Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GUAN ENG KATA TERPAKSA HALAU PAS KERANA HADI KEPALA BATU DENGAN KUASA VETONYA

Posted: 25 May 2015 08:53 PM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.
Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.
Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.
"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.
"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.
Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.
Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi bekerjasama.
Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai 'kuasa veto' untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat

MEJAR SENGAL NGAKU TAK KOMPLOT JATUHKAN PRESIDEN PAS...BOLEH PERCAYA KER?

Posted: 25 May 2015 05:53 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Zaidi Ahmad menegaskan beliau tidak pernah memfitnah atau menyerang peribadi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu menurut Zaidi, beliau sedia disiasat sekiranya ada aduan rasmi berhubung pelanggaran etika ketika berkempen menjelang pemilihan parti Jun ini.

"Saya yakin bahawa sepanjang saya berkempen, saya tidak pernah melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh parti, antaranya jangan melakukan fitnah dan jangan menyerang peribadi pihak yang ditandingi.

"Pada masa sama saya bersedia disiasat sekiranya ada mana-mana pihak yang sanggup tampil membuat aduan rasmi kepada PAS Pusat bahawa saya telah melanggar disiplin parti dalam berkempen," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Nama Zaidi kembali mencetuskan kontroversi apabila wujud gesaan supaya PAS memecat beliau serta dua lagi ikon parti itu kerana mengkritik kepimpinan parti.

Turut sama terbabit dalam kontroversi kerana mengkritik PAS ialah Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda PAS Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat yang juga penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin.

Mengulas lanjut Zaidi yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada calon jawatan Presiden PAS, Ahmad Awang berkata, isu pemecatan itu berkemungkinan sengaja ditimbulkan oleh penyokong Hadi.

"Sudah adat pertandingan setiap pihak akan mempromosikan kelebihan calon masing-masing dan pada masa yang sama mengetengahkan kelemahan di pihak pesaing.

"Isu pecat yang timbul baru-baru ini barangkali dicetuskan oleh penyokong-penyokong Hadi yang terlalu sayang kepada beliau sehingga tidak dapat menerima sebarang kritikan dan teguran di atas kepimpinan beliau," katanya.

Berhubung permilihan parti Jun ini, Zaidi berkata beliau secara peribadi mahu melihat perubahan dalam kepimpinan PAS.

"Saya secara peribadi merasakan yang PAS perlukan perubahan kepimpinandemi memastikan kecemerlangan yang telah dicapai oleh PAS terutama semasa era Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) bukan sahaja dapat dikekalkan malah dapat terus dipacu terutama dalam memastikan PAS terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU-14 yang akan datang.

"Nasihat saya kepada kedua-dua belah pihak, berkempenlah dengan berhemah dan penuh kasih sayang kerana kita adalah dalam satu jamaah," katanya.

Komen kami...

Bekas askar bermasalah ini menasihatkan ahli-ahli PAS kem Hadi Awang berkempen dengan berhemah dan penuh kasih sayang tapi dalam masa yang sama dia susun strategi memperlekehkan Presiden sendiri.

Dia nakkan perubahan kepimpinan?...Apa maksudnya jika secara tersiratnya dia inginkan agar Presiden PAS yang ada sekarang diganti baru.

Diganti dengan orang lain...siapa dia kalau bukan Ahmad Awang.

Huh hebat bekas Mejar ni baru jer tak sampai setahun jagung masuk jemaah dah boleh mencatur-caturkan kepimpinan sedia ada!!!

Kita pun tahu dia ni adalah pegawai khas kepada Lebai Ostad Ahmad Awang. 

Sapa tak kenal lebai malang tu?

Dialah penyokong kuat Anwarinas. Dia juga Mursyidul Am PASMA. Geng-geng PASMA adalah penjilat DAP. Mereka juga memperlekehkan hudud dan akan menolak usul hudud di Parlimen nanti.


Geng PASMA adalah virus dalam PAS. Mereka adalah puak-puak baruah dan broker yang mengadaikan perjuangan Islam PAS demi menjaga hati puak kapir harbi DAP dan munafik fasik PKR.   

Lebai malang ini juga dikenali sebagai imam khawarij kerana menolak perpaduan sesama Islam.

Dia juga yang menolak persefahaman antara UMNO dan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan di Perak dulu.

Lebai khawarij ini juga menolak sebarang rundingan atau berbaik-baik dengan UMNO kerana masih menganggap orang UMNO sebagai najis dan kafir yang halal darahnya.

Kita tak tahu berapa banyak wang yang disumbatkan oleh tokey-tokey DAP dalam mulut tuan lebai ini?

Semuanya kerana cita-citanya nak jadi Tuan Mopti Negeri Perak yang baru tapi sifat peribadinya langsung tak layak. 

Kalau dengan DAP alahai lemah lutut lebai ni. Ntah berapa banyak DAP tabur duit untuk menangkan lebai ni menentang Hadi Awang dalam Muktamar PAS nanti. 

Kini tuan lebai Ahmad Awang mengambil si askar bermasalah ini untuk jadi pembantu peribadinya.

Dalam masa yang sama bagi mendapatkan nasihat dan strategi perang saraf ala-ala ketenteraan untuk mengalahkan Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Mejar sengal ni juga diberikan dana khas oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Joseph Lim Guan Eng untuk bergerak dalam sebuah NGO yang dipersetujui oleh Timbalan Ketua Menteri PKR.


Jadi mesti ada kaitan dengan dana yang dicurahkan kepada lebai Ahmad Awang ini oleh DAP-PKR melalui Mejar Zaidi untuk jatuhkan Hadi Awang!  

Mungkin askar sengal ni juga yang menasihatkan agar Husam Musa menarik diri dari bertanding jawatan Presiden agar lebai Ahmad Awang ini satu lawan satu dengan Hadi Awang.

Kebetulan Husam Musa adalah Presiden PASMA.

Nak harapkan pak lebai Ahmad Awang bergerak sendiri, manalah orang tua tu tahu strategi. 

Mungkin dengan strategi tersebut pak lebai ini yakin boleh menang, apatah lagi sokongan kuat kewangan DAP Perak yang kaya hasil jualan balak haram di Kelantan, kroni Husam Musa.  

Jadi alang-alang nak gantikan Presiden yang sudah dianggap tergelincir dari matlamat liberal Pakatan Rakyat maka si askar sengal ni berkempenlah agar ditukar kepimpinan PAS yang ada sekarang yang dibarisi ramai Ulama dan Geng Ustaz.

Gamaknya bagaimana seorang ulama; Tuan Guru Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS akan menghadapi Lebai Ahmad Awang ini jika dia berjaya mengalahkan Hadi Awang?

Emmm...dalam PAS nanti ada Tuan Presiden ahli PASMA yang juga merangkap Mursyidul Am PASMA. Silap hari bulan Haron Din kena tendang. Hahahahaa ponggah ranah !!!

Hebat percaturan DAP kan?

BILA PELAWAK JADI ULAR DALAM SEMAK...HANYA DIA YANG BETUL

Posted: 25 May 2015 05:32 AM PDT



PETALING JAYA: Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak tidak akan 'tutup mulut', malah mahu terus mengkritik PAS dan kepimpinannya demi masa depan parti itu.

Bukan itu sahaja, Sulaiman yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda PAS Pusat turut melabel kumpulan tertentu dalam parti itu sebagai 'lebai mercun' kerana berselindung atas nama Islam semata-mata untuk berkuasa.

"Saya masih ahli PAS yang sah dan boleh mengkritik siapa sahaja, antaranya lebai-lebai mercun yang balik dari Mesir tak cukup senawi mengaku ulama sehebat seantero Malaysia.

"Lebai-lebai mercun ni tak suka berbaik dengan orang bukan Islam sebagai medan dakwah ukhwah sebaliknya mengkafirkan mereka secara lantang tanpa menghormati sentiviti agama. Apabila diangkat menjadi pemimpin, mereka hanya pandai bercakap bab dakwah, Islam dan sebagainya tapi langsung tidak turun ke akar umbi melihat nasib rakyat bawahan," katanya pada Isnin.

Kenyataan penuh emosi itu dimuat naik di laman Facebook sebagai respon kepada laporan muka depan sebuah akhbar harian bahawa beliau akan dipecat daripada PAS kerana lantang mengkritik kepimpinan PAS.


Turut sama dikaitkan dalam laporan itu ialah pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Zaidi Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin.

Mengulas lanjut Sulaiman berkata, beliau masih belum menerima sebarang surat mengenai kedudukannya dalam PAS.

"Kami belum lagi mendapat apa-apa surat rasmi atau panggilan telefon daripada pimpinan tertinggi berhubung isu pemecatan yang menjadi viral," katanya.

Mengenai dakwaan beliau terlalu lantang mengkritik kepimpinan PAS walaupun masih baharu menyertai parti Islam itu, Sulaiman bagaimanapun menempelak golongan berkenaan.

"Kepada lebai-lebai mercun dalam PAS yang merosakkan parti dan jemaah, jangan dok buat kepala!

"Tak payah nak sembang hang orang lama dalam PAS kalau setakat tarbiyah cap ayam dok berlagak usrah sana sini tapi perangai tak seperti orang yang kena tarbiyah. Merekalah lebai-lebai mercun yang pemecahbelahkan jemaah PAS sekarang ini," katanya.


Komen kami laa..

Sekarang ni Allah bayar cash...

Dulu mereka sibuk mengkafirkan UMNO kunun tak ikut cara Islam, ikut Perlembagaan kapir, tolak hudud... 

Sekarang ni mereka sibuk mengkafirkan sesama sendiri dan mengkafirkan orang yang sememangnya kapir kerana perebutan jawatan dan kuasa dalam Muktamar PAS awal Jun nanti.

Ini adalah kifarah yang Allah turunkan kepada manusia yang suka cari kesalahan orang lain, aibkan orang lain sambil-sambil reka-reka dakyah dan tabur fitnah. Hujung-hujung mintak derma atas nama jihad akhirat.

Ambik pula artis sengal dan pelawok suam-suam kuku jadi ikon, baru kenal agama kononnya nak berhijrah tinggal dunia lagha terus dilantik jadi ostad dan ostajah ceramah ke hulu ke hilir.

Bila si retis ni ngomel sikit pasal jemaah mulalah dia kena bantai kononnya tak selari dengan pandangan dan pendapat jemaah.

Jemaah yang mana satu? Jemaah Geng Ustaz dan Ulama atau jemaah PASMA?


Inilah cerminan demokrasi dalam PAS yang ngaku parti Islam. Belum lagi diberi kuasa mutlak dah berantakkan. yang mereka tahu hanyalah mencari kesalahan orang lain.

Tak tahulah kalau dapat kuasa lebih nanti rasanya lebih teruk dari parti pemerintah yang mereka selalu kutuk. Nauzubillah semoga Allah tak izinkan mereka memerintah Malaysia yang tercinta ini. 

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w;

 "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Saat itu pendusta dibenarkan, sedangkan orang jujur malah didustakan; pengkhianat dipercaya, sedangkan orang yang amanah justru dianggap pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara. Ada yang bertanya, "Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?" Beliau menjawab, "Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas." [HR Ibnu Majah]

Pecah menanti belah...DAP sedang menunggu hari untuk yamseng beer dan BBQ babi panggang. Ya tolak hudud demi DAP...anda mampu mengubahnya...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>