Belantan |
Krisis DAPas : 'Game' DAP bunuh PR? Posted: 20 Jun 2015 07:05 PM PDT DAP yang memulakan permainan politik ini dan parti itu juga yang membunuh PR, kata Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin. Menurutnya, DAP terus memfitnah Pas meskipun semua isu yang dibangkitkan termasuk berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan sudah dijawab parti Islam itu. "DAP telah membuat keputusan bahawa PR sudah tidak lagi wujud atau mati. Saya melihat ini satu 'game' yang telah lama dimulakan oleh DAP dengan mengambil kesempatan dalam beberapa isu intra koalisi PR serta berterusan menyerang peribadi Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. "Dakwaan kerjasama dengan Umno, pertukaran Menteri Besar Selangor serta implementasi Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan...menunjukkan bahawa segala isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh Pas. "Namun DAP masih terus memfitnah Pas dan Presiden secara khususnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini Katanya, susulan tindakan melampau DAP selama ini, Dewan Ulama Pas membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP. "Parti tersebut juga telah mengambil keputusan drastik sebelum ini dengan membatalkan kerjasama politik di Sarawak, Sabah dan terakhir memutuskan hubungan dengan Presiden Pas pada 24 Mac lalu. "Kemudian, DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan Pas menjelang muktamar yang lalu. "Tindakan-tindakan melampau DAP inilah yang memaksa Dewan Ulama Pas Pusat membuat reaksi dan mengusulkan satu usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal di dalam PR. Walau bagaimanapun, ia dengan syarat mendapat persetujuan daripada Masjlis Syura Ulama," katanya. Dalam kenyataan sama, beliau menyifatkan DAP gopoh dan terburu-buru dalam menyerang Pas. Suara Politik Belantan |
Kit Siang pelik Hadi kata PR masih wujud? Posted: 20 Jun 2015 01:14 AM PDT Penasihat DAP, Lim Kit Siang melahirkan rasa pelik apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PR masih wujud sedangkan pemimpin parti Islam itu yang 'merosakkan' perikatan pembangkang itu. Menurutnya, kerana sikap Abdul Hadi yang mengkhianati kerjasama mereka selama ini telah menyebabkan PR tidak berfungsi dengan baik sejak setahun lalu. "Tapi saya pelik apabila Hadi dakwa PR masih wujud apabila beliau telah merosakkan PR dengan mengkhianati kerangka kerjasama PR juga dasar konsensus PR. "Hasilnya, Majlis Pimpinan PR tidak dapat berfungsi setahun lalu menyebabkan PR hanya wujud pada nama sahaja," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Semalam, Abdul Hadi Awang menyifatkan PR masih lagi wujud apabila masih ada kerjasama di antara Pas dan PKR, walaupun DAP mengisytiharkan gabungan tersebut sudah berakhir kerana pakatan itu ditubuhkan atas dasar kerjasama dan kesepakatan tiga parti dan apa sahaja keputusan perlu dicapai secara bersama, bukannya secara bersendirian. Dalam kenyataan sama, Kit Siang memberitahu meskipun tiada lagi PR, matlamat rakyat Malaysia dapat dicapai dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14). "Saya tidak mahu membincangkan secara terperinci kerana kami mahu teruskan perjuangan dan berpegang pada harapan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan bagi memastikan walaupun tiada lagi PR, kerangka kerjasama PR untuk perpaduan negara, keadilan dan kemakmuran rakyat Malaysia kekal dicapai dalam PRU14," katanya. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |