Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Taipingmali (tm)

$
0
0

Taipingmali (tm)


Mahathir - Hard Talk Part 3

Posted: 26 Feb 2013 06:48 PM PST

Mahathir - Hard Talk Part 2

Posted: 26 Feb 2013 06:42 PM PST

Mahathir - Hard Talk Part 1

Posted: 26 Feb 2013 06:36 PM PST

Kerana Kuat Tidur dan Pekak, Nik Aziz tak tahu apa terjadi dikelilingnya

Posted: 26 Feb 2013 06:09 PM PST

Diterbitkan pada 26/02/2013
http://tukar-kelate.blogspot.com : Rakaman pergaulan bebas dan pemasangan muzik karaoke yang kuat hanya berlaku tidak sampai 1 kilometer dari rumah Nik Aziz. Kami juga akan mendedahkan bukti di Kelantan terdapat 17 buah pusat hiburan yang beroperasi sehingga jam 4.00 pagi - di mana MPKB-BRI?

Kubur Mat Indera : Akmal Kamaruddin, Mat Sabu, Harakah masih membisu

Posted: 26 Feb 2013 03:32 PM PST

kubur palsu
kubur asal Mat Indera


Isu pembohongan kubur Mat Indera oleh Mat Sabu Timbalan Presiden Pas dan Ustaz Akmal Kamaruddin Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Perak sudah masuk bulan kedua.

Pendedahan kubur Mat Indera yang sebenar telah pun dibuat pada 11 Februari lalu melalui laman-laman blog dan media tv perdana seperti TV3, RTM dan Astro.

Malah beberapa hari selepas pendedahan dibuat, papan tanda pada kubur palsu Mat Indera pun telah dibuang, kemungkinan oleh Pas. 

Tanah perkuburan Taiping juga menjadi popular kerana ramai yang melawat untuk melihat sendiri kubur asal Mat Indera yang berupa jirat cina.

Pun begitu , TM krew melihat Harakah (lidah rasmi Pas) Mat Sabu dan Akmal Kamarudin terus membisu dalam isu ini. Ustaz Akmal Kamarudin yang berjawatan Ketua Penerangan Pemuda Pas Perak adalah orang yang bertanggung jawab untuk menjawab isu kubur palsu Mat Indera.

Beliau boleh buat sidang media dan menjemput Harakah, Sinar Harian, Media Pas, bloggers Pas untuk menafikan dakwaan TM krew bahawa segala pendedahan oleh TM, RTM, TV3 dan Astro adalah palsu. 

TM dan the krew telah memberi tempoh 14 hari kepada Ustaz Akmal Kamaruddin untuk menjawab isu ini tetapi sampai sekarang beliau gagal berbuat demikian.

Amat memalukan sebagai Ketua Penerangan beliau wajib tampil dan memberi penjelasan.

Pas Taiping mula kempen rumah ke rumah

Posted: 26 Feb 2013 02:09 PM PST



Petang semalam laluan ke rumah TM dihiasi dengan 3 batang bendera bulan purnama, dalam peti surat juga terdapat satu nota kecil menjemput muslimat ke satu majlis bacaan Yassin, tahlil dan tazkirah dan majlis bermula jam 8.00 malam.



Majlis tersebut akan dibuat disebuah rumah jiran selang 2 buah dari rumah TM. Siap pasang khemah. Dengan terpacaknya 3 buah Pas ia mengesahkan bahawa majlis tersebut adalah majlis politik yang menggunakan nama majlis tahlil dan tak perlu memohon permit daripada pihak polis.

Apapun TM tidak berada di rumah malam tadi kerana ada tugas-tugas lain. sekembalinya TM ke rumah hampir-hampir jarum jam berkumpul pada angka 12, setelah keluar dan menutup pintu pagar terdengar suara seorang penceramah perempuan sedang memberi tazkirahnya., suaranya jelas dan terang, ia melambangkang bahawa penganjur telah menggunakan pembesar suara kelas A.

Ternyata bahawa program malam tadi adalah program ceramah politik khusus untuk muslimat penduduk Kampung Expo. Jalan masuk ke rumah TM menjadi sesak, beratus-ratus kereta dipakir di kiri kanan jalan. ribuan motosikal memenuhi segenap tanah-tanah kosong di sekitar kawasan. Kata juruacara makanan banyak yang lebih sapa nak makan atau bawa pulang sila ambil sendiri. Hebat sampai berlebih-lebih makanan. bayangkan betapa ramainya muslimat yang hadir.

Kata Pentazkirah wanita tersebut " PRU kali ini amat mencabar, kita kena pastikan PAS menang besar, jika kita kalah ia petanda buruk buat kita"

Menurut jiran, "Penceramah politik malam tadi ialah pegawai agama negeri Perak Ustaz Manolito. YDP Pas Taiping dan seorang wanita yang tidak dikenali. Katanya ceramah politik isinya mudah sahaja, menyokong perjuangan Anwar dan Dap dan memaki hamun Barisan Nasional sebagai kerajaan zalim. Standard lah tu"

Tanya TM lagi, "Ustaz Siam Osman Noh ada?  Jiran terkejut bila disebut Osman Noh Ustaz Siam. katanya tak ada nama tersebut.

Osman Noh ini seorang imam di masjid Kampung Expo, bekas pegawai tak bertauliah Kagat dan beliau berasal dari Satun Thailand, beliau mempunyai kad pengenalan Malaysia dan berkhidmat dengan kerajaan.

Beliau pernah berjanji apabila bersara, beliau akan balik ke negara asal untuk menjaga emaknya yang sudah pun uzur tetapi dek kerana rezeki yang melimpah ruah di bumi Malaysia beliau memungkiri janji dan kini ibunya ditinggalkan begitu sahaja kepada adik beradiknya. Kalau bab berceramah dalam masjid dia memang handal tetapi kalau dipentas politik dia memang menyorok di belakang dan enggan dikenali.

Sama macam program berkhatan beramai-ramai anjuran Dap di masjid Kg Expo, beliau juga menjadi peneraju utama tetapi bila bab bergambar dia orang yang pertama cabut lari.

Dalam Pru 12 lalu nama dia tak ada dalam senarai daftar pemilih, tahun ini tak semak lagi. Mungkin beliau tak berani mendaftar sebagai pengundi kerana takut identiti dia terdedah. mungkin juga beliau membeli kad pengenalan secara tidak betul.

Ustaz ni kalau nak kenal dia cukup mudah, bila jadi Imam bacaan nya bunyi macam lagu hindustan atau bangla..

Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara – bekas Laksamana TLDM

Posted: 26 Feb 2013 01:31 PM PST

Selasa, 26 Februari 2013 Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara – bekas Laksamana TLDM Eksklusif oleh Sidiqin Omar  KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.
Laksamana ini ada bukti baru?
Bekas pegawai kanan TLDM yang bercita-cita untuk menjadi YB kelmarin mendedahkan bahawa Isu pencerobohan Lahad Datu adalah agenda kerajaan. Beliau juga mengaitkan dengan kes Al-Maunah yang menggemparkan negara di Jenalik Lenggong pada tahun 2000 dahulu.

Kenyataan Imran dibuat setelah media antarabangsa mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim dan ARDA terlibat dengan pencerobohan tersebut.

Pihak Polis eloklah menyoal siasat Imran kerana beliau mempunyai bukti baru, siasat juga apakah peranan beliau dalam isu ini.





KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.


"Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien.

Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

"Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

"Fikir punya fikir, macam sandiwara," katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

"Kita ada 'Operasi Pasir Laut' antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?" katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

sulu lahad datu

Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang 'laluan panas' ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

"Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana," katanya.

Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan


TERAJU UTAMA UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG

Posted: 26 Feb 2013 01:06 PM PST


Datuk Haji Rosli Bin Husin,
KETUA BAHAGIAN UMNO BUKIT GANTANG
ADUN TRONG.
Dato' Haji Ismail Bin Saffian
SUSK YAB MENTERI BESAR PERAK

Yang Berbahagia Kamaruddin Bin Abu Bakar,
NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG.
PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT.
SENTIASA BERSAMA DALAM MEMBANTU RAKYAT.
SENTIASA BERSAMA DALAM MENANGANI DAN MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT DI PARLIMEN BUKIT GANTANG.

UNDI BN!UNDI BN!UNDI BN!




MELAWAT MANGSA BANJIR DI DUN CHANGKAT JERING

Posted: 26 Feb 2013 12:26 PM PST

Saudara Kamaruddin Bin Abu Bakar meredah banjir bersama rakyat di Taman Pengkalan Makmur

Photo: Melawat mangsa banjir di Kpg Jelapang Jaya, Simpang (25.2.2013 jam 9.30pm)
Saudara Kamaruddin Bin Abu Bakar melawat mangsa banjir Kg.Jelapang Jaya,Simpang.




Photo: Melawat mangsa banjir di Kpg Cheh, Bkt Gantang (25.2.2013 jam 5.30pm)

Saudara Kamaruddin Bin Abu Bakar melawat mangsa banjir Kg.Cheh,Bukit Gantang.





MELAWAT MANGSA BANJIR DI DUN TRONG

Posted: 26 Feb 2013 12:19 PM PST

Photo: Melawat mangsa banjir di Sek Keb Batu Hampar (25.2.2013 jam 12 malam)
Saudara Kamaruddin Bin Abu Bakar,NaibKetua UMNO Bahagian Bukit Gantang melawat mangsa banjir di Batu Hampar.
Photo: Melawat mangsa banjir di Sek Keb Temerlok, Trong (25.2.2013 jam 11.15pm)
Saudara Kamaruddin Bin Abu Bakar,NaibKetua UMNO Bahagian Bukit Gantang melawat mangsa banjir di Temelok.
Photo: Melawat mangsa banjir di Kpg Tebok Trong (25.2.2013 jam 10.30pm)
Photo: Melawat mangsa banjir di Kpg Tebok Trong (25.2.2013 jam 10.30pm)
Saudara Kamaruddin Bin Abu Bakar,NaibKetua UMNO Bahagian Bukit Gantang melawat mangsa banjir di  Tebok,Trong.

SANG KELEMBAI YANG MELAMBAI!!!

Posted: 26 Feb 2013 12:09 PM PST

Apa aku nak jawap ni?Aku dah lama tak turun parlimen bukit gantang.

Nizar Jamaludin hamPAS!!!
Kemananya Nizar Jamaludin tatkala rakyat Parlimen Bukit Gantang berdepan bencana banjir?Sebagai Ahli Parlimen Nizar Jamaludin mendahulukan rakyat yang memilihnya.Saya telah melawat pusat pemindahan bencana dan bertanya mangsa banjir,ada wakil rakyat melawat?Ada.Siapa?Datuk Haji Rosli Bin Husin,Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang merangkap ADUN Trong.Lagi?Yang Berbahagia Kamaruddin Bin Abu Bakar,Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.Saya bertanya,wakil Parlimen?TIADA.Ini bermakna Nizar Jamaluddin takut turun melawat rakyat.JANJI DICAPATINYA,telah membuatkan Nizar Jamaluddin takut dengan bayang-bayang sendiri.
Hanya sang kelembai yang melambai-lambai kesana sini.Unit Amal hanya menbersihkan rumah penyokong sendiri.Sepatutnya Unit Amal tidak memilih bulu kerana Ahli Parlimen adalah wakil dari hamPAS.Harus adil dalam membantu.
Muslimat hamPAS kalut disebuah rumah Kg.Tebok,Trong,seorang guru perempuan yang terlibat,jangan lupa,majikan anda KERAJAAN UMNO/BN.
UNDI BN!UNDI BN!UNDI BN!!!


 

Posted: 26 Feb 2013 11:38 AM PST

DULU,KINI DAN SELAMANYA.
UMNO adalah pertubuhan keramat orang MELAYU.Ditubuhkan untuk membela,menjaga dan menyatukan ISLAM/MELAYU.
UMNO berjaya melahirkan ramai pemimpin yang dihormati samada kawan atau lawan.
MALAYSIA NEGARA ISLAM.
1MALAYSIA.
JANJI DITEPATI.
UNDI BN!UNDI BN!UNDI BN!

Nik Aziz dah totally nyanyuk

Posted: 26 Feb 2013 08:31 AM PST

Ambo kena minta maaf lah kat LGE.
Nik Aziz kutuk bantuan kerajaan sebab Kelantan tak pernah bagi apa pun kepada rakyat
 
Nik Aziz terkejut dengan kerajaan Dap yang bagi dedak.

Sekembalinya Nik Aziz dari umrah beliau telah mengkritik kerajaan Barisan Nasional yang kononya menabur dedak kepada rakyat. Nik Aziz pula memberi ilmu untuk mencari akhirat kepada rakyat.

Maka beliau pun mengutuk BN yang memberi pelbagai bantuan kepada rakyat. Nik Aziz lupa bahawa kerajaan Dap Pulau Pinang dan Selangor telah banyak memberi bantuan kepada rakyat.

Nik Aziz selama ini lupa bahawa dua negeri tersebut pun telah meniru kerajaan BN dengan memberi bantuan. Kerajaan Pulau Pinang satu ketika dahulu telah memberi bantuan RM100 dan menjemput penerima mengambil wang di tokong cina. Sebelum menerina wang penerima bantuan kenalah mendengar tazkirah politik akhirat oleh Al-Padill Ustaz Lim Guan Eng. Bagaimapun ramai penerima memulangkan kembali wang tersebut kerana menyedari wang tersebut datang dari duit judi lumba kuda.

Selangor juga memberi dedak kepada rakyat, kata Khalid Samad kerajaan Selangor memberi 20meter padu air secara percuma, 20 meter padu sama jumlah satu kontena yang membawa minyak petrol yang paling besar. ( kata Khalid di Taiping 2009 dahulu).

Nik sememangnya kita sedia maklum sepanjang 22 tahun menjadi MB sa habuk bantuan pun tak pernah diturunkan kepada rakyat. Bila mulut capoi dia mengutuk bantuan kerajaan, dia lupa bahawa dua negeri lain juga berbuat perkara yang sama, cuma jumlah saiz bantuan yang diberikan oleh kerajaan pakatan tidak sama nilai dengan apa yang diberikan oleh Umno .. Mereka pilih-pilih sahaja,sesiapa yang tidak mengundi pakatan tak akan merasa segala bentuk bantuan. 

Di Selangor juga segala bantuan yang diberikan hanya hiasan kulit sahaja. bukan semua dapat tetapi sembang bukan main deras.

Idris Ahmad berlari untuk ke rumah terbakar

Posted: 26 Feb 2013 05:07 AM PST

Kasihan Ustaz Idris Ahmad, (Ustaz Pakar Putar Belit) Beliau nak menunjuk bahawa dia hebat dan mendahului zaman maka beliau terpaksa berlumba sorang diri untuk menunjukkan kehebatan beliau.

Dalam kes ini kita bagi dia hadiah kerana berjaya menjadi johan. Johan menonton rumah terbakar. Sayangnya walaupun katanya sampai awal tetapi api sudah padam, alangkah baiknya kalau semasa tiba api sedang marak. Boleh lah beliau mempraktikkan cara-cara memadam api daripada Hadi Awang.

Idris Ahmad nampaknya belajar daripada YB Capek Aulong yang suka bergambar. Pernah satu ketika ketika orang lain sibuk membantu mencuci rumah mangsa banjir di Kampung Expo, tiba-tiba Si Capek sampai dan memegang baldi dan 'action' depan kamera untuk satu dua shot. Habis bergambar dia perambus dari tempat tersebut tanpa memberi apa-apa bantuan seperti wang dan barang-barang dapur.

Idris Ahmad pun sama macam Capek datang dan bergambar tanpa berbuat apa-apa..

Tahniah lah calon MP Bukit Gantang yang pandai bermuka-muka..

25 FEBRUARY 2013


Ustaz Idris Ahmad  pemimpin terawal ziarah  rumah terbakar di Kg  Kuala Trong,baru -baru ini.YB Rosli Husein tak datang lagi,kata penduduk kepada kami sewaktu kami datang menyantuni mereka.
Rumah hangus terbakar.

LTdL 2013 hari ini

Posted: 26 Feb 2013 03:10 AM PST

LTdL 2013
Pelumba Belanda, Thomas Leezer memenangi peringkat ke-7 Le Tour de Langkawi dari Mentakab ke Kuantan dengan maxmasa 4'33:42s
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710