Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- ANAK AHMAD AWANG HINA HJ HADI , KATANYA MINUM AIR KAKI
- 1MDB: RAPUSSY MULA SONGLAP DUIT RAKYAT SECARA HARAM...
- FELDA - PTPTN : DAP DAN PENCACAI BENGANG GENERASI KEDUA FELDA DIBANTU
- FELDA: KENSINGTON HOTEL - ASAL MELAYU PUNYA...MESTI DAP PEKIK MEROYAN, NGAPE EKK?
ANAK AHMAD AWANG HINA HJ HADI , KATANYA MINUM AIR KAKI Posted: 27 May 2015 09:00 PM PDT ![]() ![]() ![]() | ||||
1MDB: RAPUSSY MULA SONGLAP DUIT RAKYAT SECARA HARAM... Posted: 27 May 2015 06:25 PM PDT PETALING JAYA: Tindakan Rafizi Ramli mengutip derma daripada orang ramai sebanyak RM10 seorang bagi menjayakan kempen "Tutup 1MDB" merupakan satu kesalahan. Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mendakwa, perbuatan itu juga satu penipuan. Katanya, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) yang dikatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diamanahkan untuk mengutip dana tersebut didaftarkan sebagai syarikat SDN BHD. "Selepas membuat semakan saya mendapati NOW ini bukan sebuah pertubuhan tetapi ianya merupakan sebuah syarikat SDN BHD yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bernama NOW SDN BHD," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Rabu. "Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak mempunyai kebenaran untuk mengutip wang dari orang awam. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan beraninya telah melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB." "National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif." "Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya," dakwanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi." "Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya". "Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri," jelasnya Menurut Ramesh, tindakan syarikat tersebut beroperasi menggunakan nama NGO untuk mengutip wang daripada orang awam sebenarnya menyalahi undang-undang. Sebagai syarikat SDN BHD, NOW tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan tindakan itu. Bekas ahli DAP itu berkata, semakan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati NOW tidak mendapat kelulusan untuk menerima atau mengutip wang daripada orang awam. Sehubungan itu, tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutip derma daripada orang awam menyalahi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti Money Laundering Act 2001). "Saya minta polis siasat penipuan Rafizi ini. Kalau permulaan dia sudah menipu, saya boleh katakan pembongkaran Rafizi sebelum ini berkaitan 1MDB adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. "Kalau betul nak berjuang untuk rakyat dia (Rafizi) tak boleh tipu macam ni, kamu dah menipu rakyat kamu masih nak bodohkan rakyat," katanya. Dia turut menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan permainan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan itu untuk memberi sokongan kepada kempen tersebut. Rafizi menerusi NOW mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap 1MDB dan memerlukan RM20,000 untuk memfailkan saman di mahkamah. MyMassa: Kini terserlah lagi kejahatan si penabur fitnah yang tersohor ini. Akhirnya terkantoi jua niat nak menjatuhkan bangsa dan negara beliau sendiri. Malangnya ramai yang terpengaruh dengan fitnah dajjal Melayu ini. Bukankah dalam Al-Quran Surah Hujurat ayat 6 ada menyebut; "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". Rupanya syarikat kepunyaan Rafizi lebih teruk dari 1MDB. Tak pernah diaudit sejak tahun 2012. Maknanya 3 tahun segala data perniagaan, duit masuk-masyuk dari pelbagai sumber tidak diketahui. Berbanding dengan 1MDB ada juga diaudit sejak 2010 hingga 2014 oleh firma-firma audit dan akauntan antarabangsa Ernst and Young, KPMG dan Deloitte yang mempunyai cawangan-cawangan di Malaysia. Kini 1MDB diaudit sekali lagi oleh Jabatan Audit Negara dan akan diporkan pada PAC. Syarikat Rafizi yang dok kutip derma fund raise ni sapa nak audit? Berani ka si Rapussy ni suruh SSM, SPRM, PDRM dan Bank Negara orang audit syarikat dia? Kes BAFIA dia pun senyap je. Apakah mahkamah takut nak dakwa musibat dajjal penipu sorang ni? Nak tangguh sampai bila?...Nak buang kes...? Nak kata ini konspirasi sapa plak? Mengata orang dia yang lebih...Dajjal ini mesti dihukum! | ||||
FELDA - PTPTN : DAP DAN PENCACAI BENGANG GENERASI KEDUA FELDA DIBANTU Posted: 27 May 2015 08:26 AM PDT Syukur Alhamdulillah di sebalik tohmahan dan fitnah kununnya FELDA bankrap, kununnya duit FELDA disonglap dan kerajaan BN sengaja seksa peneroka biarkan harga sawit dan saham FGV runtuh, hakikatnya FELDA tetap melakukan kebaikan buat warganya. Nak harapkan puak hamPAS, PKR dan DAP bantu langsung tiada yang mereka tahu hanyalah menagih duit sedekah dan undi warga FELDA. Hari ni BR1M 3.0 fasa 2 dah keluar. Maka akan makin banyak ceramah fitnah siang malam puak-puak pembangang buat... Inilah peluang puak-puak pembangkang kutip derma atas alasan sedekah jihad akhirat...sungguh jahat lagi musibat. KUALA LUMPUR – FELDA hari ini menandatangani memorandum persefahaman dengan PTPTN dalam kerjasama pemberian faedah pengurangan bayaran balik sebanyak 30% pembiayaan pendidikan PTPTN kepada anak peneroka FELDA. Maknanya 30% duit PTPTN untuk anak-anak peneroka FELDA di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama (degree) di semua IPTA dan sebahagian IPTS ditanggung oleh duit-duit FELDA bermula 1 Januari 2014 lalu. Wow! Ini adalah satu kerjasama Strategi Lautan Biru antara FELDA dan PTPTN dalam menjaga kebajikan rakyat khususnya masyarakat FELDA. Usaha ini wajar diikuti badan-badan korporat, agensi-agensi Kerajaan dan agensi-agensi swasta yang lain untuk membantu kehidupan rakyat. Nak harapkan pembangkang bantu?...setakat mimpi je la. Mana-mana anak-anak FELDA yang nak pembiayaan pendidikan PTPTN ini tertakluk kepada terma dan syarat serta kaedah semasa seperti yang ditetapkan oleh pihak PTPTN. PTPTN mempunyai budibicara sepenuhnya samada nak lulus atau menolak sebarang permohonan yang diterima. Antaranya para pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mesti dapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN, baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun serta mempunyai akaun SSPN-i. Nak bagitau lagi setakat ni dah lebih 42,000 generasi FELDA dapat pelbagai manfaat FELDA dalam bidang pendidikan bermula peringkat pengajian paling rendah iaitu peringkat Sijil Kemahiran hinggalah ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang. Sehingga 30 April 2015, sejumlah 2.29 juta peminjam telah menikmati kemudahan pembiayaan PTPTN yang melibatkan peruntukan sebanyak RM52 bilion, dan angka ini sememangnya akan meningkat selaras dengan pembangunan modal insan melalui pendidikan. Tu diaa! puak pembangkang ado? Olahan dari sumber: http://www.feldavoice.com/2015/05/27/felda-biaya-30-pembiayaan-ptptn-untuk-anak-peneroka-felda/ Banyak rahmat tapi masih ada yang kufur nikmat Nampak tak apa yang FELDA lakukan untuk bantu belianya belajar dan jadi manusia terpelajar? Kalau nak harapkan puak-puak penghasut dan pembangkang seperti ANAK apa yang mampu mereka lakukan? Ceramah...kutuk dan fitnah...akhirnya kutip derma...rakyat tertipu dengan dakyah...itu saja. Kita buka akaun SSPN-i saja dah layak menyertai cabutan bertuah hampir setiap bulan...hadiah pun lumayan. Hujung tahun pulak dapat faedah dan dividen. Mak bapak yang simpan diberi pengecualian beberapa peratus cukai pendapatan tahunan LHDN...Itu pun ada tak bersyukur kata haram. Tapi berapa ramai mak bapak Melayu tahu faedah simpan dalam SSPN-i ini? Ada pemimpin pencacai terangkan kepada mereka usaha-usaha kerajaan bantu orang Melayu dan rakyat agar mudah dapat pembiayaan? Tak de kan...sebab mereka mahu pengikut dan pencacai mereka sentiasa bodoh kerana kebodohan itu membolehkan mereka terus dapat sokongan...akhirnya bangsa sendiri yang rugi. FELDA juga banyak aset ekonomi seperti syarikat perhotelan, katering, ladang, saham, hartanah, ejen pelancongan dan sebagainya di seluruh dunia... Hasil-hasil pendapatan syarikat di bawah FELDA semua inilah yang menjana ekonomi dan pendapatan kumpulan FELDA. Hasil pendapatan inilah yang membolehkan FELDA memberikan pendahuluan pembiayaan PTPTN 30% kepada pelajar. Tapi kalau pelajar tak nak bayar pijaman PTPTN kenalah belajar rajin-rajin dan dapat ijazah kelas pertama. Jangan dok habis masa mencacai di kampus...tak de pedahnyer. Itu baru sedikit nikmat Allah beri kepada peneroka melalui FELDA. "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?" (Surah Ar Rahman) Ada juga kebaikan yang dilakukan oleh FELDA untuk bantu rakyat...nak harapkan lebai-lebai dan apek-apek pembangkang...haram satu sen pun tak da...fitnah jer pandai! | ||||
FELDA: KENSINGTON HOTEL - ASAL MELAYU PUNYA...MESTI DAP PEKIK MEROYAN, NGAPE EKK? Posted: 27 May 2015 02:16 AM PDT Syukur Alhamdulillah satu lagi kebenaran dipertontonkan oleh Allah swt kepada rakyat Malaysia. Kali ini berkaitan dengan Felda yang sering ditohmah dan difitnah dengan dakyah pembangkang agar rakyat marah. Tak salah kalau nak kata perangai DAP memang macam syaitan kerana kerjanya seharian bikin manusia terutamanya orang-orang Melayu-Islam berbalah dan bertelagah sesama sendiri dengan sesuatu yang kurang pasti. Biarpun kadangkala yang mempercayai segala fitnah itu adalah lebai-lebai berkepiah dan ostajah litup berpurdah namun pembohongan diterima sebagai satu berita yang sah. Berbagai cerita akan diputar bagi meyakinkan para pengikut, penyokong dan pencacai mereka kononnya kerajaan BN rasuah dan mereka sajalah yang terbaik. Dek akibat inzal dengan pelipor lara pemimpin atasan semasa ceramah, maka tak sedar tabung dihulur derma dipinta. Senangkan hidup jadi pembangkang langsung tak da integriti dan tak tanggungjawab? Hartanah Felda di London: Tiada Unsur Penyelewengan 27 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada sebarang unsur penyelewengan dalam urusniaga yang dibuat oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation (FIC) dalam pembelian hartanah di London. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata siasatan awal mendapati segala urusniaga yang dibuat tidak melanggar sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009. "Penyiasatan awal SPRM yang dibuat setakat ini tidak menemui apa-apa asas kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 oleh mana-mana pihak berkaitan isu yang dibangkitkan. "Sekiranya mana-mana pihak mempunyai sebarang maklumat tambahan atau bukti-bukti kukuh berkaitan isu ini, bolehlah menyalurkannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen DAP Seremban, Loke Siew Fook yang meminta kerajaan menyatakan status siasatan tuduhan terhadap pengurusan FIC yang membayar RM538 juta untuk Grand Plaza Serviced Apartment dan RM330 juta untuk Grand Plaza Kensington Hotel di London.
Disember lalu, FIC telah membeli Grand Plaza Kensington Hotel dalam usaha untuk mempelbagaikan aset pelaburannya bagi membolehkan syarikat memaksimumkan pulangan pelaburannya bagi manfaat utama pihak-pihak berkepentingan. Bagaimanapun pada awal Mac lalu, SPRM telah menahan reman seorang pegawai tertinggi FIC kerana didakwa melakukan pecah amanah dan menyalahgunakan kuasa. Sumber: http://www.bnbbc.my/?p=48219 Grand Plaza Kensington London: Mercu Kebanggaan Negara Memang dah menjadi trend asal saja melibatkan hartanah milik orang Melayu-Islam, DAP bagaikan babi mengelupor diketuk... menjerit tak senang duduk. Kononnya atas nama ketelusan dan wang rakyat maka diminta SPRM menyiasat. Lalu segala rahsia terbongkar untuk mereka tahu berapa banyak harta orang Melayu... Siapa anak Melayu yang menjawat jawatan penting dalam GLC tersebut... Berapa banyak projek Felda dapat di luar negara...adakah ia menjadi saingan kepada taikun-taikun bangsa mereka... Bukan nak tuduh tapi itulah hakikatnya...tuduh semberono agar segalanya dibogelkan...satu modus operandi yang bijak hasil ajaran dan doktrinasi seberang tambak. Masihkah kita lupa bagaimana DAP tuduh itu ini berkaitan isu-isu pertahanan negara dulu? Kalau boleh memang puak DAP ini tak mahu orang-orang Melayu dan mana-mana syarikat Melayu ini berkembang di seantero antarabangsa menyaingi taikun-taikun mereka. Orang Melayu hanya layak duduk di kampung. Kalau jadi peneroka Felda hanya tanam dan jual buah sawit lepas tu boleh tidur...tak perlu fikir bagaimana mahu tingkatkan hasil pendapatan. Malam-malam boleh pergi dengar ceramah penglipor lara lebai berserban cerita tentang kelemahan kerajaan yang sengaja diada-adakan. Tak sedar diri bersubahat jadi pengkufur nikmat. Mungkin kerana merebaknya fitnah pembangkang di bumi Felda hinggakan harga sawit pun jatuh dan orang di luar negara pun tak nak beli. Nak harap pembangkang tolong naikkan harga? Haram tak de kuasa pun mereka itu... Nak tanya puak-puak lebai malang...berapakah nilai aset Grand Plaza Kensington Hotel di London milik Felda sekarang? Berapa banyak keuntungan dalam pound sterling yang berjaya dikutip hotel itu dan dibawa balik ke Malaysia... Betapa harumnya nama GLC Malaysia kini...nak harapkan lebai malang buat...tak de maknenyer...
|
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |