Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

waadat

$
0
0

waadat


Giliran najib pula

Posted: 06 Jun 2015 07:24 AM PDT

Samada Najib terlupa atau tidak tergamak untuk mendoakan bekas PM agar lebih cepat mengadap Ilahi, ternyata usia panjang Tun Mahathir memang memberi masalah pada karier beliau.

Demang tidak dijemput dalam majlis 'Nothing2Hide' semalam dan ia adalah wajar kerana sebagai rakyat biasa, gamaknya Demang harus berusaha sendiri mencari maklumat berkenaan isu semasa. Nampaknya kecanggihan teknologi maklumat tidak mampu menyelesaikan masalah untuk memperolehi maklumat yang tepat.

Mujur media sosial cepat menyalurkan maklumat dan Demang terpaksa percaya apa yang Demang terima dan kalaupun hendak ditapis, masih menggunakan sumber pihak ke-3, ke-44, ke-511, ke-5726 dan terkadang Demang dapat info daripada orang yang ke-28 juta.

Maka Demang menjadi salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang amat kecewa dengan pembatalan program semalam. Kesudahannya Demang tidak dapat juga mengetahui penjelasan daripada sumber perdana (prima). Terpaksa lah Demang bergantung semula pada analisis (tafsiran) sendiri bersumber media sosial dan lain-lain.

Sebagaimana yang Demang jangka (Demang tak tahu apa pula jangkaan pihak penganjur) pembatalan tersebut sudah tentu bukan akhiran sebuah isu sebaliknya bermulalah perang secara terbuka antara pihak yang menyokong PM dengan pihak yang tidak berpuas hati. Mahu tidak mahu terpaksalah Demang menafsir semula apa yang sedang berlaku.

Di sebalik isu yang dilagangkan itu, cabaran amat besar yang harus ditempuh ialah memenangi PRU yang akan datang. Demang menolak faktor nyanyuk atau niat membantu Mukhriz menjadi PM dan Demang berbaik sangka bahawa inilah kerisauan sebenar Tun Mahathir.

Maka individu yang akan menjadi ketua bagi menghadapi peperangan (PRU) tersebut harus benar-benar mantap. Secara mudahnya, orang itu bukan sahaja mesti bersih bahkan dilihat bersih. Justeru proses menjadikan ia bersih harus bermula dari sekarang.

Demang percaya, itulah yang sedang Tun lakukan sekarang.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang sukar difahami. Kita telah melalui pengalaman yang sama semasa Tun sendiri menjadi PM. Apabila beliau diliputi terlalu banyak pertuduhan dan hilang kepercayaan maka beliau dengan rela berundur.

Ia berulang semasa Paklah menjadi PM. Maka apabila Paklah enggan berundur secara rela, terpaksalah dipaksa dan ditekan sehingga gagal bertahan.

Kali ini ia berulang lagi dan anggap sahaja sebagai proses biasa dalam memastikan UMNO terus menguasai kerajaan. Itu sebabnya pembangkang yang faham melihat proses ini dengan penuh debaran. Bagi yang kurang sabar, akan campur tangan dan akhirnya terpinga-pinga sendirian.

Apapun, Najib selaku penyandang berhak untuk mempertahankan diri. Bahkan perlu juga ada kumpulan yang membantu beliau untuk mempertahankan diri. Ini adalah proses semulajadi yang perlu diraikan dengan matang. Andai Najib berjaya, maka layaklah beliau mengetuai angkatan perang dalam PRU nanti dan jika beliau tewas dalam siri ujian ini, maka pengganti beliau akan ditabalkan.

Barangkali pengganti Najib bukanlah terlebih bagus daripada beliau namun sekurang-kurangnya individu tersebut belum banyak tercemar. Jika hendak ditohmah pun, perlukan masa dan jika hendak berkhianat pun, belum begitu berani.

Demang belum mahu menyebelahi mana-mana pihak sebab proses ini baru bermula namun untuk berdiri lama-lama di atas pagar pun, tak boleh juga.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710