Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


JIKA NIK AZIZ MASIH HIDUP, DAP TAK BERANI CERAMAH TOLAK HUDUD DI KELANTAN - NIK ABDUH

Posted: 13 May 2015 10:30 AM PDT





Anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz sangat yakin jika bapanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup, beliau tidak akan sekali-kali membenarkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang datang ke Kelantan untuk berceramah sebagaimana berlaku baru-baru ini.

Nik Muhamad Abduh yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Ma itu nyata sangat kecewa terhadap tindakan PAS Kota Bharu yang sanggup menjemput Kit Siang untuk menyampaikan ceramah menolak perlaksanaan hukum hudud di negeri berkenaan.

Beliau berkata, keadaan yang berlaku di Kelantan benar-benar mengejutkan apabila pemimpin di sana seakan-akan 'bergembira' selepas ketiadaan Allahyarham Nik Abdul Aziz dengan menjemput seorang invdividu seperti Kit Siang walaupun mengetahui pemimpin berkenaan bertanggungjawab menentang hudud di  negeri terbabit.

"Mereka kata, sejak Pas kehilangan TGNA rahimahullah, Pas berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu.

"Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin Pas yang berani membawa dan bersama LKS ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum ALLAH.

"Semoga ALLAH mengukuhkan istiqamah ahli Pas seluruhnya menyambung perjuangan tuan guru yang telah menemui Tuhannya di belakang tuan guru presiden yang masih bersama berjuang melawan badai tipu daya," katanya dalam tulis di laman sosial Facebooknya semalam.

Memetik kepada laporan, PAS Kota Bharu telah bertindak menganjurkan  Ceramah Perdana bertajuk 'Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan' di Padang Perdana pada malam Ahad lalu dengan menjemput Kit Siang serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Dalam ucapan yang dilakukan Kit Siang, beliau menegaskkan tindakannya menentang perlaksaan hudud disebabkan ia telah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta mendapat nasihat daripada tokoh ulama dunia, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.

"Saya baca bila saya ke Jordan. Saya baca adalah sarjana-sarjana dan ustaz dan ulama Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian  kecil daripada undang-undang syariah dan ia mempunyai syarat sebelum  ia dilaksanakan.

"Ketua Persatuan Ulama Islam Dunia, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi ada berpendapat bahawa kalau undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan maknanya masa tidak sampai untuk melaksanakan, ataupun tidak ada keutamaan. Bukan saya kata, itu yang saya baca," katanya dalam ceramah beliau. 



PNB NAFI TUDUHAN RAFIZI MEMBELI BON SUKUK 1MDB

Posted: 13 May 2015 10:19 AM PDT




Permodalan Nasional Bhd (PNB) tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk yang diterbitkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"PNB juga tidak menerima sebarang tawaran daripada 1MDB," kata syarikat pengurusan dana terbesar negara itu dalam satu kenyataan Rabu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai menjelaskan tentang laporan dalam talian semalam yang menyatakan 1MDB menerbitkan bon Islam bernilai RM1.5 bilion kepada kedua-dua PNB dan Lembaga Tabung Haji.
Laporan itu memetik Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebagai berkata PNB membeli bon sukuk daripada 1MDB.
Rafizi mendakwa dalam laporan itu:"Oleh kerana Tabung Haji mengaku telah membeli sukuk bernilai RM920.8 juta daripada 1MDB, ini bermakna PNB telah membeli baki RM579.2 juta".- 13/5/2015

MAHATHIR SERANG PERIBADI ROSMAH TINDAKAN TAK MASUK AKAL & TAKTIK LAMA

Posted: 13 May 2015 05:00 AM PDT





Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir membuat serangan peribadi terhadap Datin Seri Rosmah Mansor sebagai satu tindakan yang tidak profesional.

Tajudin berkata, tindakan bekas perdana menteri itu membidas isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tidak masuk akal.

Kata beliau, sebagai pemimpin yang mempunyai pengalaman luas dalam jawatan tersebut, beliau tidak perlu mengkritik peribadi seorang pemimpin, sepatutnya menegur dasar-dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara. 

Tambah beliau, negara ini semakin maju seperti negara asia timur tetapi fikiran Mahathir masih kebelakang apabila mula menyerang peribadi pemimpin. 

"Kita menuju ke arah menjadi sebuah negara maju seperti Jepun dan Korea, jadi jangan bercakap tentang perkara peribadi," kata Tajudin.

Mahathir sebelum ini mula menyerang Rosmah dengan mengatakan gaya hidup isteri perdana menteri itu seakan-akan perdana menteri dan menyebabkan orang Melayu dan Cina meluat tentang gaya itu. 

Disebabkan tindakan Mahathir itu, ramai orang mula mengecam apabila menggunakan taktik lama dengan menyerang peribadi dan dianggap beliau sudah kehabisan modal untuk mengkritik perdana menteri. -Utaranews.com-

TERKINI ! KABINET SETUJU HARGA TOPUP RM10 DAPAT NILAI RM10 - @ShaberyC

Posted: 13 May 2015 04:20 AM PDT





 Kabinet hari ini bersetuju cadangan tambah nilai prabayar yang dijual pada harga RM10 akan dapat nilai RM10 apabila diaktifkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.''

 "Pada hari ini Kabinet telah bersetuju dengan cadangan kementerian supaya tambah nilai prabayar yang dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai RM10 apabila diaktifkan. 

"Kerajaan mahu pihak telekomunikasi melaksanakan kaedah dan pendekatan itu sepenuhnya dalam tempoh enam bulan," katanya pada sidang media sebentar tadi

hmad Shabery berkata, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan atau 'usage based'. 


"Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih wajar kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan. "Bagi mengimbangi kesan caj GST, kementerian meminta syarikat telekomunikasi untuk menurunkan tarif mereka," katanya.

ADUN DAP SENDIRI TAK PUAS HATI KERAJAAAN NEGERI LARI JAWAB ISU TEROWONG

Posted: 12 May 2015 06:12 PM PDT




PULAU PINANG 12 Mei - Seorang wakil rakyat DAP terpaksa membuat desakan secara terbuka di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selepas kecewa dan tidak berpuas hati apabila isu yang dibangkitkan tidak dijawab kerajaan negeri.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey berkata, beliau terpaksa melakukan tindakan itu selepas usaha mendapatkan penjelasan dalam dua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini tidak mendapat jawapan sewajarnya. Menurutnya, beliau mahukan penjelasan mengapa projek terowong berkenaan diberi keutamaan walaupun tidak menjadi fokus utama dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

 "Saya tidak faham kenapa projek terowong ini terlalu diminati kerajaan negeri sedangkan sepatutnya keutamaan projek harus mengikut pelan induk terbabit.

"Apa tujuan melantik syarikat perunding untuk membuat pelan induk itu tetapi kerajaan negeri sendiri tidak mahu mengikutinya," katanya kepada pemberita di lobi DUN Pulau Pinang, di sini semalam.



Dalam perkembangan berkaitan, Soo Huey meminta Kerajaan DAP Pulau Pinang mengkaji semula cadangan menebus guna tanah di kawasan Pulau Gazumbo berhampiran Jambatan Pulau Pinang. Menurut beliau, kawasan itu yang turut dikenali sebagai Middle Bank merupakan habitat utama hidupan marin terutama rumpai laut di negara ini sekali gus tidak wajar dikorbankan atas nama pembangunan.

"Jika Persiaran Gurney sudah ditebus guna untuk projek pengangkutan, saya rasa tidak perlu lagi untuk menebus guna tanah di Middle Bank," katanya.

 Turut mempertahankan Pulau Gazumbo daripada diceroboh itu ialah seorang lagi wakil rakyat DAP, Teh Yee Chue yang menggesa kerajaan negeri ikhlas memelihara kawasan laut dan sumber maritim negara. "Kerajaan negeri harus mewartakan kawasan Middle Bank sebagai lokasi marin bagi menjamin ekosistem negeri ini," katanya yang juga ADUN Tanjung Bungah.

TONY PUA MOHON BATAL SAMAN BUKTIKAN NAJIB TIADA KAITAN 1MDB

Posted: 12 May 2015 05:00 PM PDT





DARI awal kita sudah katakan bahawa Perdana Menteri tidak ada kaitan dengan 1MDB – secara langsung.  Beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam syarikat itu atau mempunyai apa-apa kuasa membuat keputusan untuknya.
Ketika ramai orang percaya Tun Mahathir tidak boleh dipersalahkan dalam skandal BMF kerana tidak memegang jawatan dalam bank tersebut, tapi orang yang sama nak percaya Perdana Menteri boleh dikaitkan secara langsung dengan 1MDB walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam syarikat tersebut.
Segala tindakan Perdana Menteri dalam isu 1MDB setakat ini, hanya dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sahaja.  Kenyataan perlu dibuat dalam cara yang berhati-hati, lebih lagi dalam keadaan 1MDB sedang menghadapi siasatan jabatan audit dan sebagainya.
Tapi masih tidak menghalang fitnah dan tohmah.  Kelompok ini masih terperangkap dalam corak kepimpinan era 80-an, 90 dan awal 2000 dimana Perdana Menteri adalah segalanya dan terlalu berkuasa, waima dalam soal nak menentukan rekabentuk bangunan KLCC pun kena dapat persetujuan Perdana Menteri dahulu!!
Mungkinkah pandangan ini akan berubah setelah pemimpin pembangkang Tony Pua sendiri mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada locus standi untuk menyamannya dalam isu berkaitan 1MDB apabila membuat permohonan di Mahkamah agar saman itu ditarik balik?
Makna locus standi ini antara lain tidak ada kapasiti (kerana tidak berkaitan) untuk memulakan tindakan saman ke atasnya?  Dalam bahasa mudah, PM tidak boleh menyaman Tony Pua kerana PM tidak ada kaitan dengan 1MDB.
Contoh kes tidak ada locus standi yang paling popular ialah bila Lim Kit Siang gagal menghalang kerajaan pimpinan Tun Mahathir dari menyerahkan PLUS kepada syarikat UEM (sebuah syarikat rugi) pada 2002 kerana Lim Kit Siang tidak ada locus standi untuk menghalang penyerahan tersebut.
Dia bukan ada kepentingan dalam UEM atau PLUS pun.  Macam itulah contohnya.
Ini kalau bukan bukti jelas Najib tidak ada kaitan langsung dengan 1MDB seperti yang difitnahkan Tun Mahathir dan parti-parti pembangkang, penulis tak tahu nak kata apa.  Nampak sangat permainan persepsi sahaja yang mengatakan begitu sedangkan hakikatnya tidak.
Kalau ikut penulis, bukan Tony Pua saja yang kena saman dan kemudian merayu supaya ditarik balik saman…..

SUMBER : MYKMU

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>