Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Apa Yang Tersirat

$
0
0

Apa Yang Tersirat


Di Malaysia Saja- Tabiat Menjatuhkan PM Bukan Melalui Demokrasi

Posted: 07 Jun 2015 07:34 AM PDT

1. Tabiat menjatuhkan Perdana Menteri di Malaysia bermula selepas sahaja PRU-12 tahun 2008. Alasan yang diberikan pada masa itu, UBN gagal mempertahankan kuasa 2/3 di dewan Rakyat, selain kehilangan lima negeri- Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

2. Dalam usaha menurunkan Perdana Menteri, berbagai teori, alasan, dakwaan, hujah dikemukakan. Pendek kata, jika PM diganti, maka UBN akan pulih dan rakyat akan kembali menyokong dan seterusnya kuasa di Dewan Rakyat akan didapat semula.

3. Sepanjang 4 tahun diberikan kepada Perdana Menteri yang mengganti, namun selepas PRU berikutnya, iaitu PRU-13, nampaknya penyakit tahun 2008 kembali semula. Teori yang sama dikemukan, dakwaan yang sama dikemukakan, selain ditambah dengan berbagai isu yang berbangkit sepanjang pemerintahan.

4. Sungguh malang, kerana kerajaan yang dibentuk kurang kuat, walaupun parti tunjang telah menambah kerusi daripada 79 ke 88.

5.Malang sungguh bagi Perdana Menteri yang kebetulan presiden parti tunjang,kerana jawatan itu, walaupun parti kawan dalam BN yang tidak mendapat sokongan daripada kaum yang diwakili parti-parti itu, namun yang dipersalahkan adalah Perdana Menteri.

6. Tambah malangnya lagi, mereka yang menghentam Perdana Menteri adalah mereka yang separti, di mana sebelum ini, mereka yang mendakwa itu, mengatakan bahawa melayu tidak lagi menjadi kaum yang dihormati kerana telah berpecah kepada tiga kumpulan- kumpulan Umno, kumpulan Pas dan kumpulan PKR. 

7. Nampaknya agar kaum melalui menjadi rakyat kelas ke-2, maka perlu dipecahkan lebih jauh lagi, iaitu membahagikan Umno kepada dua bahagian. Apa yang diharapkan kepada perpecahan tersebut, agar Umno akan terus lemah, dan seterusnya kalah dalam pilihanraya.

8. Pihak yang menentang Najib, sudah memutuskan dan mampu membaca pilihan rakyat, bahawa selagi Najib sebagai Perdana Menteri dan menerajui BN, maka sudah yakin dan percaya bahawa UBN akan kalah, kerana UMNO tidak akan dapat mempertahankan kerusi sejumlah 88 malah jauh lebih rendah daripada itu.

9.Dakwaan mereka itu, samalah dengan dakwaan beberapa penganalisis Muktamar Pas yang diadakan pada 4 Jun, bahawa kumpulan Ulama akan kecundang, kerana menurut kajian mereka, Dato Seri Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man, hanya mendapat sokongan kurang daripada 40 peratus. Namun, apabila keputusan diumumkan, semua analisis tersebut adalah auta.

10. Najib bukan ahli politik ingusan. Beliau bermula sejak tahun 1976, selama 39 tahun telah menceburkan diri dalam dunia politik, termasuk hampir kalah pada PRU-1999. Selain itu, beliau pernah menjadi Ketua Pemuda, bertahun-tahun sebagai Naib Presiden urutan pertama. Berbagai kementerian telah beliau pegang, malah semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan, rekod beliau dalam seagames sehingga kini belum terpecahkan.

11. Hanya kerana putar belit Sarawak reports dan Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR), berkaitan 1MDB, sehinggakan menghukum Najib seolah-olah, semua dakwaan tiga pihak itu benar belaka. 

12. Sungguh pelik dan ajaib, apabila "konon penyokong Umno" tiba-tiba berkiblatkan kepada dakyah-dakyah pembangkang, dan terus menerima apa sahaja dakwaan pembangkang sebagai benar dan tiada cacat celah.

13. AYT hanya melihat daripada jauh, membaca berbagai dakwaan, pihak-pihak tertentu, dan apabila dilihat secara mendalam, rupanya dakwaan mereka itu, hanya bertujuan satu- Najib mesti letak jawatan kerana mereka yang tidak suka, bukan rakyat yang tidak suka.

14. AYT bersetuju dengan kenyataan DS Najib, takkanlah beliau letak jawatan kerana permintaan minoriti, sedangkan majoriti memerlukan beliau. Seperti kata Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri Sarawak, DS Najib adalah seorang pemimpin yang tidak pandai berlakon.

Nothing2hide: DS Najib Tidak Hadir Tepat!!!!

Posted: 07 Jun 2015 01:34 AM PDT

1. Ketidak hadiran DS Najib Razak pada forum Nothing2hide di PWTC pada Jumaat, ada yang memandang sinis Perdana Menteri itu, akan tetapi ada juga berpendapat betapa bertoleransinya beliau.

2. Bagi mereka yang memegang adat melayu, ketidak hadiran Perdana Menteri itu, sebenarnya memenuhi erti peribahasa melayu, biar mati anak jangan mati adat. Juga melalui ketidak hadiran beliau, bagaimana Perdana Menteri menghormati mereka yang lebih tua.

3. Tidak disangka pada forum tersebut, mantan Perdana Menteri turut hadir, di mana menurut penganjur, bahawa kehadiran berasaskan kepada jemputan. 

4. Entah benar atau tidak, kononnya Tun Dr Mahathir turut dijemput, kerana melalui media sosial telah disiberkan satu kad jemputan bertuliskan nama YBH Tun Dr Mahathir Mohammad, walaupun pihak menganjur menyatakan, tiada kad jemputan dihantar kepada mantan Perdana Menteri tersebut.

5. Majlis yang seharusnya bermula pada pukul 10 pagi pada Jumaat, namun Mantan Perdana Menteri telah tiba di ruang forum seawal pukul 8.50 pagi.

6. Bagi mereka yang hadir ataupun yang tidak hadir, sebenarnya tiadapun niat mendengar sebarang penjelasan daripada Perdana Menteri, akan tetapi mereka lebih berminat, bagaimana kedua-dua pemimpin tersebut saling menjatuhkan air muka masing-masing.

7. Jawapan-jawapan berkaitan berbagai persoalan yang ditujukan kepada DS Najib sebenarnya, telah dijawab melalui berbagai saluran, apakah melalui dewan rakyat, kenyataan akhbar mahu sesi soal jawab.

8.Mereka yang mendakwa bahawa DS Najib sebagai penakut kerana tidak hadir, sebenarnya hanya dakwaan yang tidak memikirkan sebarang impak kepada negara dan rakyat. Mereka itu, mahu melihat bagaimananya lemahnya para pemimpin melayu, dan kelemahan itu, mereka akan pertontonkan melalui media antarabangsa.

9.Forum nothing2hide, sebenarnya forum yang tidak perlu diadakan, kerana forum seumpama itu, belum lagi sampai ke tahap pemikiran rakyat majoriti negara ini. Dikatakan demikian, kerana belumpun bermulanya forum tersebut, sudah terdapat ketegangan antara yang datang dan penganjur, sehingga belaku tolak menolak, termasuk menguak pintu dewan untuk diterobosi.

10. Keadaan seumpama itu, berertinya belum siapsedianya para penganjur dan hadirian berdepan dengan situasi seperti itu.

11. Pihak polis, bertindak tepat, apabila membatalkan acara itu, dan menghalang Perdana Menteri untuk hadir. Kerana situasi demikian boleh mendatangkan kemalangan, kerana tiada yang boleh menjamin tidak berlakunya pergaduhan.

12. Katakan forum itu menjadi, dan apabila keadaan menjadi panas, maka berlaku kontak fizikal antara kedua belah pihak, dan kontak fizikal itu dirakam, kemudian sepantas kilat diviralkan di seluruh dunia!!!, siapa yang malu???? melainkan rakyat yang majoriti, kerana para pemimpinnya gagal menggunakan akal dan minda untuk menyelesaikan persoalan.

13. Bagi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan para penyokongnya, dalam minda mereka "nothing to lose" kerana memang daripada awal-awal mereka mengatakan, bahawa Tun bukan untuk kembali sebagai Perdana Menteri, akan tetapi hanya punya satu matalamat, DS Najib mesti letak jawatan.

14. Bagi AYT, entah apa penyebab utama, sehingga mereka-mereka ini, mahu sangat DS Najib letak jawatan. Kalau dikatakan kemelut 1MDB, isu syarikat tersebut semakin terungkai, isu Altantuya, mahkamah telah membuat keputusan, isu jambatan Bengkok, telah dijawab kerana terbentur dengan undang-undang antarabangsa. Hanya isu Rosmah sahaja yang tidak beres, kerana DS Najib belum menceraikan isterinya itu, sepertimana Nelson Mandela menceraikan isterinya Winney Mandela.

15. Bagi AYT, jika berkaitan dengan Datin Rosmah sebagai asas untuk meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan, jalan penyelesaian, adalah bermula daripada sekarang, isteri Perdana Menteri itu perlu menyatakan secara terbuka bahawa beliau sama sekali tidak tahu atau tidak pernah mencampuri urusan suaminya apatah lagi urusan negara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710