Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


DAP tunjang utama, ikhlas bangunkan Kelantan pasca banjir - Dr Hatta

Posted: 06 Jun 2015 08:18 AM PDT

Dr Mohd Hatta Ramli hari ini mengingatkan kerajaan negeri Kelantan peranan yang dimainkan rakan sekutu mereka DAP melalui Gabungan Impian Kelantan dalam pembangunan pasca banjir di negeri itu.

Berucap pada hari terakhir muktamar, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Kuala Krai itu berkata, DAP ikhlas meneruskan usaha tersebut walaupun timbul ura-ura PAS mahu memutuskan hubungan dengan mereka.

"Banyak sudah rumah dibuat. Pasar Besar Kuala Krai rosak tak boleh berniaga, mereka datang membantu. DAP datang membina berpuluh stor, sampai boleh berniaga.

"Bila timbul isu kita sehari dua ini, saya cepat bertanya kepada rakan kita (DAP), nak terus bina rumah? Mereka kata 'tak ada masalah, ini untuk kemanusiaan. Teruskan'," katanya.

Hatta berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor hari ini.

Mendedahkan lebih lanjut, Hatta berkata, Gabungan Impian Kelantan sudah membeli tanah lima ekar di Kampung Sungai Mas, Kuala Krai dan akan membina 40 buah rumah disertai dengan program ekonomi bagi mereka yang kehilangan rumah dan tidak memiliki tanah.

Katanya, program berkenaan jelas menunjukkan bagaimana ukhwah yang ditunjukkan DAP tanpa mengira kerjasama yang ditunjukkan kerajaan negeri Kelantan.

"Rumah ini akan dibuat sekali lagi. DAP akan bina rumah ini, bukan kerajaan negeri Kelantan.

"Kalau nak kira terguris hati, tentulah mereka akan mengambil tindakan tidak wajar. Politik ini ada juga hadnya.

"Itu ukhwah yang kita cuba bina selama ini. Bukan senang nak mengikat mata hati ini, tetapi musuh boleh meruntuhkan segalanya," katanya.

DAP pada bulan lalu mendakwa Putrajaya hanya mampu membina 5 rumah untuk diberikan kepada mangsa banjir di Kelantan sebelum Ramadan tiba, dan jumlah itu jauh lebih rendah berbanding 22 rumah yang disiapkan menerusi projek Gabungan Impian Kelantan.

Setiausaha organisasi kebangsaannya Anthony Loke berkata, 22 rumah di Kampung Pasir Tumboh akan dapat diserahkan kepada pemiliknya pada 11 Jun ini iaitu sebelum Ramadan berbanding janji Putrajaya hendak menyiapkan 5,000 rumah kepada mangsa banjir.

Loke berkata perkembangan yang ditunjukkan melihatkan badan bukan kerajaan dan pihak yang berkaitan dapat melakukan usaha yang lebih baik berbanding apa yang dijanjikan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. – 6 Jun, 2015.

ADUN DAP tak tahu beza Sabah dan Sarawak kena bahan di laman sosial

Posted: 06 Jun 2015 07:01 AM PDT

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, DAP Hannah Yeoh keliru antara Sabah dan Sarawak.

Dalam status yang dimuat naik di laman Twitternya, dia yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,memaklumkan akan menyertai upacara sembahyang bagi mangsa gempa di Sarawak.

Walhal ia berlaku di Sabah, sebuah negeri berasingan di Borneo. Berikutan kesilapan maklumatyang dimuat naik, ia telah disebarkan di laman sosial dan menjadi bahan kutukan yang mempersoalkan tahap pengetahuannya.

"Hendak dikatakan bengap, beliau merupakan salah seorang ADUN di Selangor. Namun, sikap beliau yang tidak sensitif terhadap isu nasional amat dikesali. Apakah Hannah Yeoh tidak mengetahui gempa bumi yang berlaku pada pagi ini adalah di Sabah dan bukannya Sarawak?

"Kita tahulah Sarawak akan mengadakan Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi. Tidak perlulah membodek sebegitu rupa. Tidak salah berdoa untuk rakyat Sarawak. Cuma kita doakanlah dahulu untuk Rakyat Sabah yang ditipa bencana alam. Ada yang hendak kena tambat dekat Gunung Kinabalu kalau macam ni," komen seorang penulis di laman blognya, khairulryezal.blogspot.com

- FMT

Umno tidak seburuk ‘Firaun’, kata presiden PAS

Posted: 06 Jun 2015 06:26 AM PDT

Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar pihak tertentu yang memandang negatif pertemuan yang diadakan PAS bersama Umno kerana katanya, pandangan serupa itu tidak menjadi pendekatan parti Islam itu.

Presiden PAS itu berkata, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan di antara dua parti itu, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran.

"Malangnya ada yang cemburu. Macam isteri yang tak benarkan suaminya ke pasar, tak boleh berjumpa dengan perempuan. Asal jumpa dengan Umno tak boleh, diharamkan. Itu bukan pendekatan kita.

"Dengan bahasa yang dinasihati Allah, berhubunglah, pergi bercakap, walaupun dengan Firaun. Tak kan kita nak cakap Umno setaraf dengan Firaun yang disebut dalam Al-Quran.

"Jangan sampai begitu. Tak boleh bertindak melebihi ajaran Al-Quran. Kita menganggap kaum kita ditenggelam oleh kejahilan, yang memerlukan kita menyelamatkannya," katanya.

Hadi berkata demikian dalam ucapan penangguhannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Katanya, dalam menjalinkan kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat (PR), PAS adalah parti yang berdisiplin dan beradab berbanding parti lain yang membawa pelbagai kerenah.

Katanya, senario itu terbukti apabila ada parti dalam PR yang cuba mempersoalkan pendirian PAS, malah ada yang cuba 'mencuri' wakil rakyat parti Islam itu.

"Kita mengamalkan tahaluf ini sejak PAS ditubuhkan. Kita menghadapi liku-liku yang mencabar, tahaluf terkini dalam sejarahnya.

"Alhamdulillah PAS menunjukkan ia parti yang berdisiplin dalam bertahaluf. PAS beradab kerana tahaluf sefahaman dalam titik persamaan.

"Masing-masing walau berbeza ideologi tidak ganggu akidah," katanya.

Sebaliknya, katanya, rakan dalam PR ada yang menyentuh perkara yang berkaitan akidah, disiplin, pelaksanaan syariat, isu kepimpinan parti.

"Ini urusan dalam PAS, kita tak kempen pemilihan parti lain, orang tolong kempen pemilihan kita," kata Hadi.

DAP pada hujung bulan lalu berkata, ia tidak akan berhenti menyoal Hadi walaupun PAS akan melalui pemilihan, sambil menegaskan parti itu tidak pernah masuk campur pemilihan mana-mana parti politik.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, DAP tidak akan dibisukan oleh pemilihan PAS itu daripada memperkatakan kebenaran.

Katanya, walaupun Hadi mengumumkan beliau "masih bersama PR", pemimpin nombor satu PAS itu perlu menjawab beberapa soalan berhubung tindakannya sepanjang setahun yang lalu.

"Kenapa Hadi memungkiri komitmen PAS kepada Dasar Bersama PR dan jaminan peribadinya kepada pimpinan PR?

"Kenapa Hadi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tengah kemelut skandal RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?

"Kenapa Hadi mahu mewujudkan 'kerajaan perpaduan' bersama Umno?" soal Lim dalam kenyataannya sebelum ini. – 6 Jun, 2015.

Pakatan kini berakhir, tunggu masa dikebumi, kata Kit Siang

Posted: 06 Jun 2015 06:19 AM PDT

Pakatan Rakyat (PR) kini berada di penghujung jalan dan yang tinggal hanya upacara pengebumiannya, kata veteran DAP Lim Kit Siang, susulan keputusan PAS meluluskan tanpa bahas usul memutuskan hubungan dan kerjasama dengan parti itu dalam muktamar tahunannya.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, ramalannya sejak dua minggu lepas menjadi kenyataan, yang PR mungkin tidak wujud lagi selepas muktamar PAS itu.

"Ramalan saya yang PR mungkin tiada lagi dalam masa dua minggu nampaknya kini menjadi kenyataan dan apa yang tinggal hanyalah sekadar upacara pengebumiannya," katanya dalam satu ucapan dramatik pada majlis perayaan dumpling di kawasannya di Gelang Patah hari ini.

"Apa yang berlaku sudah pasti satu kemenangan bagi pakar strategi dan perancang plot dalam Umno dalam konspirasi mereka membahagi dan menghancurkan PR dengan godaan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS dan pelaksanaan hudud di Kelantan."

Ini berikutan langkah Dewan Ulama PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP dan terus kekal dalam PR.

Usul itu pertama kali dibentangkan ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Mokhtar Senik, yang berkata tindakan DAP melanggar batasan tingkah laku yang boleh diterima.

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan berkata semalam, dewan itu meluluskan usul itu sebagai membalas dendam kerana terlalu banyak serangan dilakukan DAP terhadap parti Islam itu selama ini.

Ulama meluluskan usul itu pada muktamarnya pada Rabu, dan ia diluluskan tanpa bahas oleh PAS Pusat pada muktamar tahunannya semalam.

Lim yang juga ketua Parlimen DAP berkata, keputusan itu bermakna politik Malaysia kini memasuki wilayah baru yang belum diterokai dan akan menerima kesannya dengan serta-merta.

"Di Pulau Pinang sebagai contoh, usul muktamar PAS itu akan membuatkannya mustahil bagi wakil PAS untuk terus bekerja di pelbagai peringkat dalam kerajaan negeri.

"Di Selangor, senario paling buruk akan termasuk pilihan raya negeri terpaksa diadakan," katanya.

Terdahulu hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, beliau akan menerima dengan segera tanpa sebarang soalan peletakan jawatan wakil PAS berikutan keputusan parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Katanya, wakil PAS "tiada pilihan selain meletakkan jawatan" dalam kerajaan negeri, agensi serta majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung berikutan keputusan itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, bagaimanapun berkata, walaupun usul itu diluluskan, keputusan itu belum muktamad kerana ia masih perlu dibincangkan Jawatankuasa Pusat parti itu dan Majlis Syura Ulama. – 6 Jun, 2015.

Ulama terkejut Guan Eng gesa wakil PAS letak jawatan

Posted: 06 Jun 2015 04:38 AM PDT

Dewan Ulama PAS terkejut dengan respons Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengalu-alukan peletakan jawatan wakil parti Islam itu dalam kerajaan negeri susulan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar hari ini.

Ketuanya Datuk Mahfodz Mohamed berkata, usul itu pada asalnya diluluskan tanpa bahas pada muktamar itu bagi mengurangkan kesan buruk yang mungkin dihadapi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

"Dia (Lim) cepat sangatlah, bergopoh buat keputusan itu, sedangkan keputusan PAS belum muktamad lagi.

"Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit.

"Tetapi tiba-tiba, Lim pula respons, sedangkan dia yang mula serang PAS," katanya sewaktu ditemui wartawan selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 ditangguhkan hari ini.

Mahfodz berkata, Dewan Ulama dari awal lagi tahu yang usul tergempar itu tidak akan dimuktamadkan walaupun ia diterima muktamar hari ini.

"Masa kita buat keputusan itu dulu, bukan nak suruh putus serta-merta. Kita nak suruh rujuk pada Majlis Syura," katanya merujuk usul yang dibawa sayap parti itu ketika muktamarnya pada Rabu.

Sementara itu, seorang lagi ahli Dewan Ulama PAS, Nasrudin Hassan yang sebelum ini berikrar 'melutut' dan 'menyiku' DAP, juga mengelak mengulas kesan usul tergempar itu.

"Keputusan muktamar ini diserahkan kepada Majlis Syura dan kita tunggu keputusannya," katanya.

Hari ini, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan beliau akan meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tanda patuh kepada keputusan ulama.

Beliau akan meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub. – 6 Jun, 2015.

Penyokong bukan Islam 'ajar' kepimpinan PAS cara tadbir ikut syariat

Posted: 06 Jun 2015 02:01 AM PDT

PAS menerima tamparan apabila cabang penyokong bukan Islam mereka iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menegur sikap kepimpinan dan anggota parti itu yang dikatakan memperjuangkan Islam.

Ini berikutannya Ketuanya, A Balasubramaniam mempersoalkan penularan gejala fitnah dan label-melabel dalam kalangan pimpinan dan anggota PAS sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, selama ini ahli bukan Islam dalam PAS ingin melihat suasana lebih harmoni seperti yang digalakkan Islam dalam parti itu, namun tidak menyangka gejala negatif tetap wujud dalam PAS.

"Saya tidak pasti adakah dalam Islam tiada larangan mengenai soal fitnah-memfitnah, label-melabel dan mungkir janji. Jika ada larangan tersebut dalam al-Quran, kenapa kita mengamalkan perkara itu dalam PAS?

"Mengapa ulama tidak memberi teguran agar gejala negatif ini dihentikan supaya ia tidak terus berlaku. Adakah gejala seperti ini bukan satu kemungkaran sehingga kita tidak mencegah dan terus membiarkannya bermaharajalela sehingga mengganggu parti," katanya semasa sesi penggulungan perbahasan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Balasubramaniam mahu masalah di dalam PAS diselesaikan dengan cara Islam, bukan sekadar bercakap mengenai Islam semata-mata.

Beliau juga mahukan kepimpinan PAS yang baharu memberi perhatian terhadap permasalahan itu supaya mereka boleh bekerja dengan lebih baik.

"Walaupun UMNO, Barisan Nasional (BN) musuh kita, tetapi jika mereka lebih bersatu dan tersusun, tentunya mereka lebih berhak untuk menang dalam pilihan raya dan PAS pula (jika tidak diselesaikan masalah ini) akan terus mengalami kekalahan walaupun berada di pihak yang benar," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59633?m=1

Akur dengan LGE, Mat Sabu letak jawatan ahli Lembaga Pengarah Pengurusan Air PP

Posted: 06 Jun 2015 01:15 AM PDT

KUALA SELANGOR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan akan meletak jawatan yang disandangnya di bawah kerajaan Pulau Pinang berkuakuatkuasa minggu ini.

Mohamad atau Mat Sabu berkata, jawatan itu adalah ahli Lembaga Pengarah Pengurusan Air Pulau Pinang serta Lembaga Halal Hub Pulau Pinang.

Katanya, keputusan itu diambil susulan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-61 meluluskan usul tanpa bahas dikemuka Dewan Ulama PAS pusat sebelum ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

"Ini saya mulakan pada diri saya sebagai mematuhi resolusi ulama, nanti kalau tak patuh, orang akan kata saya lawan ulama pula.

"Maka saya mulakan pada diri saya, diikuti dengan rakan-rakan lain di Pulau Pinang dan seterusnya di Selangor.

Jangan bimbang kita akan kuat bila kita keseorangan," katanya dalam ucapan penggulungannya sempena muktamar itu, sebentar tadi.

DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, hari ini turut meminta pemimpin PAS yang memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri pimpinan DAP itu untuk meletakkan jawatan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59626?m=1

Guan Eng mahu semua wakil PAS dalam kerajaan negeri PP letak jawatan

Posted: 06 Jun 2015 12:38 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta semua wakil PAS yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri supaya meletak jawatan.

Kata Lim, tindakan itu perlu dibuat selepas muktamar PAS meluluskan usul supaya parti itu memutuskan semua hubungannya dengan DAP.

"Peletakan jawatan yang dijangkakan daripada wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang akan diterima dengan segera tanpa soalan kerana tiada sebarang impak terhadap kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Lim, beliau menikmati hubungan kerja yang mesra dan baik dengan kebanyakan wakil PAS dalam kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, individu yang mewakili PAS terbabit perlu melepaskan jawatan masing-masing atas alasan etika dan moral.

"Adalah suatu yang tidak dapat dipertahankan dari segi politik bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri yang diketuai oleh saya dalam kapasiti saya sebagai Setiausaha Agung DAP, apabila Muktamar PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.

Usul ulama sensitif

Semalam muktamar menerima usul daripada Dewan Ulama PAS untuk parti itu memutuskan hubungannya dengan DAP.

Bagaimanapun PAS mendakwa mereka akan kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Usul berkenaan diterima tanpa dibahaskan atas alasan ianya "sensitif".

Kata Lim, walaupun tiada perdebatan dibenarkan semasa muktamar untuk usul "sedemikian penting", kepimpinan PAS yang baru berhak untuk mengemudi parti mereka dengan cara yang difikirkan wajar, sama ada melalui demokrasi atau autokrasi.

"Saya tidak akan mengulas tetapi menyerahkannya kepada PAS untuk menjawab kedudukan bercanggah mereka apabila PAS memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal dalam PR sedangkan PR terdiri daripada ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS.

"PR berfungsi atas konsensus semua tiga parti dan tidak ada satu parti pun boleh membuat keputusan bagi pihak PR.

"Namun PAS mempunyai kebebasan dan hak untuk memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.

Antara lantikan dinikmati ahli PAS di Pulau Pinang ketika ini ialah di peringkat kerajaan tempatan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

"Kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan terjejas akibat ketiadaan wakil PAS dalam kerajaan. DAP dan PKR masih menikmati majoriti dua pertiga," katanya.

Dicabul ustaz muda ketika dapatkan rawatan

Posted: 05 Jun 2015 09:46 PM PDT

SUBANG JAYA – Hasrat seorang eksekutif mendapatkan rawatan tradisional bagi penyakit misteri yang dialaminya berakhir malang apabila dia dicabul seorang ustaz muda di Subang Jaya, baru-baru ini.

Mangsa berusia 23 tahun bertemu dengan ustaz berkenaan selepas ibunya membawa lelaki terbabit dari sebuah kawasan rumah kedai di Kampung Medan ke rumahnya di SS19, di sini.

Suspek dikenali sebagai Ustaz F itu menyuruh ibu mangsa menyediakan barang-barang diperlukan dan memulakan upacara bacaan jampi selepas meminta mangsa berbaring di depannya, kira-kira jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata suspek pada mulanya dilihat merawat mangsa secara normal namun tiba-tiba kemudian melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.

"Suspek meraba anggota sulit mangsa dan menyuruh semua ahli keluarga yang berada di dalam bilik meninggalkannya berdua bersama mangsa.

"Melihat gelagat Ustaz F yang tidak menyenangkan, ibu mangsa meminta rawatan dihentikan dan menghantar Ustaz F pulang," katanya.

Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.

Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki pada malam Rabu lalu di sebuah pangsapuri di Taman Datuk Harun.

Suspek berusia 24 tahun ketika ditahan sedang berehat sambil menonton televisyen di ruang tamu.

Hasil siasatan mendapati suspek mempelajari cara rawatan Islam daripada bapa saudaranya menggunakan ayat al-Quran selepas tamat belajar tingkatan 5.

Pemeriksaan selanjutnya mendapati suspek yang tidak mempunyai pekerjaan lain dan hanya menjalankan rawatan perubatan secara Islam sepenuh masa tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

(Video) Ini reaksi wanita apabila ditunjukkan foto alat sulit lelaki kepada mereka

Posted: 05 Jun 2015 08:31 PM PDT

Sebuah sosial eksperimen dilakukan oleh akaun Youtube, wickydkewl untuk mengetahui bagaimana reaksi wanita ketika dihantar gambar z@kar oleh lelaki melalui telefon bimbit.

Ternyata, hasilnya cukup mengejutkan. Mereka tidak terpukau, apalagi membayangkan fantasi seksual, tapi ada mengata dan memuji gambar tersebut.Jadi, anda para lelaki, lebih baik tidak menghantar gambar z@kar anda pada perempuan.Jom saksikan video berikut ini:

Anak pelakon popular dakwa dirogol

Posted: 05 Jun 2015 08:01 PM PDT

SHAH ALAM - Seorang jurulatih penerbangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini terhadap dua pertuduhan merogol anak seorang pelakon popular 90-an, tiga tahun lalu.

Lelaki berusia 54 tahun itu didakwa merogol mangsa yang juga anak saudaranya yang ketika itu berusia 11 tahun di sebuah pangsapuri dekat sini jam 1 pagi pada 13 Mac 2012.

Dia juga didakwa merogol mangsa di lokasi sama pada 2 Mac 2014.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Awas dengan stesen minyak di Rawang, petrol mungkin bercampur air

Posted: 05 Jun 2015 07:17 PM PDT

Petrol dicampur air
Kandungan air pada tangki minyak semasa proses pencucian tangki dilakukan.
RAWANG - Seorang peniaga mendakwa kerosakan pada kenderaannya pada 1 Jun lalu disebabkan tindakan sebuah stesen minyak di Jalan Rawang-Kundang di sini, mencampurkan bahan bakar tersebut dengan air.

Lim Khoon Guan, 31, berkata, kereta jenis Proton Exora yang digunakan sejak tiga tahun itu tiba-tiba terhenti enjinnya beberapa meter dari stesen minyak itu sejurus selesai mengisi petrol pada jam 7 malam.

Menurutnya, selepas menghantarnya ke Pusat Servis Proton tiada kerosakan berlaku pada kenderaan tersebut sebelum mekanik memeriksa tangki minyak.

"Ada air dalam tangki yang telah bercampur dengan minyak petrol. Saya terpaksa tanggung kos cuci tangki sebanyak RM400 dan terpaksa isi semula petrol baru.

"Laporan polis telah dibuat kerana terdapat unsur mencurigakan di stesen minyak berkenaan dan saya menuntut ganti rugi disebabkan kerosakan dialami," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, dia juga telah ke stesen minyak berkenaan untuk menuntut penjelasan dan tuntutan ganti rugi namun jawapan yang diterima kurang memuaskan.

"Mereka minta masa untuk merujuk perkara itu dengan bahagian ibu pejabat dan akan maklumkan keputusan dalam tempoh seminggu.

Mereka beritahu kerosakan di bawah tanggungjawab pemilik kerana tiada aduan berhubung perkara itu diterima stesen minyak berkenaan sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Adun Rawang, Gan Pei Nei berkata, pihaknya telah memanjangkan perkara itu ke bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menjalankan siasatan kerana terdapat perkara mencurigakan.

"Selain itu kita akan membuat maklum balas dengan pihak stesen minyak secara bertulis dan mereka diminta membuat penjelasan," katanya.

Wanita diperkosa enam lelaki adalah berita palsu

Posted: 05 Jun 2015 07:01 PM PDT

KUALA LUMPUR - Penyebaran maklumat kononnya seorang wanita dirogol enam lelaki selepas diberikan dadah jenis 'Rohypynol' dan 'Progesterex' yang tersebar dalam laman sosial adalah palsu, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasmi PDRM berkata, hasil semakan setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan perkara itu.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan ketakutan serta kegusaran kepada masyarakat.

Sesiapa yang disyaki menyebarkan maklumat palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>