Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Nora Danish kantoikan Nedim dalam kes rasuah?

Posted: 28 May 2015 07:05 AM PDT

Kenyataan jelitawan Nora Danish bahawa banglo RM 7.2 juta yang dibeli oleh anak menteri pelancongan bukan untuk dirinya membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu, kata NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

SAMM merujuk kepada kenyataan Nora Danish kepada "Zass", sisipan hiburan akhbar Sinar Harian semalam.

NONESeniwati berstatus ibu tunggal dengan seorang anak itu dipetik sebagai berkata bahawa banglo itu bukan dibeli untuk dirinya sebaliknya untuk ibu kepada Nedim, anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz.

"Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar bersedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz," kata Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan.

Menurut Edy, terdapat beberapa persoalan sekitar pembelian banglo itu yang sehingga kini masih belum terjawab.

Antaranya berhubung kemampuan pembelinya membeli rumah dengan harga sedemikian, peratusan wang tunai yang digunakan dalam pembelian itu, serta prosedur kelulusan pembelian banglo tersebut oleh pihak bank.

Menurutnya lagi, SAMM bersedia bekerjasama dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pembelian banglo itu kepada LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

'Sapa couple ngan saya boleh dapat tetek'

Posted: 28 May 2015 02:01 AM PDT

MEMALUKAN! Itulah apa yang dirasakan kami apabila status di Facebook seorang wanita Melayu ini menyatakan sesiapa yang ingin menjalinkan hubungan dengannya akan mendapat habuan 'tetek'.

Status yang dimuat naik di halaman Facebooknya itu berbunyi "sapa couple ngan saya boleh dapat tetek. usaha ada dapat la."

Pergh, sudah sampai tahap begini jatuhnya akhlak gadis Melayu kita…

Setelah kami melakukan sedikit kaji selidik, dikatakan status lucah tersebut adalah bukan daripada dirinya tetapi ia dimuat naik oleh rakan yang meminjam telefonnya.

Hmm, betul ke cik adik?

Jika melihatkan beberapa status lain di wall FB-nya, ia membuatkan kami merasa was-was dengan dakwaan daripadanya yang mengatakan ia ditulis oleh rakan.

Kalau lah betul, agak-agaklah sampai sebegini 'kejam' rakannya, kan dah tak pasal-pasal dapat malu…

Apa-apa pun kesimpulan yang dapat dikatakan di sini ialah jadikan info ini sebagai pengajaran untuk anda agar tidak sewenang-wenangnya membiarkan rakan anda 'menyelongkar' telefon pintar anda.

Bayangkan jika telefon anda hilang atau dicuri, pastinya gambar-gambar hot yang berada di dalam telefon akan disebar.

-MYNEWSHUB.CC


(Video) Lagi rakaman lelaki melancap disebar gadis dalam kereta

Posted: 28 May 2015 12:41 AM PDT

RAKAMAN video aksi tidak senonoh seorang lelaki melancap di kawasan tempat letak kereta tersebar di laman sosial.

Lelaki tersebut dilihat amat asyik dengan 'kerjanya' sambil membiarkan pintu kenderaannya terbuka separuh.

Menurut sumber, insiden yang menjijikkan itu berjaya dirakam di Kuantan, namun tidak diberitahu lokasi yang tepat.
Difahamkan, sekumpulan gadis itu pada mulanya ingin meletakkan kereta di kawasan berkenaan, bagaimanapun terperanjat sejurus melihat aksi lelaki tersebut yang 'giat dengan kerjanya'.

Salah seorang dari saksi sempat merakam perbuatan tidak bermoral lelaki itu.

"Eeii Bodohnya. Kenapa dia macam tu? Astaghfirullahalazim. Ana suka tengok ini. Dia pakai kopiah beb! Takkanlah Melayu?

"Eeii! Sanggapnya! Damn! Eii! Kenapa tak tutup pintu?!" kata salah seorang gadis berkenaan.

Parah… memang parah kalau dah jadi sampai macam ini.

Entah apa sudah jadi dengan nilai maruah dan malu buat lelaki tersebut.

-MYNEWSHUB.CC

Dituduh sentuh tidak berseluar

Posted: 28 May 2015 12:02 AM PDT

Bekas atase Malaysia ke New Zealand Muhammad Rizalman Ismail turut dituduh membuat serangan sumbang dengan menyentuh Tania Billingsley dalam keadaan tidak berseluar.

Dalam pertuduhan alternatif yang ditawarkan di Mahkamah Tinggi Wellington, dia didakwa bertindak demikian di dalam bilik tidur Billingsley.

(Video) Wanita tunggang motorsikal hanya berbikini, tapi...

Posted: 27 May 2015 11:01 PM PDT

Sekadar gambar hiasan
BRAZIL – Nak ketawa pun ada, nak menangis pun ada kerana kasihankan wanita ini yang memperbodohkan diri sendiri di khalayak ramai.

Sepatutnya dia beringat bahawa dia sedang membonceng motosikal jadi pakailah pakaian yang sesuai,bukannya bikini yang lebih menampakkan susuk badan yang berisi itu.

Gambarnya itu kini sudah viral di media sosial selepas pengguna jalan raya yang lain merakamkan aksinya membonceng motosikal itu.

Dari gambar itu jelas menunjukkan wanita itu terlupa topi keledar dan kasut yang dipakai juga tidak sesuai.

Sejak ia dimuatnaik dalam LiveLeak.com pada 24 jam yang lalu, gambar itu sudah ditonton lebih 200,000 kali. – Mynewshub.cc

Isteri curang bunuh suami selepas rahsia terbongkar

Posted: 27 May 2015 07:05 PM PDT

Las Vegas: Seorang wanita mengaku membunuh suaminya sendiri selepas rahsianya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain diketahui mangsa.

Maria Hernandez, 32, dan adik lelakinya Hector Gutierrez, 22, ditahan dan dituduh membunuh suaminya, Enrique Hernandez.

Mayat Hernandez dijumpai di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kepalanya hampir putus.

Maria dipercayai merancang pembunuhan itu sebulan lalu dengan bantuan Gutierrez yang menyerang mangsa menggunakan kapak.

Wanita itu pada mulanya menghubungi polis berhampiran persimpangan Buffalo Drive pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) dan memberitahu ada lelaki menyerang suaminya.

Selepas disoal siasat Maria akhirnya mengaku dia bersubahat dengan Gutierrez untuk membunuh suaminya itu.

Maria menyembunyikan kapak di tempat duduk belakang kereta yang dipandunya dan menyuruh Gutierrez menggunakan senjata itu untuk menyerang mangsa. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53907#sthash.f1cB0eXp.dpuf

Telanjang bulat!

Posted: 27 May 2015 06:04 PM PDT

Kuala Lumpur : Empat lelaki Islam ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam serbuan di pusat urut di Sungai Besi di sini, malam tadi.

Dalam serbuan pada 11 malam itu, lelaki terbabit dalam keadaan berbogel dan sedang diurut pekerja urut wanita di premis berkenaan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, hasil pemeriksaan di premis terbabit mendapati empat lelaki itu sedang menerima perkhidmatan urut yang disediakan.

"Mereka menerima perkhidmatan daripada wanita yang bukan mahram dan ia menjadi satu kesalahan.

"Semua lelaki terbabit kemudiannya dibawa ke Pejabat JAWI untuk tindakan selanjutnya dan ditahan mengikut Seksyen 27 (A) & (B) Akta 559 kerana disyaki berkhalwat,"katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>