Dd i n b u n g a |
PENDUDUK KG TERSUSUN TANAH HITAM CHEMOR MENDAPAT SURAU BARU Posted: 12 May 2015 08:58 PM PDT YB DS Ahmad Husni menyampaikan surat kelulusan kepada Tn Hj Raimi dan disaksikan oleh YB Datuk Aminddin dan YB Hj Ziad Pada 10 Mei 2015 YB DS ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Parlimen Tambun menyeru agar kita semua mengamalkan sikap MAKRIFAT Kepada Allah S.W.T, kita menyanyangi Allah melebihi dari segalanya dan percayalah Allah S.W.T juga menyayangi kita selaku muslim yang baik. beliau megatakan semasa Majlis penyampaian surat kelulusan peruntukan membina Surau Nurul Kamaliah Kg Tersusun Tanah Hitam Chemor, turut hadir bersama YB Datuk Aminuddin Hanafiah ADUN Hulu Kinta, YB Hj Mohd Ziad ADUN Manjoi, Puan Hjh Surai Hussin Ketua Wanita UMNO Bahagian Tambun dan pimpinan UMNO Bahagian Tambun. YB DS Ahmad Husni menyampaikan ucapan Surau yang diluluskan melalui peruntukan Khas Menteri Kewangan Kedua bernilai RM400K akan dimula pembinaannya selepas Hari Raya yang akan memberi manafaat kepada 500 penduduk di Kg. Tersusun Tanah Hitam ini. Penduduk yang hadir Ketua UMNO Cawangan Kg Tersusun Tanah Hitam, Hj Zainuddin Abu Kassim meluahkan perasaan terima kasih diatas peruntukan yang diluluskan oleh YB DS Ahmad Husni kepada Cawangan beliau. YB DS Ahmad Husni di Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Surau Nurul Kamaliah Kg Tersusun Tanah Hitam bersama Wakil Rakyat Manakala Pengerusi Surau Tn Hj Raimi menyatakan tiada kata yang dapat dinyatakan selain amat berterima kasih diatas keperihatinan YB DS Ahmad Husni diatas kelulusan sebuah Surau yang menjadi idaman penduduk selama ini bagi mengantikan surau lama papan 2 tingkat yang sekarang sudah uzur dan tidak sesuai lagi 2 tingkat memandangkan kariah kebanyakannya pesara yang sudah menajangkau umur warga emas. YB DS Ahmad Husni dan YB Datuk Aminuddin melakukan gimik pecah tanah Sebelum ini Kg Tersusun Tanah Hitam telah banyak peruntukan Infrastruktur seperti Dewan Orang Ramai, Gelangang Badminton, Turap Jalan dan pembinaan longkang sudah siap dibina. TAHNIAH PENDUDUK KG TERSUSUN TANAH HITAM TERIMA KASIH YB DS AHMAD HUSNI DAN YB DATUK AMINUDDIN TAHNIAH UMNO BAHAGIAN TAMBUN MY BEAUTIFUL TAMBUN |
You are subscribed to email updates from Dd i n b u n g a To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |