Dialog Dewasa Kritik Berasa |
TABUNG HAJI: LAGI LUAHAN AGAR TIDAK JUAL ASET UMMAH Posted: 26 May 2015 09:51 PM PDT Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh, Saya mengutus surat terbuka ini kerana saya terlalu jauh dari tanah air, jika dekat saya akan beri sendiri dengan tangan. Soalan pertama, kenapa hendak jual aset Tabung Haji (TH) dengan begitu mudah dan murah? Hanya dengan sedikit spin dari segelintir pihak yang tidak pun tahu backround bisnes TH, hanya dengan seminggu dua serangan siber, hanya dengan satu tweet, Datuk Seri terus mengalah dan mengambil keputusan menjual aset TH di TRX dengan keuntungan yang sedikit? TH adalah agenda umat Islam, bukan agenda politik. Berjuta umat Islam di luar sana bergantung harap kepada TH untuk menunaikan ibadah Haji. Mereka mengharapkan agar kerajaan sentiasa dapat menampung subsidi mereka menunaikan ibadah Haji. Di sini saya melihat umat Islam terpaksa menyediakan wang sendiri serendah USD9,100 (RM33,215) hingga USD10,600 (RM38,690) untuk menunaikan Haji. (kiraan 1USD=RM3.65) . Di Malaysia, bakal haji hanya perlu menyediakan RM9,980 sahaja manakala selebihnya TH menanggung subsidi sebanyak RM7,290. Sebab itulah TH memiliki 11 anak syarikat dalam pelbagai sektor perladangan, perhotelan, hartanah, industri makanan, perbankan dan sebagainya supaya menjana keuntungan. Keuntungan itu pula dikembalikan semula kepada para jemaah Haji. Sepatutnya TH mempertahan agenda itu. Jika Datuk Seri tidak dapat mempertahankan agenda itu, terikut-ikut pula dengan sedikit spin dari Rafizi and the geng, maka yang rugi adalah umat Islam sendiri. Rafizi memang tugasnya untuk memperlekeh semua agenda kerajaan. Siapa dia Mat Sabu dan Mahfuz Omar hendak bercakap pelaburan TH? Adakah mereka mengetahui managementdan bisnes TH? Adakah Rafizi, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan lain-lain akan mendedahkan wrong doing dalam bisnes pasir, isu dalaman Yayasan Selangor serta projek Datum Jalatek di Selangor? Sudah tentu tidak, mereka lebih rela berdiam diri kerana tugas mereka adalah menyerang, menjatuhkan dan memusnahkan apa jua dasar kerajaan persekutuan. Tidak mungkin Mat Sabu akan mendedahkan penyelewengan di dalam projek terowong bawah laut di Pulau Pinang! Itu pun masih tidak fahamkah? Saya diberitahu, tanah di TRX itu sudah pun dimajukan sejak 2013 lagi dan TH baru sahaja membelinya pada tahun 2015. Dalam tempoh 2 tahun itu, pelbagai kerja tanah telah dilakukan oleh pihak 1MDB termasuklah urusan cukai tanah, guaman, design, insfrastruktur dan sebagainya. TH membeli tanah yang sudah diproses dengan nilai pakej yang menguntungkan. Saya fikir jika 1MDB menjual kepada Kumpulan Darul Ehsan Bhd. sudah pasti tidak dengan harga RM188.5 juta, barangkali lebih mahal. Logiknya, nilai tanah pada tahun 2013 yang masih kosong itu sudah tentulah akan meningkat naik semasa dibeli pada tahun 2015 kerana kerja-kerja tanah telah hampir siap sepenuhnya. Ianya sudah bertukar menjadi aset hartanah yang bernilai tinggi. TH hanya membelinya pada tahun 2015 ketika ianya sudah bernilai tinggi dan dipaksa menjualnya semula pada tahun yang sama gara-gara spin buta. Cuba bayangkan berapa keuntungan TH akan perolehi jika dijual pada tahun 2018 apabila fasa 1 pembangunan TRX sudah siap. Hartanah itu sangat-sangat menguntungkan juga kerana menghubungkan lebuh raya utama seperti MEX, SMART dan DUKE yang saling bersambungan. Malahan terdapat pejalan kaki berbumbung ke Bukit Bintang dan KLCC. Jangan Ulangi Jual Bangunan MAS Pada hujung minggu yang lalu, saya telah bersembang dengan pelajar kita yang belajar di Wharton School, University Pennsylvania. Kami berbincang isu-isu semasa di tanah air. Seorang pelajar berkata, jika TH menjual semula tanah itu hanya kerana putar belit pembangkang, katanya ia satu kebodohan of the year. Katanya lagi, jika TH benar-benar memerlukan wang, jika TH amat-amat terdesak, maka baharulah masuk akal jika dijual dalam tempoh yang singkat. Katanya lagi, sudahlah aset TH melebihi RM50 Billion sekarang, apalah sangat nilai pembelian tanah itu (RM188.5 juta) jika keuntungan berlipatkali ganda pada 2018 nanti. Katanya lagi, jangan ulangi kesilapan menjual bangunan MAS! Mereka berkata, tiada salah dan dosa TH membeli tanah itu untuk pelaburan jangka panjang. 2 Pilihan Jika TH meneruskan juga niat untuk menjual aset tanah itu, maka jelaslah bahawa terdapat pengkhianat di dalam TH. Barangkali, mereka bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk memburuk-burukkan TH supaya TH menjual semula aset tanah itu tergesa-gesa dengan harga yang mampu dibeli. Adakah ada jaminan pembeli itu tidak akan menjualnya semula pada tahun 2018 dengan harga yang berlipat-lipat kali ganda lagi? Kepada DS Abdul Azeez Rahim, anda ada dua pilihan. Jika anda berjaya mempertahan aset TH itu daripada dijual maka anda boleh kekal mempengerusikan TH sehinggalah Perdana Menteri menemui pengganti yang lebih profesional. Pilihan kedua, jika anda meneruskan juga niat menjual aset tanah TH itu, saya mencadangkan anda meletak jawatan serta-merta kerana anda gagal mempertahankan agenda umat Islam di TH. Komen kami; Tanah TRX yang telah dibeli oleh Tabung Haji itu adalah tanah hak ummat Islam di Malaysia. Tanah yang jika dikekalkan pemilikannya akan terus berkembang menjana kewangan Tabung Haji sendiri. Tanah TRX itu akan kekal sebagai lambang pembangunan ekonomi dan hak pemilikan bangsa Melayu di Malaysia.
Tanah yang akan kekal hingga hari kiamat dan menjadi kebanggaan anak cucu Melayu di bumi Kuala Lumpur. Adakah kerana hasutan dan fitnah mereka yang hasad dengki maka Tabung Haji dah patah hati nak jual aset yang dimiliki? Adakah hanya kerana nak keuntungan sedikit maka tanah yang jadi maruah Melayu digadai sesedap hati? Cuba tanya mana apa jadi pada projek PKNS Datum Jelatek di Keramat? Siapa pemiliknya sekarang sedangkan kawasan tersebut dulunya menjadi aset anak-anak Melayu Keramat di tengah-tengah bandar? Kita menangis dan jerit kununnya sudah semakin kurang aset hartanah Melayu di tengah-tengah bandar, tetapi kita bising bila ada syarikat umat Islam nak beli tanah di TRX yang nak tambah aset Melayu. Kunun berlakunya penyelewengan dan untung atas angin bila harga dibeli 1MDB terlalu murah dan menjualnya dengan harga mahal? Apakah tanah TRX milik Tabung Haji itu nanti akan dijual kepada bukan Islam, bukan Melayu dan bukan warganegara? Adakah itu akan dianggap sebagai bail out juga? Hentikan sindrom merapu dan kenyanyukkan! Artikel berkaitan; | ||
TABUNG HAJI: TANAH TRX JANGAN DIJUAL...KU SUMPAH TUJUH KETURUNAN Posted: 26 May 2015 03:05 AM PDT Syukur Alhamdulillah tanah Tabung Haji (TH) masih belum dijual lagi. Sebagai umat Islam yang ingin melihat syarikat umat Islam maju berkembang dan mempunyai aset ditengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur, penjualan tanah milik TH di TRX merupakan satu tindakan bodoh dan merugikan. Kau ada aset yang baik di tengah- tengah segi tiga emas tapi kau nak jual kerana takut pada fitnah yang melata... nampak sangat iman kau tak kuat. Persetankan segala fitnah dajjal yang ingin merosakan bisnes ummah. Mereka tak tahu hal ekonomi dan kepentingan jangka panjang tetapi berlagak macam pandai...hanya tau kutuk Daftar Tabung Haji pun tidak, duit dalam Tabung Haji pun tak sampai RM1,300.00 yang tak melayakkan untuk masuk daftar haji tapi bising soal duit Tabung Haji. Kita menyeru agar Tabung Haji kekalkan pemilikan tanah tersebut demi kepentingan ummah di masa hadapan. Kalau sekarang nak pergi haji pun kena bayar RM9,980.00 seorang tu pun dah disubsidikan Tabung Haji, kita tak tahu berapa banyak kos pergi haji tahun-tahun akan datang. Khabarnya 5 juta jemaah haji seluruh dunia boleh buat haji tahun 2020. Tetapi adakah ongkos di tahun 2020 akan kekal. Jika kekal adakah ia tanpa subsidi? Mana duit nak cekau untuk subsidi jika bukan melalui pelaburan TRX dan juga pelaburan-pelaburan lain? Siapa yang dengki kianat sangat tak mahu umat Islam ada aset di tengah- tengah bandar? Bijaklah sikit wahai Tabung Haji jangan kau gadai masa depan ummah lantaran takut pada fitnah dajjal. Adakah kerana keuntungan sedikit kau nak gadai masa depan ummah ini? Tapi sekali lagi kita ucapkan terima kasih kerana tanah TRX milik Tabung Haji itu masih belum dijual. Ceritanya begini... Lembaga Tabung Haji (TH) masih belum menjual tanah bernilai RM188.5 juta yang dibeli daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sebelum ini berjanji tanah tersebut akan dijual dalam tempoh 2 minggu. Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka masih dalam proses memaktubkan perjanjian beli dan jual ketika ini, namun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut. "Tanah dalam proses sedang memaktubkan sales and purchase (jual beli) dengan keuntungan yang sedikit," katanya ketika ditemui pemberita semasa majlis penyampaian hadiah kereta Proton Preve sempena Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur, pagi ini. Azzez bagaimanapun tidak memberitahu mengenai kepada siapa tanah tersebut dijual, sebaliknya berkata mereka akan memaklumkan sebaik sahaja semua proses selesai. "Ya, ada pembeli. Kami akan maklumkan kemudian," katanya. April lalu, TH membeli tanah seluas 0.63 hektar itu daripada 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX). Urusniaga yang didedahkan blog The Benchmark (blog dajjal hantu raya) mengundang bantahan meluas bukan saja daripada pendeposit TH, malah pemimpin politik pembangkang dan kerajaan. Punca kemarahan mereka ialah kerana hutang 1MDB yang mencecah RM42 bilion dan syarikat pelaburan strategik yang lembaga penasihatnya dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak itu pada asalnya membeli tanah kerajaan itu pada harga jauh lebih rendah. 1MDB membayar hanya RM64 sekaki persegi, berbanding RM2,773 sekaki persegi dibayar TH. Ia mencetuskan spekulasi pembelian itu merupakan usaha menyelamatkan firma itu yang perlu melangsaikan sejumlah faedah hutangnya. Masyarakat sivil dan pemimpin pembangkang juga menimbulkan isu konflik kepentingan melibatkan pegawai tertinggi TH yang juga menjawat jawatan dalam 1MDB. Susulan kritikan, Azeez mengumumkan TH akan menjual tanah tersebut atas nasihat perdana menteri. Pada sidang media 12 Mei lalu, beliau berkata, banyak pihak berminat untuk membeli tanah itu dan ia akan dijual dalam masa seminggu saja. Kesimpulannya... Jika ada syarikat lain atau syarikat asing yang mampu beli adakah ia akan dicop sebagai bail out kepada 1MDB? Jangan jadi bodohlah Tabung Haji...kau beli tanah yang akan dibina bangunan bukan beli benda kosong yang halimunan. Bangunan tu bila dah siap kau boleh sewakan sepertimana bangunan-bangunan lain yang kau miliki. Hasil keuntungan sewa kau boleh beli berbagai benda dan kau boleh subsidi tambang jemaah-jemaah haji di tahun-tahun akan datang. Kalau kau jual sekarang memang kau bodoh dan aku sumpah kau tujuh keturunan kekal bodoh kerana mengkhianati hak ummah untuk memiliki aset di kota raya dunia ini. Lantaklah jika ada yang nak keluarkan duit deposit mereka beramai-ramai kerana giliran haji mereka akan ke terbelakang. Ramai lagi yang nak pergi haji tahun ini dan tahun hadapan. Usah risau kebenaran pasti menjelma. Kau beli dapat pahala kerana bantu ummah dan kau tak jual kerana memertahankan hak ummah itu merupakan jihad fisabilillah. Pedulikan orang yang bodoh dan nyanyuk terkutuk bergelumang dengan dosa dan fitnah. Yang penting kita bantu ummah. Tapi apa mereka buat untuk bantu rakyat??? |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |