Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Ustaz Moden's Weblog

$
0
0

Ustaz Moden's Weblog


[Jawapan Fadhilatu al-Allamah Dr. Ali Jum’ah seputar isu berkenaan Tariqat Naqsyabandi al-Haqqani, Syaikh Nazim Haqqani, zikir menari dan mengucup kaki guru]

Posted: 26 May 2015 05:32 AM PDT

[Jawapan Fadhilatu al-Allamah Dr. Ali Jum’ah seputar isu berkenaan Tariqat Naqsyabandi al-Haqqani, Syaikh Nazim Haqqani, zikir menari dan mengucup kaki guru]

1) Berkenaan mengucup kaki, ianya warid dalam Sunan Abi Daud[1], bahawa rombongan (kabilah)Abdul Qais, mengucup tangan Nabi dan kakinya, akan tetapi ianya tidak menjadi kebiasaan para sahabat untuk melakukan sedemikian, oleh kerana itu, terutamanya ketika berlakunya kekeliruan,dan berlakunya fitnah, tidak digalakkan untuk melakukan sedemikian. Namun ianya dibolehkan, dari sudut waridnya(sabit dalil) perkara tersebut, seperti kisah rombongan Abdul Qais tadi. Dan perbuatan mencium/mengucup tersebut adalah satu bentuk penghormatan, akan tetapi sekiranya ianya dijadikan kebiasaan, dan dilakukan dihadapan orang awam sehingga tampak seolah-olah ia sujud kepadanya, maka akan berlaku fitnah di atas fitnah, maka ini bukanlah daripada kebijaksanaan, dan bukan daripada hikmah.
2) Berkenaan isu penyebaran video-video tersebut di Youtube dll, saya kira ianya tidak boleh sekali-kali dijadikan sumber bagi pengetahuan/penghukuman, kerana manipulasi, penyelewengan potongan(cut) dan pengubahan terhadapnya merupakan satu perkara yang mengerikan, sehingga ianya membenarkan apa yang telah disabdakan Nabi SAW, “dan makin banyak tersebar penipuan”, mereka memotong-motong video, kemudian memain-mainkan(menokok tambah), sehingga orang ramai menyangka bahawa ia melihatnya dengan matanya, sedangkan tidak sama sekali..
Pada awal-awal dahulu, kita ada mengatakan, selidiklah /pastikanlah dengan apa yang kamu dengarkan, dan janganlah kamu mendahulukan apa yang kamu dengar berbanding apa yang kamu lihat, sehinggalah munculnya Youtube dan sebagainya, maka kini kita mengatakan, tidak, selidiklah pada setiap apa yang kamu dengar dan juga setiap apa yang kamu lihat. Kerana ianya bukanlah penglihatan yang mempamerkan kebenaran, sebaliknya ia melihat satu perkara, yang boleh jadi, dan memang pada kebanyakannya, ianya direka-reka / dimanipulasi.
3) Berkenaan keadan-keadaan yang berlaku pada orang-orang yang berzikir(seperti menari, meloncat) sekiranya hal-hal tersebut adalah benar-benar berlaku tanpa disengajakan/dibuat-buat, maka ia tidak tertakluk dengan hukum taklifi. Iaitu seperti seorang lelaki yang masuk(hadhrah zikir), tidak mampu menahan perasaannya, sehingga kelihatan berlaku pada dirinya hal-hal tersebut(tanpa disengajakan).
Dan hal-hal seumpama ini bukanlah menunjukkan kesempurnaan, kerana golongan yang sempurna(sampai ke martabat kemuncak dan tinggi di sisi Allah), tidak zahir pada mereka keadaan-keadaan ini. Oleh kerana itu kita tidak melihat perkara seperti ini pada para sahabat, tidak juga pada golongan tabiin, akan tetapi ianya zahir(setelahnya) ketika munculnya hati-hati yang sempit, yang menampung banyaknya makrifat-makrifat yang melimpah pada hati seorang ‘arif, maka keseimbangan dirinya menjadi tempang tak terkawal, maka ini adalah hal kekurangan, dan bukan hal kesempurnaan, dan bahawasanya, ia ketika itu hilang kendalian akalnya, tidak mampu mengawal dirinya.
Sebaliknya sekiranya ia melakukannya secara sengaja, seperti dengan bergerak-gerak/menari dalam keadaan ia mengikut-ikut dan buat-buat seolah-olah ia berada dalam keadaan(zauq), maka ianya haram, kerana ia meniru-niru dan buat-buat, dalam keadaan ia pada hakikatnya tidak berada dalam hal tersebut. Maka ia termasuk dalam bab riya’ dan sum’ah wal’iyazubillah, dan ini adalah sebaliknya daripada apa yang menjadi tujuan ahlullah daripada tasawuf dalam perkara ini..
4) Berkenaan soalan tentang individu tertentu, bahawa fulan dan gurunya fulan, adakah mereka berada pada jalan naqsyabandiyah yang asli, perkara ini memerlukan kajian yang dalam, perlu untuk meneliti kitab-kitab mereka, begitu juga kitab-kitab tariqat mereka, kemudian kita lihat, adakah di sana ada kesilapan/kesesatan, dan adakah kesesatan ini pada sebahagian aspek pengamalan mereka, dan adakah ianya bertentangan dengan syariat, dan sebagainya… dan maklumat tentang perkara ini masih belum cukup pada kami(untuk menghukum).. kerana ianya memerlukan kajian yang menyeluruh p

ada perkara-perkara tadi(sebelum menghukum)..
Akan tetapi kami mempunyai pandangan secara umum, iaitu bahawasanya setiap yang makin hampir tariqatnya dengan sunnah Nabi SAW, dan berpegang teguh dengannya, maka ianya adalah satu perkara yang baik dan utama dan lebih perlu untuk dijaga..
Dan apa yang kami lihat ketika berjumpa Syaikh Nazim di Amerika, bahawa beliau sangat berpegang teguh dengan sunnah, sampai tahap bahawa beliau tatkala habis menunaikan solat sunat fajar, beliau baring sebentar di atas lambung kanannya, untuk mendapatkan pahala sunnah(sepertimana warid dalam hadis-hadis), sedangkan beliau ketika itu di masjid, beliau baring sebentar pada sisi kanannya, kemudian beliau bangun.. Maka personaliti seperti ini, iaitu yang teguh dengan sunnah, bahkan sunnah ini adalah perkara yang halus dan sering diabaikan orang, yakni amalan setelah solat sunnat fajar, ia baring sebentar pada sisi kanannya, untuk mencontohi Rasulullah SAW, perkara ini mengharuskan kita untuk benar-benar menjaga diri untuk tidak celupar berkata-kata tentang dirinya dengan merendah-rendahkannya dan seumpamanya.. Rahimahullah ta’ala.
.
-Fadhilatu al-Allamah as-Syaikh Dr. Ali Jum’ah hafizahullah.
[1] Hadis Riwayat Imam Abu Daud no. 5227
Petikan Video
[Jawapan Fadhilatu al-Allamah Dr. Ali Jum’ah seputar isu berkenaan Tariqat Naqsyabandi al-Haqqani, Syaikh Nazim Haqqani, zikir menari dan mengucup kaki guru]
Moga Allah merahmati dan meredhai guru-guru kita

Kenali Dr Ali Jum’ah ulama Al Azhar. Mufti Besar Republik Arab Mesir.

ms.wikipedia.org/wiki/Ali_Jum%27ah


[ISU ZIKIR MENARI/BERGOYANG/BERGERAK] MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH

Posted: 26 May 2015 05:27 AM PDT

[ISU ZIKIR MENARI/BERGOYANG/BERGERAK] MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH:

[BY : USTAZ ZAMIHAN AL GHARI~ASWAJA].

Pengerusi  Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberikan penjelasan pada 20 April yang lalu mengenai perkara ini. Namun nampaknya ada tangan-tangan jahat yang suka membangkitkan kembali fitnah dan tohmahan ini kembali kerana hasad dengki kepada amalan tarekat yang ada dinaskan dan dipersetujui ulamak muktabar.

Sila rujuk penjelasan :

1. MSTAR : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/20/zikir-goyang-badan-majlis-fatwa/

2. SINAR HARIAN : http://www.sinarharian.com.my/nasional/zikir-sambil-goyang-badan-tidak-dilarang-1.381718

3. ASTRO AWANI : http://www.astroawani.com/video-malaysia/penjelasan-majlis-fatwa-kebangsaan-isu-gst-zikir-menari-dan-konsert-55740

Begitu juga Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menerbitkan penjelasan mengenainya. Artikel ini juga boleh didapatkan juga di dalam Majalah At-Tariq (Bil. 17) terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (lhat gambar)

Antara para Alim Ulamak Ahlus Sunah Wal Jama'ah yang membenarkan zikir menari/bergerak kerana tawajjud (penghayatan).

1. Imam Ahmad bin Hanbal (Al-Hadaiq : 165)

2. Imam Abu Nu’aim meriwayatkan daripada Imam Fudhail bin ‘Iyadh bahawasanya para sahabat r.a. ketika berzikir kepada Allah, maka mereka akan bergerak-gerak (tamayul) sebagaimana geraknya pohon ditiup angin kedepan dan ke belakang”. [Tartib Al-Idariyyah: 2/143]

3. Imam al-Baihaqi (Al-Adaab lil Baihaqi : 422)

4. Imam ar-Ramli (Nihayah al-Muhtaj, ar-Ramli : 8/298)

5. Imam as Suyuthi (al-Hawi lil Fatawi)

6. Syaikh Islam Sirajuddin al-Balqini,

7. Al-'Allamah Burhanuddin al-Abnasi,

8. syaikh Islam Izzuddin bin Abdissalam (Al-Hawi lil Fatawi, as-Suyuthi : 3/349)

9. Imam Abdul Hayy al-Kattan ( At-Taratib al-Idariyyah, al-Kattani : 2/143 )

10. imam al-Ghazali (Ihya Ulumuddin, al-Ghazali : 2/266)

11. Dr Malik Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi (al-Bid’ah fil Mafhum al-Islami ad-Daqiiq)

Antara penulisan asatizah yang bagus untuk dibaca mengenai zikir menari ini :

1. TARIAN MENURUT 4 MAZHAB – http://www.aswj-rg.com/2014/02/hukum-ar-raqsh-tarian-menurut-ulama-empat-madzhab-dan-jawapan-buat-asrie-sobrie.html

2. SEBAHAGIAN PERKATAAN IMAM AHMAD BIN HANBAL –
http://jomfaham.blogspot.com/2010/01/sebahagian-perkataan-imam-ahmad-bin.html

3. ZIKIR BERJOGET – http://al-amindaud.blogspot.com/2009/05/zikir-berjoget.html

4. ANALISIS ILMIYYAH ZIKIR MENARI – http://www.aswj-rg.com/2015/04/analisis-ilmiah-10-kesilapan-dalam-artikel-dr-zulkifli-bakri-isu-zikir-menari.html

5. PERBAHASAN ZIKIR HADRAH – http://pondoktampin.blogspot.com/2015/04/secebis-perbahasan-zikir-hadrah.html

Wallahua’lam bissawab.


Jawapan Balas Artikel Fitnah Utusan Malaysia Terhadap Shaykh Hisham Kabbani Masalah Cium Qubur

Posted: 26 May 2015 05:24 AM PDT

image

image

image

Utusan Online​

Jawapan balas kepada satu siri artikel berunsur fitnah dalam akhbar Malaysia

“MASALAH QUBUR BAHAGIAN SATU OLEH SHAYKH HISHAM KABBANI”

MENYENTUH KUBUR DAN MENGUCUPNYA KERANA RASA CINTA (MAHABBAH) DAN MENDAPATKAN KEBERKATAN (TABARRUK) ADALAH DIIZINKAN MENURUT IMAM AHMAD BIN HANBAL DAN BAHKAN DIHARUSKAN (MUSTAHAB)

Wahabi baru-baru ini telah menulis satu artikel di mana mereka menuduh saya bersujud di atas kubur dan ke arah kubur berdasarkan gambar yang mereka  terbitkan dalam artikel akhbar dan video yang dihasilkan dan disiarkan di youtube. Semua dakwaan ini adalah tidak Islamik dan palsu bahkan kaedah tipikal Wahabi dalam mengganggu dan memanipulasi serta memesongkan kebenaran untuk membuat FITNAH DAN SERANGAN PERIBADI. Daripada perspektif Islam dan tuntutan shari’ah kita mesti tahu perkara-perkara dibawah yang berkaitan dengan pemalsuan dan pembohongan tersebut:

1. Mufti Ali Jumu’a (Allah memelihara beliau) berkata: penghormatan kepada seorang Muslim sepatutnya lebih baik daripada mengutuk dengan dasar apa yang dilihat mata atau didengari telinga melalui peralatan eletronik.Shari’ah mempunyai piawaian tertinggi dalam mengesahkan sesuatu. Dan Wahabi tertakluk kepada hukum itu seperti orang lain, mereka tidak berada di atas hukum-hakam tersebut. Allah berfirman: قل هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين “Qul hatu burhanakum In Kuntum sadiqeenn” “Katakanlah: Berikan kepada kami bukti dan kebenaran kamu jika kamu bercakap benar” (Al-Baqarah 2: 111). Dan semua orang tahu bahawa terbitan media adalah perkara yang paling mudah untuk dimanipulasi bagi mewakili kepalsuan dalam kesamaran kebenaran. Sebagai contoh: walaupun perbuatan yang boleh dihukum dilihat pada video, ia tidak dianggap sebagai bukti Shari’at, anda masih memerlukan empat saksi. Jika tidak penuduh itu dicambuk kerana menfitnah (qazf) dan dicap sebagai seorang FASIQ. Apatah lagi, apabila tidak ada bukti sahih terhadap tuduhan itu, sebaliknya yang ada ialah dakwaan tanpa nama dan gambar yang rosak, lalu disebarkan oleh si pengecut tanpa nama. Berhati-hati juga dengan saksi palsu (Shahadat az-zur) yang merupakan salah satu daripada lima dosa besar (Kiba’ir) selain syirik, pembunuhan dan pengkhianatan.

2. Tambahan pula, sujud yang didakwa itu kemungkinan bukan sujud sama sekali, walaupun ia kelihatan seperti bersujud, seperti mencari sesuatu di bawah kerusi, atau membantu menyarungkan Khuff (sarung kaki kulit) pada kaki Shaykh. Namun dari jauh ia kelihatan seperti sujud; atau tunduk seperti mencium tangan ibu bapa, atau masuk melalui pintu yang rendah. Ini disebut oleh Habib Ahmad Mashhur AlHaddad dalam kitabnya Miftahul Jannah. Jadi seseorang yang melihat dari jarak yang jauh mungkin menolak untuk memberi kebaikan dengan pendapat yang baik dan menyalahkan seorang Muslim yang tidak bersalah tanpa sebab. Ini berlaku apabila Khalifah Marwan ibn Abdul Malik satu hari datang dan melihat seorang lelaki meletakkan mukanya ke atas kubur Nabi (saw). Beliau mencengkam lehernya dan berkata, Adakah kamu tahu apa yang sedang kamu lakukan? Lelaki itu berpaling dan berkata, Ya, dan ia adalah Abu Ayyub Al-Ansari (r). Beliau berkata, “Kamu patut tahu bahawa aku datang kepada Rasulullah (saw), bukan kepada batu-batan ini. Tambahan pula, aku mendengar Rasulullah bersabda:” Jangan menangis atas agama selagi ia mempunyai pemimpin yang berkelayakan dan bertanggungjawab, tetapi menangis di atasnya apabila rakyat (ruwaybidha) mengambil alih! “Imam Ahmad meriwayatkan laporan ini di dalam Musnad, dan juga Majd Ad-Din Ibn Taimiyyah (datuk kepada Ahmad ibn Taimiyah) dalam bukunya “Hadis Nabi yang dipilih dengan penuh hati-hati”(Al- Muntaqa fi hadis al-Mustafa).
Perbuatan yang sama mencium kubur dan menangis di atasnya adalah diriwayatkan daripada tabiee besar Muhammad bin Al-Munkadir, yang digelar oleh Imam Sufyan ibn Uyaynah sebagai lautan kebenaran. Imam Adz-Dhahabi – yang dihormati dan dipuja Wahhabi- bahkan memaafkan seseorang yang sujud ke kuburan orang mati kerana rasa cinta, dengan berkata: “Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani, dan aku bersumpah dengan nama Allah, bahawa kaum Muslim hanya beremosi dan menangis dan mencium dinding dan menangis, kerana dia mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan BAHAWA CINTA ITU ADALAH SIFAT YANG MEMBEZAKAN ANTARA PENGHUNI SYURGA DAN PENGHUNI NERAKA! ”

3. Imam Abdullah bin Ahmad, anak kepada Imam Ahmad bin Hanbal, bertanya kepada bapanya: “Apa pendapat kamu tentang seseorang yang menyentuh mimbar Nabi (saw) dan cuba untuk mendapatkan berkat (tabarruk) dengan menyentuhnya, dan menciumnya; dan dia melakukan perkara yang sama terhadap kubur, atau apa-apa lagi yang sejenis, memohon untuk lebih mendekati Allah?” IMAM AHMAD menjawab: “TIDAK ADA YANG salahnya” (La ba’sa bihi). Ini diriwayatkan di dalam kitab Imam Ahmad “Al-‘Ilal wa Ma’rifat Ar-Rijal” Jilid 2 halaman 492, dan dalam “Almu’jam Al-Kabir” Imam Dhahabi jilid 1 halaman 73 – edisi Saudi. Kemudian Adh-Dhahabi berkata, “Tunjukkanlah kepadaku si bodoh yang akan mengkritik Imam Ahmad! SEMOGA ALLAH MELINDUNGI SAYA DAN ANDA DARIPADA KESESATAN DANBID’AH KHAWARIJ.”

Lihatlah bagaimana Abu Musa Al-Asy’ari dan Imam Dhahabi memanggil orang yang sebegitu – SEPERTI WAHHABI PADA HARI INI – SI SESAT YANG TIDAK BERKELAYAKAN, PEMBERONTAK,  BODOH, KHAWARIJ, DAN PENGHUNI NERAKA. Khawarij adalah mereka yang ekstremis yang fanatik yang memecahbelahkan ummah, selalu menjatuhkan orang Islam yang lain dan memerangi mereka, di masa lalu dan di zaman kita.

4. Ibn Muflih al-Hanbali berkata dalam ensiklopedia tentang fiqh berjudul “Al-Mubdi'” (Kitab rujukan yang luar biasa) dalam fiqh Hanbali – jil. 2 halaman 281: “Adalah mustahab (wajar) untuk seseorang membuat ziyarah untuk berdiri di hadapan kubur, sehampir boleh seperti jika dia menziarahinya ketika waktu hidupnya. Dan dibenarkan untuk menyentuh kubur dengan tangan-Nya, kerana ia sama seperti berjabat tangan pada waktu hidup, terutamanya jika beliau berharap untuk mendapatkan kebaikannya (barakah). Perkara yang sama terdapat dalam Kitab faqih Mar’i Al-Karmi al-Hanbali “Ghayatul Muntaha” jilid 1, halaman 259.

5. Mencium kubur ibu bapa adalah dibenarkan dalam mazhab Hanafi. Ini jelas dinyatakan dalam ensiklopedia bagi fatwa dipanggil “Fatawa Hindiyyah”, juga dikenali sebagai “Fatawah Alamjiriyyah”, dan di dalam ulasannya pada Mishkat al-Masabih oleh Abdul Haqq Muhaddith Dihlawi bertajuk “Ashi’atu al-Lama’at” bab pengebumian. Tambahan pula Imam Nawawi berkata, seorang Shaykh adalah lebih penting daripada bapa kandung. Beliau berkata demikian di dalam bukunya “At-Taqrib wat Taysir fi-Marifati Sunan al-Bashir an-Nadhir”. Oleh itu Shuyukh kita lebih berhak mendapat kasih sayang dan penghormatan kita dalam kehidupan ini, dan selepas kematian mereka. Allah berfirman, بل أحياء عند ربهم يرزقون “Bal Ahya’un ‘inda rabbihim yurzaqun” “Bahkan, mereka masih hidup di sisi Tuhan mereka dan mendapat rezeki” (Al Imran 3: 169).
Semoga Allah Subhan wa taala menyelamatkan Malaysia dan semua negara-negara Islam daripada FITNAH AL WAHHABIYYA dan kebatilan mereka. Semua Mufti besar sebelum ini dan Ulama yang benar pada zaman kita telah memberi amaran terhadap Wahhabiyya seperti Sayyid Ahmad Zayni Dahlan, Sayyid Alawi bin Taher Al Haddad Mufti Johor, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Allamah al-Sawi, Sayyid Yusuf bin Hashim al-Rifai, Allama Muhammad Amin Abidin al-Shami, Sayyid Zayn bin Sumayt dan banyak lagi yang lain. Sudah tiba masanya sekarang untuk memberi amaran terhadap mereka sekali lagi dan ini adalah jihad yang sebenar untuk mempertahankan kalimah yang Haqq terhadap jawr (jenayah) dan batil (yang salah). Tetaplah bersama Ahlus Sunnah wal Jamaah, perlu menghormati Ahl al-Haqq dan Tasawwuf, pelihara cinta kepada Ahlul Bayt, berzikir dan Salawat, menjaga Silatur Rahm dengan Awliya sama ada dalam Dunya atau Barzakh, berpuasa dan sembahyang, dan membuang fitnah dan mereka yang menfitnah yang cuba untuk memecahbelahkan ummah.

Ini merupakan satu jawapan bantahan dengan segera tetapi kami mempunyai lebih banyak dan banyak lagi bukti-bukti yang akan diterbitkan dalam masa yang sewajarnya mengikut keperluan InsyaAllah. Nabi (saw) menyifatkan guru-guru palsu sebagai serigala menyamar menjadi kambing dan baginda berkata Allah subhuan wa taala berkata mengenai mereka, “Adakah guru-guru palsu tidak takut kepada aku? Adakah mereka cuba untuk memprovokasi aku?”

Dan Allah berfirman:

بل نقذف بالحق على الباطل فيدمغه
فإذا هو زاهق ولكم الويل مما تصفون

Sebenarnya Kami melontarkan perkara benar terhadap perkara yang salah, dan ia menghentak sehingga terkeluar otak, dan serta-merta kepalsuan itu lenyap! Ah! kecelakaanlah bagi kamu (atas kepalsuan) yang kamu sifatkan (kepada Kami) (al-Anbiya 21:18). Walhamdu lillahi Rabbil Alamin.

Khadam Ilmu
MUHAMMAD HISHAM AL-KABBANI AL-HASANI AL-HUSAYNI AL-SHAFII AL-NAQSHBANDI



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>