Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pelumba terbaik negara kritikal kemalangan ketika berlumba

Posted: 07 Jun 2015 09:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keadaan pelumba negara, Mohd Zamri Baba yang terbabit insiden ngeri pada perlumbaan pusingan dua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Sentul, Indonesia hari ini, dilaporkan masih kritikal. Memetik laporan media Indonesia, Zamri yang beraksi dalam kelas perdana, SuperSport 600cc, dikatakan masih belum sedarkan diri di Hospital Petra Permata, Sentul, berdekatan litar terbabit dengan pemerhatian lanjut sedang dijalankan. Promoter ARRC, Two Wheels Motor Racing dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan insiden terbabit. Zamri, 34 yang dianggap pelumba terbaik negara di perlumbaan membabitkan negara Asia itu terjatuh ketika pusingan keempat perlumbaan dan dirempuh pelumba di belakangnya. Kejadian berlaku mirip insiden ngeri membabitkan bekas pelumba MotoGP, Marco Simoncelli ketika GP Malaysia, empat tahun lalu sehingga meragut nyawa penunggang kelahiran Itali itu. "Kami masih belum berani mengambil sebarang tindakan kerana tahap kesedarannya masih 3-4. Jika sudah 7-8 baru kami berani mengambil tindakan," kata Steven, doktor yang merawatnya di hospital terbabit, memetik laporan mobilinanews.com. Seorang lagi doktor yang merawat Zamri, Wendy berkata, mereka masih berusaha untuk memindahkannya ke hospital terbaik di Jakarta atau di Kuala Lumpur.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59919?m=1

(Foto) Wanita tidak sedar skirt terkoyak hingga nampak...

Posted: 07 Jun 2015 08:55 AM PDT


Stomper Angie ternampak seorang wanita yang memakai skirt koyak di Plaza Thomson sekitar jam 4pm semalam.

Berdasarkan foto yang dihantar kepada oleh beliau, sebahagian punggung wanita itu sedikit terlihat.

Katanya di dalam email yang dihantar:

"Beliau berjalan melenggang mendedahkan sebahagian dari tubuhnya itu di pusat membeli belah.

"Saya rasa umurnya sekitae 40-an.

"Nampak seperti tidak memakai seluar dalam. Masuk angin mudah kot..

"Insiden itu juga menarik perhatian beberapa pekedai di situ.

"Terfikir juga sama ada wanita itu lakukannya dengan sengaja atau tidak."

Gempa lagi, TS Muhyiddin dan DS Hj Hadi bergegas keluar, nyaris terperangkap

Posted: 07 Jun 2015 01:09 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bergegas keluar meninggalkan bangunan di Taman Kinabalu di Kundasang, Sabah, ketika satu sesi taklimat tertutup, apabila gegaran kecil berlaku di kawasan tersebut.

Gegaran kira-kira jam 1.35 petang itu mengakibatkan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz turut berlari keluar dari bangunan berkenaan.

Orang ramai yang berada dalam bangunan Restoran Liwagu, lokasi taklimat tersebut yang terletak di dalam kawasan Taman Negara Sabah itu, turut bersegera keluar meninggalkan bangunan dan berkumpul di kawasan lapang.

Muhyiddin sebelum itu mendengar taklimat bencana serta operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di puncak Gunung Kinabalu susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Ranau pada pagi Jumaat.

The Malaysian Insider bagaimanapun difahamkan, Muhyiddin dan Hadi hanya terserempak secara kebetulan di lokasi tersebut.

Muhyiddin pada sidang medianya di tangga bangunan itu berkata, pihaknya mencadangkan satu kajian dijalankan bagi mewujudkan pusat pemantauan gempa bumi di Sabah.

"Tadi baru kita rasa gegaran sementara. Untuk jangka masa ke hadapan, saya berpendapat mungkin satu kajian Jabatan Geosains perlu dibuat melibatkan pakar gempa.

"Wujudkan sebuah pusat memantau perkara sebegini. Di Sabah tidak ada lagi (pusat sedemikian).

"Apakah ada cara menerusi kajian geosains dan pergerakan gempa yang boleh kita gunakan untuk perkenalkan prosedur operasi standard, atau latihan diberikan kepada penduduk setempat," katanya kepada pemberita.

Beliau menyampaikan ucapan takziah Putrajaya kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga, sambil menambah, kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah akan memberikan bantuan bencana berjumlah RM10,000 kepada keluarga setiap mangsa.

"Ini supaya mereka boleh uruskan jenazah dan pengebumian," katanya sambil menjelaskan bantuan berkenaan, dibuat berdasarkan formula yang diguna pakai dalam bantuan bencana negara, bagaimanapun hanya untuk rakyat Malaysia saja.

"Yang lain, kita sudah bantu mencari dan menghantar mereka pulang," katanya.

Muhyiddin berkata, mereka yang mengalami kecederaan akan menerima bantuan ihsan bernilai RM2,000 manakala yang tidak mengalami sebarang kecederaan akan menerima RM1,000.

Mengulas berkenaan lawatannya ke beberapa lokasi di Ranau hari ini, beliau berkata, pasukan yang bertanggungjawab sedang menjalankan ujian forensik terhadap beberapa bangunan.

"Mereka akan menentukan sama ada bangunan yang terjejas oleh gempa bumi itu perlu dirobohkan atau boleh dibaiki," katanya.

Mengulas lanjut mengenai misi menyelamat awal pendaki yang dilakukan kumpulan malim gunung di Gunung Kinabalu, Muhyiddin berkata, usaha mereka akan dan sepatutnya dihargai.

"Kita perlu mengiktiraf usaha mereka. Mereka hero yang tidak didendang dan melaksanakan tugas dengan baik," katanya. – 7 Jun, 2015.

Sengsara zakar patah selepas seks dengan teman wanita

Posted: 06 Jun 2015 09:54 PM PDT

London: Seorang lelaki terkejut dan menahan kesakitan selepas kemaluannya patah ketika mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya.

Alan Parke mendakwa dia mendengar bunyi kuat sebelum merasai sakit yang terlalu teruk pada kemaluannya.

"Saya tidak pernah terbayang boleh merasai sakit seperti itu yang menyebabkan saya terus melompat bangun dan menjerit kesakitan.

"Teman wanita Clarissa Cairns, 22, terkejut dengan reaksi saya.

"Namun, lebih teruk lagi apabila terpaksa ditahan di hospital dengan kemaluan dibalut anduh menyebabkan saya ditertawakan pesakit lain. Saya rasa itu lebih 'menyakitkan,'" katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56275?m=1#sthash.0VypbiHr.dpuf

PR Bukan Lagi Suara Rakyat

Posted: 06 Jun 2015 04:31 PM PDT

Jangka hayat Pakatan Rakyat, yang pernah menjadi harapan majoriti rakyat Malaysia, sudah hampir tamat.

Ia bukan disebabkan dasar Barisan Nasional yang semakin baik, tetapi kemerosotan prestasi politik Pakatan Rakyat (PR) yang semakin teruk.

Mirip kegagalan Barisan Alternatif pada tahun 2004, inilah yang sedang terjadi kepada muafakat politik yang terbentuk pasca pilihanraya tahun 2008.

Kerjasama hari ini, sekadar bersyiarkan nama PR tetapi tindak dan kata komponennya menjurus perpecahan yang makin melarat.

Rakyat sendiri, walaupun menolak parti pemerintah, sudah jelek, letih dan meluat dengan perangai terkini parti-parti komponen PR dan watak-watak pimpinannya yang khianat kepada kepercayaan yang diberikan pada idea bersama PR.

Kebongokkan yang terjadi hari ini membuktikan idea PR, yang pernah menjadi pilihan 51% rakyat Malaysia yang mengundi, sebenarnya bukanlah semata-mata gabungan tiga parti politik, PAS, DAP dan PKR itu.

Jadi, siapakah sebenarnya PR? Apakah idea yang menjadi harapan rakyat?

PR yang sebenar tidak lain dan tidak bukan, adalah rakyat itu sendiri.

PR yang sebenar adalah rakyat yang menolak rasuah, penyelewengan, ketidakadilan, kejumudan, perkauman, pembodohan, pelampau, politik yang tidak konstruktif dan penolakan dasar ekonomi yang membebankan rakyat.

PR yang sebenar adalah rakyat yang percaya dengan nilai kebersihan urustadbir, keadilan, keterbukaan, kesatuan, kebebasan, keilmuan, kemajuan, kebertanggungjawaban, kesederhanaan, politik konstruktif yang menumpukan potensi besar negara dan dasar ekonomi yang menyebelahi rakyat.

PR yang sebenar bukanlah pakatan parti-parti politik sahaja tetapi pakatan rakyat sesama rakyat, kita sesama kita.

Tiada lagi ketaksuban kepartian. Tiada lagi palitan kisah lama dan pautan fahaman yang kolot. Yang ada adalah gerakan rakyat yang jujur, konsisten dan padu.

Bila tiba masanya barangkali, dengan proses demokrasi, semangat Pemasyhuran Kemerdekaan, prinsip dan cita-cita yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara, rakyat sendiri yang akan membawa perubahan ke arah kebaikan kepada negara, untuk semua, merentasi perbezaan dan menjangkaui potensi negara yang sebenar.



- FMT

Diugut DAP, usul ulama dipertikai, masih belum muktamad kata Setiausaha Agung PAS

Posted: 06 Jun 2015 03:47 PM PDT

Usul memutuskan hubungan dengan DAP masih belum muktamad kerana ia perlu dibuat Majlis Syura Ulama walaupun setelah diluluskan muktamar, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Katanya, ini kerana kerjasama PAS dengan parti lain dalam pilihan raya pada 1986 dan 1999 diputuskan 2 badan dalam PAS, iaitu Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura.

"Memang (dewan) ulama ada sebut, tapi ia belum muktamad. Hendak masuk (Pakatan Rakyat) ada hukum, dan hendak keluar pun ada hukumnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden Mohamad Sabu umum untuk melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang susulan usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat itu yang diluluskan muktamar tanpa bahas.

Pagi ini juga, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau akan menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri itu dengan segera dan tanpa sebarang soalan.

Mustafa berkata, tidak semua perkara boleh diputuskan muktamar kerana perkara berkaitan hukum mesti dirujuk kepada Majlis Syura.

Usul tergempar menamatkan hubungan dengan DAP diluluskan Dewan Ulama pada muktamarnya 3 Jun lalu selepas ia dibawa Ketua Dewan Ulama Pahang, Mokhtar Senik.

Beberapa pimpinan kanan PAS mempertahankan usul itu yang dibuat susulan celaan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh Guan Eng dan penasihat DAP Lim Kit Siang. – 6 Jun, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekarang-setiausaha-agung-kata-putus-dengan-dap-belum-muktamad#sthash.Wm46ZaTm.dpuf

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>