Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Apa Yang Tersirat

$
0
0

Apa Yang Tersirat


Kemelut 1MDB Tidak Lama Berakhir

Posted: 02 Jun 2015 04:48 AM PDT

1. Jika sebelum ini, pengeritik DS Najib yang dikaitkan dengan 1MDB, saban hari mempersoal, kerana Perdana Menteri tidak menjawab berbagai dakwaan. Sebab berdiam dirinya Perdana Menteri, kerana isu-isu yang dibangkitkan kebanyakan auta. Selain itu, sebarang jawapan yang diberikan, bukan dianggap sebagai jawapan, akan tetapi digunakan sebagai modal untuk diputar belit.

2. Sebagai contoh jawapan yang dipersiapkan oleh para pegawai Kementerian Kewangan yang berasas kepada jawapan daripada pengurusan 1MDB yang mengatasnamakan Perdana Menteri pada 10 Mac 2015 untuk jawapan bertulis kepada MP Dap Tony Pua berkaitan pelaburan daripada Pulau Cayman yang disimpan di BSI Singapura, kerana kesilapan para pegawai Kementerian Kewangan meninterpreasti maklumat, akhirnya menyebut aset yang berbentuk unit bermilai USD1.103 bilion, menyebut sebagai wang tunai.

3. Selepas menyadari kesilapan tersebut, maka para pegawai kementerian kewangan memperbetulkan kesilapan tersebut dan kemudian diperkuat oleh Menteri Kewangan Ke-2- Dato Ahmad Husni Hanadzlah dengan menyebut bahawa simpanan di BSI tersebut berbentuk unit.

4. Memang pelaburan berbentuk unit, akan disertakan jumlah unit bersama nilainya, kadang orang tersalah intrprestasi, dan menyangka unit itu juga sama dengan nilai. Kesilapan itu berlaku, apabila jumlah unit identikal dengan nilainya. 

5. Berasaskan kepada jawapan dan pembetulan tersebut, maka ramailah penentang kepada 1MDB, terutama Tony Pua, dengan mengatakan bahawa sebenarnya simpanan yang bentuk unit tersebut sebenarnya tidak wujud, malah dikaitkan dengan surat daripada Monetary Authority Of Singapore (MAS) yang dihantar kepada Bank Negara Malaysia, kononnya surat tersebut mengandungi teguran berkaitan dengan simpanan 1MDB dalam BSI Singapura.

6. Namun, penjelasan berkaitan simpanan 1MDB di BSI Singapura itu terjawab pada Jumaat lalu, apabila IPIC dan Aabar syarikat Abu Dhabi mengambil alih aset tersebut, dengan menyalur USD1bilion kepada 1MDB selambat-lambatnya pada 4 Jun 2015. Dengan pengambil alihan oleh IPIC tersebut, terjawablah, bahawa simpanan 1MDB di BSI Singapura mempunyai nilai, sesuai dengan nilainya seperti mana di bawa daripada Pulau Cayman.

7. Pada Jumaat, Menteri Kewangan Ke-2 yang juga merupakan jurucakap Kerajaan dan kabinet berkaitan 1MDB, telah mengemukakan rancangan rasionalisasi 1MDB, termasuk membubarkan syarikat tersebut awal Tahun 2016. Melalui rasionalisasi tersebut, 1MDB akan dipecahkan kepada tiga syarikat utama yang berasingan- TRX, Bandar Malaysia, dan Syarikat Tenaga-Edra. 

8. Dalam proses pembubaran tersebut, tindakan utama adalah melunasi hutang yang terakru oleh syarikat Kementerian Kewangan tersebut yang telah mencecah RM42bilion.

9.Kabinet juga pada Jumaat diberitahu bahawa 1MDB telah merealisasikan JV dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar daripada Abu Dhabi yang telah dirancang sejak Februari 2015, di mana syarikat daripada Abu Dhabi tersebut akan menyalurkan sehingga RM16bilion, di mana pada 4 Jun akan menyalurkan pelaburan pertama sejumlah USD1bilion.

10. Demi ketelusan, MK-2 telah memberitahu, bahawa wang yang disalurkan oleh IPIC tersebut akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB sebanyak USD975 yang bakal matang pada Ogos kepada konsortium perbankan antarabangsa.

11. Melalui kerjasama dengan IPIC dan Aabar, akan mengurangkan hutang 1MDB sehingga RM16bilion, ertinya jika dilihat daripada sejumlah hutang diperolehi oleh 1MDB yang berjumlah RM42 bilion, di mana sejumlah RM20 bilion digunakan untuk mendapatkan berbagai aset kekal, aset mudah cair yang berbentuk kertas seperti bon dan sukuk yang berjumlah RM22 bilion, tidak lama lagi akan selesai, kerana sebelum ini sejumlah RM4bilion hutang telahpun dibayar.

12. Di atas kertas, PAC dan Ketua Audit Negara hanya perlu perlu merungkai RM2bilion wang pinjaman 1MDB digunakan untuk apa, dan bagaimana perbelanjaannya.

1MDB: Penentang DS Najib Kehabisan Peluru

Posted: 01 Jun 2015 10:52 PM PDT

1. Penentang Dato Seri Najib Tun Razak, khususnya Blogger dan Wartawan Veteran- A Kadir Jasin, macam kehabisan peluru, sehingga menulispun tiada lagi yang boleh ditulis yang membuatkan pembaca tertanya-tanya.

2. Tulisan terbaru wartawan veteran itu, antaranya menyebut kononnya cheque bernilai ratusan juta bertukar tangan. Syarikat seperti 1MDB yang mempunyai transksi berjuta, sudah tentunya menggunakan cheque sebagai media untuk membayar, takkan pula menggunakan tunai.

3. Semenjak dikemukakannya cadangan rasionalisasi 1MDB pada Jumaat, kini, semakin terungkai kemelut 1MDB yang sememangnya kemelut yang direkayasa oleh pihak-pihak tertentu, agar supaya syarikat Kementerian Kewangan tersebut kelihatan buruk.

4. Tun Dr Mahathir mengakui sendiri, tidak banyak modal untuk menghentam Najib, selain modal pencapaian PRU-13, di mana pencapaian Perdana Menteri ke-6 tersebut lebih buruk berbanding Tun Abdullah Badawi, akan tetapi, pencapaian Umno pada PRU tersebut jauh lebih baik daripada Abdullah, kerana Umno menambah 9 kerusi Parlimen, daripada 79 kepada 88. 

5. Semua parti termasuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah mengalami pengurangan kerusi pada PRU-13, kecuali Umno dan DAP yang menambah kerusi, manakala PBB daripada Sarawak mempertahankan status quo.

6. Selepas Tun Dr Mahathir menarik sokongan beliau terhadap kempimpinan Najib, mantan Perdana Menteri tersebut mempergunakan dakwaan Sarawak Reports berkaitan 1MDB, di mana digunakan juga oleh Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR) untuk membuat berbagai dakwaan berkaitan syarikat ilham Perdana Menteri tersebut.

7. 1MDB di mana awalnya daripada Terengganu Investment Authority (TIA), telah diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada Februari 2009, dua bulan sebelum DS Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April.

8.Sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal RM1juta, namun mendapat kepercayaan daripada pemberi pinjaman dan juga pelabur untuk mendapatkan kewangan sehingga RM42 bilion. Keupayaan mendapatkan modal tersebut, kerana pelabur dan peminjam mempunyai keyakinan terhadap rancangan perniagaan syarikat tersebut.

9. Dalam perjalanan syarikat tersebut selama 5 tahun, selain membeli 13 IPP dan satu industri penyulingan yang tersebar di 5 negara, juga membeli tiga bidang tanah yang bernilai tinggi dan mencipta nilai tinggi untuk dimajukan.

10. Akibat pemilikan 3 IPP dalam negeri, traif litrik yang sepatutnya naik pada tahun 2014, bukan sahaja mengekang rancangan tersebut, malah tarif litrik seluruh negara diturunkan. 

11. DS Najib telah mengambil iktibar bahawa melalui pengwujudan IPP bermula tahun 1990, sebanyak RM100 bilion subsidi bagi tenaga litrik telah masuk ke akaun pemilik IPP. Jumlah itu, jika digunakan untuk membangun negara sudah tentunya mempunyai impak yang tinggi. Bandingkan kos pembangunan untuk RMK-11 hanya RM260 bilion dan RMK-10 hanya RM230bilion untuk lima tahun, dan itu melibatkan seluruh negara.

12. Oleh kerana rancangan 1MDB untuk mengurangkan tarif tenaga di Malaysia, maka para peniaga yang menjadikan perniagaan tersebut sebagai punca menjadi jutawan, sudah tentu, tidak senang hati, atas sebab itu mempergunakan berbagai saluran, antaranya saluran politik, untuk mengaggalkan usaha tersebut.

13. Salah satu caranya adalah merekaysa cerita buruk berkaitan dengan pemudah cara rancangan tersebut, kerana mereka tahu, ikan mula busuk daripada kepala.

14. Kini, melalui rasionalisasi 1MDB termasuk membubarkan syarikat tersebut awal tahun 2016, bukan sahaja mengembirakan mereka yang anti kepada syarikat tersebut, malah mereka kehabisan peluru untuk menembak, malah peluru yang berbaki adalah peluru kapur.

15. Para pengeritik dan mereka yang mahu 1MDB gagal sepenuhnya, kini, tidak juga merasa nyaman, kerana melalui rasionalisasi 1MDB, syarikat tersebut dipecahkan kepada tiga entiti yang berasingan, dengan core bisnes masing-masing, iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat Tenaga-Edra.

16. Malah mereka kini, telah sibuk membuat dakwaan, kononnya ikatan 1MDB dengan sebuah syarikat antarabangsa daripada Abu Dhabi IPIC dan anak syarikatnya Aabar, kononnya diberikan saham sehingga 49% dalam syarikat Edra.

17. Melihat kepada tindakan mereka itu, semamangnya mereka tidak mahu sesebuah syarikat Malaysia berjaya dalam perniagaan, kerana syarikat yang dikuasai Kementerian Kewangan tersebut bakal berimpak kepada negara dan rakyatnya, tidak sama dengan syarikat Multinasional lain yang hanya memenuhi kantong pemiliknya.

18. Diperkirakan apabila syarikat Edra beroperasi penuh, harga tenaga dalam negara akan terus berkurangan, dan tujuannya agar supaya syarikat-syarikat yang beroperasi dalam negara mampu menurunkan kos produksi, dan pada gilirannya, kos yang dijimat tersebut akan diberikan kepada tenaga kerja sebagai imbuhan, dalam rangka meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia. Juga melalui penjimat kos tersebut, eksport negara lebih berdaya saing di pasar antarabangsa.

19. Mereka yang mahu mengaggalkan usaha Perdana Menteri menjadikan rakyat Malaysia berpendapatn tinggi, juga melalui produktiviti tinggi, dihalang sedemikian rupa, supaya Malaysia jatuh miskin kerana tidak mampu bersaing diperingkat global, kerana kos produksi yang tinggi.

20. Keadaan perekonomian di masa depan, sangat tergantung kepada kos produksi, atas sebab itu, satu tindakan perlu diambil, dan tindakan itu perlu melalui pengurangan kos tenaga atau tarif litrik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>