Panglima Perang Cyber |
Jawapan Laporan Utusan Malaysia Isu Zikir Goyang Oleh Dr Zamihan #ASWAJA Posted: 25 May 2015 02:36 AM PDT [ISU ZIKIR MENARI/BERGOYANG/BERGERAK] MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH: [BY : USTAZ ZAMIHAN AL GHARI~ASWAJA]. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberikan penjelasan pada 20 April yang lalu mengenai perkara ini. Namun nampaknya ada tangan-tangan jahat yang suka membangkitkan kembali fitnah dan tohmahan ini kembali kerana hasad dengki kepada amalan tarekat yang ada dinaskan dan dipersetujui ulamak muktabar. Sila rujuk penjelasan : 1. MSTAR : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/20/zikir-goyang-badan-majlis-fatwa/ 2. SINAR HARIAN : http://www.sinarharian.com.my/nasional/zikir-sambil-goyang-badan-tidak-dilarang-1.381718 3. ASTRO AWANI : http://www.astroawani.com/video-malaysia/penjelasan-majlis-fatwa-kebangsaan-isu-gst-zikir-menari-dan-konsert-55740 Begitu juga Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menerbitkan penjelasan mengenainya. Artikel ini juga boleh didapatkan juga di dalam Majalah At-Tariq (Bil. 17) terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (lhat gambar) Antara para Alim Ulamak Ahlus Sunah Wal Jama'ah yang membenarkan zikir menari/bergerak kerana tawajjud (penghayatan). 1. Imam Ahmad bin Hanbal (Al-Hadaiq : 165) 2. Imam Abu Nu'aim meriwayatkan daripada Imam Fudhail bin 'Iyadh bahawasanya para sahabat r.a. ketika berzikir kepada Allah, maka mereka akan bergerak-gerak (tamayul) sebagaimana geraknya pohon ditiup angin kedepan dan ke belakang". [Tartib Al-Idariyyah: 2/143] 3. Imam al-Baihaqi (Al-Adaab lil Baihaqi : 422) 4. Imam ar-Ramli (Nihayah al-Muhtaj, ar-Ramli : 8/298) 5. Imam as Suyuthi (al-Hawi lil Fatawi) 6. Syaikh Islam Sirajuddin al-Balqini, 7. Al-'Allamah Burhanuddin al-Abnasi, 8. syaikh Islam Izzuddin bin Abdissalam (Al-Hawi lil Fatawi, as-Suyuthi : 3/349) 9. Imam Abdul Hayy al-Kattan ( At-Taratib al-Idariyyah, al-Kattani : 2/143 ) 10. imam al-Ghazali (Ihya Ulumuddin, al-Ghazali : 2/266) 11. Dr Malik Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi (al-Bid'ah fil Mafhum al-Islami ad-Daqiiq) Antara penulisan asatizah yang bagus untuk dibaca mengenai zikir menari ini : 1. TARIAN MENURUT 4 MAZHAB - http://www.aswj-rg.com/2014/02/hukum-ar-raqsh-tarian-menurut-ulama-empat-madzhab-dan-jawapan-buat-asrie-sobrie.html 2. SEBAHAGIAN PERKATAAN IMAM AHMAD BIN HANBAL - 3. ZIKIR BERJOGET - http://al-amindaud.blogspot.com/2009/05/zikir-berjoget.html 4. ANALISIS ILMIYYAH ZIKIR MENARI - http://www.aswj-rg.com/2015/04/analisis-ilmiah-10-kesilapan-dalam-artikel-dr-zulkifli-bakri-isu-zikir-menari.html 5. PERBAHASAN ZIKIR HADRAH - http://pondoktampin.blogspot.com/2015/04/secebis-perbahasan-zikir-hadrah.html Wallahua'lam bissawab. Tambahan : [Jawapan Fadhilatu al-Allamah Dr. Ali Jum'ah seputar isu berkenaan Tariqat Naqsyabandi al-Haqqani, Syaikh Nazim Haqqani, zikir menari dan mengucup kaki guru] 1) Berkenaan mengucup kaki, ianya warid dalam Sunan Abi Daud[1], bahawa rombongan (kabilah)Abdul Qais, mengucup tangan Nabi dan kakinya, akan tetapi ianya tidak menjadi kebiasaan para sahabat untuk melakukan sedemikian, oleh kerana itu, terutamanya ketika berlakunya kekeliruan,dan berlakunya fitnah, tidak digalakkan untuk melakukan sedemikian. Namun ianya dibolehkan, dari sudut waridnya(sabit dalil) perkara tersebut, seperti kisah rombongan Abdul Qais tadi. Dan perbuatan mencium/mengucup tersebut adalah satu bentuk penghormatan, akan tetapi sekiranya ianya dijadikan kebiasaan, dan dilakukan dihadapan orang awam sehingga tampak seolah-olah ia sujud kepadanya, maka akan berlaku fitnah di atas fitnah, maka ini bukanlah daripada kebijaksanaan, dan bukan daripada hikmah. 2) Berkenaan isu penyebaran video-video tersebut di Youtube dll, saya kira ianya tidak boleh sekali-kali dijadikan sumber bagi pengetahuan/penghukuman, kerana manipulasi, penyelewengan potongan(cut) dan pengubahan terhadapnya merupakan satu perkara yang mengerikan, sehingga ianya membenarkan apa yang telah disabdakan Nabi SAW, "dan makin banyak tersebar penipuan", mereka memotong-motong video, kemudian memain-mainkan(menokok tambah), sehingga orang ramai menyangka bahawa ia melihatnya dengan matanya, sedangkan tidak sama sekali.. 3) Berkenaan keadan-keadaan yang berlaku pada orang-orang yang berzikir(seperti menari, meloncat) sekiranya hal-hal tersebut adalah benar-benar berlaku tanpa disengajakan/dibuat-buat, maka ia tidak tertakluk dengan hukum taklifi. Iaitu seperti seorang lelaki yang masuk(hadhrah zikir), tidak mampu menahan perasaannya, sehingga kelihatan berlaku pada dirinya hal-hal tersebut(tanpa disengajakan). Dan hal-hal seumpama ini bukanlah menunjukkan kesempurnaan, kerana golongan yang sempurna(sampai ke martabat kemuncak dan tinggi di sisi Allah), tidak zahir pada mereka keadaan-keadaan ini. Oleh kerana itu kita tidak melihat perkara seperti ini pada para sahabat, tidak juga pada golongan tabiin, akan tetapi ianya zahir(setelahnya) ketika munculnya hati-hati yang sempit, yang menampung banyaknya makrifat-makrifat yang melimpah pada hati seorang 'arif, maka keseimbangan dirinya menjadi tempang tak terkawal, maka ini adalah hal kekurangan, dan bukan hal kesempurnaan, dan bahawasanya, ia ketika itu hilang kendalian akalnya, tidak mampu mengawal dirinya. Sebaliknya sekiranya ia melakukannya secara sengaja, seperti dengan bergerak-gerak/menari dalam keadaan ia mengikut-ikut dan buat-buat seolah-olah ia berada dalam keadaan(zauq), maka ianya haram, kerana ia meniru-niru dan buat-buat, dalam keadaan ia pada hakikatnya tidak berada dalam hal tersebut. Maka ia termasuk dalam bab riya' dan sum'ah wal'iyazubillah, dan ini adalah sebaliknya daripada apa yang menjadi tujuan ahlullah daripada tasawuf dalam perkara ini.. 4) Berkenaan soalan tentang individu tertentu, bahawa fulan dan gurunya fulan, adakah mereka berada pada jalan naqsyabandiyah yang asli, perkara ini memerlukan kajian yang dalam, perlu untuk meneliti kitab-kitab mereka, begitu juga kitab-kitab tariqat mereka, kemudian kita lihat, adakah di sana ada kesilapan/kesesatan, dan adakah kesesatan ini pada sebahagian aspek pengamalan mereka, dan adakah ianya bertentangan dengan syariat, dan sebagainya... dan maklumat tentang perkara ini masih belum cukup pada kami(untuk menghukum).. kerana ianya memerlukan kajian yang menyeluruh pada perkara-perkara tadi(sebelum menghukum).. Akan tetapi kami mempunyai pandangan secara umum, iaitu bahawasanya setiap yang makin hampir tariqatnya dengan sunnah Nabi SAW, dan berpegang teguh dengannya, maka ianya adalah satu perkara yang baik dan utama dan lebih perlu untuk dijaga.. https://www.youtube.com/watch?v=vaQ9qe3IWZc Latar belakanG Syeikh Ali Jum'ah ulama Al Azhar (Mufti Besar Mesir). |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber / Cyber Warlords To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |