah berjangkit menjadi ikutan rakyat Malaysia.

Malah, apa yang mengejutkan kami apabila mengetahui group khas bagi urusan jual beli seluar dalam terpakai ini mendapat sambutan hangat sehingga berjaya menarik hampir 600 ahlinya.

Tujuan urusan jual ini tidak lain dan tidak bukan bagi memuaskan nafsu si lelaki miang yang gilakan aroma bau seluar dalam wanita terpakai!
Apa yang peliknya, ramai pula golongan wanita sama ada masih belum berkahwin hingga berstatus janda menawarkan 'barang' personal tersebut.

Boleh kata, makin berbau kuat, semakin tinggi permintaan ke atas seluar dalam tersebut. Kedengaran agak gila bukan?

Lucunya difahamkan, ahli dalam group tersebut juga dilarang menjual seluar dalam yang tuan empunyanya mempunyai masalah kulit gatal atau kurap.

Sejak bila trend ini berleluasa, kami sendiri tidak dapat dipastikan? Apa yang pasti, gejala ini semakin kronik dan sungguh menakutkan. – MYNEWSHUB.CC

Tersiar video lucah di billboard tempat awam

Posted: 26 Jun 2015 01:01 AM PDT

PENDUDUK di Mudanjiang, China terkejut dengan penayangan video lucah di khalayak ramai menerusi sebuah skrin di sebatang jalan raya sibuk di daerah berkenaan, baru-baru ini.

Difahamkan kejadian berlaku ketika pengendali skrin sedang menonton video lucah namun tak menyedari video ditontonnya itu turut disambungkan kepada skrin di tempat awam tersebut.

Video yang terlepas selama 10 minit itu sempat dirakam pejalan kaki serta pesakit di hospital yang terletak berhadapan dengan jalan raya tersebut.

Pihak polis kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan memberhentikan penayangan video erotik tersebut.

Polis masih lagi menyiasat siapakah dalang yang menyebabkan perkara itu berlaku.

– MYNEWSHUB.CC

Bapa celaka, ajak rakan perkosa anak gadis sendiri

Posted: 26 Jun 2015 12:31 AM PDT


SEORANG lelaki dari Cornwall, England dihukum penjara selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan dia bersalah merogol seorang wanita yang kini berusia 35 tahun pada 20 tahun lalu.

Yang sadisnya, gadis itu dirogol di hadapan bapanya sendiri yang melihat suspek, Dean Angear meratah darah dagingnya sendiri.

Sehubungan itu, Dean dan bapa mangsa yang tidak didedahkan identitinya telah ditahan baru-baru ini selepas mangsa membuat laporan polis berhubung penderaan seksual yang dialaminya sejak berusia belasan tahun lagi.

Menurut mangsa, bapanya membenarkan Dean merogolnya pada 1995 dan kemudian si bapa durjana pula sambung merogolnya dalam billik yang sama.
Dean Angear
Mangsa mendakwa dia diberi pil ecstasy semasa peristiwa hitam itu berlaku.

Dean, bapa kepada tiga cahaya mata walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut namun hakim telah memerintahkannya disumbat ke penjara bermula hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Anak Tomok juga dijadikan bahan lucah untuk pornografi kanak-kanak

Posted: 26 Jun 2015 12:01 AM PDT


PENYANYI Tomok mengakui tertekan dan terkejut setelah mengetahui gambar anaknya Arrianshah Akid dan Andrashah Iman dijadikan bahan lucah di sebuah laman web pornografi kanak-kanak.

BACA: Harith Iskander Jijik, Gambar Anak Tersiar Di Laman Web Porno
Berikutan itu, Tomok bertindak mengambil tindakan seperti pelawak Harith Iskander dengan membuat laporan polis serta memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi & Mutlimedia (SKMM) secepat mungkin.

"Saya baru dapat tahu lewat malam semalam, saya dah pun berbincang dengan isteri mengenai tindakan apa yang perlu kami buat, sebagai ibu bapa saya amat terkilan dengan individu yang terbabit dalam penyebaran gambar anak-anak kami.

"Kes ini adalah berat, tidak boleh dipandang ringan dan saya harap pihak berkuasa turut campur tangan dalam hal-hal yang bercanggah dengan norma kehidupan manusia. Fedofilia adalah perkara yang menakutkan saya," kata Tomok dihubungi portal Murai.

Pada masa sama, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail akui dirinya sukar memaafkan perbuatan terkutuk yang dilakukan mereka yang terlibat dalam hal tersebut.

Dalam perkembangan terbaru, Harith dikatakan telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail sekitar jam 10 pagi tadi dan disusuli laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Difahamkan, laman web lucah berkenaan dikendalikan oleh individu tidak bertanggungjawab yang tinggal di luar negara.

Selain anak Tomok dan Harith, gambar anak perempuan pelakon terkenal Erra Fazira turut disiarkan dalam laman web berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Apa akan anda lakukan jika doktor mentertawakan saiz zakar anda?

Posted: 25 Jun 2015 11:31 PM PDT

Virginia – Ketika anda sedang terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik bedah, anda tentu tidak akan menyangka bahawa doktor akan mentertawakan alat sulit anda dan bergurau bahawa anda dijangkiti Ebola.

Tetapi itu yang berlaku kepada seorang pesakit lelaki di Reston yang mengetahui mengenai keadaan tersebut selepas dia merekodkan perbualan itu melalui telefon bimbitnya tanpa disedari oleh doktor terbabit.

Dia merakamkannya dengan tujuan untuk mengingatkannya apa yang perlu dilakukan selepas pembedahan tersebut bagi proses pemulihan, tetapi lain pula jadinya.

Doktor terbabit iaitu pakar bius, Tiffany M Ingham tidak mengetahui mengenai telefon bimbit tersebut dan telah memperbodohkan dirinya dengan bergurau `kasar'.

"Selepas lima minit melayan kau di bilik bedah ini, aku rasa nak tumbuk muka kau dan jadikan kau jantan,'' katanya.

Gurauannya tidak berakhir di situ apabila dia memberi amaran kepada pembantu perubatan supaya tidak menyentuh alat sulit pesakit lelaki tersebut kerana bimbang dijangkiti siplis di tangan.

"Ia mungkin juga tuberculosis di buah zakar,'' katanya.

Gurauan oleh Ingham itu telah menyebabkan beliau dan hospital tersebut menitis air mata apabila pesakit terbabit menang tuntutan saman berjumlah lebih RM600,000 kerana memalukannya dan menyalahi etika perubatan.

Mungkin selepas ini Ingham patut mendiamkan diri sahaja.

Disetubuhi bapa kandung, wanita bunuh semua bayi yang dilahirkannya

Posted: 25 Jun 2015 11:15 PM PDT

Paris – Seorang wanita mula dibicarakan hari ini di mahkamah di Douai, selatan Perancis, dengan dakwaan mencekik lapan anaknya yang baru dilahirkan hingga mati kerana bimbang bayi terbabit adalah hasil hubungan sumbang dengan bapanya.

Dominique Cottrez, 51, menghadapi berapa tuduhan membunuh yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Kes itu menggemparkan Perancis apabila mayat bayi terbabit ditemui di kampung asal Cottrez pada 2010.

Wanita itu yang mempunyai dua anak perempuan, memberitahu polis selama lebih satu dekad dia hamil beberapa kali dan kemudian membunuh anak yang dilahirkan itu kerana bimbang ia hasil hubungan dengan bapanya.

Dominique Cottrez, 51, ketika dihadapkan di mahkamah di Douai, utara Perancis, menghadapi tuduhan membunuh lapan bayinya. - Foto AP
Tubuh Cottrez yang gemuk membolehkannya menyorok kehamilannya yang tidak disedari suami, anak, jiran, rakan serta doktor hospital berhampiran. Pakar forensik, psikiatrik, polis dan saksi, termasuk suami, anak dan saudara-mara wanita itu akan memberi keterangan.

Cottrez yang bekerja sebagai pembantu jururawat, memberitahu polis dia dirogol bapanya ketika berusia lapan tahun dan kejadian itu berulang banyak kali sehingga dia remaja.

Selepas itu mereka menjalin hubungan sumbang mahram termasuk selepas dia berkahwin dan memberitahu lebih menyintai bapanya berbanding suami. Bapanya meninggal dunia pada 2007.

Antara saksi yang memberi keterangan hari ini ialah Leonard Meriaux yang memberi rumah keluarga Cottrez serta menemui mayat pertama di halaman rumah berkenaan pada 2010. Polis kemudian menemui tujuh lagi mayat, termasuk enam dalam garaj. – AP


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>