Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Suami belasah isteri enggan seks di Sentul

Posted: 02 Jun 2015 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR – "Isteri untuk disayangi bukan untuk dipukul. Kalau tak boleh sayang, lepaskan," kata seorang majistret sebelum menjatuhkan hukuman terhadap seorang pemandu teksi kerana memukul isterinya yang enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas K. Tharmalingam, 42, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, T. Thangasamy, 38.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Tharmalingam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Kos Rendah Jalan Udang Harimau, Taman Megah Kepong, Sentul di sini, pukul 3.30 petang 10 April lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, tertuduh telah memaksa isterinya melakukan hubungan seks, tetapi wanita itu enggan lalu dipukul suaminya menyebabkan mangsa cedera di beberapa bahagian badan.

Terdahulu, majistret menyoal tertuduh adakah dia memukul isterinya di hadapan dua anaknya yang berusia 12 dan 13 tahun, tetapi tertuduh menjawab "Tidak, anak-anak saya sedang tidur".

Majistret kemudiannya menasihati tertuduh dan menyoalnya "Kenapa pukul isteri awak, dia adalah ibu kepada anak-anak awak. Dia yang melahirkan dua anak untuk awak."

Isteri tertuduh turut hadir di mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak lagi melakukan keganasan terhadap isterinya. – BERNAMA

Cari nahas bertelanjang di Puncak Kinabalu

Posted: 02 Jun 2015 02:56 AM PDT

SHAH ALAM - Sekeping foto yang menunjukkan beberapa pendaki dipercayai pelancong warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu mengundang kecaman di laman sosial Facebook.
 
Salah seorang pelayar, Hairi menyifatkan tindakan tersebut 'mencemari' mercu tanda kebanggaan negeri Sabah tersebut.
 
"Aki Nabalu dicemari kumpulan manusia ini," katanya di sebuah perkongsian.
 
"Tunggu bala yang akan dapat kerana buat begitu di puncak gunung," kata Li.
 
"Saya yang merupakan penduduk tempatan pun tak berani cakap yang bukan-bukan masa naik gunung, apa lagi buat perkara seperti ini," luahnya.
 
Tinjauan Sinar Online mendapati foto tersebut yang tersebar seawal 30 Mei lepas kini viral di laman Facebook.
 
Sementara itu, sebuah portal berita tempatan melaporkan, foto tersebut menunjukkan lima lelaki berbaris dan bertelanjang bulat di puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan alasan 'membuang air kecil'.
 
Memetik kenyataan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS), Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
 
"Sikap pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung ini sebagai tempat suci mereka. 

Foto seksi Ashraf dan Bunga mandi bersama

Posted: 02 Jun 2015 12:20 AM PDT


Pasangan selebriti, Ashraf Sinclair bersama isteri, Bunga Cinta Lestari sering mencuri perhatian khalayak khusus peminat mereka meskipun mereka meluangkan masa cuti bersama.
Pada tahun lalu, pasangan ini tarik perhatian ramai apabila mereka dikatakan mengadakan 'vow renewal' sempena ulangtahun keenam yang diraikan di Bali.
Terkini, khabarnya Ashraf dan Bunga sedang menikmati percutian di Greece.
Menerusi satu blog hiburan tempatan telah menyiarkan beberapa foto percutian pasangan suami isteri ini.
Apa yang mencuri tumpuan sekaligus menjadi bualan hangat kerana terdapat gambar yang memperlihatkan mereka berdua sedang bercium dan mandi bersama.
..
Ashraf pun tidak lokek berkongsi privasi serta kegembiraannya menikmati percutian bersama isteri tersayang. Menerusi laman Instagram miliknya dikongsi beberapa keping foto untuk tatapan peminat.
..
..
..

.
.

Ashraf, 35, dan Bunga, 32, mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta, Indonesia. Pada 22 September 2010 mereka dikurnia seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Noah Sinclair.

Kredit foto-foto Instagram Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari
- mD

Akibat rengekan seks terlalu kuat...

Posted: 02 Jun 2015 12:05 AM PDT

BIRMINGHAM – Gara-gara menjerit terlalu kuat ketika melakukan hubungan seks pada pukul 5 pagi, seorang wanita Gemma Wale, 23, dihukum penjara selama dua minggu.

Wale ditangkap selepas jirannya, Ghazala Bibi, 40, membuat aduan kerana tidak tahan mendengar bunyi bising berkenaan.

"Gemma mula menjerit-jerit ketika melakukan seks, menyebabkan kami semua terbangun.

"Ia berterusan sehingga 10 minit," katanya.

Malah kata Bibi, Gemma dan pasangannya juga turut memaki hamun sesama sendiri ketika melakukan seks.

Selain hukuman penjara, Gemma juga dilarang memainkan muzik yang kuat, memaki hamun, menghempas pintu dan menjerit.

– MYNEWSHUB.CC

Peserta Acara Basikal Bogel Disingkirkan Akibat Zakar Tegang

Posted: 01 Jun 2015 11:30 PM PDT

SEORANG peserta lelaki yang menyertai pertandingan mengayuh basikal dalam keadaan berbogel disingkirkan selepas mengalami ereksi ketika pertandingan berlangsung.

Pertandingan World Naked Bike Ride itu diadakan di Kent, United Kingdom dan sebaik peserta itu disedari mengalami ereksi, seorang polis yang mengawal lalu lintas di kawasan acara sukan itu segera mengiringinya keluar sekaligus tersingkir dari acara.

Menurut salah seorang saksi, dia terkejut melihat insiden berkenaan dan menyifatkan mungkin ianya berlaku kerana terlalu 'teruja' dengan acara sukan yang disertai ramai peserta lelaki itu.

Penganjur acara Barry Freeman berkata, "Kami tidak dapat menerima perlakuan seperti itu dan disebabkan itu kami terpaksa menyingkirkan dia."


Digantung FIFA, Julia Perez mahu telanjang untuk bola sepak Indonesia

Posted: 01 Jun 2015 11:01 PM PDT

Jakarta: Penyanyi seksi, Julia Perez turut meluahkan perasaan marahnya terhadap polemik Persatuan Sepak bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi akaun Twitternya, Julia yang popular dengan panggilan Jupe berkata, dia kecewa dengan skandal yang menimpa badan induk bola sepak negara itu.

"Aku mahu telanjang di stadium sekiranya bola sepak tidak lagi mengghairahkan.

"Mana janji mu untuk memperjuangkan sukan bola sepak? Ah! aku sangat kecewa," katanya.

Jupe yang popular dengan lagu Aku Rapopo itu juga tidak peduli sekiranya pengurusan PSSI berselisihan faham asalkan tidak merosakkan sukan nombor satu negara itu.

Dia juga berharap semua masalah yang menimpa PSSI segera diselesaikan demi masa depan sukan bola sepak negara itu.

"Saya tidak peduli sekiranya mereka mahu bergaduh, tetapi saya peduli dengan harapan anak bangsa yang bercita-cita menjadi pemain bola sepak.

"Mari kita sama-sama perjuangkan masa depan bola sepak Indonesia," katanya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55115#sthash.MFDVzpNM.dpuf

Filem lucah percuma untuk bakar nafsu...

Posted: 01 Jun 2015 11:01 PM PDT

ANTARA DVD lucah yang dirampas di sebuah pusat urut, malam kelmarin.
Kuala Lumpur: Berselindung di sebalik rawatan urutan sukan dan tradisional. Itu taktik digunakan sebuah premis di Sri Petaling di sini, yang dikesan menawarkan tayangan 'panggung wayang' filem lucah percuma kepada pelanggan.

Pemilik premis dikesan sengaja menyediakan tiga televisyen bersaiz 58 inci di bilik khas yang digunakan sebagai ruang pelanggan berehat sambil menunggu giliran dilayan gadis urut.

Tindakan menayangkan tiga filem lucah serentak itu diyakini bertujuan membakar nafsu pelanggan lelaki supaya melanggan pelacur wanita disediakan.

Taktik pemasaran itu juga membolehkan premis itu memperolehi pendapatan lumayan setiap hari berikutan premis itu dipenuhi lelaki tidak kira siang dan malam.

Wartawan Harian Metro yang melakukan penyamaran mendapati premis cermin gelap itu menyediakan 20 wanita warga Vietnam berpakaian menjolok mata untuk dipilih pelanggan.

Tinjauan mendapati premis itu sentiasa dipenuhi pelanggan saban malam membabitkan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55068#sthash.E7NEqt4x.dpuf

Penyamun tak puas hati mahu setubuh mangsa

Posted: 01 Jun 2015 10:31 PM PDT

Sekadar gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 55 tahun nyaris dirogol penjenayah 'tamak' yang masih tidak berpuas hati terhadap hasil rompakan diperoleh daripada mangsa.

Dalam kejadian jam 7.25 pagi kelmarin, mangsa diserang suspek ketika sedang berjalan kaki bersendirian ke tempat kerja berhampiran Bangsar Utama di sini.

Sumber berkata, suspek yang muncul dari arah belakang terus mengacukan pisau ke pinggang mangsa.

Menurutnya, suspek kemudian membawa mangsa ke tepi tangga di belakang sebuah premis berhampiran sebelum memaksa mangsa menyerahkan wang.

"Mangsa yang dalam ketakutan segera menyerahkan wang tunai RM112.

"Bagaimanapun suspek terbabit masih belum berpuas hati sebelum mengarahkan mangsa menyerahkan rantai dan jam dipakai ketika itu," katanya.

Menurutnya, suspek yang masih tidak berpuas hati kemudian memberitahu mahu memperkosa mangsa.

"Mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila seorang lelaki kebetulan menggunakan tangga berhampiran menyebabkan suspek terus melarikan diri," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55008#sthash.g8Y6BwRC.dpuf

Aksi panas 'pengarah filem' kena serbu

Posted: 01 Jun 2015 10:01 PM PDT

Melaka: Seorang 'pengarah filem' wanita warga China antara yang ditahan Jabatan Imigresen Melaka (JIM) ketika dia leka melayan pelanggan di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, di sini, jam 1 pagi semalam.

Wanita berusia lewat 30-an itu antara 13 wanita warga asing yang ditahan kerana disyaki bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dalam Op Ikrar di premis hiburan berkenaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen negeri Abu Bakar Sidek Hasan berkata, pihaknya curiga selepas semakan pada pasport dan pas Iktisas milik wanita itu tertera pekerjaannya iaitu sebagai pengarah filem.

"Kami menahan wanita itu selepas dia disyaki bekerja sebagai GRO di premis hiburan berkenaan, semakan juga akan dilakukan untuk mengesahkan status sebenar pekerjaannya sama ada pengarah filem sama seperti tertera pada dokumen perjalanan atau sebaliknya.

"Selain wanita itu kami turut menahan lapan lagi rakan senegaranya dan empat wanita warga Vietnam dalam pemeriksaan dijalankan di premis berkenaan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

(Foto) Aurat peha Che Ta sekali lagi jadi perhatian netizen

Posted: 01 Jun 2015 08:28 PM PDT

Kelakar pun ada bila mengenangkan masyarakat kita yang mudah melatah tanpa usul periksa lebih lebih dengan perkara yang bukan dilihat di depan mata. Gambar dalam Instagram selebriti pun boleh menjadi bahan mulut dan perbalahan di kalangan peminat.

Rozita Che Wan yang ketika ini masih bercuti bersama keluarganya di kota London terpalit satu kontroversi apabila beliau didakwa mengenakan seluar atau skirt pendek dalam salah satu gambar yang dikirimkan menerusi Instagram baru baru ini.

Bercakap kepada Berita Harian, Rozita Che Wan mengakui tidak terkesan dengan dakwaan sebegitu kerana jelas beliau tidak mengenakan sebarang pakaian yang mendedahkan aurat selain jelas dirinya bertudung dalam gambar yang diperkatakan.



"Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu"

"Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata. Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Biarlah apa orang nak cakap, saya cool," ujar Che Ta.

Memang selamba jawapan yang Che Ta berikan. Peminat yang seorang dua sering mencari kesalahan orang itu seharusnya selepas ini lebih sensitif membuat tuduhan lebih lebih jika ianya melibatkan maruah seorang wanita. Menulis komen seperti tiada hati perasaan, heh. (rtky/m)

Dua kali perkosa adik sendiri

Posted: 01 Jun 2015 06:02 PM PDT

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 16 tahun dan 20 sebatan rotan terhadap seorang pengawal keselamatan kerana merogol adik perempuannya tahun lepas.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak rayuan lelaki berumur 28 tahun itu terhadap sabitannya.

Beliau berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pertuduhan telahpun diperjelaskan kepada tertuduh sebelum dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Ampang.

Terdahulu, peguam Auzan Hasanuddin Sazali, yang mewakili lelaki itu, berhujah bahawa Mahkamah Sesyen tidak seharusnya menerima pengakuan bersalah anak guamnya memandangkan dia tidak diwakili peguam dan tidak memahami akibat daripada pengakuan bersalah terhadap pertuduhan itu.

Beliau mahu perkara itu dikembalikan kepada Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun, bagaimanapun, berhujah Hakim Mahkamah Sesyen Manira Mohd Nor menegaskan bahawa tertuduh masih mahu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sungguhpun dia memahami akibatnya.

Pada 28 Februari tahun lepas, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 20 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol adik perempuannya berusia 23 tahun di rumah mereka di Ampang Jaya, pada 8 pagi, 14 dan 16 Februari tahun lepas.

Dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan rotan bagi setiap kesalahan, yang dijalankan berturut-turut.

Rayuannya di Mahkamah Tinggi ditolak pada 27 Ogos tahun lepas.

Turut bersidang dalam panel Mahkamah Rayuan itu ialah Hakim-Hakim Tan Sri Idrus Harun dan Dr Prasad Sandosham Abraham. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710